You are on page 1of 4

SKMA 6053

SEMINAR SENI DAN TEKNOLOGI PERSEMBAHAN

TAJUK :
ULASAN SENI DAN TEKNOLOGI PERSEMBAHAN
TEATER MUZIKAL SUZANA @ 60

PENSYARAH:
DR. MOHD YUSZAIDY BIN MOHD YUSOFF

NAMA:
FADHLI HARIZ FAYAHET (P85040)

ULASAN

SENI DAN TEKNOLOGI PERSEMBAHAN TEATER MUZIKAL

SUZANA @ 60

Teater Muzikal Suzana @ 60 menceritakan kisah cinta anak muda pada zaman 60-an dengan
juga menggabungkan lagu-lagu popular 1960-an bersama kombinasi seni lakon dan tari.
Teater ini merupakan produksi seratus peratus oleh Istana Budaya yang tujuan utamanya
adalah tidak lain dan tidak bukan untuk memberi penghargaan kepada penyanyi-penyanyi
yang telah mewarnai industri seni era 60-an. Tenaga kreatif utama produksi terdiri daripada
Lokman Ghani sebagai Pengarah Persembahan, Irwan Ismadi Shahrim selaku Pengarah
Artistik, Nasir P. Ramle mengambil tugas Pengarah Muzik dan Penulis Skrip ialah
Rahimidin. Ini ialah pertama kali teater muzikal irama 1960-an dipentaskan di Istana Budaya.
Pelakon utama ialah Fazura (Suzana), Zul Yahya (A.Mahmud), Roy Azman (Jeffry), Siti
Elizad (Zunika), Abon (Juruhebah Fun-fair) dan Azie Erma (Normah). Bintang-Bintang
1960-an yang telah diundang khas untuk menjayakan dan sebagai penarik minat penonton
teater muzikal Suzana @ 60 termasuklah A. Halim - Kisah dan Tauladan, A. Rahman Hassan
& Nirwana - Tak Mengapa, A. Rahman Onn - Cincin Emas, Adnan Osman - Bersyukur,
Ahmad Jais - Bunga Ku Puja Dipetik Orang, Azizah Muhamad - Syurga Idaman, Fatimah M.
Amin - Teruna, Jefrydin - Termenung, Kassim Selamat - La Obe, L. Ramlee - Dara Pujaan,
M.Ishak - Yale-Yale, S. Mariam - Hasrat Hati, S. Roha Janji dan Zam Zam - Setahun Tak
Jumpa Sesaat Tak Lupa. Band pengiring ialah Istamuzika, Delima dan Nirwana.

Kekuatan Suzana @ 60 terletak kepada suasana set 1960-an, kostum dan muzik. Set
pentas dan props yang digunakan telah berjaya. Suasana ruang legar Istana Budaya telah
berubah wajah dengan suasana 1960-an ketika artis-artis 60-an disambut dengan karpet
merah dan dikelilingi dengan peminat-peminat yang berpakaian era 60-an. Set pentas
menggambarkan era 60-an iaitu pusat hiburan atau fun fair yang amat terkenal pada waktu
itu. Teater ini telah melibatkan penggunaan lima buah vespa, tiga kereta mini dan basikalbasikal tua atau klasik yang sangat popular sebagai pengangkutan utama pada era 60-an
negara kita. Ia mendekatkan audiens dengan realiti kehidupan muda-mudi pada masa itu.

Pakaian zaman 1960-an juga ditampilkan dengan bijak seperti baju kemeja yang
dilipat hingga ke atas lengan dan seluar yenki dengan sapu tangan diselitkan di belakang.

Itulah fesyen yang popular dan menjadi kebanggaan dekad 1960-an dan ditampilkan di
pentas Suzana@60. Kostum pakaian direka oleh pereka Istana Budaya, Subaidah Sual
melalui gabungan idea artis-artis 1960-an. Teater ini sememangnya mengimbau gelora
kenangan era 1960-an melalui irama lagu yang mempersonakan. Lagu-lagu yang dipilih
sangat bersesuaian dengan jalan cerita dan susunan muzik sangat menarik seterusnya berjaya
membangkitkan semula kegimilangan lagu-lagu tersebut.

Dari segi audio, suara pelakon jelas ketika babak lakonan tetapi sedikit tenggelam
timbul ketika babak nyanyian dan tarian. Nyanyian penyanyi-penyanyi 60-an juga ada yang
kurang jelas, tenggelam timbul dan kadang kala audio agak kering dan kadang kala terlalu
bergema. Secara keseluruhan, audio agak tidak stabil dari segi kekuatan, echo, reverb dan
sebagainya.

Penggunaan set pentas dan props dalam teater ini sangat cekap. Transisi antara setiap
babak lakonan dan antara babak lakonan dan nyanyian serta persembahan artis-artis 60-an
berjalan lancar. Pentas hidraulik membolehkan set dibawa masuk dari belakang mahu pun
tepi pentas tanpa perlu menggunakan tenaga manusia lagi. Teknologi pentas canggih setara
panggung-panggung luar Negara bertaraf dunia ini terdapat di Istana Budaya. Teater ini telah
berjaya menggunakan pentas hidraulik yang terdapat di Istana Budaya dengan sangat baik
dan menambah kepada impak

seterusnya menjayakan teater. Pihak produksi berjaya

mengendalikan pentas tersebut dengan begitu lancar. Pelarasan turun naik depan belakang
pentas kena pada masanya.

Aspek pencahayaan atau lighting juga menambah kepada impak teater agar lebih
spektakular dan seseaiu dengan babak-babak lakonan dan nyanyian. Pencahayaan yang
digunakan

semasa

persembahan

nyanyian

artis-artis

60-an

sangat

baik

kerana

menggambarkan pencahayaan seperti di pusat hiburan atau fun fair dan sangat menghidupkan
suasana orang-orang muda waktu itu yang pergi ke fun-fair untuk berhibur. Penchayaan
ketika orang muda berbasikal menuju ke fun fair juga bersesuaian kerana menggambarkan
jalan gelap dan tidak mempunyai lampu jalan yang dilalui pada zaman 60-an. Hanya terdapat
cahaya malap yang menggambarkan bulan di waktu malam. Walau bagaimanapun, semua
babak nampak seperti menggambarkan waktu malam jika dilihat dari aspek pencahayaan.

Walaupun babak itu jelas-jelas dilakon dalam waktu siang, pencahayaan agak gagal membuat
suasana di waktu siang lebih realistik. Tidak banyak beza antara babak pada waktu malam
dan waktu siang.

Namun, pada keseluruhannya teater ini berjaya mengimbau kegemilangan irama pop
yeh yeh dan agogo zaman 60-an serta berjaya membawa penonton ke dalam suasana seperti
zaman itu. Teater ini mendapat sambutan hebat. Khalayak memenuhi setiap kerusi dalam
dewan itu dan begitu teruja menyaksikan pementasan tersebut seterusnya membuktikan irama
1960-an tidak hilang ditelan zaman.

You might also like