You are on page 1of 13

Conference Proceeding: 7th INTERNATIONAL SEMINAR ON NUSANTARA HERITAGE (7TH ISONH 2018)

PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN


(PdPc) PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM
MENGHADAPI REVOLUSI INDUSTRI 4.0
Che Aleha Ladin, Ph.D
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
chealeha@um.edu.my

Intan Marfarrina Omar, Ph.D


Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
imarfarrina@um.edu.my

Hairol Nezam Mohd Zaki


Koleh Matrikulasi Perak
Hairolnezam76@yahoo.com

Kamaruddin Ilias, Ph.D


Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
kamaruilias@gmail.com

Nurul ‘Ain Saffar Ullah


Jabatan Sains Sosial, IIPG Kampus Temenggung Ibrahim Johor
Nurulain9881@gmail.com

ABSTRAK

Satu cabaran yang perlu dihadapi dalam dunia pendidikan kini ialah
menyesuaikan pembelajaran dan pemudahcaraan (pdPc) bagi mendepani
revolusi industri 4.0. Ledakan Revolusi Industri 4.0 memberi kesan yang besar
kepada guru dalam menyediakan pelajar yang berkemahiran tinggi,
berpemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, boleh berkomunikasi,
berkolaborasi, kreativiti dan mempunyai kesejahteraan emosi. Guru Pendidikan
Seni Visual perlu mengambil inisiatif celik Revolusi Industri 4.0, kreatif dan
inovatif menggunakan kepelbagaian sumber dan media yang sesuai bagi
menghasilkan PdPc yang lebih menarik. Penulisan ini membincangkan PdPc
Pendidikan Seni Visual yang relevan dengan konteks Revolusi Industri 4.0
melalui penerapan kemahiran Pembelajaran Abad 21, pembelajaran autentik,
kemahiran insaniah dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Turut
dibincangkan ialah cabaran yang dihadapi guru dalam merealisasikan
pembelajaran Seni ke arah revolusi Industri 4.0.

KATA KUNCI

Pendidikan Seni Visual, Pembelajaran Abad 21, Pembelajaran Autentik,


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan Revolusi Industri 4.0.
Conference Proceeding: 7th INTERNATIONAL SEMINAR ON NUSANTARA HERITAGE (7TH ISONH 2018)

1.0 PENGENALAN

Revolusi Perindustrian Keempat (RI 4.0) memberi kesan kepada


ekonomi dunia beralih daripada ekonomi konvensional berasaskan sumber
kepada ekonomi digital berasaskan teknologi maklumat. Revolusi Industri 4.0
akan mengubah cara hidup dan corak kerja manusia yang menggunakan
internet sebagai keperluan dalam pelbagai sektor ekonomi, politik dan sosial.
Perubahan meliputi tiga domain teknologi utama iaitu fizikal, digital dan
biologikal merangkumi sembilan tonggak iaitu simulasi dan realiti maya,
integrasi sistem menegak dan melintang, industri Internet of Things (IoT),
keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan bahan tambahan,
rantaian bekalan, analisis data raya dan robot automasi (Klaus Schwab, 2015;
Anne Marie, 2018). Golongan pekerja berkemahiran tinggi, efisien dan efektif
amat diperlukan supaya dapat bekerja bersama-sama dengan robot mahupun
pelbagai sistem automasi yang bakal diguna pakai untuk mempercepatkan
proses pengeluaran dan produktiviti (Noor Mohamad Shakil Hameed, 2018).

Bagi mendepani RI 4.0, pendidikan berteraskan 4.0 perlu disesuaikan


dalam semua mata pelajaran. Pengintegrasian Seni dalam pendidikan Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kepada STEAM menunjukkan
elemen seni begitu penting dan tinggi nilainya. Kesenian dan kemanusiaan
adalah tunggak asas dalam sistem pendidikan RI 4.0. Guru Pendidikan Seni
Visual perlu menjayakan PdPc supaya hasilnya nanti dapat menyediakan murid
ke arah tenaga kerja yang mahir, kreatif, inovatif dan berjaya menghasikan
produk berkualiti tinggi yang dapat bersaing dalam era globalisasi. Kunci untuk
membangunkan kebolehan ini adalah pendidikan seumur hidup yang bersifat
interdisiplin, lintas fungsi, lintas industri dan lintas budaya.

2.0 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan Seni


Visual dalam Pendidikan Revolusi Industri 4.0

Terdapat pelbagai bidang dan kemahiran dalam kurikulum Seni Visual.


Di peringkat sekolah rendah, bidang Seni Visual terdiri daripada kegiatan
menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan,
dan mengenal kraf tradisional (KSSR Dunia Seni Visual Tahun 3, 2012).
Manakala peringkat menengah, organisasi kandungan KSSM Pendidikan Seni
Visual Tingkatan terbahagi kepada lima bidang utama pembelajaran iaitu
Sejarah dan Apresiasi Seni Visual, Seni Halus, Reka Bentuk, Seni Kraf dan
Komunikasi Visual (KSSM Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2, 2016).
Kandungan Kurikulum Seni bertujuan melahirkan insan yang harmonis, kritis
dan kreatif, memupuk bahasa seni visual, membantu perkembangan emosi
murid, meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan
alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa, celik seni dan budaya
serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat,
dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Conference Proceeding: 7th INTERNATIONAL SEMINAR ON NUSANTARA HERITAGE (7TH ISONH 2018)

Hasrat yang murni ini akan terlaksana melalui pelaksanaan PdPc Seni
Visual yang sewajarnya disesuaikan mengikut keperluan semasa walaupun
mempunyai sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Jika tidak, mata pelajaran
ini akan ketinggalan dan tidak memberi makna kepada murid. Pendidikan Seni
Visual perlu diajar mengikut acuan dan budaya Malaysia selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Transformasi Nasional (TN50)
dan Transformasi Sekolah (TS 25). Justeru,guru Pendidikan Seni Visual perlu
kreatif dan inovatif menggunakan sumber dan media yang sesuai bagi
menghasilkan PdPc yang lebih menarik. Antara PdPc Pendidikan Seni Visual
yang akan dibincangkan dalam penulisan ini ialah aplikasi pembelajaran Abad
21, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), kemahiran insaniah dan
pembelajaran autentik yang dapat menyediakan murid berkemahiran tinggi,
berpemikiran kritikal dan boleh menyelesaikan masalah, berkomunikasi,
berkolaborasi, kreativiti dan mempunyai kesejahteraan emosi yang tinggi.

Kemahiran Pembelajaran Abad ke-21 (PAk 21)

Kemahiran Pembelajaran Abad ke-21 (PAk 21) memfokuskan kepada


empat prinsip utama iaitu pemikiran kritis dan penyelesaian masalah,
komunikasi, kolaborasi dan kreativiti (KPM, 2012). Penerapan kemahiran PAk
21 dapat membantu murid mengharungi cabaran kehidupan era globalisasi
dengan lebih berkeyakinan dalam bidang kerjaya. Beberapa kajian mendapati
pengaruh pembelajaran abad ke-21 banyak memberi kesan positif dari segi
sikap, motivasi dan pencapaian murid (Ainun Rahmah Iberahim, Zamri
Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad, 2017; Masyuniza Yunos,
2015). Kejayaan pelaksanaan pendekatan pembelajaran abad 21 juga sangat
bergantung kepada kebijaksanaan guru sebagai seorang profesional yang
dapat mengintegrasi pengetahuan praktikal dalam aktiviti PdPc (Rohani Arbaa,
Hazri Jamil & Mohammad Zohir Ahmad, 2017).

Terdapat pelbagai pendekatan PAk 21 yang boleh dilaksanakan dan


disesuaikan dalam Pendidikan Seni Visual antaranya pendekatan projek,
pembelajaran koperatif, gallery walk, hot seat, blanded learning, think pair
share dan sebagainya. Misalnya melalui aktiviti gallery walk, guru boleh
melaksanakannya dengan memberi peluang kepada murid mempamerkan hasil
karya mereka dalam kelas. Murid akan bergerak dari satu stesen ke satu
stesen untuk mendengar penerangan rakan menghasilkan karya (aspek
pengalaman, kreativiti dan teknik yang digunakan) dan seterusnya menilai
karya yang telah dihasilkan. Dalam aktiviti ini secara tidak langsung murid
dilatih berkomunikasi dalam bahasa seni visual, membuat refkesi, menilai dan
membandingkan karya (produk) dengan penuh yakin sejajar dengan pendidikan
4.0, Abersek (2017).

Penggunaan internet dan komputer sangat digalakkan dalam PdPc abad


ke-21 kerana dapat mendedahkan murid prinsip industri internet of things (IoT).
Contohnya, tajuk penghasilan pembungkusan makanan. Pada peringkat awal
guru boleh meminta murid mengumpul maklumat dengan mencari bahan
berkaitan tajuk dari sumber internet, surat khabar, majalah atau contoh
bungkusan makanan sedia ada yang terdapat dipersekitaran. Maklumat yang
Conference Proceeding: 7th INTERNATIONAL SEMINAR ON NUSANTARA HERITAGE (7TH ISONH 2018)

dikumpul dapat memberi pendedahan tentang kaedah, bahan, teknik dan reka
bentuk yang sesuai seperti pemilihan muka taip, gubahan reka letak, ilustrasi
dan warna yang sesuai mengikut kehendak masyarakat kini. Pada peringkat
seterusnya, murid akan membuat lakaran idea dan seterusnya dibimbing
menggunakan komputer untuk menghasilkan pembungkusan makanan yang
menarik. Proses penghasilan produk seni akan dapat melatih murid secara
bijaksana bagi mencipta imej visual yang kreatif, mencipta imej yang
mempunyai tenaga ekspresif, coherence, dan melatih pemikiran celik akal.
Pembelajaran seperti ini akan mempamerkan aktiviti artistik dan hasil kerja
kreatif pelajar secara autentik. Menurut Chapman (1978) proses penghasilan
karya seni akan melibatkan proses artistik dengan menekankan kepada
penjanaan idea, pengolahan dan pemurnian idea dan penekanan kepada
kemahiran menggunakan bahan. Justeru, dalam konteks ini, PdPc PAk 21
berjaya dilaksanakan dan ianya menjurus kepada pendidikan 4.0 kerana murid
dapat mempertingkatkan kreativiti, kemahiran analitik, kemahiran interpersonal,
keupayaan menyedari dan kemahiran memproses maklumat seperti yang
dicadangkan Abersek (2017). Jadual 1 menunjukkan kompetensi PAk 21 dalam
konteks pendidikan 4.0 yang boleh disesuaikan dengan Pendidikan Seni
Visual.

Jadual 1: Kompetensi untuk pembelajaran abad 21 dalam konteks Pendidikan


4.0 (Abersek, 2017)
Kompetensi Abad ke 21
Kemahiran Kemahiran Keupayaan Memproses Keupayaan
analitik interpersonal menyedari maklumat berubah / belajar

Pemikiran Komunikasi/ Inisiatif, Literasi Kreativiti /


Kritikal mesej peraturan maklumat inovasi
diri
Penyelesaian Kolaborasi Produktiviti, Literasi media Penyesuaian/
masalah kecekapan belajar untuk
belajar
Membuat Mengetuai Kewarganegar fleksibiliti
keputusan dan aan digital
tanggunggun
g-jawab
Penyelidikan Prosedur ICT
dan dan konsep
pembangunan

Pembelajaran Autentik

Dalam menghadapi RI 4.0, pembelajaran autentik sangat diperlukan


supaya murid dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dalam konteks sebenar.
Menurut Wiggins (1998) dan Rennert-Ariev (2005) pembelajaran autentik akan
memberi kesan kepada guru, murid, dan hubungan antara guru dan murid.
Pembelajaran autentik harus berfokus kepada pengetahuan, pemikiran, dan
kemahiran yang dipersembahkan dalam dunia sebenar di luar sekolah bagi
menghasilkan pembelajaran yang baik, lebih tipikal dan bersifat prestasi.
Conference Proceeding: 7th INTERNATIONAL SEMINAR ON NUSANTARA HERITAGE (7TH ISONH 2018)

Pelaksanaan pelbagai strategi pembelajaran seperti portfolio, pendekatan


projek, inkuiri penemuan dapat membantu murid berinteraksi dengan bahan,
guru, dan murid lain bahkan dapat meningkatkan penguasaan murid dalam
aspek kognitif, afektif dan psikomotor (Che Aleha Ladin, 2015). Menurut
McMillan (2007), pengajaran dan pembelajaran autentik perlu digabungjalin
bersama pentaksiran supaya murid dapat ditaksir apa yang diajar secara
konsisten. Tugasan yang diberi perlu berfokus kepada penyelesaian masalah
dan murid akhirnya dapat menyempurnakan tugasan sebagai orang profesional
di lapangan dalam konteks sebenar.

Beberapa kajian mendapati pembelajaran autentik dapat meningkatkan


keyakinan guru dan murid sebagai satu kaedah pembelajaran yang bermakna
dalam Pendidkian Seni (Azimah A. Samah, 2016; Che Aleha Ladin, 2015;
Russell & Deirdre, 2012; Lawrence,n.d). Russell & Deirdre (2012) misalnya
telah membangunkan keyakinan guru permulaan sekolah rendah dalam
pendidikan keseniaan menggunakan prinsip pembelajaran autentik kerana guru
permulaan didapati tidak memiliki keyakinan dan kemampuan diri mengajar
seni, ditambah dengan kekurangan sumber, pengetahuan dan pengalaman.

Manakala Azimah A. Samah (2016) dan Lauwrence (n.d) mengaplikasi


teknologi dalam penghasilan karya seni dan kaedah tersebut memberi
pengalaman pekerjaan pada masa hadapan yang menjurus kepada RI 4.0.
Kajian Azimah A Samah (2016) memfokuskan penghasilan karya murid melalui
pelaksanaan Catan Digital. Latihan kemahiran catan digital dapat membantu
murid yang sederhana dan lemah menghasilkan catan yang berkualiti. Terdapat
peningkatan perkembangan visual imejan murid pada catan digital berbanding
catan konvensional yang meliputi empat aspek iaitu gubahan, olahan warna,
interpretasi dan kreativiti. Murid berupaya membina catan digital setelah diberi
rawatan dan dapat merangsang pembangunan kognitif (intimasi antara minda,
mata dan pengetahuan sedia ada),membawa kepada gerakan psikomotor yang
dizahirkan dalam bentuk catan.

Aplikasi teknologi digital dalam penghasilan seni juga dapat dilihat dalam
kajian Lawrence (n.d). Lawrence mendapati penghasilan percetakan batik
digital telah berjaya mencapai majoriti kualiti estetik yang berkaitan dengan
batik buatan tangan dan pelepasan buatan tangan, meningkatkan kualiti warna,
mempercepatkan kadar pengeluaran, pembangunan dakwat baru, dan
meningkatkan bilangan cetak-kepala yang menjurus kepada penggunaan
teknologi. Walaupun percetakan batik digital masih belum mencapai potensi
sepenuhnya, kaedah ini menawarkan banyak peluang teknik reka bentuk tekstil
yang baru dan inovatif yang sebenarnya perlu dalam RI 4.0.

Penggunaan teknologi dalam konteks autentik di atas mendedahkan


murid menghasilkan karya seni yang bermutu tinggi, mengatasi kelemahan
sekiranya dibuat secara manual dan menjimatkan masa. Oleh itu, pengetahuan
berkaitan teknologi pedagogi dan kandungan pengetahuan (TPACK) amat
penting bagi mengisi keperluan pekerjaan pada masa akan datang. Kajian oleh
Roslaili Anuar & Wan Zamani Wan Zakaria (2015) mendapati pelajar Seni UiTM
bersedia belajar menggunakan teknologi dengan mudah dan mempunyai
kemahiran teknikal yang diperlukan dalam pembelajaran Pendidikan Seni
Conference Proceeding: 7th INTERNATIONAL SEMINAR ON NUSANTARA HERITAGE (7TH ISONH 2018)

Visual. Majoriti pelajar bersetuju bahawa mereka mempunyai kandungan


pengetahuan mencukupi dan boleh memikirkan berbagai-bagai cara
menggunakan teknologi untuk membangunkan pemahaman Pendidikan Seni.

Penerapan Kemahiran Insaniah

Cabaran dan impak teknologi memerlukan sumber manusia yang


bijaksana secara hikmah yang merentasi aspek minda dan jiwa. Kemunculan
revolusi Industri 4.0 boleh mengurangkan nilai kemanusiaan jika tidak ditangani
dengan berkesan. Kemahiran insaniah terdapat dalam konteks pembelajaran
Abad ke 21 (Faizah Abdul Majid et.all, 2017) perlu diaplikasi dalam PdPc
Pendidikan Seni Visual. Ia menjadi nilai tambah yang dapat melahirkan modal
insan yang kompeten dan cemerlang seperti yang terkandung Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Terdapat tujuh kemahiran insaniah iaitu kemahiran berkomunikasi,


pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran berpasukan,
pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral,
profesional dan kemahiran kepimpinan (KSSM Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 2, 2016; Nikitina & Furuoka, 2012). Berdasarkan World Economic
Forum (2016) kemahiran insaniah dalam Revolusi Industri 4.0 melibatkan 10
kemahiran iaitu kemahiran penyelesaian masalah yang kompeks, pemikiran
kritikal, kreativiti, pengurusan manusia, perhubungan dengan orang lain,
kepintaran emosi, penghakiman dan membuat keputusan, orentasi
perkhidmatan, perundingan dan fleksibiliti kognitif. Cotet et.al, (2017)
menyenaraikan dimensi kemahiran insaniah yang diperlukan dalam revolusi
industri 4.0 iaitu kemahiran interpersonal, ketegasan peribadi, penghormatan,
kekuatan diri, empati, keinginan, semangat kesempurnaan, disiplin diri,
intellectual curiosity, budi pekerti, kebebasan dan kreativiti.

Kajian yang dijalankan oleh Robles, (2012) mendapati beberapa


kelemahan integrasi kemahiran insaniah di kelas iaitu disebabkan beban kerja
guru, sukatan yang banyak dan tidak pasti pendekatan pengajaran kemahiran
insaniah yang betul. Pengajaran kemahiran insaniah dikatakan sangat
mencabar jika dibandingkan dengan pengajaran kemahiran dalam subjek
akademik atau hard skills. Groh et.al. (2016) juga mendapati kesukaran untuk
menilai perubahan kemahiran insaniah atau kurangnya kemahiran menjadi isu
kepada usaha pembangunan insaniah. Penerapan kemahiran insaniah dapat
meningkatkan penglibatan dalam pembelajaran dan menyuburkan kemahiran
komunikasi, pemikiran kritikal dan kreativiti (KPM, 2017).

Kualiti pengajaran guru menjadi faktor penting yang dapat menggalakkan


pembelajaran yang berkesan di sekolah (Tang Keow Ngang, 2013). Guru Seni
Visual perlu mengintegrasikan kemahiran insaniah sebagai elemen merentas
kurikulum (EMK) dalam setiap tajuk pengajaran. Misalnya, dalam PdPc Seni
Visual bidang kraf tradisional bertajuk tembikar. Banyak aktiviti yang boleh
dilakukan guru untuk menerapkan kemahiran insaniah seperti kemahiran
interpersonal, ketegasan peribadi, penghormatan, kekuatan diri, keinginan,
semangat kesempurnaan, disiplin diri, dan kreativiti yang relevan dengan
pendidikan 4.0. Murid diberi peluang membuat eksperimen, meneroka dan
Conference Proceeding: 7th INTERNATIONAL SEMINAR ON NUSANTARA HERITAGE (7TH ISONH 2018)

mencuba teknik- teknik penghasilan tembikar (teknik picit, lingkaran, acuan,


kepingan slap atau putaran). Proses ini dapat meningkatkan kreativiti dan
penyelesaian masalah serta meningkatkan kesedaran estetik dalam diri murid.
PdPc Seni yang berkesan bukan sahaja menghasilkan produk tetapi juga
mengaitkan teknologi, sejarah dan apresiasi seni tembikar (kawasan
penghasilan tembikar, sejarah penggunaan, jenis tembikar, bahan dan alat)
yang pastinya dapat memupuk nilai penghargaan dan nilai budaya dalam diri
murid. Dengan menjalankan PdPc Seni secara berkumpulan pula
membolehkan murid berkomunikasi (kemahiran interpersonal), bertolak ansur
(budi pekerti), memupuk nilai toleransi terhadap kepercayaan, sikap antara
agama, kaum dan budaya yang disulami dengan perasaan hormat-
menghormati antara satu sama lain. Hasil karya yang dihasilkan dan
dikomersialkan dijual oleh murid pula menujukkan kemahiran keusahawanan
dapat diterapkan kepada murid. Hasilnya satu ‘revolusi nilai’ dalam Pendidikan
Seni yang memberi fokus kepada keperluan bagi mentransformasikan nilai-nilai
konvensional kepada nilai-nilai murni bersifat sejagat dalam perspektif yang
lebih luas dapat digarap.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

KBAT adalah satu kemahiran yang sangat penting dalam pendidikan


4.0. PdPc Seni menjadi lebih mencabar dan lebih bermakna di abad ini kerana
penerapan KBAT dapat menghasilkan murid yang dilatih dan bersedia bekerja,
berfikir secara kreatif dan kritis sehingga ke tahap mencipta. Menurut Collins, R.
(2014), Projek Zero yang dibangunkan di Harvard University, memberikan
contoh bagaimana guru dapat membantu pelajar berfikir dengan melihat karya
seni ‘Artful Thinking Palette’. Pelajar diminta menggunakan enam gaya
pemikiran untuk mentafsir seni iaitu meneroka sudut pandangan, mencari
penyebab, mempersoalkan dan menyelidiki, memerhati dan menerangkan,
membandingkan dan menghubungkan, dan mencari kerumitan. Oleh itu, dalam
PdPc Seni Visual bilik darjah, penerapan KBAT boleh diaplikasi secara
menyeluruh tidak kira bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual, Seni Halus,
Reka Bentuk, Seni Kraf dan Komunikasi Visual. Aplikasi KBAT juga perlu
diterapkan dalam proses pentaksiran PdPc seperti cadangan Brookhart (2010),
dalam bukunya How to Assess Higher Order Thinking Skills in Your Classroom,
iaitu pentaksiran harus melibatkan lima kemahiran iaitu menganalisis, menilai
dan mencipta, penilaian, penyelesaian masalah, kreativiti dan pemikiran kreatif.

Aplikasi KBAT dalam pendidikan 4.0 juga dapat dirujuk berdasarkan


pandangan Abersek (2017) iaitu: guru perlu mencari perbezaan yang terdapat
dalam pengetahuan interdisiplin, menggunakan strategi kontemporari yang
melibatkan kajian dan pembelajaran berasaskan masalah, menghubungkan
teknik asas dan komunikasi teknologi maklumat dalam pelbagai disiplin.
Pendidikan RI 4.0 melibatkan pendidikan kendiri, kaedah penyelesaian baharu,
dan perbagai jalan berfikir. Justeru, guru seni Visual perlu menggunakan
kaedah kontemporari atau model pengajaran dan pembelajaran sebagai model
transdisiplin dan pendekatan penyelesaian masalah menggabungkan model
bagaimana manusia belajar (menggunakan otak sebagai teknik) sehingga akan
membina kompetensi kognitif dan sosial. Penekanan pemikiran kriitikal,
pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah, kolaborasi, pembelajaran koperatif
Conference Proceeding: 7th INTERNATIONAL SEMINAR ON NUSANTARA HERITAGE (7TH ISONH 2018)

dan dialog adalah sebagai asas yang dapat membina kognitif peringkat tinggi.
Contohnya dalam Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV) SPM yang melibatkan
kajian, pencetusan idea, gubahan dan olahan idea secara kritis dan kreatif
sehingga terhasilnya produk adalah proses yang dapat menyuburkan amalan
KBAT kepada murid.

2.2 Cabaran guru Pendidikan Seni Visual merealisasikan Revolusi


Industri 4.0.

Dalam menghadapi cabaran pendidikan revolusi 4.0, apakah tahap


persediaan guru dan murid masa kini? Adakah semua bidang dan kemahiran
Seni Visual sesuai diajar secara maksima dan dilatih dengan memfokuskan
kepada konteks RI 4.0? Ini kerana Laporan Smith dan Anderson (2014)
mendapati 48% pakar membayangkan pada tahun 2025, robot dan agen digital
akan menyebabkan pengangguran manusia, walaupun 52% lagi berpendapat
teknologi tidak akan menggantikan pekerjaan sebaliknya percaya kepintaran
manusia akan memberi pekerjaan baru, mewujudkan industri dan cara hidup
baharu. Jika tidak dihadapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang
mencukupi, kita akan ketinggalan dan tidak dapat bersaing.

Masalah utama yang dihadapi ialah sejauh mana keadaan fasiliti


disediakan dengan sempurna oleh pihak sekolah, Kementerian Pendidikan
Malaysia khususnya di kawasan luar bandar. Bagi memperkemas kesediaan
kita mendepani RI 4.0, UNESCO menyarankan fasiliti sedia ada diperkembang
dan diperkemas, kerana pelajar kini terdedah kepada dunia yang berasaskan
teknologi digital, iaitu internet, pengkomputeran awan (cloud computing) dan
media sosial yang memberi cabaran kepada sistem pendidikan formal.

Aspek pengetahuan guru menjadi perkara penting kerana bukan semua


guru mempunyai kemahiran dan telah didedahkan dengan alat teknologi bagi
melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Kajian yang
dijalankan oleh Kamaruddin Ilias dan Che Aleha Ladin (2018) mendapati
pengetahuan guru pelatih terhadap revolusi Industri 4.0 masih berada pada
tahap sederhana. Ini menunjukkan perlunya pendedahan dari pensyarah dan
pelajar khususnya yang akan menjadi guru kerana guru yang akan mencorak
masa depan murid. Perubahan konteks pembelajaran berterusan dan
pengurusan maklumat terutamanya evolusi internet begitu mencabar konsep
dan teori pendidikan tradisional, terutamanya terhadap konsep bilik darjah serta
metod pengajaran dan pembelajaran. Kesan teknologi akan mengubah
hubungan sosial dan generasi masa depan. Apabila program software
dipertingkatkan, pengalaman pembelajaran berasaskan teknologi juga perlu
dikuasai.

3.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Perkembangan Revolusi Industri memberi kesan kepada guru Seni


Visual supaya lebih bersedia, kreatif dan inovatif melaksanakan PdPc dalam
konteks pendidikan 4.0. Pengajaran dan pembelajaran Seni Visual memerlukan
Conference Proceeding: 7th INTERNATIONAL SEMINAR ON NUSANTARA HERITAGE (7TH ISONH 2018)

pendekatan berfokus kepada pelajar yang berkolaborasi serta saling


bergantung antara satu sama lain. Pembelajaran aktif, pembelajaran
berasaskan projek, penyelesaian masalah dan inkuiri penemuan dan pelbagai
kaedah pembelajaran abad ke 21 perlu juga digabungjalin bersama
penggunaan teknologi maklumat sebagai peranti supaya murid terlibat secara
autentik dalam konteks masa kini.
Guru bukan lagi dianggap sebagai sumber utama maklumat dengan
berkembangnya sumber maklumat terbuka dan kandungan secara dalam talian.
Pelajar lebih terdedah kepada teknologi akan menjadikan alat peranti sebagai
medium pembelajaran. Walau bagaimanapun, ini bukan bermakna guru tidak
diperlukan di bilik darjah, tetapi peranan telah beralih dari gaya kepemimpinan
mengarah kepada gaya kepemimpinan konsultatif. Murid diberi kebebasan
dalam PdPc untuk menyesuaikan proses pembelajaran, dibimbing dan bebas
mencari maklumat di alam maya bagi mempertingkatkan pengetahuan mereka.
Namun, keseimbangan penekanan yang berunsur teknologi tanpa
mengabaikan penerapan kemahiran insaniah dan kemahiran berfikir juga amat
perlu dititikberatkan mengikut acuan Malaysia.

Oleh itu, program latihan guru Seni Visual perlu dipelbagai, dikemas kini
bagi menghadapi cabaran pendidikan 4.0. Guru Seni perlu kreatif, inovatif
menjadikan pembelajaran lebih menarik relevan dengan konteks semasa. Guru
Seni juga perlu bijaksana menterjemah, merancang dan melaksanakan PdPc di
bilik darjah supaya dapat menyediakan satu rentetan pembelajaran yang
mampu membentuk pengalaman murid hingga akhirnya boleh menyumbang
kepada tenaga kerja yang diperlukan.

RUJUKAN

Abersek, B (2017). Evoluation of competencies for new era or education 4.0.


The XXV
Conference of Czech Educational Research Assosiation (CERA/CAPV) “
Impact of the thechnologies in the Sphere of education and Educational
Research” at 13-14 September 2017.

Afandi Ahmad (Jun 11, 2017) Industri 4.0 ubah cara kerja, hidup. Berita harian
Online.
https://www.bharian.com.my/node/291781

Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan
Mohamad. (2017). Pembelajaran abad ke-21 dan pengaruhnya terhadap
sikap, motivasi dan pencapaian Bahasa Melayu pelajar sekolah
menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7 (2) Nov:77-88

Anne Marie Engtoft Larsen (2018). Knowledge Lead, Science and Technology
Studies, World Economic Forum Geneva.
https://www.weforum.org/events/world-economic-forum-annual-meeting

Azimah A. Samah.(2016). Penghasilan Catan Digital dalam Pendidikan Seni


Visual murid
Conference Proceeding: 7th INTERNATIONAL SEMINAR ON NUSANTARA HERITAGE (7TH ISONH 2018)

tingkatan empat. Tesis Doktor Falsafah: Universiti Malaya.

Brookhart,S. (2010), How to Assess Higher Order Thinking Skills in Your


Classroom,
ASCD, http://www.ascd.org/Publications/Books/Overview/How-to-
Assess-Higher-Order-Thinking-Skills-in-Your-Classroom.aspx

Chapman, L.H.; (1978). Approaches to art in education. New York: Hurcourt


College.

Che Aleha Ladin. (2015). Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Seni


Visual sekolah Menengah. Tesis Doktor Falsafah. UPSI.

Collins, R. (2014). Skills for the 21st century: Teaching higher order thinking.
Curriculum
leadership Journal. An Electronic Journal for Leaders ini education 12
(14)
http://www.curriculum.edu.au/leader/teaching_higher_order_thinking,374
31.html?issueID=12910

Cotet, G.B., Balgiu B.A & Zaleschi, C. (2017). Assessment procedure for the
soft skills
requested by industry 4.0. MATEC Web of Conference 121.

Efland A. D. (1990). A history of art education; Intellectual and social/currents in


the
visual arts. New York : Teachers College

Eisner, E.W (2002). The eductional imagination. On the design and evaluation
of school
programs (3rd ed). Upper Saddle Vally, NJ. Merill Prentice Hall.

Feldman E. B. (1996). Philosophy of art education. Upper Saddle River NJ:


Prentice Hall.

Faizah Abdul Majid, Ainul Azmin Md Zamin & Mohd Fauzi Kamaruddin
(2017).Toolkits
for 21 st century teaching: Practical implications for the 4th industry skill
developments. Shah Alam: Penerbit Press UiTM

Jiří Balcar2 (2014). Soft Skills and their Wage Returns: Overview of Empirical
Literature.
Review Of Economic Perspectives–Národohospodářský Obzor. Vol.
14(1), pp. 3–15, Doi:10.2478/Revecp-2014-0001

Groh M., Krishnan N., McKenzie D. & Vishwanath T. (2016). The impact of
soft skills training on female youth employment: evidence from a
randomized experiment in Jordan. IZA Journal of Labor &
Development, 5:9
Conference Proceeding: 7th INTERNATIONAL SEMINAR ON NUSANTARA HERITAGE (7TH ISONH 2018)

Kamaruddin Ilias & Che Aleha Ladin (2018). Pengetahuan dan kesediaan
Revolusi

Industri 4.0 dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus


Ipoh. International Seminar of Education Issues (ISPEN).

Kementerian Pengajian Tinggi (2006). Modul pembangunan kemahiran


insaniah (soft skills) untuk Institut Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia 2013-2025. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Pendididikan, Malaysia.

Klaus Schwab (2016). The fourth industrial revolution. Geneva: World


Economic Forum.
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 2. (2016). Kementerian Pendidikan Malaysia: Bahagian
Pembangunan Kurikulum

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Dunia Seni Visual Tahun 3.


(2012).Kementerian
Pendidikan Malaysia: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Kergroach, S. (2017) Industry 4.0: New Challenges and Opportunities for the
Labour
Market. Foresight and STI Governance, vol. 11, no 4, pp. 6–8. DOI:
10.17323/2500-2597.2017.4.6.8https://foresight-
journal.hse.ru/data/2018/01/09/1160538630/0-Kergroach-6-8.pdf

Lawrence, GM. (n.d). Digital Printing and Traditional Surface Design


Techniques.
Abstrak Tesis http://www.lib.ncsu.edu/resolver/1840.16/2948

Marina Maharoff (2014). Penerapan Kemahiran Insaniah dalam kursus wajib


Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Tesis Ph.D Tidak diterbitkan.
Universiti Putra Malaysia.

Masyuniza Yunos. (2015). Hubungan sikap dan persepsi murid terhadap


pembelajaran Bahasa Melayu dengan kemahiran abad ke-21. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 5 (2) Nov: 22- 30.

McMillan, J. H. (2007). Classroom assessment principles and practice for


effective standard based instruction. Boston: Pearson Education.
Conference Proceeding: 7th INTERNATIONAL SEMINAR ON NUSANTARA HERITAGE (7TH ISONH 2018)

Mohd Saidi Yusof , Che Soh Said , Mohammad Rusdi Mohd Nasir& Adnan
Rozali.
(2017). Aplikasi Teknologi Realiti Maya dalam Pembangunan Koswer
Rumah Tradisional Melayu Terengganu. KUPAS SENI: Jurnal Seni dan
Pendidikan Seni, 5 (1). 76 – 86.

Nikitina, L & Furuoku, F. (2012). Sharp Focus on soft skills: a case study of
Malaysian
University student’s educational expectations. Education Res Policy Prac
(11), 207-224.

Noor Mohamad Shakil Hameed (Jan 16, 2018). Elak jadi korban Industri 4.0.
Utusan online http://www.utusan.com.my/rencana/utama/elak-jadi-korban-
industri-4-0-1.590945#ixzz55A7ZbbR7

Rennert-Ariev, P. (2005). A theorical model for the authentic assessment of


teaching. Practical Assessment Research & Evaluation, 10(2).

Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Mohammad Zohir Ahmad (2017). Model
Bersepadu
Penerapan Kemahiran Abad Ke-21 dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42(1), 1-11.
http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2017-42.1-1-11

Roslaili Anuar & Wan Zamani Wan Zakaria. (2015) TPACK dalam Pendidikan
Seni Visual:
Satu Kajian Mengenai Kesediaan Pelajar Menggunakan E-Pembelajaran
dalam Pembelajaran Pendidikan Seni Visual.Jurnal Seni dan Pendidikan
Seni Vol. 3 (8-18)

Russell, B & Deirdre, E. (2012). Developing Preservice Primary Teachers’


Confidence
and Competence in Arts Education using Principles of Authentic
Learning. Australian Journal of Teacher Education,
37(1). http://dx.doi.org/10.14221/ajte.2012v37n1.2

Sabri Mohamad Sharif. (November 23, 2017).Utusan Online


http://m.utusan.com.my/rencana/utama/memahami-peluang-revolusi-
perindustrian-1.558558

Smith, A & Anderson J. (2014) AI, Robotics, and the Future of Jobs. Pew
Research
Center survey reports, demographic studies and data-driven analysis.
http://www.pewinternet.org/2014/08/06/future-of-jobs/
Conference Proceeding: 7th INTERNATIONAL SEMINAR ON NUSANTARA HERITAGE (7TH ISONH 2018)

Tang Keow Ngang (2013). Teaching as Collective Work: What Are the Needs of
Novice Teachers? Procedia Social and Behavioral Sciences, 93, 195-19.

Utusan Melayu. Bakal guru wajib kuasai pengetahuan terkini, celik Industri 4.0
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bakal-guru-wajib-kuasai-
pengetahuan-terkini-celik-industri-4-0-1.623425#ixzz5GNzWjBJv

Wiggins, G. (1998). Educative assessment: Designing assessments to inform


and improve student performance. San Francisco: Jossey-Bass.

World Economic Forum. (2016). The Future of Jobs: Employment, Skills and
Workforce
Strategy for the Fourth Industrial Revolution Global Challenge Insight
Report.
Switzerland:https://mail.google.com/mail/u/0/#inbox/1627478048419b41
?projector=1&messagePartId=0.2

Zafir Khan Mohamed Makhbul (n.d)


https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/01/370721/5-
komponen-tangani-cabaran-industri-40

You might also like