You are on page 1of 12

KERTAS CADANGAN PROGRAM INREACH SEMPENA PAMERAN

SELSIUS ANJURAN BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN PENGEMBANGAN.


1.
i.

Pameran Selsius 2016


Pameran SELSIUS 2016 adalah adalah pameran Festival Seramik
Antarabangsa yang ke 7 melibatkan penyertaan 11 buah negara iaitu
Korea,

Turki,

China,

India,

Thailand,

USA,

Switzerland,

Jepun,

pada

2005,

Singapura, Indonesia dan termasuk Malaysia.

ii.

Pertama

kali

Pameran

Selsius

ini

diadakan

tahun

dianjurkan oleh Bahagian Reka Bentuk, Pusat Pengajian Seni, ia


merupakan sebuah gesture ke arah perkembangan seni seramik
kontemporari negara yang lebih dinamik. Selsius pada tahun 2016
berjaya menarik penyertaan seramai 72 seniman (30 seniman
antarabangsa, 42 seniman negara). Selsius 2016 merupakan pameran
seramik antarabangsa yang terbesar pernah dianjurkan dalam sejarah
negara. Justeru itu,para pelawat boleh menghayati karya ini dengan
lebih dekat yang dibuka kepada orang ramai pada 2hb Ogos 2016
2016 sehingga 30 September 2016 jam 10 pagi sehingga 6.00 petang
di Galeri Reka Balai Seni Visual Negara.

Pameran Seramik Kontemporari Antarabangsa Ke-6: SELSIUS-USM 2015.


Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), USM) sebagai penganjur.
0

2.
i.

Apa itu Selsius?


Selsius bermaksud takat suhu pembakaran seramik yang dipraktis oleh
seniman, pereka, usahawan kraf dan teknologis industri. Perkataan
Selsius merupakan metafora kepada semangat dan impian agar seni
seramik

kontemporari

negara

sentiasa

berkembang

di

persada

antarabangsa. Pameran Selsius merupakan antara satu wadah dan


wahana kepada seniman seramik lama dan baru dalam menzahirkan
idea kreatif yang bersirnegi dengan teknologi mutakhir.

3.

i.

Peranan Program Inreach

Dalam menghuraikan program Inreach, perkara utama


difahami adalah definasi muzium

yang perlu

dan asas penubuhannya terlebih

dahulu. Mengikut definasi Internasional Council Of Museum (ICOM),


muzium

adalah

satu

institusi

tetap

yang

bukan

berasaskan

keuntungan dalam perkhidmatan masyarakat dan pembangunannya,


terbuka

kepada

orang

awam,

yang

memperolehi,

menyimpan,

menyelidikan, berhubung dan mempamerkan warisan tidak ketara dan


ketara kemanusiaan dan persekitarannya untuk tujuan pendidikan,
kajian dan keseronokan.
ii.

Asas kepada definasi muzium sebagai sebuah Institusi kekal iaitu


terletak dalam sebuah bangunan atau sebuah tempat yang sama tidak
bertukar-tukar atau bergerak telah mengilhamkan Program Inreach
1

diwujudkan sebagai dokongan kepada persembahan pameran yang


diadakan. Program Inreach ini adalah merupakan aktiviti permuziuman
yang dirancang diadakan di dalam lokasi bangunan muzium sebagai
memberi impak kepada persembahan pameran tersebut. (Kerap kali
merujuk kepada pameran sementara/pameran berkala yang diadakan
oleh sesebuah muzium).
iii.

Pelaksanaan Program Inreach perlu mengikut jadual yang telah


ditetapkan

oleh

seorang

Kurator

Bahagian

Pendidikan

dan

Pengembangan. Dalam jadual telah diaturkan masa, tarikh, lokasi dan


aktiviti

yang

akan

dilaksanakan

sepanjang

pameran

sementara

tersebut diadakan. Ini bermaksud kepentingan peranan Program atau


aktiviti Inreach

yang mengikut jadual adalah memastikan pameran

yang diadakan tidak suram, syok sendiri, bosan dan mendapat respon
daripada masyarakat. Selain itu Kurator Bahagian Pendidikan dan
Pengembangan perlu membuat anggaran bajet program atau aktiviti
yang

diadakan

agar

pameran

dan

Program

Inreach

tersebut

dilaksanakan dengan bajet berhemah daripada bajet tahunan yang


diberikan.
Seperti contoh adalah Pameran Selsius yang berlangsung pada 2hb
Ogos 2016 2016 sehingga 30 September 2016. Sepanjang tempoh
tersebut pelbagai program sokongan diadakan antaranya bicara seni,
demonstrasi/bengkel seramik dan jualan seramik.
iv.

Program yang dilaksanakan juga mempunyai sasaran audien/peserta


yang di kehendaki. Misalannya jika satu seminar yang diadakan
berkenaan seramik, sasaran audien/ peserta yang dijemput atau
dihebahkan adalah dari

institusi yang berkaitan dengan seramik,

perusahaan seramik, seniman seni seramik dan individu yang berminat


dengan seramik.
v.

Dalam mengadakan sesuatu program Inreach perkara utama yang


perlu diambil kira juga adalah objektif program yang bermaksud
apakah matlamat yang ingin disampai atau dicapai? Tanpa objektif, ia
akan

memberi

kesan

kepada

pengakhiran

program

untuk
2

menjustifikasikan samaada ia telah memberi kesan atau impak yang


baik, berguna, berjaya dicapai atau pun tidak. Sekaligus Kurator
Pendidikan dapat merangka atau merancang aktiviti seterusnya
dengan lebih kreatif, inovatif dan produktif. Dengan objektif juga
kejayaan sesuatu program itu dapat di ukur dan memberi keuntungan/
faedah kepada pihak-pihak yang terlibat seperti pekerja muzium
sendiri, orang ramai dan individu atau kumpulan yang dijemput
mengadakan aktiviti tersebut (Contoh artis yang mengadakan jualan
karya).
vi.

Perkara utama dalam peranan Program Inreach juga adalah sebagai


bentuk hebahan atau promosi untuk pihak muzium amnya dan
pameran yang akan/sedang berlangsung khususnya. Melalui aktiviti
Program Inreach secara tidak langsung memberikan hebahan dan
promosi positif kepada muzium sebagai tempat yang menarik untuk
dikunjungi,

berinfotainment,

seronok

dan

menghiburkan

selain

mendidik orang ramai tentang sejarah dan budaya warisan bangsa.


vii.

Dalam erti kata yang lain, peranan program Inreach juga adalah
memastikan

pendidikan

disampaikan

kepada

muzium

seluruh

secara

lapisan

tidak

formal

masyarakat

ini

tidak

dapat

mengira

peringkat umur, kanak-kanak, remaja, dewasa, warga emas bangsa,


warna kulit, kerjaya dan profesinalisma

dan tidak lupa individu

kelainan upaya.

4.

Cadangan Program Inreach sempena Pameran Selsius.


Pelbagai program sokongan akan dijalankan yang diharapkan dapat
menggalakkan peminat seni diluar sana untuk mengetahui dengan
lebih mendalam berkenaan seni seramik. Antara program/aktiviti yang
dicadangkan adalah :-

i.

Inspirasi daripada polisi No Child Left Behind (No Child Left


Behind Act of 2001, U.S. Act of Congress) Ia adalah program
Inreach yang disediakan untuk kanak-kanak berumur antara 4
tahun hingga 12 tahun.

a. Tajuk program
Mari Mengenal dan Mewarna Seramik Bersama Upin & Ipin.
b. Objektif program
Memberi pendedahan
dan mendidik generasi muda berkenaan
seramik serta kepentingan penggunaan seramik dalam kehidupan
seharian.
c. Sasaran peserta
Peserta adalah dari sekolah Taska/Tadika persendirian atau aliran
kerajaan dan sekolah-sekolah rendah yang berminat melalui jemputan
surat.
d. Cadangan program
Peserta akan dibawa melawat ke balai pameran melalui Lawatan
Berpandu bersama maskot Upin dan Ipin. Staf Bahagian Pendidikan
dan Pengembangan akan memberi penerangan dengan cara yang
paling sesuai untuk kanak-kanak tersebut. Akhir lawatan peserta akan
dibawa ke bengkel seramik untuk menjalankan aktiviti menekap tapak
tangan dengan tanah liat/clay (mudah keras) dan mendapatkan hasil
acuan

tapak

tangan

masing-masing

serta

dikeringkan

dengan

pengering rambut/ dijemur sekejap. Selepas kering hasil acuan tapak


tangan tersebut diwarnakan mengikut kreativiti kanak-kanak tersebut.
e. Tarikh program
Program dicadang diadakan pada setiap Sabtu sepanjang Pameran
Selsius diadakan. Masa adalah mengikut jadual lawatan pihak sekolah
yang diberitahu melalui surat.
f. Yuran program
4

Yuran program adalah percuma.


g. Anggaran perbelanjaan
Bajet perbelanjaan dianggarkan sebanyak RM 4000.00
ii.

Program seterus yang dirancang adalah disasarkan kepada


individu berumur 18 tahun ke atas. Ia diinspirasikan daripada
seniman tersohor Yuko Ono : Repair the Impossibly Broken.

a. Tajuk program
Terapi seramik : Bina Keyakinan Dari Kehancuran bersama pakar
motivasi terkenal.
b. Objektif program
Mempersembahkan sisi lain peranan seramik bukan sahaja sebagai
alatan rumah atau perhiasan tapi boleh digunakan sebagai medium
terapi diri dalam membina semula keyakinan dan kekuatan mental,
mengawal rasa marah (anger management) dan tekanan yang dihidapi
dalam kehidupan.
c. Sasaran peserta
Sasaran peserta adalah terbuka kepada individu yang berumur 18
tahun ke atas. Jumlah peserta juga dibataskan kepada 10 orang sahaja
pada satu sesi bengkel.
d. Cadangan program
Peserta akan diberikan sedikit taklimat dan motivasi serta kata-kata
semangat bagi menjayakan terapi tersebut. Peserta akan ditempatkan
di bengkel terapi dan diminta menyambungkan semula pecahan
seramik yang telah disediakan. Peserta juga diminta

menggunakan

kreativiti masing-masing bagi mendapatkan pengalaman melakar


lukisan seramik dan mewarna seramik tersebut. Hasil daripada
seramik yang disambung akan dipamerkan disatu sudut pameran
5

sabagai salah satu faktor membina keyakian diri dan keberanian


individu tersebut melihat hasil kerja seni mereka dipamerkan kepada
orang ramai.
e. Tarikh program
Bengkel Terapi Seramik ini dicadangkan diadakan pada hari Ahad
minggu ke 3 bulan Ogos dan September sepanjang Pameran Selsius
diadakan. Sebanyak 2 sesi akan diadakan iaitu sesi pagi dan petang.
f. Yuran program
Yuran program adalah sebanyak RM200.00.
g. Anggaran perbelanjaan
Bajet perbelanjaan dianggarkan sebanyak RM 7000.00
iii.

Cadangan

program

seterusnya

adalah

disasarkan

kepada

warga emas. Golongan tersebut selalunya terpinggir atau


meminggirkan

diri

kerana

berasakan

faktor

usia

telah

menghadkan aktiviti mereka untuk kehidupan sosial.

a. Tajuk program
Terapi Kesihatan Tanah Liat.
b. Objektif program
Hampir sama dengan Terapi Seramik program ini mensasarkan
golongan warga emas menggunakan dan memanipulasi pembuatan
seramik untuk kebaikan kesihatan mereka.
c. Sasaran peserta
Warga emas (tidak sakit kronik, Alzaimer serta tidak memerlukan
jagaan) dan juga terbuka kepada individu yang menjalani terapi saraf
untuk bahagian tangan. Hanya 10 orang peserta sehari.
d. Cadangan program
Warga emas dan juga individu yang menjalani terapi saraf akan diajar
menghasilkan pasu pelbagai bentuk menggunakan kaedah manual
iaitu tangan. Proses secara manual menggunakan tangan dianggap
sebagai terapi dan senaman untuk warga emas ini mengaktifkan
6

semula pergerakan. Warga emas tersebut digalakkan untuk menanam


pokok seperti kaktus, pokok bunga dan herba seperti pokok cili, daun
kunyit atau sebagainya didalam pasu-pasu tersebut. Pengakhiran atau
kejayaan warga emas dalam program tersebut boleh dikongsi didalam
sosial media muzium.
e. Tarikh program
Tarikh yang dicadangkan adalah bermula minggu kedua pameran
setiap hari waktu bekerja formal sepanjang Pameran Selsius diadakan.
f. Yuran program
Yuran program adalah percuma.
g. Anggaran perbelanjaan
Bajet perbelanjaan dianggarkan sebanyak RM 6000.00
iv.

Program

Inreach

yang

dicadangkan

selanjutnya

adalah

program yang sesuai dengan aktiviti yang dijalankan untuk


keluarga (Family bonding hours).

a. Tajuk program
Bengkel Seramik : Family Bonding Hours.
b. Objektif program
Mendidik generasi sekarang dari peringkat anak sehingga ke ibu bapa
akan keperluan dan kepentingan seramik dalam kehidupan seharian
serta mendedahkan kepada mereka akan kepayahan seniman dan
penggiat seramik menghasilkan sesuatu karya dan hasil seramik
sekaligus merapatkan hubungan kekeluargaan yang renggang kerana
kesibukan bekerja.
c. Sasaran peserta

Terbuka kepada keluarga yang terdiri daripada Ibu, bapa/penjaga dan


anak-anak (tidak kurang dari umur lima tahun ke atas). Batas kepada
10 keluarga sahaja dalam satu bengkel.
d. Cadangan program
Cadangan bengkel ini adalah keluarga tersebut akan bersama-sama
menghasilkan barang-barang seramik seperti fridge magnet, mug,
pinggan, pasu bunga, binatang atau beberapa pilihan (pilih salah satu).
e. Tarikh program
Tarikh yang dicadangkan adalah hari Ahad minggu ke 2 dan ke 4 pada
bulan Ogos dan September sepanjang Pameran Selsius diadakan.
Jangka masa bengkel diadakan adalah separuh hari.
f. Yuran program
Yuran program adalah sebanyak RM50.00 satu keluarga.
g. Anggaran perbelanjaan
Bajet perbelanjaan dianggarkan sebanyak RM 2000.00
v.

Cadangan program Inreach untuk golongan remaja adalah


dengan

mengadakan

Pertandingan

Arca

Seramik

bagi

mencungkil bakat baru artis-artis muda dalam menghasilkan


karya agung terhebat.

a. Tajuk program
Pertandingan Arca Seramik : Seniman Muda Hipster
b. Objektif program
Mencari dan mencungkil bakat baru artis-artis

muda

dalam

menghasilkan karya agung terhebat.


c. Sasaran peserta
Terbuka kepada pelajar sekolah menengah dan Institut Pengajian
Tinggi IPTA/IPTS. (wajib bawa nama atau wakil sekolah dan IPTA/IPTS
masing-masing). Dua kategori akan dipertandingkan iaitu Kategori
Sekolah Menengah dan Institut Pengajian Tinggi. Arca yang dihasilkan
8

adalah melalui Kumpulan pelajar tidak kurang daripada 2 orang. Pihak


sekolah atau IPTA boleh menghantar sebanyak mana Kumpulan untuk
bertanding.
d. Cadangan program
Cadangan pertandingan dihebahkan terlebih dahulu kepada sekolahsekolah dan IPTA melalui Kementerian Pendidikan Dan Pengajian
Tinggi. Setiap sekolah yang

bertanding perlu merekodkan aktiviti

penghasilan arca didalam buku skrap dari awal sehingga siap bagi
mengelakkan plagiat atau arca yang dipertandingkan diupah oleh
pihak lain. Karya arca yang dihasilkan akan dipamerkan dahulu selama
2 minggu sebelum diumumkan pemenang. Komen dan pilihan orang
ramai juga akan diambil kira dalam menentukan pemenang selain juri
professional. Pemenang akan diumumkan sebelum minggu terakhir
Pameran Selsius.
e. Tarikh program
Pendaftaran pertandingan dan tempoh pembuatan
sebulan lebih awal

akan bermula

dari tarikh bermula Pameran Selsius. Manakala

tarikh menghantar karya arca adalah hari Isnin 3 minggu sebelum


Pameran Selsius berakhir.
f. Yuran pertandingan
Yuran pertandingan adalah sebanyak RM30.00 satu kumpulan .
g. Anggaran perbelanjaan
Bajet perbelanjaan dianggarkan sebanyak RM 25,000.00
vi.

Cadangan program Inreach seterusnya adalah mengadakan


satu seminar khusus berkenaan seramik, sasaran audien/
peserta yang dijemput atau dihebahkan adalah dari

institusi

yang berkaitan dengan seramik, perusahaan seramik, seniman


seni seramik dan individu yang berminat dengan seramik.

a. Tajuk program
Seminar : Selsius
b. Objektif program
Menghimpun dan mengakrabkan

hubungan

seniman,

pereka,

usahawan kraf dan teknologis industry seramik dalam satu program


dan bertukar-tukar pendapat serta pengalaman berkenaan seramik.
c. Sasaran peserta
Terbuka kepada orang ramai terutama kepada agensi kerajaan
berkaitan, IPTA, IPTS, perusahaan kraf dan seniman seni seramai 150
orang.
d. Cadangan program
Seminar ini dicadangkan mengambil masa setengah (1/2) hari. Hari
berlansung adalah sama dengan hari perasmian.
e. Tarikh program
Hari perasmian pameran.
f. Yuran seminar
Yuran seminar adalah percuma .
g. Anggaran perbelanjaan
Bajet perbelanjaan dianggarkan sebanyak RM 4,000.00

vii.

Cadangan
Kampung

demontrasi
Sayong,

pembuatan

Kuala

Kangsar,

seramik
Perak

tradisi
dan

dari

Kampung

Mambong, Kuala Krai, Kelantan.

10

a. Tajuk program
Demontrasi Pembuatan Tembikar Tanah : Tradisi yang semakin hilang.
b. Objektif program
Memberi pendedahan kerja tangan masyarakat lama untuk dijadikan
panduan dan rujukan kepada seniman, pereka, usahawan kraf dan
teknologis

industry

seramik

dan

orang

ramai

yang

datang

mengunjungi pameran tersebut.


c. Sasaran peserta
Terbuka kepada orang ramai.
d. Cadangan program
Demonstrasi ini dicadangkan berlangsung setiap hari selama seminggu
pada minggu pertama bulan Ogos dan September.
e. Tarikh program
Pada minggu pertama demonstrasi Tembikar Sayong diadakan dan
bulan berikutnya adalah Tembikar Mambong.
f. Anggaran perbelanjaan
Bajet perbelanjaan dianggarkan sebanyak RM 5,000.00
5.
i.

Penutup
Adalah menjadi harapan agar cadangan penganjuran program Inreach
ini dapat diterima dan direalisasikan dalam usaha muzium untuk
memertabatkan adat, warisan budaya, sejarah dan warisan kesenian
negeri rakyat Malaysia.

11

You might also like