You are on page 1of 2

AKTIVITI 6.

3 (TAMADUN MELAYU)

Pencapaian dan sumbangan masyarakat terhadap tamadun amatlah penting kerana


ia membawa pengaruh yang amat besar terhadap kemajuan sesebuah tamadun. Teknologi
pembinaan kapal merupakan salah satu pencapaian dan sumbangan dalam Tamadun
Melayu terutamanya teknologi pembinaan perahu besar di negeri Terengganu.

Terdapat empat jenis perahu besar yang pernah dilayarkan pada satu ketika dahulu
iaitu Anak Bedar, Dogol, Pinis Dogol dan Pinis Gobel. Daripada empat jenis perahu itu,
perahu paling besar ialah sepanjang 70 hingga 75 kaki dengan kedalaman 8 hingga 10 kaki
serta berat kira-kira 90 tan. Berdasarkan maklumat sejarah, terdapat hampir 200 perahu
besar dari keempat-empat jenis di perairan Terengganu sekitar tahun 1940-an

Perahu Besar telah digunakan sejak abad ke-18 dan pernah dimiliki oleh sultan-
sultan Terengganu iaitu Sultan Mansur I dan Sultan Mansur II. Perahu besar juga digunakan
sebagai pengangkutan perdagangan dan hubungan diplomatic. Sebagai contoh, perahu
besar digunakan untuk menghantar ufti berbentuk bunga emas ke Siam pada pertengahan
abad ke-18 hingga awal abad ke-20. Tambahan pula, ketika itu Terengganu banyak
menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara jiran terutamanya Siam dan hubungan
muhibah ini dibuat melalui lawatan pembesar-pembesar ke negara jiran dengan pelayaran
menggunakan perahu besar.

Perahu Besar juga memainkan peranan penting dalam perkembangan perdagangan


antarabangsa pada abad ke-18 dan 19 yang menjadikan Kuala Terengganu sebagai
pelabuhan perdagangan antarabangsa. Perkhidmatan terakhir Perahu Besar dalam aktiviti
perdagangan ialah pada tahun 1982. Selain itu, pembuatan Perahu Besar di negeri ini juga
telah mencatat sejarahnya tersendiri dengan tiga elemen penting yang menjadi kebanggaan
masyarakat Melayu Terengganu khususnya dalam bidang teknologi pembuatan perahu dan
keilmuan dalam bidang pelayaran.

Sempena Pameran Pengangkutan Air Dunia Melayu di Muzium Negeri, terdapat


sebanyak 42 model perahu termasuk manuskrip lama dan alatan lama itu mengetengahkan
replika serta artifak pengangkutan air yang digunakan oleh masyarakat di kawasan rumpun
Melayu seperti dari Semenanjung Melayu, Indonesia, Pattani, kepulauan di lautan Pasifik
sehingga ke Madagaskar.Objektif utama pameran ialah sebagai medan bagi semua
masyarakat terutama generasi muda mengetahui dan mencintai pelbagai jenis
pengangkutan air yang telah dihasilkan datuk nenek moyang dahulu menggunakan kaedah
yang menakjubkan.

Kesimpulannya, kita seharusnya menghargai dan menjaga warisan ataupun tinggalan


yang ada di negara kita. Kita seharusnya menghargai tentang kehebatan hasil kerja tangan
masyarakat dahulu dalam menghasilkan sesuatu menggunakan hati dan naluri, bukan
perkakasan serta kecanggihan teknologi masa kini.

Perahu yang dinamakan Kemajuan didaftarkan dengan nombor pendaftaran T.65 adalah
dari jenis Pinis Dogol mempunyai ukuran 73 kaki panjang, 22 kaki lebar dan 8 kaki 6 inci
kedalaman dengan kadar muatan lebih kurang 2,500 pikul.

You might also like