You are on page 1of 18

e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM PASUKAN INSTITUSI


PERTAHANAN AWAM (PISPA) DALAM MEMBENTUK SAHSIAH PELAJAR DI
KOLEJ KOMUNITI ZON PAHANG

Norsuzilawate Binti Zulkapli


Kolej Komuniti Jerantut
Kementerian Pendidikan Tinggi
suzee8088@gmail.com

Nurrul Hasanah Binti Md Teni


Kolej Komuniti Jerantut
Kementerian Pendidikan Tinggi
nurrulhasanah@yahoo.com.my

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar Kolej Komuniti Zon
Pahang terhadap PISPA dalam membentuk sahsiah pelajar. Seramai 100 orang pelajar
terlibat dalam program Anggota Pasukan Institusi Pertahanan Awam di Kolej Komuniti Zon
Pahang telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan
menggunakan soal selidik yang mengandungi 38 item sebagai instrumen kajian. Analisis
statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min.
Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS) version
20.0. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menjalankan kajian rintis dimana nilai
alpha Cronbach yang diperolehi bagi setiap item adalah purata 0.941. Kajian mendapati
responden memberi maklumbalas positif persepsi pelajar terhadap aktiviti PISPA dalam
membentuk sahsiah pelajar, persepsi pelajar terhadap aktiviti PISPA dalam pengajaran dan
pembelajaran, persepsi pelajar terhadap aktiviti PISPA dalam aktiviti di institusi dan
persepsi pelajar terhadap aktiviti PISPA dalam kehidupan seharian. Dapatlah disimpulkan
daripada kajian ini bahawa pelajar mempunyai tanggapan yang positif terhadap aktiviti
Program Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) yang disertai oleh pelajar dalam
membentuk sahsiah dan jati diri pelajar sebelum menempuh alam pekerjaan yang lebih
mencabar.

KATA KUNCI: PISPA, sahsiah pelajar, Kolej Komuniti Zon Pahang

1. PENGENALAN

Pendidikan adalah proses pengubahan sikap dan tatalaku seseorang atau kelompok orang
dalam usaha mendewasakan manusia melalui upaya pengajaran dan pelatihan yang sesuai
prosedur pendidikan itu sendiri. Pendidikan boleh berlaku samada secara formal atau tidak
formal. Pendidikan formal berlaku melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas, manakala pendidikan tidak formal berlaku melalui penglibatan pelajar di dalam aktiviti-
aktiviti kokurikulum di luar kelas. Menurut Abdullah Sani Yahaya (2005); kokurikulum
merupakan segala aktiviti kurikulum yang dilakukan di luar bilik darjah dan di luar waktu
pembelajaran formal. Aktiviti-aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti bukan akademik dan
juga gerak kerja yang bercorak pendidikan dan memberi pengalaman pembelajaran kepada
pelajar-pelajar bagi membentuk sahsiah diri pelajar seperti berdisiplin, bertanggungjawab,
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

menghormati orang lain, sikap bekerjasama, dan kemahiran berkomunikasi. Persaingan sengit
dalam dunia pekerjaan memerlukan pelajar-pelajar memiliki kemahiran insaniah (soft skills)
selain daripada kecemerlangan dalam akademik. Ketrampilan akademik semata-mata bukan
jaminan kepada graduan untuk mendapat pekerjaan akibat daripada persaingan sengit di dunia
pasaran kerja hari ini (Azyani & Esa, 2012).

Memiliki modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi adalah faktor terpenting
bagi Malaysia untuk mentransformasikan ekonominya ke arah mencapai status negara maju
dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Menurut Muhammad Hazrul Ismail (2005)
melalui Kajian Mengenai Kebolehpasaran Siswazah di Malaysia: Tinjauan dari Perspektif
Majikan; majikan meletakkan aspek keperibadian dan sahsiah diri sebagai kriteria terpenting
dalam pertimbangan untuk mengisi jawatan di organisasi mereka diikuti keyakinan diri dan
penampilan diri. Aspek keperibadian dan sahsiah diri ini merujuk kepada kemahiran insaniah
(soft skills) yang merupakan kemahiran yang melibatkan bukan akademik contohnya seperti
nilai kepimpinan, cara bekerjasama sepasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan (
Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah, 2006 ). Kemahiran insaniah ini perlu ada dalam
setiap graduan kerana kemahiran ini akan membantu untuk mewujudkan suasana kerja yang
selesa dengan adanya sikap kerjasama dan bertolak ansur antara setiap pekerja. Lankard
(1990) mendefinisikan kemahiran “employability” ( soft skills ) ini meliputi gambaran
personal, kemahiran interpersonal dan juga sikap dan tingkah laku yang baik. Tingkah laku
yang baik ini penting bagi melahirkan tenaga kerja yang mempunyai daya saing yang tinggi
dan dapat memenuhi keperluan pasaran kerja serta majikan masa kini.

Dalam dunia yang semakin berkembang dengan pesat, majikan tidak hanya mementingkan
kemahiran teknikal sahaja tetapi juga kepada kemahiran insaniah agar pelajar mereka dapat
menyesuaikan dan melengkapkan diri dengan semua jenis pekerjaan dan dalam masa yang
sama memiliki pelbagai kemahiran. Justeru, pelbagai usaha telah dirancang dan dilaksanakan
oleh kerajaan khasnya Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memastikan negara
mempunyai graduan yang kompeten dan trampil bukan sahaja dari sudut akademik malah
mempunyai keperibadian dan sahsiah diri yang tinggi bagi meningkatkan nilai kebolehpasaran
mereka dalam dunia pekerjaan. Untuk melahirkan modal insan kelas pertama yang mampu
berdaya saing, cekap, tahan lasak dan fleksibel apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran
dalam pekerjaan, maka penekanan aspek kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar perlu
ditingkatkan (Ahmad Anuar & Esa, 2010). Sesebuah universiti atau pusat pengajian tinggi
bukan melahirkan siswazah atau graduan yang cemerlang dalam ilmu pengetahuan teknikal
sahaja, tetapi perlu melahirkan siswazah yang mempunyai ciri-ciri kemahiran insaniah yang
diperlukan oleh negara (Md Zain, Suja’, Ahmad Basri & Basri, 2007). Kolej Komuniti
merupakan salah satu institusi pendidikan yang telah menyambut baik seruan KPT dengan
memberikan tumpuan sepenuhnya dalam usaha membangunkan modal insan yang holistic,
lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran serta memiliki sikap, nilai dan etika yang positif
melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) merupakan satu badan beruniform di bawah
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang telah ditubuhkan di kolej komuniti dengan
penglibatan oleh pelajar-pelajar serta pegawai-pegawai kolej komuniti. Penubuhan PISPA
bagi menggerakkan gelombang kesukarelaan menggambarkan betapa peri pentingnya peranan
PISPA dalam melahirkan barisan pewaris kepimpinan yang serba boleh, bersahsiah mulia,
berilmu, berdisiplin dan berakhlak tinggi. Penubuhannya juga dilihat tepat pada masanya bagi
menyediakan sukarelawan yang memiliki jatidiri, patriotisma, semangat berpasukan dan
kebolehan bekerjasama dalam satu pasukan (Pj (PA) Dato’ Zaitun Ab Samad, 2015).
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Penubuhan PISPA Kolej Komuniti mampu memperkukuhkan kegiatan kokurikulum untuk


memperkasa kemahiran insaniah pelajar di samping menjadi ruang, peluang dan pendedahan
kepada pelajar kolej komuniti bagi meneroka aspek keselamatan dan pertahanan awam.
Penglibatan pelajar kolej komuniti dalam PISPA akan dapat membentuk modal insan yang
berketrampilan memenuhi hasrat kepimpinan negara. Minda yang cerdas dan disiplin diri
yang tinggi mampu melahirkan warga Malaysia yang sesuai dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Negara. Generasi muda, terutamanya para pelajar kolej komuniti digalakkan
menyertai aktiviti seumpama ini agar nilai-nilai murni dan input positif dapat disemai dalam
jiwa para pelajar. Jabatan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa memberi
galakan kepada pelajar kolej komuniti melibatkan aktiviti luar dewan kuliah serta diberi
penilaian yang sewajarnya berdasarkan peringkat pencapaian yang telah ditetapkan di dalam
aktiviti kesukarelawan (Dato’ Amir Bin Md Noor, 2015). Penglibatan pelajar-pelajar dalam
PISPA dapat memenuhi jadual kehidupan harian mereka dengan aktiviti yang berilmu dan
bermanafaat seterusnya diharapkan dapat menghindarkan daripada gejala-gejala sosial yang
tidak berfaedah. Penubuhan PISPA sebagai landasan kepada jabatan untuk melahirkan
anggota yang berkepimpinan, berkelayakan dan profesional dalam Angkatan Pertahanan
Awam. Antara objektif penubuhan PISPA adalah untuk:
 Menyebar dan mendidik pelajar mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan orang
awam serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang individu yang
berpengetahuan dalam ilmu Pertahanan Awam.
 Menjadi pemangkin kepada kesedaran keselamatan orang awam melalui ilmu
Pertahanan Awam yang diterapkan dan diaplikasikan di peringkat Institusi Pendidikan.
 Melahirkan pelajar yang mampu berkhidmat dengan Angkatan Pertahanan Awam
sebagai Pegawai Pasukan yang berkepimpinan, bertanggungjawab, dan berkelayakan
dalam melaksanakan tugas.
 Menanam semangat kerjasama, bertanggungjawab, berperikemanusiaan, taat setia dan
cintakan negara serta semangat patriotisme.

Justeru, penglibatan pelajar dalam program dan aktiviti yang dianjurkan oleh PISPA dilihat
mampu untuk melahirkan graduan yang cemerlang dalam aspek keperibadian dan sahsiah diri
terutama dari sudut nilai kepimpinan, cara bekerjasama sepasukan, komunikasi dan
pembelajaran berterusan.

2. SOROTAN KAJIAN

Kajian yang telah dijalankan oleh Abd Rahman (2000), Zakaria (1999), Abd Hadi (1994) dan
Ahmad (1994) membuktikan bahawa kokurikulum di politeknik dan institusi pendidikan
teknik mendapati bahawa kokurikulum mendapat maklum balas yang positif daripada
kalangan para responden. Aktiviti kokurikulum dapat membentuk insan yang seimbang dari
segi progresif, kreatif, inovatif, berfikiran kritis perlu dipupuk dalam kokurikulum supaya ia
memenuhi misi dan visi pendidikan.

Perancangan dan pelaksanaan sesuatu kurikulum di politeknik sebaiknya dapat mendukung


misi, di mana penghasilan pelajar dari politeknik bukan sahaja cemerlang dalam bidang
akademik atau teknikal tetapi mempunyai pelbagai kemahiran termasuk kemahiran insaniah
yang diperlukan pihak industri dan pasaran (Ab. Hadi, 2000).

Perkara seperti ini juga dititikberatkan oleh Sipon (2003), pelajar bukan sahaja perlu dilatih
untuk menguasai ilmu dalam disiplin tertentu, malahan mereka perlu menyedari hakikat
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

bahawa suasana bekerja masa hadapan memerlukan mereka mempunyai pelbagai kemahiran .
Bagi mencapai matlamat tersebut, program kokurikulum membantu mendidik pelajar
mengaplikasikan kemahiran yang mereka pelajari di bilik darjah.

Kesedaran penguasaan kemahiran insaniah di kalangan pelajar perlu dipupuk sejak awal lagi
kerana pentingnya bagi melahirkan bakal graduan yang berketrampilan dan persediaan diri
untuk memasarkan kepada dunia pekerjaan yang serba mencabar pada masa akan datang.
Pembentukan bakal graduan yang berkualiti perlu memenuhi kehendak pasaran kerja dan ia
merupakan sasaran utama yang perlu dicapai oleh IPT. Sebalik pula, kerugian aset yang besar
akan dialami oleh sesebuah negara jika pewaris masa depan terumbang-ambing mencari
pekerjaan tanpa kemahiran (Mamat, 2011).

3. METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian tinjauan dan dilakukan dengan cara soal
selidik serta pendekatan kuantitatif digunakan untuk menganalisa data secara deskriptif.
Kaedah ini dipilih kerana akan menghasilkan maklumat yang tepat menepati pandangan yang
diberikan oleh Mohamad Najib. Kajian menggunakan soal selidik sesuai digunakan dalam
penyelidikan bagi mengkaji sikap, persepsi, dan pandangan, selain latar belakang malah data
yang diperolehi juga dapat diproses dengan mudah untuk dianalisis (Mohd Najib, 2003:88).
Kajian deskriptif melibatkan pengumpulan data dalam usaha untuk menguji hipotesis atau
menjawab persoalan kajian dengan melihat status semasa terhadap perkara yang dikaji (Gay,
1996). Kajian deskriptif berguna untuk menilai sikap, pendapat, maklumat, demografi,
suasana dan prosedur. Kajian ini bertujuan mengetahui persepsi pelajar terhadap aktiviti
PISPA dalam membentuk sahsiah pelajar yang telah mengikuti kursus atau latihan dari PISPA
di kolej komuniti Zon Pahang. Penyelidik telah menggunakan set soal selidik untuk
memperoleh dapatan kajian.

3.1 TEMPAT KAJIAN


Lokasi kajian berpusat di kolej komuniti Zon Pahang dan responden yang dipilih dalam
kalangan pelajar yang telah menghadiri kursus atau latihan dari PISPA. Pemilihan lokasi
adalah berdasarkan tempat pengajian penyelidik dan mempermudahkan penyelidik untuk
mengumpul data.

3.2 PERSAMPELAN
Populasi kajian ini terdiri daripada 100 pelajar yang telah mengikuti kursus atau latihan
PISPA yang telah dipilih secara rawak. Menurut Mohd Majid (2009), populasi didefinisikan
sebagai satu set ciri-ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas
sekumpulan individu atau objek. Sampel adalah contoh daripada populasi dan merupakan
sumber untuk mendapatkan data Mohd Najib (1999). Beliau menyatakan bahawa lebih besar
peratusan sampel adalah lebih baik kerana penyelidik mempunyai lebih kemungkinan untuk
memilih sampel yang mempunyai ciri-ciri populasi. Sampel yang dipilih adalah seramai 100
pelajar mewakili 358 pelajar. Menurut Mohd Najib Abd.Ghafar (2003:38) persampelan
diambil 30% daripada jumlah populasi adalah sudah mencukupi. Rasional pemilihan pelajar
yang telah mengikuti kursus PISPA ialah untuk menilai persepsi pelajar terhadap aktiviti
PISPA dalam membentuk sahsiah pelajar.

3.3 INSTRUMEN KAJIAN


e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Penyelidik menggunakan instrumen kajian berbentuk soal selidik kerana ia dapat membantu
mempertingkatkan ketepatan dan kebenaran yang diberikan oleh sampel kerana ia tidak
dipengaruhi oleh penyelidik (Mohamad Najib, 1999:186). Penggunaan borang soal selidik
sebagai instrumen kajian dikukuhkan lagi dengan pendapat Mohd. Majid (1998), yang
menyatakan bahawa soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan di dalam penyelidikan
untuk mendapat maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak, dan
sebagainya. Soal selidik merupakan satu instrumen yang lazim digunakan dalam sesuatu
penyelidikan (Johari Hassan, 2010).

Instrumen kajian ini mengandungi lima bahagian item soalan iaitu bahagian A, bahagian B,
bahagian C, bahagian D dan bahagian E. Borang soal selidik bagi kajian ini diukur dengan
menggunakan 5 skala Likert isitu (1 = Sangat tidak setuju, 2 = Tidak setuju, 3 = Kurang
setuju, 4 = Setuju dan 5 = Sangat setuju) yang bertujuan untuk memudahkan proses analisis
dan kesimpulan dibuat.

Jadual 1: Skala Likert Yang Digunakan Dalam Borang Soal Selidik

Skala skor Peringkat


1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Kurang setuju
4 Setuju
5 Sangat setuju
(Mohamad Najib Abdul Ghaffar , 1999)

Borang soal selidik ini diedarkan kepada 100 pelajar yang dipilih secara rawak dan telah
mengikuti kursus atau latihan PISPA bagi Kolej Komuniti Zon Pahang. Bahagian A
mengandungi soalan yang berkaitan dengan latar belakang responden. Bahagian B
mengandungi soalan yang berkaitan dengan persepsi pelajar terhadap aktiviti PISPA dalam
membentuk sahsiah pelajar. Manakala bahagian C mengandungi soalan persepsi pelajar
terhadap aktiviti PISPA dalam pengajaran dan pembelajaran dan bahagian D mengandungi
soalan persepsi pelajar terhadap aktiviti PISPA dalam aktiviti di institusi. Bahagian E pula
mengandungi soalan berkaitan persepsi pelajar terhadap aktiviti PISPA dalam kehidupan
seharian.

3.4 KAJIAN RINTIS


Kajian rintis ialah kajian awal yang dijalankan sebelum menjalankan kajian sebenar. Menurut
Polit et al. (2001), kajian rintis merujuk kepada versi kajian kecil atau percubaan yang
dilakukan sebagai persediaan untuk kajian yang lebih besar atau utama. Tujuan diadakan
kajian rintis adalah untuk menguji tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen (Mohd
Najib, 2003). Kajian rintis juga merupakan pra-ujian untuk mencuba instrumen kajian khusus
(Johari Hassan, 2010). Kelebihan kajian rintis adalah dapat membantu pengkaji memperoleh
petunjuk awal tentang item-item yang mungkin tidak tepat atau gagal (Baker, 1994). Di
samping itu, kajian rintis ini juga adalah untuk memastikan soal selidik yang diedarkan
kepada responden adalah berkualiti.

Penyelidik menjalankan kajian rintis ke atas sepuluh orang pelajar yang telah mengikuti
latihan atau kursus dari PISPA. Kajian rintis ini dijalankan terhadap pelajar Kolej Komuniti
Jerantut. Pelajar dipilih secara rawak iaitu 2 pelajar perempuan dan 8 pelajar lelaki sebagai
pengujian kepada soal selidik ini.
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Menurut Johari Hassan (2010), antara objektif kajian rintis adalah untuk memastikan kesahan
dan kebolehpercayaan item-item dari segi ketepatan, kesesuaian istilah dan struktur ayat
suapaya tidak timbul kekeliruan dan salah tafsir. Beliau juga mendapati kajian rintis dapat
mengetahui jangkamasa yang digunakan oleh responden untuk menjawab semua item dalam
soal selidik.

Setelah proses kajian rintis selesai, data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian
Statistic Package For Social Science (SPSS) for window versi 20.0. Menurut Mohamad Najib
Abdul Ghafar (1999:74) keputusan nilai alpha 0.8 adalah tinggi dan menunjukkan soal selidik
tersebut boleh digunapakai. Berdasarkan hasil kajian rintis yang telah dijalankan oleh
penyelidik, nilai apha Cronbach bagi setiap item ialah purata 0.941. Ini bermakna soal selidik
ini boleh digunapakai untuk sampel sebenar.

Selain itu, penyelidik juga turut membuat kesahan bagi item-item soal selidik dengan
berjumpa dan memohon kerjasama daripada Ketua Jabatan dan Pengarah bagi mengesahkan
kebolehpercayaan item-item tersebut.

4. ANALISIS DAN KEPUTUSAN

Analisa data dibahagikan kepada lima iaitu Bahagian A mengandungi soalan yang berkaitan
dengan latar belakang responden. Bahagian B mengandungi soalan yang berkaitan dengan
persepsi pelajar terhadap aktiviti PISPA dalam membentuk sahsiah pelajar. Manakala
bahagian C mengandungi soalan persepsi pelajar terhadap aktiviti PISPA dalam pengajaran
dan pembelajaran dan bahagian D mengandungi soalan persepsi pelajar terhadap aktiviti
PISPA dalam aktiviti di institusi. Bahagian E pula mengandungi soalan berkaitan persepsi
pelajar terhadap aktiviti PISPA dalam kehidupan seharian. Semua data bahagian A dianalisis
menggunakan kekerapan dan peratus manakala bahagian B, C, D dan E di analisis
menggunakan skor min secara pengiraan statistik deskriptif. Menurut Azizi, Shahrin,
Jamaludin, Yusof & Rahim, (2007) skor min terdiri daripada 3 bahagian pemarkahan dan
Jadual II menunjukkan deskripsi skor min.

Jadual II: Tahap penilaian Berdasarkan Skor Min

Skor Min Tahap


1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.66 Sederhana
3.67 – 5.00 Tinggi
(Azizi Yahya, 2007)

4.1 Bahagian A

Bahagian A mengandungi lapan soalan yang berkaitan dengan latar belakang responden.
Maklumat mengenai umur, jantina, bilangan adik beradik, kedudukan anak dalam adik
beradik, pekerjaan ayah dan ibu, jumlah pendapatan serta negeri bermastautin.
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Jadual III Latar Belakang Responden Mengikut Umur

Umur Kekerapan (f) Peratus (%)


17 - 19 tahun 60 60.0
20 - 29 tahun 38 38.0
30 - 49 tahun 2 2.0
Jumlah 100 100
Berdasarkan Jadual III, dapatan kajian menunjukkan bahawa responden terdiri 60% pelajar
yang berumur dalam linkungan 17 – 19 tahun, 38% pelajar yang berada dalam linkungan 20 –
29 tahun dan 2% pelajar dalam linkungan umur 30 – 49 tahun. Data ini menunjukkan
peratusan yang tinggi pelajar kolej komuniti adalah terdiri daripada pelajar yang baru tamat
SPM.

Jadual IV Latar Belakang Responden Mengikut Jantina

Jantina Kekerapan (f) Peratus (%)


Lelaki 66 66.0
Perempuan 34 34.0
Jumlah 100 100

Merujuk kepada Jadual IV, bilangan responden pelajar lelaki adalah lebih tinggi berbanding
perempuan iaitu 66% adalah pelajar lelaki dan 34% pelajar perempuan.

Jadual V Latar Belakang Responden Mengikut Bilangan Adik-Beradik

Bilangan adik Kekerapan (f) Peratus (%)


beradik
1 3 3.0
2 6 6.0
3 7 7.0
4 28 28.0
5 18 18.0
6 15 15.0
7 9 9.0
8 6 6.0
9 6 6.0
10 2 2.0
Jumlah 100 100

Jadual V menunjukkan bahawa bilangan adik beradik 4 orang mempunyai peratus paling
tinggi iaitu 28% diikuti bilangan adik beradik seramai 5 orang dan 6 orang. Manakala
bilangan adik beradik seramai 7 orang mempunyai 9% responden dan bilangan adik beradik 2
, 8 dan 9 masing-masing adalah 6% responden.
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Jadual VI Latar Belakang Responden Mengikut Pekerjaan Ayah

Pekerjaan ayah Kekerapan (f) Peratus (%)


Peniaga 28 28.0
Penjawat Awam 8 8.0
Pesara 29 29.0
Peneroka 11 11.0
Swasta 21 21.0
Chef 3 3.0
Jumlah 100 100

Dapatan kajian menunjukkan pekerjaan ayah responden sebagai pesara mempunyai peratus
yang paling tinggi iaitu 29% diikuti oleh pekerjaan sebagai peniaga 28%, pekerja swasta iaitu
21% dan peneroka 11%. Manakala pekerjaan ayah responden sebagai penjawat awam adalah
8% dan chef adalah 3%.

Jadual VII Latar Belakang Responden Mengikut Pekerjaan Ibu

Pekerjaan ibu Kekerapan (f) Peratus (%)


Surirumah 79 79.0
Penjawat Awam 10 10.0
Peniaga 6 6.0
Swasta 5 5.0
Jumlah 100 100

Berdasarkan Jadual VII, menunjukkan pekerjaan ibu responden paling tinggi peratus adalah
surirumah iaitu 79% diikuti dengan penjawat awam 10%. Manakala pekerjaan ibu responden
sebagai peniaga dan pekerja swasta masing-masing adalah 6% dan 5%.

Jadual VIII Latar Belakang Responden Mengikut Pendapatan Keluarga

Pendapatan keluarga Kekerapan (f) Peratus (%)


RM 0 - 999 33 33.0
RM 1000 - 2999 57 57.0
RM 3000 - 4999 8 8.0
RM 5000 keatas 2 2.0
Jumlah 100 100

Jadual VIII mendapati pendapatan keluarga responden adalah peratus paling tinggi RM1000 –
2999 iaitu seramai 57%. Manakala peratus pendapatan keluarga RM0 – 999 adalah 33%. 8%
responden mempunyai pendapatan keluarga RM3000 – 4999 dan hanya 2% responden yang
mempunyai pendapatan RM5000 dan keatas.
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Jadual IX Latar Belakang Responden Mengikut Negeri Bermastautin

Negeri bermastautin Kekerapan (f) Peratus (%)


W. P Kuala
5 5.0
Lumpur
Selangor 3 3.0
Pahang 53 53.0
Terengganu 6 6.0
Kelantan 27 27.0
Melaka 3 3.0
Johor 3 3.0
Jumlah 100 100

Berdasarkan peratus Jadual IX, 53% responden berasal dari negeri Pahang diikuti 27%
responden berasal dari negeri Kelantan. Bagi negeri Terengganu dan W.P Kuala Lumpur
masing- masing adalah 6% dan 5%. Manakala bagi responden berasal dari negeri Selangor,
Melaka dan Johor mempunyai peratus responden iaitu 3%.

4.2 Bahagian B

Bahagian B mengandungi sepuluh (10) soalan berkaitan dengan persepsi pelajar terhadap
aktiviti PISPA dalam membentuk sahsiah pelajar. Bahagian ini dianalisis menggunakan tahap
penilaian merujuk kepada skor min.

Jadual X Persepsi Pelajar Terhadap Aktivti PISPA Dalam Membentuk Sahsiah Pelajar

Bil Item Skor min Tahap


1. Aktiviti PISPA dapat membantu saya dari
4.11 Tinggi
segi pembangunan pelajar
2. Kursus yang diikuti dapat membentuk saya Tinggi
4.23
berakhlak mulia
3. Aktiviti PISPA dapat memberi kesan Tinggi
4.19
dalam kehidupan saya
4. Aktiviti PISPA dapat menjadikan saya Tinggi
4.25
seorang yang berdisplin
5. Semangat berpasukan dalam diri pelajar Tinggi
dapat diterapkan melalui sebarang aktiviti 4.16
setelah mengikuti aktiviti PISPA
6. Aktiviti PISPA dapat meningkatkan Tinggi
4.20
keyakinan diri saya
7. Aktiviti PISPA dapat memupuk sikap Tinggi
4.21
prihatin dalam diri saya
8. Tahap komunikasi pelajar dapat
4.09
dtingkatkan melalui aktiviti PISPA Tinggi
9. Integrasi sosial pelajar dengan pelbagai
lapisan masyarakat dapat ditingkatkan 4.21 Tinggi
melalui aktiviti PISPA
10. Minat, bakat serta kemahiran yang saya
ada dapat disalurkan melalui aktiviti 3.73 Tinggi
PISPA
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Purata Min 4.14 Tinggi

Analisis dari Jadual X menunjukkan purata min bagi semua item adalah 4.14. Item 4
mendapat skor min yang paling tinggi iaitu 4.25. Manakala item 2 merupakan skor min kedua
tertinggi iaitu 4.23. Data ini menjelaskan pelajar berpendapat aktiviti PISPA boleh
membentuk pelajar menjadi berdisiplin dan berakhlak mulia. Menurut Kamus Dewan Bahasa
dan Pustaka Edisi Keempat, persepsi membawa maksud pandangan atau tanggapan seseorang
terhadap sesuatu perkara. Persepsi memainkan peranan yang penting kerana ia boleh
mendorong pelajar untuk meminati sesuatu perkara yang positif. Bagi item 6, 7 dan 9 masing-
masing mempunyai skor min 4.20, 4.21 dan 4.21 membuktikan responden mempunyai
persepsi aktiviti PISPA memberi kesan sahsiah kepada pelajar dari segi meningkatkan
keyakinan diri, memupuk sikap prihatin dan mewujudkan integrasi sosial pelajar dengan
pelbagai lapisan masyarakat. Walaubagaimana pun item 10 mempunyai skor min 3.73 ia
masih dalam lingkungan tahap tinggi. Daripada hasil analisis data menunjukkan responden
positif menyatakan aspek pembinaan sahsiah diri mampu diterapkan kepada pelajar-pelajar
yang terlibat dalam sebarang aktiviti PISPA.

4.3 Bahagian C

Bahagian C mengandungi lapan (8) soalan soal selidik yang menjurus kepada persepsi pelajar
terhadap aktiviti PISPA dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahagian ini dianalisis
menggunakan tahap penilaian merujuk kepada skor min.

Jadual XI Persepsi Pelajar Terhadap Aktivti PISPA Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Bil Item Skor min Tahap


1. Jujur semasa peperiksaan 4.18 Tinggi
2. Jujur dalam aspek kerja kursus 4.02 Tinggi
3. Datang ke kuliah/makmal tepat pada Tinggi
4.18
masanya
4. Tidak keluar masuk semasa kuliah sedang Tinggi
4.12
dijalankan
5. Sentiasa bersedia sebelum ujian dan Tinggi
4.15
peperiksaan serta tidak belajar disaat akhir
6. Mengamalkan perkongsian ilmu antara Tinggi
4.17
rakan pelajar
7. Bersedia membantu rakan pelajar dalam Tinggi
4.15
pelajaran
8. Menyiapkan amali dan tugasan dalam Tinggi
4.15
tempoh yang diberikan
Purata Min 4.14 Tinggi

Jadual XI menunjukkan analisa yang diperolehi bagi menentukan persepsi pelajar terhadap
aktiviti PISPA dalam pengajaran dan pembelajaran. Keseluruhan item memperolehi skor min
yang berada pada tahap tinggi dengan nilai purata min 4.14. Responden bersetuju bahawa
pelajar perlu jujur semasa peperiksaan dan hadir kuliah/bengkel tepat pada masa ditetapkan
dengan skor min tertinggi iaitu 4.18. Hal ini jelas menunjukkan aktiviti PISPA sangat
membantu pelajar untuk terus fokus dan mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

akademik. Item 6 menunjukkan persepsi pelajar terhadap aktiviti PISPA dalam mengamalkan
perkongsian ilmu antara rakan pelajar dengan skor min 4.17. Responden juga bersetuju
bahawa responden perlu jujur dalam aspek kerja kursus dengan skor min 4.02. Menurut
Ahmad Esa (2009), apabila pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum satu ikatan
jalinan persahabatan wujud dalam kalangan pelajar melalui pergaulan sosial. Pendapat ini
turut dipersetujui oleh Bass (1999) yang menyatakan bahawa kemahiran yang diperlukan
dalam pembelajaran bagi mencapai kejayaan bekerja dalam pasukan ialah seseorang itu
mestilah sentiasa tolong-menolong di antara satu sama lain dalam memahirkan diri dalam
bidang tugas yang diberikan serta sentiasa berupaya memberi dan menerima kritikan yang
membina.

4.4 Bahagian D

Bahagian D mengandungi tiga (3) soalan soal selidik berkaitan persepsi pelajar terhadap
aktiviti PISPA dalam aktiviti di institusi.

Jadual XII Persepsi Pelajar Terhadap Aktivti PISPA Dalam Aktiviti Di Institusi

Bil Item Skor min Tahap


1. Memberi komitmen penuh dalam aktiviti
4.12 Tinggi
yang dianjurkan oleh pusat pengajian
2. Memberi komitmen penuh dalam aktiviti Tinggi
4.05
yang dianjurkan oleh persatuan/pelajar
3. Sedia menghadiri aktiviti keagamaan yang Tinggi
4.19
dianjurkan Pusat Pengajian
Jumlah 4.12 Tinggi

Merujuk kepada Jadual XII, persepsi pelajar terhadap aktiviti PISPA dalam aktiviti di institusi
menunjukkan purata pencapaian skor min adalah 4.12 iaitu pada tahap yang tinggi.
Responden amat bersetuju terhadap item 3 iaitu pelajar sedia menghadiri aktiviti keagamaan
yang dianjurkan Pusat Pengajian dengan skor min 4.19. Item 1 menunjukkan skor min
responden yang tinggi iaitu 4.12 terhadap memberi komitmen penuh dalam aktiviti yang
dianjurkan oleh institusi pengajian. Manakala Item 2 menunjukkan skor min 4.05, responden
bersetuju persepsi sahsiah pelajar dapat ditingkatkan dengan memberi komitmen penuh dalam
aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan atau pelajar. Menurut Johari Hassan (2010), aspek
pembinaan sahsiah diri mampu diterapkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam sebarang
aktiviti kokurikulum. Beberapa penyelidik telah mendapati terdapatnya korelasi yang positif
antara aktiviti kokurikulum dengan kecemerlangan pembelajaran (Hanks & Eckland, 1976).

Ini bertepatan dengan saranan yang telah dinyatakan oleh Siti Rahayah (2004) yang
mencadangkan agar elemen kecerdasan pelbagai perlu diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah dan di institusi pengajian tinggi seterusnya merangka satu
pentaksiran kecerdasan yang tidak hanya mentaksir IQ sahaja. Selain itu, Siti Rahayah (2004)
juga mencadangkan agar adanya satu kajian menyeluruh dan mendalam bagi membolehkan
kecerdasan yang dipinggirkan selama ini dalam sistem pentaksiran dikembangkan supaya
dapat melahirkan manusia yang berpotensi secara menyeluruh sesuai dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Dalam kajian ini, pengkaji menekankan aspek kognitif, afektif dan
psikomotor remaja yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum bagi melahirkan remaja yang
mempunyai sahsiah yang tinggi.
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

4.5 Bahagian E

Bahagian E mengandungi sembilan (9) soalan soal selidik berkaitan persepsi pelajar terhadap
aktiviti PISPA dalam kehidupan seharian.

Jadual XIII Persepsi Pelajar Terhadap Aktivti PISPA Dalam Kehidupan Seharian

Bil Item Skor min Tahap


1. Mematuhi etika berpakaian 4.19 Tinggi
2. Menjaga kemudahan yang disediakan oleh Tinggi
4.17
pusat pengajian dengan baik
3. Seorang yang patuh melaksanakan ajaran Tinggi
3.98
agama saya
4. Keluar rumah selepas pukul 12 malam 2.04 Sederhana
5. Kerap mencari hiburan di luar kampus 2.33 Rendah
6. Tidak menghormati ibu bapa 1.21 Rendah
7. Saya suka melanggar peraturan 1.55 Rendah
8. Saya suka mendengar radio dengan kuat 2.16 Rendah
9. Saya seorang pengguna jalan raya yang Tinggi
4.31
berhemah
Jumlah 2.88 Sederhana
Dapatan kajian menunjukkan item 9 adalah tinggi dengan skor min 4.31, manakala item 1 dan
2 juga berada pada tahap tinggi iaitu skor min 4.19 dan 4.17. Hal ini menunjukkan responden
yang telah mengikuti latihan atau kursus PISPA mempunyai persepsi bahawa aktiviti PISPA
boleh membentuk sahsiah pelajar sebagai seorang pengguna jalan raya yang berhemah,
mematuhi etika berpakaian dan menjaga kemudahan yang disediakan oleh pusat pengajian
dengan baik. Heidi Solberg (2001) mengemukakan pendapatnya bahawa salah satu objektif
penglibatan pelajar dalam unit beruniform adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
penampilan yang kemas. Menurut Bahagian Komunikasi UNICEF Malaysia 2007, institusi
pengajian berperanan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai penampilan kemas melalui
aktiviti kokurikulum.

Berdasarkan Jadual XIII, Item 3 menunjukkan skor min pada tahap tinggi iaitu 3.98 responden
bersetuju dengan “Seorang yang patuh melaksanakan ajaran agama saya”. Manakala item 4
menunjukkan tahap sederhana dengan skor min 2.04. Walaubagaimana pun, item 5, 6, 7 dan 8
menunjukkan tahap rendah dengan skor min 2.33, 1.21, 1.55 dan 2.16. Responden
menunjukkan bahawa persepsi sahsiah terhadap item 5 sehingga 8 merupakan sahsiah yang
tidak baik dan tidak patut dicontohi. Responden sangat tidak bersetuju dengan item 6 iaitu
“Tidak menghormati ibu bapa”. Menurut Wardatul Aishah Musa (2014), aktiviti kokurikulum
boleh menyumbang kepada pembentukan pelajar secara holistik, aktiviti kokurikulum boleh
meransang deria pelajar mengikut perkembangan mereka, aktiviti kokurikulum boleh
meningkatkan kepercayaan diri dan kepercayaan kendiri serta merasakan diri mereka bernilai.

Hasil analisis data bagi persepsi pelajar terhadap aktiviti PISPA dalam kehidupan seharian
menunjukkan responden yang telah menghadiri kursus atau latihan PISPA mempunyai
persepsi bahawa aktiviti PISPA boleh membantu membentuk sahsiah pelajar dalam kehidupan
seharian. Menurut Chin Pek Lian etc al., (2005), kokurikulum dapat memberi banyak manfaat
dan kepentingan kepada pelajar. Kokurikulum merupakan satu saluran yang menggalakkan
perkembangan emosi, psikologi dan sosiologi pelajar.
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

5. KESIMPULAN

Kepesatan globalisasi serta revolusi perindustrian turut terkena tempiasnya kepada dunia
pendidikan. Dalam usaha negara menuju status negara maju menjelang 2020, pelajar perlu
dilengkapi dengan pelbagai aspek kemahiran bukan sahaja dengan pencapaian akademik
semata-mata. Aspek sahsiah merupakan satu aset yang penting dalam diri pelajar agar dapat
bersaing dengan dunia luar kelak. Persepsi pelajar terhadap Program Pasukan Institusi
Pertahanan Awam (PISPA) dalam membentuk sahsiah pelajar merupakan elemen yang
penting bagi melahirkan graduan yang berkualiti sepertimana hasrat kolej komuniti
memerlukan pembinaan kecemerlangan diri yang menyeluruh. Ini kerana, sahsiah dan jati diri
yang teguh mampu melahirkan graduan yang berkualiti bukan sahaja dalam bidang akademik
tetapi juga dari segi kemahiran-kemahiran lain termasuk kepimpinan, kemahiran komunikasi,
nilai murni dan sebagainya. Menurut Lukman (2005), IPTA yang berkualiti mampu
melahirkan graduan yang berkualiti bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dari segi
kemahiran-kemahiran lain termasuk kepimpinan, kemahiran komunikasi, nilai murni dan
sebagainya.

Daripada hasil kajian yang dijalankan ini, pengkaji mencadangkan beberapa cadangan
penambahbaikan yang boleh dijalankan bagi meningkatkan lagi penglibatan aktif pelajar
dalam aktiviti Anggota Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) yang dianjurkan oleh
institusi seperti;
1. Penggubalan modul dan garis panduan Kelab PISPA melibatkan lebih banyak program
yang boleh membantu membentuk sahsiah pelajar dan mengisi masa terluang oleh
pelajar.
2. Perancangan yang strategik oleh penyelaras Kelab dalam merancang program yang
bersesuaian dengan pelajar
3. Pihak institusi pengajian tinggi diharap boleh menambah penglibatan pelajar untuk
mengikuti latihan dan kursus yang dianjurkan oleh PISPA.
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

RUJUKAN

Rujukan diletakkan di akhir kertas kerja. Ia perlu berturutan mengikut turutan “alphabet”
nama penulis. Format rujukan adalah mengikut stail American Psychological Association
(APA). Sila rujuk contoh. Rujukan lanjut oleh diperolehi di www.apastyle.org/

Ab. Hadi, M.Y. (2000). Hala Tuju Pengurusan Kokurikulum Di Politeknik. KUiTTHO:
Kertas Kerja Kursus Pengurusan KoKurikulum Pensyarah Politeknik-Politeknik
Malaysia. Tidak diterbitkan.

Abd. Rahman, H. (2000). Persepsi Pelajar Politeknik Kota Bahru Terhadap Aktiviti Ko-
Kurikulum (Sukan): Satu Tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana
Muda Pendidikan.

Abdul Fatah, F.M. (2012, Mac 4). Graduan Tempatan Gagal Tepati Kehendak Majikan. Berita
Harian, ms 15.

Abdul Ghafar, M.N. (1999). Penyelidik Pendidikan. Skudai : Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia.

Abdullah, A.B. (2002). Graduan diminta tingkat kemahiran. Berita Harian. Dimuat turun dari
http://www.mohr.gov.my/mygoveg/extras/isuyulyaug02.htm

Ahmad, R. (1994). Pandangan Pelajar Politeknik Ungku Omar Terhadap Aktiviti Ko-
Korikulum (Sukan): Satu Tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan.

Ahmad Anuar, A. dan Esa, A. (2010). Penerapan Kemahiran Insaniah di Pusat Giat Mara
(PGM): Satu Analisis Perbandingan. dalam. Esa, A. & Mustafa, M.Z. (Ed).
Kemahiran Insaniah: Kajian di Institusi-Institusi Pengajian. Batu Pahat: Penerbit
UTHM. Ms 1-19.

Ahmad Esa dan Hisham Jamaludin (2009). Peranan Kokurikulum Di Universiti Dalam
Membentuk Ketrampilan Pelajar. Fakulti Pendidikan Teknikal. Universiti Tun
Hussien Onn Malaysia.

Aini Ahmad, Anita Abdul Rani, HaslindaHashim dan Muhammad Nubli Abd Wahab (Mei,
2006). Program Soft Skills Dan Klinik Soft Skills: Konsep Dan Kaedah Pelaksanaan
Ke Arah Membentuk Sikap Graduan Berdaya Saing(Kertas Prosiding dibentangkan
di Semi
nar Sains, Teknologi dan Sains Sosial anjuran UITM di Kuantan)

Aminuddin Ruskam Al-Dawamy & Masrinah Maslih (2014). “Persepsi Pelajar Islam Fakulti
Pendidikan Terhadap Isu Penukaran Agama (Murtad)”. Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.

Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan
(2007).
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

“Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan”. Kuala Lumpur. PTS Professional


Publishing Sdn. Bhd.

Baker, T.L. (1994). “Doing Social Research”. 2nd Edition. New York : Mc Graw Hill Inc.

Bass, J (1999). “Collabarative Learning Group Work & Study Teams.”


http://www.uga.berkeley.edu.sled/bgd/collabarative.html.

Chin Pek Lian, Low Li Chuen dan Vivian Low Yen Yeong (2005). “Masalah Disiplin Pelajar,
Pendekatan Dan Penyelesaian.” Skudai : UTM

Gay, L.R (1996)." Educational Research : Competencies for analysis and application."
Ed.New Jersey : Prntice hall,Inc.

Hanks, M,. & Eckland, B. ( 1976). Athletics and social participation in the educational
attainment in the educational attainment process. Sociology of education, 49, 271-294

Harian Metro ( 2007). “Program Kokurikulum Berkredit.” Harian Metro. 24 Disember 2004.

Haslinda Hashim, Muhammad Nubli Abdul Wahab dan Zarina Mohd Ali (Nov, 2006)
Pembangunan Sahsiah Bersepadu, Konsep dan Pelaksanaannya di Kolej Kejuruteraan
Universiti. (Kertas Prosiding dibentangkan di Seminar Kursus Sokongan anjuran
KUKUM di Langkawi)

Haslinda Hashim, Muhammad Nubli Abdul Wahab dan Zarina Mohd Ali (Jun, 2006). Konsep
Dan Pelaksanaan Soft Skills Di Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia
(KUKTEM) (Kertas Prosiding dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pengajian Umum
anjuran UTM di JB)

Hassan, H. (2002). Ciri-ciri Kualiti Pelajar Untuk Keperluan Pekerjaan Pada Masa Kini.
Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Awam, Universiti Teknologi
Malaysia: Bangi. Tidak diterbitkan.

Heidi Solberg (2001).“Learning Our Motto, Living Our Creed”: The Goals of Camping in
Girl Scout Programs. Western Michigan University.
http://www.la84foundation.org/SportsLibrary.

Idris, N. (2001). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Malaysia:Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn
Bhd.

Institusi Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (2003). Kajian Masalah Pengangguran di


Kalangan Siswazah. Dicapai pada Mar 10, 2013 dari
http://www.ipptn.usm.my/attachment/Research/2003/kajian%20Pengangguran%20di
%20Kalangan%20Siswazah.pdf

Ismail, M.H. (2012). Kajian Mengenai Kebolehpasaran Siswazah di Malaysia: Tinjauan dari
Perspektif Majikan. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII
2012. Dicapai pada April 12, 2012 dari
http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012_3EI.pdf
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Johari Hassan & Sutinah A. Safar (2010). Pembinaan Kecemerlangan Diri Pimpinan Pelajar
Menerusi Penglibatan Dalam Aktiviti Kokurikulum Di Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lukman Ismail (2005) Jumaat, 27 Mei, Utusan Malaysia, ms 7.

Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah, 2006

Mohd Majid Konting (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). ―Penyelidikan Pendidikan.‖ Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
Mohd Najib Abdul Ghafar (2003). ―Reka bentuk tinjauan : Soal selidik pendidikan.‖ Johor :
Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Razali, N.A. (2008). Penguasaan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar
Politeknik Kota Bharu. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana.

Mustafa, M.Z., Mohd Nor, N., Suradin, A. & Ahad, R. (2010). Kemahiran Soft Skills Di
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dalam : Esa. A. & Mustafa,
M.Z. Kemahiran Insaniah : Kajian di Institusi-Institusi Pengajian. Batu Pahat :
Penerbit UTHM.

Nordin, M.S., Abd Hamid, M.Z., dan Jabor. K. (2005). Tahap Keyakinan Kemahiran Generik
Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti. Seminar Pendidikan 2005. Fakulti Pendidikan.
Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Polit, D.F., Beck, C.T. and Hungler, B.P. (2001), Essentials of Nursing Research: Methods,
Appraisal and Utilization. 5th Ed., Philadelphia: Lippincott Williams & Wilkins

Razzaly, W., Baba, I., Sh Amah, S.S., Md Ali, Z., dan Sayadi, Z.A. (2007). Panduan
Kemahiran Insaniah (Soft Skills) Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Batu Pahat:
UTHM.

Sharifah Meriam Bt. Syed Akil (2007).“Cabaran Kepimpinan Kokurikulum.” Universiti


Industri Selangor.

Siti Rahayah Arifin, T. Subhan Mohd Meerah, Norasmah Othman & Ibrahim Mohamed Zin.
2004. Analisis Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) Di kalangan pensyarah
di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Jurnal Teknologi, 41 € Dis.2004 : 33-42.
Universiti Teknologi Malaysia

Suganti Ealangov, Ainul Husna Abdul Halim & Wan Zufarhati Wan Ahmad (2015). “Impak
Aktiviti Kesukarelawan Kelab Briged Sukarelawan Kolej Komuniti (BRISK)
Terhadap Pencapaian Akademik dan Sahsiah Pelajar Kolej Komuniti Wilayah
Pahang.” Prosiding Seminar HEP Kebangsaan. 33 – 40.
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Tasir, Z., dan Abu, M.S. (2003). Analisis data berkomputer SPSS 11.5 untuk Window. Kuala
Lumpur: Venton.

Wardatul Aishah Musa dan Nooraini Othman (2014). Kesedaran Kendiri Terhadap Aktiviti
Kokurikulum Dan Keberkesanannya Kepada Remaja. Kota Kinabalu, Sabah.

Zukarman, M.Z. (2012). Kemahiran Insaniah Dalam Latihan Industri Pelajar Diploma
Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Johor Bahru. Batu Pahat: Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia.

https://www.academia.edu/8766534/PENGLIBATAN_AKTIVITI_KOKURIKULUM_DARI
_PERSEPSI_PELAJAR_DI_KOLEJ_KOMUNITI_HULU_LANGAT

http://www.jpkk.edu.my/jpkk/images/dokumen/GarisPanduanPISPAdiKolejKomuniti.pdf

http://www.lebahmaster.com/pengertian-pendidikan/

http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012_3E1.pdf

http://eprints.uthm.edu.my/5359/1/PUA_POH_KEONG.pdf
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

BIBLIOGRAFI PENULIS-PENULIS

Penulis 1
NORSUZILAWATE BINTI ZULKAPLI, dilahirkan di Besut, Terengganu. Pemegang Ijazah
Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Sarjana Pendidikan Teknik & Vokasional; UTHM.
Pengalaman mengajar sebagai pensyarah Program Teknologi Pembinaan di Kolej Komuniti
Kuala Terengganu selama 12 tahun, dan kini sedang berkhidmat di Kolej Komuniti Jerantut
sebagai pensyarah kanan. Penulis boleh dihubungi di talian 09-2662945.

Penulis 2
NURRUL HASANAH BINTI MD TENI, dilahirkan di Johor Bahru, Johor. Pemegang Ijazah
Sains dan Teknologi Makanan, UPM. Pengalaman mengajar sebagai pensyarah Program
Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan di kolej komuniti selama 8 tahun. Penulis boleh
dihubungi di talian 09-2662945.

You might also like