You are on page 1of 26

PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA

PROPOSAL
PAMERAN SENI (ART EXHIBITION)

2022

FASA PEMULIHAN NEGARA

KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA &


LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA
(LPPM)
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. PENGENALAN SYARIKAT 2

2. TAJUK PROGRAM 3

3. LATAR BELAKANG PROGRAM 4-5

4. OBJEKTIF PROGRAM 6

5. KOMPONEN 6

5.1 Tarikh Pelaksanaan Program


5.2 Tempat Pelaksanaan Program
5.3 Waktu Pelaksanaan Program

6. KUMPULAN SASAR 7

6.1 Jumlah Peserta


6.2 Jumlah Pengunjung

7. KAEDAH PELAKSANAAN 8 - 11

7.1 Cara mempromosikan program


7.2 Anggaran Perincian Perbelanjaan
7.3 ROI

8. SENARAI TERIMAAN BANTUAN DARI PIHAK LAIN 12 - 14

9. LAMPIRAN 15 - 24

10. BUTIRAN SYARIKAT 25

1
1.0 PENGENALAN SYARIKAT

Zushamni Enterprise merupakan sebuah syarikat bertaraf 100% Bumiputera. Ia


ditubuhkan untuk menyertai bidang perniagaan, pembekalan dan perkhidmatan
sejajar dengan seruan kerajaan yang menggalakkan penglibatan kaum
Bumiputera dalam bidang perniagaan serta meninggikan daya persaingan di
antara usahawan berjaya.

Untuk mencapai matlamat memajukan perniagaan dan mengekalkan


pencapaian syarikat ini, pihak syarikat kami mempunyai tenaga kerja yang mahir
dan separuh mahir yang berpengalaman dalam mengendalikan setiap bidang
yang diusahakan.

Bidang yang diceburi oleh syarikat ini ialah seperti berikut (mengikut
senarai bidang kerja yang berdaftar dengan kementerian kewangan).

2
2.0 TAJUK PROGRAM

“ART OF PARAGON”

Tajuk ini diambil berdasarkan objektif program iaitu melaksanakan satu program
berasaskan pameran tentang kesenian pahlawan. “Art” adalah istilah seni yang
merangkumi pelbagai media seperti lukisan, arca, seni cetak, seni hiasan, fotografi, dan
pemasangan. Seterusnya, “Paragon” pula bermaksud sesuatu atau seseorang yang
terbaik, membawa maksud taraf kecemerlangan dan dianggap sebagai contoh yang
sempurna dalam hal tertentu. Kata nama Inggeris “Paragon” berasal daripada
perkataan Itali, “Paragone” iaitu batu permata (batu hitam) yang digunakan untuk
memberitahu kualiti emas.

Oleh yang demikian, kami memilih “Paragon” kerana tema pameran seni kami
memfokuskan tentang kepahlawanan. Tema kepahlawanan disini bukanlah
semata-mata ingin memfokuskan kepada tokoh-tokoh yang telah berjuang pada masa
lalu, namun ianya merupakan kepahlawanan umum dimana semua perkara atau
individu boleh menjadi pahlawan. Sebagai contoh, yang boleh dilihat dengan mata
kasar: Polis, Bomba, Askar, Doktor, Jururawat dan lain-lain yang sanggup berkorban
masa dan tenaga semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, Petani,
Pekebun, Nelayan dan Pekerja Kilang merupakan individu utama dalam menyediakan
sumber makanan kepada masyarakat majmuk. Mereka ini dikategorikan sebagai
pahlawan kerana usaha mereka yang bersusah payah berjuang untuk memastikan
negara dapat mencapai kestabilan yang sempurna.

Seterusnya, pahlawan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar: Vaksin, yang
bertujuan untuk menciptakan memori dasar sebagai pahlawan pertahanan dalam tubuh
untuk bersiap sedia menghadapi serangan virus yang sebenar yang lebih kuat. Selain
itu, pelbagai mesin seperti mesin pemprosesan makanan yang bekerja tidak mengira
waktu demi memastikan keperluan masyarakat sentiasa dipenuhi.

3
3.0 LATAR BELAKANG

“Art of Paragon” merupakan satu program berbentuk pameran seni yang diadakan
bertujuan untuk menyemarakkan dan merancakkan semula sektor kebudayaan di
Malaysia. Pameran adalah suatu kegiatan untuk menampilkan suatu karya seni agar
dapat dikomunikasikan dan diapresiasi oleh masyarakat. Manakala, seni rupa adalah
salah satu cabang seni yang membentuk karya seni di mana karya tersebut boleh
dilihat oleh mata dan boleh disentuh oleh jari seseorang. Oleh yang demikian, pameran
seni ini dapat memberi peluang kepada artisan untuk menunjukkan bakat, kreativiti
serta kemampuan mereka kepada khalayak umum.

Pameran seni ini adalah bertemakan “PAHLAWAN” yang mana karya seni
bukan sahaja individu-individu yang telah berjuang di masa lalu akan tetapi seseorang
atau sesuatu yang banyak berjasa kepada masyarakat. Tema “PAHLAWAN” ini adalah
bertujuan untuk memberi gambaran besar kepada pengunjung yang datang untuk
mengetahui pahlawan-pahlawan yang banyak berkorban namun sering dipandang
remeh oleh masyarakat.

Di samping itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara


masyarakat serta lahir sifat menghargai terhadap pahlawan di Malaysia. Selain itu, seni
juga akan lebih dikenali oleh masyarakat dan akan melahirkan lebih ramai individu yang
minat akan seni. Untuk itu, dengan adanya kegiatan pameran seni yang bertemakan
“PAHLAWAN”. Kami berharap agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sehubungan dengan itu, kami telah bercadang untuk mengambil beberapa


pelajar universiti tempatan yang ingin mempamerkan karya seni mereka di pameran
seni kami. Oleh yang demikian, senarai universiti yang telah menjadi pilihan adalah 10
universiti tempatan yang mempunyai jurusan dalam bidang seni iaitu empat dari
univerisiti awam dan enam dari universiti swasta.

4
Di bawah merupakan senarai-senarai universiti yang telah dipilih:

Bil Nama Universiti Bilangan pelajar terlibat

1. Universiti Malaya (UM) 3

2. Universiti Sains Malaysia (USM) 3

3. Universiti Teknologi Mara (UiTM) 3

4. Universiti Putra Malaysia (UPM) 3

5. Malaysian Institute of Art (MIA) 3

6. Sunway University 3

7. Taylor’s University 3

8. Asia Pacific University (APU) 3

9. UOW Malaysia KDU University College 3

10. Limkokwing University 3

Surat jemputan akan diedarkan kepada universiti-universiti yang berkenaan 3 minggu


sebelum program dijalankan dan pengesahan pendaftaran akan dilakukan 10 hari
sebelum program berlangsung.

Seterusnya, artis-artis jemputan juga dijemput bagi memeriahkan lagi program


pada hari tersebut. Artis-artis jemputan yang turut hadir adalah:

1. Datuk M. Nasir
2. Dato’ Ramli Sarip
3. Adi Putra
4. Anuar Zain
5. Beto Kusyairy
6. Fattah Amin
7. Dato’ Siti Nurhaliza
8. Ella

5
4.0 OBJEKTIF PROGRAM

1. Menyemarakkan semangat cinta terhadap seni dan kebudayaan kepada


golongan belia bagi memupuk semangat patriotisme yang sinonim dengan nilai
“kepahlawanan”.

2. Mempamerkan hasil seni pelajar-pelajar dari beberapa Universiti di Malaysia


sebagai satu pengiktirafan kepada hasil seni mereka.

3. Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap seni dan kebudayaan yang dapat


memberi gambaran tentang identiti sesuatu bangsa.

5.0 KOMPONEN

5.1 Tarikh Pelaksanaan Program

Program ini akan diadakan pada 29 sehingga 30 Oktober 2022 (Sabtu dan
Ahad). Kami memilih untuk melaksanakan program ini pada hujung minggu bagi
memastikan jumlah pengunjung yang telah disasarkan dapat hadir untuk
menyemarakkan lagi program.

5.2 Tempat Pelaksanaan Program

Setelah mengadakan perbincangan, kami bercadang untuk melaksanakan


program di Kuala Lumpur Convention Centre. KL Convention Centre ialah
sebuah pusat konvensyen dan pameran yang terletak di pembangunan Kuala
Lumpur City Centre (KLCC) di Kuala Lumpur, Malaysia. Ini menjadikan lokasi
tersebut merupakan tempat pelaksanaan program yang paling sesuai oleh
kerana kedudukannya yang sangat strategik dan popular.

5.3 Waktu Pelaksanaan Program

Program akan dilaksanakan bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada pukul
6 petang bagi kedua-dua hari tersebut iaitu 29 hingga 30 Oktober 2022.

6
6.0 KUMPULAN SASAR

Kumpulan sasar kami merupakan golongan belia/muda dalam lingkungan umur 18 - 26


tahun. Kami memilih golongan ini kerana mereka lebih mengetahui dan lebih bijak
menilai tentang seni estetika yang dipamerkan. Berdasarkan pengalaman dan
pemerhatian, golongan muda adalah lebih cenderung untuk mengunjungi pameran
seni. Bahkan, mereka turut kelihatan menghadiri bersama rakan karib, pasangan dan
ada juga yang menghadiri seorang diri.

Sangatlah jarang dilihat golongan yang sudah berkahwin atau sibuk dengan
urusan kerja untuk menghadiri pameran seni. Akan tetapi, mereka boleh turut hadir
untuk memberi sokongan yang sewajarnya kepada pameran seni yang bakal dianjurkan
ini. Penggalakan pengunjung adalah masih diutamakan untuk golongan muda tetapi jika
mereka mempunyai kesukaran untuk menghadiri diatas sebab-sebab tertentu seperti
tidak mempunyai pengangkutan untuk hadir, mereka digalakkan hadir bersama
keluarga tersayang dan meluangkan masa bersama-sama.

6.1 Jumlah Peserta

Peserta-peserta adalah termasuk penganjur yang terlibat dalam menguruskan


pameran seni ini, kru-kru yang berkaitan dan pelajar universiti yang mengambil
bahagian dalam mempamerkan seni mereka. Sehubungan dengan itu, jumlah
peserta yang terlibat adalah dalam sekitar 75 orang ≥ . Peserta juga akan
diberikan tema pakaian bagi hari pameran tersebut.

6.2 Jumlah Pengunjung

Program akan dijalankan selama dua hari dimana satu hari akan dibahagikan
kepada dua syif iaitu pada sebelah pagi, 10 pagi sehingga 2 petang dan pada
sebelah petang, 2 petang sehingga 6 petang. Setiap syif mensasarkan sebanyak
250 orang pengunjung dan itu menjadikan jumlah pengunjung adalah sebanyak
500 orang dalam sehari. Oleh itu, jumlah pengunjung yang disasarkan adalah
sebanyak 1000 orang sepanjang tempoh dua hari.

7
7.0 KAEDAH PELAKSANAAN

7.1 Cara Mempromosikan Program

Terdapat beberapa cara yang telah dibincangkan bagi memastikan program ini
mendapat perhatian ramai. Salah satu cara adalah dengan mempromosikan
program ini di platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
Kesemua platform ini merupakan platform yang paling sesuai untuk
mempromosikan sebuah program kerana segala informasi-informasi baru sering
kali diwar-warkan di media sosial.

Selain itu, beberapa banner juga akan dipasang di sekitar kawasan KLCC
bagi tujuan menarik perhatian pengunjung serta menaikkan lagi jumlah
pengunjung yang akan menghadiri pameran seni ini. Seterusnya, kami juga
menggunakan platform kenyataan akhbar seperti berita harian, kosmo dan sinar
untuk mempromosikan program kami.

Untuk mendapatkan sambutan yang lebih meriah, kami juga bercadang


untuk merealisasikan rancangan pemasaran dengan melibatkan penyiaran dan
pengiklanan program kami di televisyen dan siaran radio yang meliputi di seluruh
negara. Di samping itu, pengiklanan juga akan disiarkan melalui papan siaran
digital di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Akhir sekali, poster dan flyer akan
diedarkan di beberapa kawasan sekitar KLCC dimana program akan
dilangsungkan.

8
7.2 Anggaran Perincian Perbelanjaan

A. JANGKAAN PENDAPATAN

BIL. PERKARA JUMLAH (RM)


1. Peruntukan GSSK MOTAC 500,000

2. Penaja-penaja swasta 600,000

3. Sumbangan-sumbangan kerajaan 500,000

JUMLAH 1,600,000

B. JANGKAAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA HARGA JUMLAH


. PER UNIT PER JAM (RM)
(RM) (RM)
1. *Penganjur program - - - 145,000

2. Token apresiasi 10 950 - 9,500


pelajar universiti

3. Cabutan bertuah 12 2,000 - 24,000

4. Cenderamata 12,000 30 - 360,000

5. Bayaran kepada 10 1,500 - 15,000


peserta-peserta
universiti

6. Artis Jemputan 8 20,000 - 160,000

7. Booth lukisan batik 2 3,000 - 6,000

8. Photobooth 1 4,000 - 4,000

9
9. Banner 3 150 - 450

10. Bunting 4 140 - 560

11. Tag nama 75 25 - 1,875

12. Dewan ekspo 1 - - 138,000

13. Booklet Katalog 1,300 25 - 32,500


pameran

14. Resepsi (makanan, 300 (2hari) 15 - 4,500


minuman untuk kru
dan peserta)

15. Makanan VIP 18 50 - 900


(termasuk artis
jemputan)

16. Muzik 8 (2hari) 500 - 8,000

17. Penghias dewan 1 30,000 - 30,000

18. Design logo, poster 3 1,000 - 3,000


dan flyer

19. Baju kru 75 95 - 7,125

20. Juru gambar 6 2,800 - 16,800

21. Kos kenyataan 3 3,200 - 9,600


akhbar

22. Penyiaran program 1 - - 250,000


melalui televisyen

23. Pengiklanan melalui 1 - - 10,000


siaran-siaran radio
di Malaysia

10
24. Pengiklanan melalui 5 3,000 - 15,000
papan siaran digital

JUMLAH 1,251,810

*Nota: Pembayaran kepada penganjur program adalah termasuk dengan pembayaran


kru-kru

7.3 ROI

𝑁𝑖𝑙𝑎𝑖 𝑝𝑒𝑛𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡𝑎𝑛 − 𝑁𝑖𝑙𝑎𝑖 𝑗𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑏𝑒𝑙𝑎𝑛𝑗𝑎𝑎𝑛


𝑁𝑖𝑙𝑎𝑖 𝑝𝑒𝑛𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡𝑎𝑛
x 100 = %

𝑅𝑀 1,600,000 − 𝑅𝑀 1,251,810
𝑅𝑀 1,600,000
x 100 = 21.8%

ROI DALAM RM = RM 348,800.00

11
8.0 SENARAI TERIMAAN BANTUAN DARI PIHAK LAIN

BIL. NAMA PENAJA MAKLUMAT ANGGARAN


PERHUBUNGAN PENAJAAN
(RM)

1. MPH BOOKSTORES SDN BHD Tel: (603) 7955 1090 100,000


(46248-M) Faks: (603) 7960 2080
Lot 1, 3rd Floor, Bangunan TH, E-mel:
No.5, Jalan Bersatu, Seksyen marketing@mph.com.my
13/4 46200 Petaling Jaya,
Selangor.

2. SPRITZER Tel: (605) 6277 7780 100,000


Lot 898, Jalan Reservoir, Off Faks: (605) 8068 878
Jalan Air Kuning, E-mel: info@spritzer.com.my
34000 Taiping, Perak.

3. News Straits Time Press (M) Tel: (603) 2282 3131 50,000
Berhad Faks: (603) 2282 3131
Balai Berita, 31, Jalan Riong, E-mel:
59100, Kuala Lumpur. general@nstp.com.my

4. Karangkraf Tel: (603) 5101 7303 100,000


Lot 1, Jalan Renggam 15/5, Off, Faks: (603) 5101 7588
Persiaran Selangor, Seksyen 15 E-mel:
40200 Shah Alam, Selangor pr_corporate@karangkraf.co
m

5. Media Prima Berhad Tel: 1 300 30 0672 100,000


Balai Berita, 31, Jalan Riong, Faks: (603) 2282 0353
59100, Kuala Lumpur. E-mel:
communications@mediaprim
a.com.my

6. Sime Darby Berhad Tel: (603) 2691 4122 150,000


19th Floor, Wisma Sime Darby Faks: (603) 2719 0044
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. E-mel:
enquiries@simedarby.com

12
7. Jabatan Warisan Negara Tel: (603) 2612 7200 50,000
Blok A dan B, Bagunan Sultan Faks: (603) 2604 4900
Abdul Samad, Jalan Raja, E-mel: info@heritage.gov.my
50050 Kuala Lumpur.

8. Malaysia Convention & Tel: (603) 8893 4500 100,000


Exhibition Bureau (MyCEB) E-mel: info@myceb.com.my
Level 9, Menara Z10, 1, Jalan
Alamanda 2, Presint 1, 62000
Putrajaya.

9. Akademi Seni Budaya Dan Tel: (603) 2778 5999 50,000


Warisan Kebangsaan Faks: (603) 2778 5903
(ASWARA) E-mel: info@aswara.edu.my
464, Jalan Tun Ismail, Kuala
Lumpur, 50480 Kuala Lumpur.

10. Jabatan Kebudayaan Dan Tel: (603) 5543 1419 50,000


Kesenian Negara (JKKN) E-mel: info@jkkn.gov.my
Selangor
Ideal Convention Centre (IDCC)
Shah Alam, Tingkat 6, 6-01
Menara Korporat, Kompleks
IDCC, Jalan Pahat L 15/L,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor.

11. Kementerian Komunikasi Dan Tel: (603) 8000 8000 100,000


Multimedia Faks: (603) 8911 5183
Lot 4G9, Persiaran Perdana, E-mel:
Presint 4, Pusat Pentadbiran webmaster[at]kkmm.gov.my
Kerajaan Persekutuan, 62100,
Wilayah Persekutuan, Putrajaya.

12. Radio Televisyen Malaysia Tel: (603) - 2282 5333 150,000


(RTM) Faks: (603)- 2284 7591
Jabatan Penyiaran Malaysia, E-mel:
Angkasapuri, 50614, Kuala pentadbiremel@rtm.gov.my
Lumpur

13
JUMLAH 1,100,000

14
9.0 LAMPIRAN

15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
10.0 BUTIRAN SYARIKAT

Nama Syarikat : Zushamni Entreprise

No. Pendaftaran : 001290018-K

No. Rujukan KKM : 357-02026595

Alamat : No. 37, Jalan Platinum 7/44, Seksyen 7

…………………………………………..40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Pengurus : Noor Hisham Ali Bin Shaharom

No. Telefon Bimbit : +6019-277 0973

Alamat E-mel : zushamni_73@yahoo.com

Bank : RHB Bank No. 11, 13, 15, Jalan Niaga

…………………………………………..16/3A, Seksyen 16, 40200 Shah Alam,

…………………………………………..Selangor.

No. Akaun : 21205900250760

Struktur / Taraf Ekonomi : Bumiputera / Pemilik Tunggal

Berdaftar : Kementerian Kewangan & E-Perolehan

25

You might also like