You are on page 1of 10

LAPORAN HARI APRESIASI 2015

MANUSIA. BUDAYA DAN JATIDIRI


14 DISEMBER 2015

TUJUAN
Laporan ini bertujuan memaklumkan pihak-pihak berkuasa mengenai pencapaian menyeluruh
aktiviti yang dilaksanakan di bawah Program Hari Apresiasi 2015 anjuran Pelajar Kursus
Teori dan Falsafah Seni (SKMA 6013), Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan
Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia dengan tema Manusia, Budaya dan Jatidiri.
LATAR BELAKANG
Kursus ini membicarakan teori keindahan dan falsafah seni berdasarkan nilai kerohanian
yang berkaitan dengan agama, moral, etik, estetika, jiwa, akal dan budi. Perbincangan
tersebut turut menyentuh teori seni Barat dan Timur. Teori dan falsafah seni barat ialah teori
zaman awal Greek-Yunani (Aristotle, Epictetus, Plato), zaman Renaissance barat (daripada
seni Romanes ke Barouge, Rococo) dan seni moden (Meyer Schapiro, Ernst Gombrich).
Teori Seni dan Falsafah Timur (Asia barat-Islam, India dan China) ialah konsep Al-Jamal,
keindahan dalam ciptaan Ilahi, Al-Khindi, Al-Ghazali serta Hussin Heikal dan Ismail Faruqi.
Perbincangan di atas dipadankan dengan Teori dan Falsafah Seni Melayu. Matlamat kursus
ialah supaya pelajar memahami teori dan falsafah di sebalik karya-karya kesenian Melayu.
Teori dan Falsafah Seni akan memberi penekanan terhadap pelbagai aspek seni yang
dapat dimanfaatkan dalam pelbagai bidang pengkajian yang berteraskan sastera dan budaya.
Untuk itu, Hari Apresiasi Seni merupakan salah satu program yang wajib diadakan di bawah
subjek teori dan Falsafah Seni (SKMA 6013). Program ini merupakan salah satu program
yang wajib diadakan dan merupakan satu program yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar
Sarjana Sastera program kesusasteraan dan kebudayaan bagi menonjolkan pelbagai bentuk
seni khususnya teori dan falsafah yang melatari perkembangan seni sepanjang zaman.
Program ini dijangka mengambil masa selama sehari dengan disertakan pelbagai bahan
pameran melibatkan kebudayaan dan kesenian Melayu seperti seni teater, seni tari,
manuskrip, seni tampak, dan seni bina. Aktiviti seperti puisi, nyanyian, forum, tarian,

1 | Page

gamelan, gerai jualan seperti kraftangan dan pelbagai lagi yang dijual di di tapak pameran.
Program Hari Apresiasi Seni ini juga dijangka akan dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat
dan berfokus kepada warga kampus Universiti Kebangsaan Malaysia.

MATLAMAT
i) Melahirkan pelajar-pelajar yang mampu berfikiran secara kreatif dan kritis dalam
berhujah mahupun mengeluarkan idea.
ii) Mengembangkan bakat, potensi serta kebolehan setiap pelajar yang terlibat dalam
pelbagai bidang, yang seterusnya diharapkan akan dapat memantapkan pembinaan
modal insan dalam diri setiap pelajar.
iii) Program sebegini sememangnya sangat diharap akan dapat membuka dan membina
kekuatan minda masyarakat khususnya golongan muda berkenaan dengan jati diri seni
budaya agar dapat merakyatkan lagi hubungan perpaduan kaum dimalaysia selaras
dengan slogan 1 malaysia yang mendorong kita bersatu tidak mengira kaum dan
bangsa.
iv) Disamping itu juga, dengan harapan yang tinggi agar mahasiswa/i dan masyarakat
dapat mengambil manfaat daripada program ini.

ANJURAN
Pelajar Kursus SKMA 6013 Teori dan Falsafah Seni
Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia

TARIKH DAN MASA

2 | Page

Tarikh

: 14 Disember 2015 (Isnin)

Masa

: 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Tema

: Manusia, Budaya dan Jatidiri

TEMPAT PROGRAM

Dataran,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Dan

Makmal Pengajian Melayu


Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia

JAWATANKUASA KERJA
PENAUNG
Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Maslida Yusof
Pengerusi Pusat
Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

3 | Page

PENASIHAT
Dr. Muammar Ghadaffi Hanafiah
Penyelaras Kursus SKMA6013 (Teori dan Falsafah Seni)
Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

PENGARAH
Nik Norimani Mat Hassan

TIMBALAN PENGARAH
Mohd Azly Zakaria

SETIAUSAHA
Nur Hazwani Bt Mohd Faudi
Nur Fatma Aimi Mohd Fadzir

BENDAHARI
Rosmalinda Bt Abu Samah

TEKNIKAL & LOGISTIK


Amirul Hakim Bin Ali
Mohd Firdaus Bin Mat Nawi @Nik Sin
Timothy Brayun Anak Sawing

CENDERAMATA & SIJIL


Norazila Binti Abdul Talip
Jacuelina Binti Karimon
Fadilah Binti Junudin

PROTOKOL & JEMPUTAN

4 | Page

Nurunnuha Binti Ghazali


Nor Ummi Fatihah Binti Mat Arif
Muhammad Haziq Bin Mohd Rohir
Nurul Hidayat Binti Ismail

PUBLISITI & MULTIMEDIA & GRAFIK


Abdullah Amir Che Ismail
Muhammad Daneal Syawal Bin Abdullah

URUSETIA JAMUAN
Nor Azurin Binti Ali
Azzurien Bt Mohd Yasin
Siti NurFaqiha Binti Zul

URUSETIA PERSEMBAHAN
Nor Hidayah Rameli
Nurul Arzeehan Binti Abu Bakar
Siti Arvina Binti Che Cob

PELAKSANAAN HARI APRESIASI 2015


Kursus Teori dan Falsafah Seni (SKMA 6013), Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan
Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia memberi ruang dan peluang kepada pelajar Seni Persembahan untuk merancang
satu program sebagai salah satu bidang yang menjana kemahiran dan kreativiti pelajar. Hasil
daripada program yang dijalankan, pelajar telah berjaya menjalankan tangungjawab dan
tugasan yang diberikan dengan sempurna. Sektor Seni Persembahan telah menyediakan teori
dan falsafah seni persembahan yang khusus bagi memastikan pembangunan sektor seni

5 | Page

persembahan sebagai pemangkin utama dalam pembangunan industri kreatif Negara.


Beberapa pelan Tindakan telah diaplikasikan dalam program Hari Apreasisi Seni 2015.
Pelan Tindakan 1 : Membangun Kandungan Tempatan
Membangunkan kandungan dan pertumbuhan bakat melalui program kerjasama dengan
organisasi/institusi seni yang melibatkan artis dan pensyarah
Pelan Tindakan 2 : Memupuk Bakat
Membangunkan dan meningkatkan bakat serta kemahiran ke arah menghasilkan karya
bermutu dalam usaha meningkatkan bakat pelajar dalam seni budaya
Pelan Tindakan 3 : Mengupaya Kegiatan Seni Budaya
Mengukuhkan landasan industri seni budaya melalui program kerjasama pelbagai pihak
swasta, pemain industri, komuniti serta penglibatan pemimpin-pemimpin seni
persembahan ke arah mengupayakan kegiatan seni persembahan
Pelan Tindakan 4 : Mewujud Ruang Persembahan di Tempat Awam
Mewujudkan dan menaiktaraf ruang persembahan di tempat awam melalui
Dataran.
Pelan Tindakan 5 : Membangun, Menyelaras dan Memasar Aktiviti
Mewujudkan jaringan seni persembahan dengan organisasi, institusi atau individu
tempatan dan antarabangsa
PULANGAN HASIL DAN IMPAK PROGRAM
Modal Insan
Berdasarkan kepada inisiatif dan pelaksanaan industri kreatif, telah berjaya menambahkan
kepakaran dalam pelbagai bidang seni

budaya seperti pengurusan acara, pengarahan

persembahan, pengurusan sistem bunyi (audio system), pengurusan sistem lampu (lighting
system), pengarah muzik, pengarah tari, jurutera bunyi, jurutera lampu, dan lain-lain. Selain
itu, pelaksanaan program di bawah program Hari Apresiasi Seni 2015. Di samping itu juga,
menerusi penambahan bakat-bakat baru dalam produksi ini juga, telah menuntut kekerapan
penggunaan ruang persembahan sedia ada. Secara tidak langsung ruang-ruang tersebut telah
digunapakai secara maksima, bertujuan memenuhi keperluan program.

6 | Page

PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini dijalankan dengan jayanya. Meskipun terdapat beberapa
masalah yang dihadapi oleh pihak kami sepanjang menjayakan program ini, namun program
ini dapat dijalankan dengan jayanya. Penganjuran program Hari Apresiasi 2015 ini sedikit
sebanyak telah mencapai objektifnya di mana para pelajar yang terlibat dapat menyedari
kepentingan tanggungjawab mereka sebagai seorang mahasiswa atau mahasiswi. Jadi secara
tidak langsung, program ini dapat mengeratkan silaturahim para pelajar yang terlibat
walaupun mereka berasal dari negeri negeri yang berbeza dan berlainan bangsa. Akhir
sekali, diharap program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa yang akan datang.

7 | Page

LAMPIRAN

8 | Page

NANTI WANI TAMBAH

GAMBAR MASA PROGRAM


YER..

9 | Page

TQ

10 | P a g e

You might also like