You are on page 1of 2

LAPORAN AKTIVITI

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 28 Ogos 2013 Pada 28 Ogos 2013 iaitu hari rabu, minggu terakhir sebelum semua rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan negara, Sekolah Kebangsaan Bukit Choras telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan bagi sesi 2013. Majlis ini berlangsung di tapak perhimpunan SK Bukit Choras. Dalam majlisini, sekolah telah menjemput penolong kanan pentadbiran untuk menyampaikan satu ceramah mengenai nikmat kemerdekaan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia dalam selang masa 56 tahun kemerdekaan. Majlis ini telah disempurnakan secara rasminya oleh guru besar, Haji Ahmad Bidin bin Iteng.

Rajah menunjukkan penolong kanan pentadbiran sedang memberikan ceramah.

Semua murid begitu bersemangat menyanyikan lagu kemerdekaan

Kekuatan. Program yang dijalankan dapat menyuntik semangat patriotisme dalam diri murid murid. Oleh itu, murid lebih menghayati erti sebenar kemerdekaan setelah mengecapinya selama tempoh 56 tahun. Selain itu, murid perlu diingatkan untuk mengekalkan keamanan negara supaya Malaysia lebih aman dan selamat untuk satu tempoh yang akan datang. Kelemahan. Segelintir murid hilang fokus serta bercakap cakap sewaktu mendengar ceramah. Perkara ini membuatkan murid lain terganggu.

Cadangan mengatasi. Murid tersebut perlu ditegur agar tidak mengulangi perkara sedemikian. Jika perlu, guru boleh mengenakan dendaan sebagai salah satu inisiatif untuk murid memberi tumpuan yang lebih sepanjang program berlangsung.

You might also like