You are on page 1of 1

Aktiviti Sambutan Bulan Kemerdekaan Di Sekolah

Isu-isu yang berkaitan dengan kemerdekaan negara kerap menjadi paparan di surat khabar,
khususnya pada bulan Ogos setiap tahun. Hal ini kerana pada 31 Ogos setiap tahun, Malaysia akan
menyambut ulang tahun kemerdekaan. Pada pendapat saya, setiap lapisan masyarakat mesti
bersama-sama menjayakan sambutan kemerdekaan yang diadakan. Pelbagai program juga turut
diatur oleh pihak sekolah untuk menjayakan sambutan Bulan Kemerdekaan di peringkat sekolah.

Antara program yang diadakan di peringkat sekolah ialah majlis pelancaran. Majlis pelancaran
ini akan diadakan di dalam dewan atau tempat lapang. Majlis pelancaran ini dihadiri oleh pelajar,
guru-guru serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Dalam majlis pelancaran ini tuan pengetua akan
memberikan ucapan manakala pelajar akan menyanyikan beberapa lagu patriotik.

Selain itu, terdapat juga program mengibarkan Jalur Gemilang. Jalur Gemilang akan dipasang di
sekeliling sekolah seperti di pintu masuk sekolah, dewan sekolah dan di hadapan pejabat. Jalur
Gemilang juga turut dipasang di dalam kelas supaya kelas bertambah ceria. Terdapat juga sekolah
yang mengadakan pertandingan mengibarkan Jalur Gemilang antara kelas.

Di samping itu, diadakan juga pertandingan dalaman sekolah. Pertandiangan ini biasanya
dianjurkan oleh Panitia Sejarah atau Persatuan Sejaran sekolah. Antara pertandingan yang diadakan
ialah pertandingan mengarang esei, kuiz, syarahan, pidato, perbahasan dan deklamasi sajak.
Lazimnya, hadiah dan sijil akan diberikan kepada para pemenang semasa majlis penutup sambutan
Bulan Kemerdekaan sebagai tanda penghargaan.

Terdapat juga pihak sekolah yang mengadakan sambutan Ambang Merdeka. Sambutan
Ambang Merdeka diadakan pada malam 30 Ogos. Sambutan Ambang Merdeka ini lazimnya dihadiri
oleh pelajar, guru dan pemimpin masyarakat yang dijemput. Antara aktiviti yang dijalankan semasa
sambutan Ambang Merdeka ialah ceramah dan nyanyian lagu patriotisme.

Acara terakhir sambutan Bulan Kemerdekaan ialah majlis penutup. Majlis penutup diadakan
pada 16 September. Majlis ini dihadiri oleh pelajar, guru dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
Antara aktiviti yang diadakan ialah ucapan pengetua, persembahan pelajar dan penyampaian hadia
kepada para pemenang pertandingan yang diadakan sepanjang Bulan Kemerdekaan.

Sebagai kesimpulan, banyak aktiviti yang diadakan dalam sambutan Bulan Kemerdekaan
peringkat sekolah. Program-program yang diadakan ini banyak memberikan kebaikan kepada pelajar
dan guru. Pada pendapat saya, program sambutan Bulan Kemerdekaan telah dapat memupuk
semangat patriotisme di kalangan pelajar. Secara tidak langsung juga, program sambutan Bulan
Kemerdekaan ini dapat memupuk perpaduan kaum di kalangan pelajar dan guru.

You might also like