You are on page 1of 33

INDUSTRI

KREATIF
PENGENALAN
Perkembangan semasa ekonomi global menunjukkan industri kreatif adalah salah satu
sumber penting pertumbuhan ekonomi dan percambahan budaya di negara-negara
maju. Contohnya, industri ini telah menyumbang sebanyak USD$3 trilion kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat. Dalam perspektif ekonomi
dan sosiobudaya Malaysia, industri kreatif telah memberi sumbangan sebanyak RM9.4
bilion kepada KDNK negara pada tahun 2008 dan berpotensi menjana ekonomi
berpendapatan tinggi serta memartabatkan budaya bangsa. Justeru, amat penting
industri ini dibangunkan secara bersepadu dan terancang melalui satu dasar dan hala
tuju yang komprehensif.
Menyedari

hakikat

kepentingan

industri

ini,

Kementerian

telah

mengadakan

Persidangan Industri Kreatif pada 17 Mac 2009. Antara perkara yang menyentuh
industri ini adalah ketiadaan penyelarasan dan dasar yang jelas tentang pembangunan
industri kreatif di negara ini. Oleh yang demikian, satu dasar industri kreatif perlu
diwujudkan bagi menjelaskan hala tuju dan pembangunan industri kreatif negara.
Bagi tujuan ini, Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) digubal sebagai dasar induk untuk
menetapkan prinsip-prinsip asas pembangunan industri kreatif. Dasar ini akan menjurus
dan memacu segala kegiatan kreatif secara lebih produktif dan ekonomik melalui
sinergi sektor awam dan swasta.

Komitmen daripada kepimpinan tertinggi negara ini terkandung dalam pembentangan


Bajet 2010 oleh YAB Perdana Menteri: Dasar Industri Kreatif Negara

Dalam memacu negara ke kemuncak kemajuan, kreativiti dan daya pemikiran di luar
kotak perlu dicambah dan dirangsangkan. Lantaran itu, industri kreatif wajar dimajukan
lagi untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Industri ini meliputi seni
persembahan dan muzik, reka bentuk, animasi, pengiklanan dan pembangunan
kandungan. Bagi menyelaras perkembangan pelbagai segmen dalam industri ini,
Kerajaan akan:

(Petikan Ucapan Bajet 2010 oleh YAB Perdana Menteri, 23 Oktober 2009)

IKN berupaya membuka lebih banyak peluang kepada pelbagai kumpulan karyawan
sedia ada, generasi akan datang dan industri-industri sampingan untuk mencetus lebih
banyak idea, kreativiti dan inovasi yang boleh dikomersilkan. Ini selaras dengan
semangat dan cita-cita Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan ke arah pencapaian Wawasan 2020. Beberapa mesyuarat disusuli dengan
siri bengkel telah diadakan bagi membincang pembentukan dasar ini. Beberapa
dokumen telah dijadikan sumber rujukan bagi membentuk dasar ini, antaranya adalah:
(i) Dasar Perfileman Negara;
(ii) Dasar dan Strategi Pembangunan Industri Muzik Negara;
(iii) Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010;
(iv) Draf Dasar Strategi dan Program Pembangunan Kandungan Negara;
(v) Draf Dasar dan Strategi Pembangunan Industri Kreatif Seni Budaya
dan Warisan (Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan); dan
(vi) Memorandum Daripada Persatuan Persatuan Pengeluar-Pengeluar
Filem Malaysia (PFM) mengenai Pembangunan Industri Perfileman
dan Kandungan Negara.

DEFINISI INDUSTRI KREATIF


Industri kreatif ialah industri-industri yang melibatkan kreativiti individu, keterampilan,
dan bakat yang mempunyai potensi menjana kekayaan serta penciptaan peluang
pekerjaan melalui penggalakan dan eksploitasi harta intelek.
Hasil penelitian industri kreatif daripada negara-negara maju seperti United
Kingdom, Singapura, Korea Selatan, New Zealand, Australia dan UNESCO,

definisi industri kreatif dalam konteks Malaysia ialah penggemblengan dan penghasilan
kebolehan dan bakat individu atau berkumpulan berasaskan kreativiti, inovasi dan
teknologi yang menjurus kepada sumber keberhasilan ekonomi dan pendapatan tinggi
kepada negara dengan memberi penekanan kepada aspek karya dan hak cipta intelek
selaras dengan budaya dan nilai-nilai murni kepelbagaian kaum di Malaysia. Dengan
kata lain, industri kreatif merujuk kepada seni untuk ekonomi yang melibatkan individuindividu berbakat, pihak korporat dan seterusnya memberi implikasi kepada negara dari
segi pendapatan dan imej negara.

SKOP
Skop industri kreatif boleh dibahagikan kepada beberapa kategori industri
seperti berikut:

Industri Kreatif Multimedia


Industri ini terdiri daripada industri-industri yang mengaplikasikan kemajuan
teknologi terkini dalam menghasilkan produk-produk kreatif. Antara industri
di bawah kategori ini adalah:
(i) Penerbitan Filem dan TV;
(ii) Pengiklanan;
(iii) Seni Reka; dan
(iv) Animasi dan Kandungan Digital.

Industri Kreatif Seni Budaya


Industri ini ialah industri-industri yang berkaitan dengan penghasilan
karya-karya seni yang bercirikan budaya Malaysia seperti:
(i) Kraf;
(ii) Seni Visual;
(iii) Seni Muzik;
(iv) Seni Persembahan;
(v) Penulisan Kreatif; dan
(vi) Fesyen dan Tekstil.

Industri Kreatif Warisan Budaya


Industri warisan budaya merupakan industri berkaitan warisan budaya seperti aktiviti
muzium, arkib, pemulihan dan pemuliharaan. Dasar Industri Kreatif Negara merangkumi
kesemua bidang industri kreatif di atas yang dapat menjana pendapatan termasuk
industri sokongan yang berkaitan seperti pengedaran dan pemasaran.

PERKEMBANGAN INDUSTRI KREATIF DI DALAM NEGARA


SENARAI PROJEK-PROJEK PEMANGKIN JANGKA PENDEK IKN 2012-2013

SEKTOR

PROJEK

Muzik

PELAKSANA
Kementerian Penerangan
Komunikasi Kebudayaan

Geran Pemadanan MTV

(KPKK) /Recording
Industry Association of
Malaysia (RIM)
Kementerian Penerangan
Komunikasi Kebudayaan

Geran Sokongan Lawatan ke Luar


(KPKK) /Recording
Negara
Industry Association of
Malaysia (RIM)
Recording Industry
Anugerah Industri Muzik (Cina dan
Association of Malaysia
India)
(RIM) & ASTRO
Kementerian Penerangan
Komunikasi Kebudayaan
Penyertaan di MIDEM

(KPKK) /Recording
Industry Association of
Malaysia (RIM)
Kementerian Penerangan

Program Akreditasi Muzik

Komunikasi Kebudayaan

Forumuzik

(KPKK)
Kementerian Penerangan
Komunikasi Kebudayaan

(KPKK) /Recording
Industry Association of
Bimbingan Artis

Malaysia (RIM)
Capri Comm. & Kakiseni
Jabatan Kebudayaan dan

Program Perantisan

Kesenian Negara (JKKN) /


Penggiat Seni
Jabatan Kebudayaan dan

Mentor mentee

Kesenian Negara (JKKN) /

Gala Diraja Seni Persembahan (Royal

Penggiat Seni
My Performing Arts Agency

Seni
Persembahan

Arts Gala)

(MyPAA)
Jabatan Kebudayaan dan

Geran - mengurangkan kos produksi

Kesenian Negara (JKKN) /


Penggiat Seni
Jabatan Kebudayaan dan

Geran - karya Malaysia baru

Kesenian Negara (JKKN) /


Penggiat Seni
Jabatan Kebudayaan dan

Geran usaha pembangunan


Kesenian Negara (JKKN) /
khalayak seni
Seni

Ruang Persembahan Kecil/Black Box


Pewujudan ruang di tempat awam

Persembahan

untuk persembahan jalanan

Penggiat Seni
Penggiat Seni
Penggiat Seni
My Performing Arts Agency

Karnival Seni Kreatif Kita


(MyPAA)
Penerbitan Album Dennis Lau A
Penggiat Seni
Seni
Persembahan

Malaysian Journey
Penerbitan Album Fauziah Gambus
Pementasan Teater Tradisi Negeri-

Penggiat Seni
Syarikat Seni/Badan

Negeri sebagai Produk Pelancongan

Bukan Kerajaan Seni


Budaya

Pengantara-bangsaan Produk Seni


Program

Penggiat Seni
Jabatan Kebudayaan dan

Penerusan/Pembangunan/Publisiti
Kesenian Negara (JKKN)
Aktiviti
Pemasaran Seni Visual
Peningkatan Reka Bentuk Produk

Balai Seni Visual Negara


Perbadanan Kemajuan

Seni Visual dan


Kraf
Kraf

Kraftangan Malaysia
Perbadanan Kemajuan

Pembangunan Usahawan Kraf


Kraftangan Malaysia
Multimedia Development

Kandungan
Pelaksanaan Kod Mobile untuk bahan
Digital &

Corporation of Malaysia
artifak di Muzium Negara Malaysia

Multimedia

(MDeC)
Jawatankuasa Kandungan
Skrip Bank

Kreatif Filem dan TV

Insentif kepada Penerbit Rancangan

(FTvCCC)
Jabatan Penyiaran

Penerbitan
Filem dan TV

TV

Malaysia (RTM)
Akademi Seni Budaya dan

Program Latihan Industri Kreatif

Warisan Kebangsaan
(ASWARA)
Akademi Seni Budaya dan

Pembangunan
Modal Insan

Program Training of Trainers (ToT)

Warisan Kebangsaan
(ASWARA)
Akademi Seni Budaya dan

Pusat Kecemerlangan Industri Kreatif


Warisan Kebangsaan
(Kursi P.Ramlee)
(ASWARA)
Kementerian Penerangan

Pemasaran,
Kuala Lumpur Communications and
Jualan dan

Komunikasi dan
Creative Industry Mart (KLCCIM)

Pengedaran

PERKEMBANGAN DIKN

Kebudayaan

UJIBAKAT PERMOHONAN PERMIT SERTA PENDAFTARAN SENIMAN JALANAN


(BUSKERS) KUALA LUMPUR
Sukacita di maklumkan DBKL sedang di dalam proses pengeluaran permit kepada
penggiat Penghibur / Seniman Jalanan (Buskers) di Kuala Lumpur serta menyediakan
ruang persembahan di sekitar Kuala Lumpur.
DBKL dengan kerjasama agensi yang terlibat dalam pembangunan senibudaya di Kuala
Lumpur iaitu JKKN, KPKK, Balai Seni Lukis Visual Negara, JASA, Persatuan
KARYAWAN serta pemilik-pemilik premis di sekitar Kuala Lumpur menjemput para
penggiat seniman jalanan menghadiri sesi taklimat / ujibakat dan pendaftaran Seniman
Jalanan pada:

Tarikh : 16 Februari 2013 (Sabtu)


Tempat : Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur
Masa

: 12.00 tengahari -1.30 petang (sesi pendaftaran) / 2.00 petang - 5.00petang

(sesiujibakat )
Nota: Sila bawa 2 keping gambar ukuran passport dan satu salinan kad pengenalan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Urusetia Program Penghibur Jalanan :
DBKL : Rosnita Marzukhi /Rozzita /NurAmirah (Pejabat: 03-26176295)
Karyawan: Ahmad atau Wan (Pejabat: 03-20925517/0102877802

PENDAFTARAN SENIMAN JALANAN (BUSKERS) KUALA LUMPUR DENGAN


PIHAK DBKL
Sukacita dimaklumkan bawah pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah
mengambil tanggungjawab untuk membantu para penggiat seniman jalanan (Buskers)
di Kuala Lumpur dengan mewujudkan ruang persembahan di sekitar Kuala Lumpur.
Namun, bagi menyelaras dan memantau aktiviti para seniman jalanan ini, pihak DBKL
perlu mengeluarkan permit seniman jalanan (Permit Buskers KL).
Oleh itu, DBKL dengan kerjasama semua agensi yang terlibat dalam pembangunan
seni budaya di Kuala Lumpur dan juga premis-premis disekitar Kuala Lumpur telah
mengadakan mesyuarat penyelarasan pada 23 januari 2013 (Rabu) yang lalu di DBKL
dan memutuskan supaya semua para penggiat seniman jalanan ini menghadiri sesi
taklimat dan pendaftaran Seniman Jalanan seperti maklumat berikut :
Tarikh : 29 Januari 2013 (Selasa)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Balai Seni Visual Negara (BSVN), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur (Sebelah
Istana Budaya)
MALAM GALA SENI KUTIP DANA BANTU INDUSTRI
Sumber:http://www.murai.com.my
10-10-2012

KUALA LUMPUR, 4 OKTOBER 2012: Dalam menjana industri seni persembahan


tempatan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan inisiatif jitu My
Performing Arts Agency (MYPAA) bakal menganjurkan majlis Gala Diraja Seni
Persembahan atau The Royal Arts Gala 2012.
Majlis yang dijangka berlangsung pada 12 November depan di Hotel Hilton Kuala
Lumpur, bertujuan bagi mengumpul dana bagi membantu pembangunan sektor seni
persembahan tanah air.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia,


Dato Sri Kamaruddin Siaraf ketika sidang media acara itu berkata, majlis gala

berkenaan adalah julung-julung kalinya diadakan dan bakal menjadi platform terbaik
pada masa akan datang.
"Acara ini merupakan projek yang ditubuhkan daripada makmal dasar kreatif negara. Di
mana kita mahu menarik minat, kerjasama serta sokongan padu daripada badan
korporat untuk menyumbangkan dana kepada industri seni persembahan negara.
"Kesemua wang dana yang akan dikutip pada malam berkenaan akan disalurkan
sepenuhnya ke dalam akaun tabung amanah pembangunan seni persembahan
tempatan untuk digunakan bagi aktiviti kesenian pada masa akan datang," katanya.
Dato Sri Kamaruddin Siaraf menambah, pihaknya mensasarkan untuk mengutip
sekurang-kurangnya RM2 juta daripada badan korporat berminat bersandarkan sisipan
beberapa aktiviti pada majlis gala berkenaan.
Bertemakan Journey Through The Arts, Energies The Future, para tetamu akan
dihidangkan

dengan

persembahan

khas

diRaja

selama

45

minit

dan

juga

penganugerahan dua Pingat Seni Diraja yang akan disampaikan Seri Paduka Baginda
Yang Di-Pertuan Agong.
Turut diadakan acara Lelongan Senyap yang akan dikendalikan Henry Butcher Arts
Auctioneers antaranya arca eksklusif oleh Infantino Fernandes, dua unit lukisan
Malaysia, kamera vintaj Leica, gaun eksklusif Innai Red dan tidak ketinggalan
persembahan khas Dato Sri Idris Jala.

"Kami percaya, acara gala ini akan menjadi acara terpenting dalam industri seni
persembahan tanah air dalam membantu menyemarakan lagi kualiti seni persembahan
tempatan sehebat West End di London dan juga persembahan di Perancis.
"Kami

akan

bekerjasama

dengan

komiti

atau

badan

korporat

yang

telah

menyumbangkan dana pada malam itu nanti bagi membincangkan aktiviti serta idea
mereka dengan menggunakan wang dana yang berjaya kami kutip," katanya.
Antara selebriti yang bakal hadir pada acara gala berkenaan iaitu pelakon Hans Isaac,
Elaine Daly, Vanida Imran, Dato Zahim Albakri, Gurmit Singh, Teny Eusoff dan ramai
lagi.
Setiap meja dijual pada harga RM20,000 dan sebarang sumbangan amat dialu-alukan.
Untuk

tempahan

hubungi

email rag2012@mypaa.com.my.

MYPAA

di

talian

03-62079566

atau

PERKEMBANGAN INDUSTRI KREATIF DI NEGARA-NEGARA LUAR


Negara-negara maju seperti United Kingdom, Jepun, Jerman, Sepanyol,
Singapura dan beberapa negara di rantau Asia lain telah lama menerokai bidang
industri kreatif. United Kingdom dianggap perintis kepada industri ini dan definisi
mereka turut diguna pakai oleh negara Jepun.
UK Government Department for Culture, Media and Sports
(DCMS) mendefinisikan industri kreatif sebagai industri-industri yang melibatkan
kreativiti individu, keterampilan, dan bakat yang mempunyai potensi kekayaan serta
penciptaan peluang pekerjaan melalui janaan dan eksploitasi harta intelek (DCMS
2001, p. 04).
Berdasarkan definisi ini, United Kingdom telah mengklasifikasikan 13 bidang di
bawah industri kreatif iaitu iklan, seni bina, pasaran seni dan antik, pertukangan, seni
reka, seni reka fesyen, filem dan video, muzik, seni persembahan, penerbitan,
pembangunan aplikasi komputer, televisyen dan radio serta permainan komputer.

London Creative Industry Policy telah menggariskan 5 peringkat dalam menjayakan


industri kreatif iaitu:

Peringkat

berkuasa/bertanggungjawab dan struktur dasar sedia ada.


Peringkat Kedua: Proses pengumpulan maklumat, pandangan, model kajian

sedia ada dan merangka dasar kreatif.


Peringkat Ketiga: Mengenal pasti peluang, kaedah pembiayaan, struktur

perundangan dan pasaran.


Peringkat Keempat: Lawatan ke tempat/acara/pameran berkaitan industri kreatif

pertama:

Mengenal

pasti

sektor

kreatif,

pihak

seperti London Design Festival dan mempelajari penganjuran acara sedemikian

untuk menyemarakkan industri kreatif tempatan.


Peringkat Kelima: Pelaksanaan dasar yang menampakkan hasil akan menarik
lebih ramai pengusaha baru industri kreatif.
Negara Jepun mengguna pakai definisi United Kingdom tetapi bidang industri

kreatifnya adalah berbeza. Bidang industri kreatif yang dikenal pasti oleh Jepun
ialah pengiklanan, seni bina dan kejuruteraan, pasaran antik, barangan lacquer, seni
reka (rekaan industri, seni kraf, rekaan dalaman, rekaan pakaian, rekaan tekstil,
rekaan fesyen); filem dan video; penerbitan jualan dan sewaan rakaman audio dan
video; muzik dan seni persembahan,

penerbitan, aplikasi komputer, televisyen dan radio, institusi kebudayaan, akademik dan
artis (Mitsuhiro Yoshimoto, 2003). Korea juga telah membangunkan industri kreatif.
Sebelum kegawatan ekonomi 1997/98 pembangunan industri kreatif tertumpu di Seoul
dengan penglibatan syarikat-syarikat konglomerat.
Selepas kegawatan, syarikatsyarikat bersaiz kecil dan sederhana telah
mengambil alih peranan memajukan industri kreatif di negara berkenaan. Tumpuan
pembangunan industri kreatif di Korea adalah kepada permainan video, animasi dan
filem. Perkembangan industri kreatif di Korea adalah seiring dengan perkembangan
ekonomi negara berkenaan. Australia telah menjadikan industri kreatif sebagai salah
satu dasar di peringkat nasional.

Tumpuan

pembangunan

industri

kreatif

adalah

kepada

pembangunan

kandungan digital dan perisian komputer sebagai sokongan kepada pertumbuhan

sektor perkhidmatan seperti kesihatan, pendidikan, perkhidmatan kerajaan dan


perniagaan. Antara dasar utama yang diguna pakai oleh Australia pada masa ini ialah
Australias Broadband Connectivity yang dikendalikan oleh National Office for the
Information Economy and Directory of Community, Industry and Tourism Australia.
Di peringkat negeri dan perbandaran seperti di Queensland dan Brisbane pula,
terdapat juga pembangunan industri kreatif yang sedang dibangunkan. New Zealand
telah mengenal pasti 3 sektor utama yang perlu diberi penekanan dalam pembangunan
ekonominya iaitu bioteknologi, ICT dan industri kreatif. Bagi industri kreatif, tumpuan
adalah kepada bidang penyiaran, perfileman dan seni reka.
Memandangkan New Zealand merupakan sebuah negara yang kecil, bidang seni
reka tidak dapat dianggap sebagai sektor utama, sebaliknya adalah sektor sokongan
kepada perkembangan industri perkhidmatan seperti kesihatan dan pendidikan. Objektif
pembangunan industri kreatif New Zealand ialah meningkatkan export dan kekal
sebagai anggota Organization for Economic Co-operation and Development(OECD). Di
rantau ASEAN, Singapura mendahului negara-negara lain dalam membangunkan
industri kreatif secara terancang. Dasar Kerajaan Singapura memberi penekanan
kepada aspek seni, budaya dan kandungan audio visual dalam pembangunan ICT di
negaranya. Tumpuan pembangunan industri kreatif Singapura adalah dalam bidang IT
dan aplikasi komputer, pengiklanan, penyiaran, penerbitan, seni rekaan dalaman, grafik
dan
fesyen; perkhidmatan seni bina, kesenian, perdagangan antik dan kraf; seni
persembahan, perkhidmatan pawagam, seni reka industri dan fotografi. Pelaburan
dalam bidang ICT telah mengangkat kedudukan Singapura ke tahap yang lebih tinggi di

rantau ini. Penekanan juga diberikan kepada bidang pendidikan sebagai pemangkin
utama dan pelaburan jangka panjang dalam
pembangunan industri kreatif di Singapura. Industri kreatif memberi impak kepada
ketiga-tiga sektor ekonomi (primary, secondary and tertiary) Singapura. Pada tahun
2000, sumbangan industri kreatif Singapura dianggarkan bernilai S$2.98 bilion (RM6.9
bilion) atau 1.9% daripada KDNK negaranya. Industri pengedaran yang berkait rapat
dengan industri kreatif, telah meningkat sebanyak S$2.02 bilion (RM4.7 bilion),
seterusnya menjadikan sumbangan keseluruhan industri hak cipta kepada S$5 bilion
(RM11.6 bilion) iaitu 3.2% daripada KDNK. Dari segi pekerjaan, industri kreatif di
Singapura memberi peluang pekerjaan kepada 47,000 atau 2.2% daripada keseluruhan
jumlah pekerjaan dan tambahan 32,000 orang pekerja dalam industri pengedaran.
Bilangan pekerja di bawah kluster kreatif adalah 79,000 atau 3.8%. Sektor yang
mempunyai nilai tambah dan membuka peluang pekerjaan ialah sektor IT iaitu 38%
daripada sektor industri kreatif atau 31% daripada peluang pekerjaan pada tahun 2000.
Produktiviti pekerja dalam industri kreatif dianggarkan bernilai S$63,543 (RM148,045)
seorang, hampir menyamai purata produktiviti sektor perkhidmatan yang dianggarkan
berjumlah S$68,850 (RM160,410) seorang pada tahun 2000. Kerajaan Jerman dalam
laporannya, Culture And Creative Industries in Germany 2009 mencadangkan beberapa
tindakan strategik bagi tujuan memajukan industri kreatif seperti:
(i) Meningkatkan program sokongan yang sedia ada bagi memudahkan
syarikat-syarikat berasaskan inovasi berkembang dalam industri
kreatif; Dasar Industri Kreatif Negara
(ii) Mewujudkan satu rangkaian sokongan pakar kepada para penggiat

utama industri kreatif;


(ii) Mendefinisikan dengan jelas konsep inovasi dalam industri budaya dan
kreatif;
(iv) Mewujudkan platform yang bersifat nasional untuk industri kreatif;
(v) Membangunkan kriteria penilaian kepada pihak Bank dan institusi
kewangan yang merupakan sokongan utama industri;
(vi) Memastikan bantuan dan sokongan yang berterusan kepada industri
budaya dan kreatif yang sebelum ini tidak begitu menyerlah tetapi
berpotensi untuk dimajukan;
(vii) Meneruskan sokongan promosi dalam pameran-pameran dagangan
dan industri di peringkat antarabangsa;
(viii) Kerajaan melalui bank yang dilantik akan mewujudkan lebih banyak
bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman mikro untuk membantu
industri-industri kreatif yang berskala kecil;
(ix) Memastikan perkembangan industri budaya dan kreatif ini sentiasa
dipantau; dan
(x) Memastikan kajian dan analisis berterusan untuk penambahbaikan
kepada struktur industri kreatif sedia ada.
Dalam memajukan industri kreatif di Sepanyol, Kementerian Kebudayaannya telah
memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut:

(i) Memberi bantuan kredit dengan kadar subsidi kepada industri-industri


budaya dan kreatif bagi mewujudkan perniagaan baru serta aktiviti

profesional dan juga dalam pembangunan industri kecil dan sederhana;


(ii) Memberi bantuan dalam bentuk subsidi jaminan kos kepada
syarikat-syarikat yang memerlukan bantuan kewangan;
(iii) Menyalurkan pinjaman kewangan kepada projek perniagaan dan
industri budaya;
(iv) Mewujudkan geran modal untuk mempromosikan inovasi dan teknologi
kepada para penggiat industri kreatif;
(v) Mengadakan CreArte Awards untuk mempromosikan kreativiti di
peringkat sekolah; dan
(vi) Mewujudkan biasiswa di bawah Kementerian Kebudayaan untuk latihan dan
aktiviti yang berkaitan dengan industri kreatif.

Pengalaman negara-negara tersebut menunjukkan bahawa peranan pihak


Kerajaan dan swasta amat penting dalam usaha untuk memajukan industri kreatif yang
boleh memberi peluang dan ruang kepada rakyat untuk memajukan industri berkenaan.
Dari segi peruntukan kewangan pula, Jepun menyediakan sejumlah 1.8 billion
Yen (RM62.3 juta) untuk membangunkan industri kreatif di negaranya, manakala di
Thailand, sejumlah 178 juta Baht (RM17.7 juta) diperuntukkan melalui pakej ransangan
ekonomi bagi mempromosikan industri kandungan kreatif negara mereka.
Singapura pula melalui pelan induknya Singapore Fusion Media 2015 telah
memperuntukkan S$500 juta (RM1.2 bilion) untuk membangunkan industri kreatifnya
dalam bentuk dana pelaburan, termasuk modal daripada bank dan para pelabur
strategik. Pelan induk ini bermatlamat menjadikan Singapura sebagai hab media

serantau, menarik lebih ramai bakat dari luar dan dalam masa yang sama membina
bakatbakat tempatan.

PEMBENTANGAN 2010
Komitmen daripada kepimpinan tertinggi negara ini terkandung dalam pembentangan
Bajet 2010 oleh YAB Perdana Menteri:
Dalam memacu negara ke kemuncak kemajuan, kreativiti dan daya pemikiran di luar
kotak perlu dicambah dan dirangsangkan. Lantaran itu, industri kreatif wajar dimajukan
lagi untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Industri ini meliputi seni
persembahan dan muzik, reka bentuk, animasi, pengiklanan dan pembangunan
kandungan. Bagi menyelaras perkembangan pelbagai segmen dalam industri ini,
Kerajaan akan:
1. Menggubal Dasar Industri Kreatif yang komprehensif sebagai asas pembangunan
industri kreatif negara;
2. Menyediakan Dana Industri Kreatif berjumlah 200 juta ringgit bagi membiayai aktiviti
seperti pengeluaran filem dan drama, muzik, animasi, pengiklanan dan pembangunan
kandungan tempatan. Dana berbentuk pinjaman dengan kadar faedah rendah akan
dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional. Yang mustahaknya, urusan mendapatkan
pinjaman ini akan dipermudahkan supaya boleh dimanfaatkan oleh industri; dan
3.

Kepada para penggiat seni, mereka tidak sekali-kali diabaikan. Kerajaan akan

menubuhkan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni

sentiasa terbela dan diberi perhatian. Dengan ini, sejumlah 3 juta ringgit akan
diperuntukkan sebagai geran pelancaran.
DIKN berupaya membuka lebih banyak peluang kepada pelbagai kumpulan karyawan
sedia ada, generasi akan datang dan industri-industri sampingan untuk mencetus lebih
banyak idea, kreativiti dan inovasi yang boleh dikomersilkan. Ini selaras dengan
semangat dan cita-cita Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan ke arah pencapaian Wawasan 2020.

Beberapa mesyuarat disusuli dengan siri bengkel telah diadakan bagi membincang
pembentukan dasar ini. Beberapa dokumen telah dijadikan sumber rujukan bagi
membentuk dasar ini, antaranya adalah:
(i) Dasar Perfileman Negara;
(ii) Dasar dan Strategi Pembangunan Industri Muzik Negara;
(iii) Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan 2006- 2010;
(iv) Draf Dasar Strategi dan Program Pembangunan Kandungan Negara;
(v) Draf Dasar dan Strategi Pembangunan Industri Kreatif Seni Budaya dan
Warisan (Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan); dan

(vi) Memorandum Daripada Persatuan Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem


Malaysia (PFM) mengenai Pembangunan Industri Perfileman dan Kandungan
Negara.
Pembangunan

sektor

industri

kreatif

negara

terus

dirangsang

dengan

pengumuman beberapa lagi projek pemangkin jangka pendek yang direncanakan pihak
industri bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).
Tujuh sektor industri kreatif negara akan diberi rangsangan tambahan dengan
pengumuman projek jangka pendek itu susulan Mesyuarat Program Transformasi
Ekonomi Kumpulan Peneraju Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi (NKEA CCI),
baru-baru ini, yang dipengerusi Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Tujuh sektor berkenaan ialah seni visual dan kraf, penerbitan filem dan televisyen,
seni persembahan, pembangunan modal insan, muzik, kandungan digital dan
multimedia serta pemasaran, jualan dan pengedaran.
JAWATANKUASA TINDAKAN PELAKSANAAN DASAR INDUSTRI KREATIF NEGARA
Pelaksanaan Dasar Industri Kreatif Negara(DIKN) melibatkan satu Pelan
Tindakan yang menyeluruh yang diterajui oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi
dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) dan dilaksanakan secara bersepadu oleh beberapa
Kementerian, agensi Kerajaan, badan bukan Kerajaan (NGO) dan sektor swasta.
Antara Pelan Tindakan DIKN adalah penubuhan Jawatankuasa Tindakan Pelaksanaan
DIKN.

Jawatankuasa Tindakan Pelaksanaan DIKN telah ditubuhkan di bawah Kementerian


yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPKK dan dianggotai oleh pelbagai agensi
pusat dan syarikat swasta serta penggiat yang terlibat dengan Industri Kreatif di
Malaysia. Peranan utama Jawatankuasa ini bagi menyelaras pelaksanaan Dasar
Industri Kreatif Negara di antara KPKK dan semua pihak terlibat termasuk penggiat
industri bagi membangunkan industri kreatif negara. Sebanyak sembilan (9)
jawatankuasa kerja bagi bidang Industri Kreatif telah ditubuhkan di bawah
Jawatankuasa Tindakan Pelaksanaan DIKN yang turut dianggotai oleh syarikat dan
penggiat industri bagi memastikan dan memacu Industri Kreatif mencapai sasaran
Kerajaan iaitu dalam tempoh dua (2) tahun bermula 2012 hingga 2013, Industri Kreatif
menyumbangkan hasil sebanyak 0.5% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Setiap jawatankuasa kerja yang ditubuhkan perlu menyedia dan memperhalus terma
rujukan (Term of Reference) serta merancang dan menyediakan Pelan Pelaksanaan
setiap program/aktiviti bidang masing-masing secara komprehensif. Penyediaan Pelan
Pelaksanaan ini perlu disediakan bagi mengetahui halatuju dan sasaran bagi tempoh
dua (2) tahun (2012-2013).
Jawatankuasa kerja tersebut adalah seperti berikut:
1)

Jawatankuasa Kerja Pembangunan Modal Insan

2)

Jawatankuasa Kerja Kandungan Digital & Multimedia

3)

Jawatankuasa Kerja Penerbitan Filem dan TV

4)

Jawatankuasa Kerja Muzik

5)

Jawatankuasa Kerja Seni Persembahan

6)

Jawatankuasa Kerja Seni Visual dan Kraf

7)

Jawatankuasa Kerja Pemasaran, Jualan dan Pengedaran

8)

Jawatankuasa Kerja Harta Intelek

9)

Jawatankuasa Kerja Kewangan

Satu sesi Makmal Pelan Tindakan DIKN telah diadakan pada 9 13 Januari 2012 bagi
memperhalusi pelan tindakan pelaksanaan setiap jawatankuasa kerja Industri Kreatif
supaya satu laporan yang komprehensif mengenai pelan pembangunan Industri Kreatif
dapat dirangka. Hasil daripada sesi makmal tersebut, setiap jawatankuasa kerja
tersebut telah merancang projek kajian pemangkin jangka pendek DIKN bagi tempoh
dua (2) tahun (2012-2013).

STATUS SEMASA INDUSTRI KREATIF NEGARA


Sumbangan Industri Kreatif Kepada KDNK
Secara purata industri kreatif di negara-negara maju menyumbang antara 1 sehingga
5% kepada KDNK. Dalam konteks Malaysia, industri kreatif dianggarkan menyumbang
1.27% kepada KDNK (sumber: Creative Industry Baseline Study, MDEC 2008) dan
sektor pengiklanan merupakan antara penyumbang terbesar bagi jumlah ini.
Perkembangan ini menunjukkan bahawa industri kreatif berpotensi menyumbang
dan menjadikan ekonomi negara lebih dinamik. Industri kreatif juga telah mewujudkan
peluang pekerjaan yang luas, berdasarkan statistik guna tenaga di negara-negara maju
seperti United Kingdom 4.5%, Hong Kong 5.3%, Amerika Syarikat 5.9%, Taiwan 3.6%,
Australia 3.8% dan Singapura 3.4% (sumber: Centre for Cultural Policy Research HD
Hong Kong University, Baseline Study on Hong Kong Creative Industries, 2003). Di
Malaysia, guna tenaga dalam industri kreatif dianggarkan Dasar Industri Kreatif Negara

19 sebanyak 0.4% atau 45,301 pekerjaan (sumber: Creative Industry Baseline Study,
MDEC 2008).
Guna tenaga di Malaysia 2009 ialah 10.89 juta atau 38.5% daripada 28.31 juta
penduduk Malaysia (Sumber: Jabatan Statistik, 2009).
Kadar pertumbuhan peluang pekerjaan ini dapat ditingkatkan lagi melalui Dasar Industri
Kreatif Negara yang terarah sekali gus boleh menyumbang untuk mengurangkan kadar
pengangguran. Kadar pengangguran di Malaysia pada tahun 2009 ialah 3.6%.
(Sumber: Jabatan Statistik, 2009).

ISU DAN CABARAN


Secara umumnya, isu dan cabaran industri kreatif di dalam negara yang dikenal pasti
adalah berkaitan aspek-aspek seperti berikut:
(i) Kerangka Institusi perundangan, penguatkuasaan, pemantauan dan
penyelarasan bagi memartabatkan industri kreatif.
Ketiadaan kerangka institusi perundangan merupakan antara cabaran utama dalam
membangunkan industri kreatif tempatan. Sebagai contoh industri seni reka fesyen di
negara ini tidak dikawal selia oleh mana-mana institusi menyebabkan ketiadaan
perancangan yang teliti untuk membangunkannya. Manakala isu penguatkuasaan,
pemantauan dan penyelarasan antara agensi juga menjadi salah satu isu yang sering
diperkatakan. Sebagai contoh, industri kandungan mempunyai beberapa agensi yang
bertanggungjawab seperti Lembaga Penapisan Filem di bawah Kementerian Dalam
Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di bawah Kementerian
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Perkara ini tidak berlaku di Singapura yang

industri kandungannya berada di bawah tanggungjawab Media Development Authority


(MDA) dan di Korea pula peranan ini dilaksanakan oleh Korea Creative Content Agency
(KOCCA).

(ii) Kesedaran Terhadap Industri Kreatif


Kurangnya kesedaran terhadap kepentingan dan potensi industri kreatif dalam
kalangan masyarakat merupakan antara isu yang dihadapi oleh industri kreatif di
negara ini. Masyarakat Malaysia sering memandang rendah kepada mereka yang
terlibat dalam industri ini. Malah, masyarakat beranggapan bahawa bidang ini tidak
mempunyai nilai ekonomi dan komersial yang tinggi. Imej karyawan di negara ini jauh
lebih rendah berbanding dengan bidang-bidang profesional yang lain. Selain itu,
apresiasi masyarakat terhadap nilai estetika kesenian dan kebudayaan juga masih
rendah dan sering dipinggirkan. Ini kerana nilai estetika adalah subjektif iaitu
pentakrifan terhadap sesuatu karya atau produk, berbeza antara seorang individu
dengan individu yang lain. Oleh itu, karya kreatif sukar dinilai dalam konteks komersial.

KERATAN AKHBAR (LAMAN SESAWANG)

Industri kreatif tak mati


Begitu juga yang dilakukan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerusi Fakulti
Teknologi Kreatif dan Warisan yang memilih Rosyam Nor sebagai penerima Ijazah
Kehormat Sarjana Seni (Keusahawanan Industri Kreatif) pertama pada Majlis
Konvokesyen Ke-2 UMK pada 15 September lalu.
Sejak 12 bulan lalu, saya diperdengarkan oleh sahabat, Dr Abu Hassan Hasbullah yang
kini mengetuai fakulti berkenaan sebagai dekan mengenai usaha UMK untuk
menjadikan pusat pembangunan industri kreatif nasional.
Industri kreatif tak akan mati, kata Dr Abu Hassan pada pertemuan di Bangsar, barubaru ini.
Pemilihan Rosyam pula disifatkan sebagai bertepatan di mana mereka melihat (kita
juga) beliau sebagai contoh usahawan dalam industri kreatif yang gigih, bermula dari
bawah sebagai budak suruhan produksi sehingga memiliki syarikat penerbitan yang
antara disegani di Malaysia, Suhan Movies and Trading.
Bagi UMK, Rosyam mempunyai keyakinan yang industri kreatif mampu menyumbang
kepada pendapatan negara. Rosyam sebagai model, daripada zero to hero. Bukan
tiada yang lain tetapi lelaki ini diambil kira sebagai penerima pertama ijazah berkenaan
kerana beliau masih berada dalam lingkungan yang dijadikan model untuk pelajar.

Malah dari segi umur, tidak begitu berjarak usianya berbanding pelajar.
Rosyam sendiri bagaikan sebuah institusi yang sama taraf dengan sarjana
berdasarkan pencapaiannya hari ini, sambung pengkritik politik bebas itu lagi.
Dr Abu Hassan sering menegaskan contoh negara lain yang menjana pendapatan
daripada industri kreatif termasuk di Eropah, Korea Selatan, Brazil, China dan India. Oh
ya, perlu diingat, apabila kita bercakap mengenai industri kreatif dan Rosyam Nor di
sini, diharap anda semua jangan terikat dengan industri wayang dan televisyen sematamata. Sebaliknya ia meliputi apa saja yang berkaitan dengan kreativiti termasuk
makanan, pakaian, kenderaan dan seumpamanya. Bukan hiburan halwa telinga dan
mata saja ya!
Malah dua tiga hari lalu, menerusi twitter, saya membaca laporan berita di Indonesia
yang menyatakan kenaikan jumlah penumpang Garuda ke Korea Selatan sebanyak 35
peratus. Pada masa yang sama, satu lagi laporan turut mengaitkan kenaikan itu kerana
pengaruh K-Pop yang sedang mendominasi dunia hiburan global. Dengarnya, industri
kreatif Korea Selatan kini menduduki carta kedua sebagai penyumbang ekonomi
terbesar negara kelahiran Wonder Girls dan Big Bang itu. Menarik bukan!
Secara peribadi, saya jelas akan hal ini. Bahkan berkali-kali juga saya jelaskan
pandangan ini di dalam Transkripsi Abie. Antara lain, ramai pemain industri seni kita
yang samar dengan kemampuan luar biasa industri untuk menjana ekonomi kerana
dikaburi dengan glamor yang berleluasa. Namun Rosyam dan beberapa yang lain
seperti Datuk Yusof Haslam, David Teo, Hans Isaac antara yang saya nampak melihat
potensi itu.
Bagi UMK, membangunkan perusahaan kreatif adalah penting dalam proses
pembentukan negara bangsa, khususnya bagi menjayakan pembangunan ekonomi dan
masyarakat. Industri ini bukannya baru kepada masyarakat kita kerana sejak awal
tamadun Melayu, perusahaan kreatif seperti kraftangan kayu, logam seperti emas,
perak, timah dan suasa pernah menjadikan Tanah Melayu sebagai kuasa ekonomi di
Asia Tenggara sejak zaman Empayar Kesultanan Melaka hinggalah era kolonial.
Seperti kata sahabat itu, kreativiti ini termasuklah kerajinan tangan seperti pertukangan
rumah dan isinya sehinggalah kemuncaknya menguasai seni media di sepanjang 1940an dan kecemerlangan period dua studio Jalan Ampas apabila seni filem, muzik dan
lakon menjadi ekonomi terbesar.
Sebagai orang universiti yang banyak mengkaji, sahabat ini juga melihat industri kreatif
adalah industri masa depan yang dijangka menjadi penyumbang kepada KDNK kedua
terbesar menjelang 2018 di seluruh dunia.

Bagi saya, wajarlah tokoh masa kini yang telah berjaya diambil sebagai sumber
rujukan untuk pembangunan pendidikan industri kreatif khususnya di universiti seperti
UMK bagi membolehkan suatu struktur, sistem, kaedah dan kandungan pengajian
industri kreatif diselarikan dengan pasaran, katanya.
Mungkin ada yang kurang setuju tetapi tidak saya yang mahu melihat perancangan
UMK ini suatu kenyataan, insya-Allah. Malah fakulti ini menerusi perancangannya, cuba
menjadi Pusat Pembangunan Industri Kreatif Nasional atau laboritorium ekonomi kreatif
nasional dan antarabangsa.
Bagaimanapun, dalam optimis dengan usaha ini, saya mengharapkan kerjasama
semua pihak terutama yang bersetuju dengan usaha UMK ini agar memberi sokongan
padu. Sampai bila kita mahu melihat industri seni tempatan sekadar riak air, sesekali
apa salahnya mencipta gelombang global yang benar-benar global. Bukan sekadar
mencanang!
Wassalam.
______________________________________________________________________

Babad Industri Kreatif Negara Dalam Dunia Glokal


Awang Azman Awang Paw - 13th August 2009
61st seminar in the CLS research seminar series

Industri Kreatif di negara ini cukup komplek. Namun kekompleksiti dalam sektor ini
belum lagi dapat memberikan kefahaman yang jitu mengenai konsep dan definisi
industri kreatif sebagaimana yang berlangsung pada masa kini. Yang banyak ditemui
ialah kenyataan-kenyataan umum di media massa. Malah, pembahasan mengenai

industri kreatif negara secara teoritikal belum lagi diberikan perhatian dalam konteks
wacana akademik yang lebih luas. Justeru, terdapat kelangkaan dari segi kehadiran
jurnal dan kajian khusus mengenai industri negara diterbitkan di negara ini. Kertas
kerja ini memberikan konsep industri kreatif negara berdasarkan perbahasan yang
berlangsung dalam kalangan negara maju dalam indutsri kreatif dan memberikan
konsep dan perspektif industri kreatif dalam konteks acuan negara. Industri kreatif
negara

sebenarnya

berpotensi

memberikan

pulangan

yang

besar

kepada

pertumbuhan ekonomi negara. Peluang untuk meneroka industri ini secara lebih
mendalam cukup terbuka dialam pengkaji dan

pengiat dalam industri tersebut.

Tantangan arus global dan pemahaman konsep glokal berupaya merekayasa lagi
industri kreatif di negara ini secara lebih bermakna. Berdasarkan pemahaman ini,
persoalan-persoalan dalam industri kreatif juga akan diungkapkan untuk memberikan
perspektif yang lebih menyeluruh.

You might also like