You are on page 1of 2

Soalan1:Kemahiran dalam teknologi perkapalan dan

pelayaran merupakan ciri penting masyarakat di


Jepun.Bincangkan.
Jawapan:
Masyarakat maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada
aktiviti berasaskan laut seperti perdagangan,perikanan,
pengumpulan hasil laut, perkapalan, penjelajahan dan penerokaan .
Kemunculan masyarakat maritim Jepun tinggal di persisiran pantai
dan Kawasan kepulauan seperti Kyushu.Pedagang – pedagang Jepun
telah menjalankan hubungan perdagangan dengan negara
China,Vietnam dan Korea.Mengjelang abad ke-16 masihi,Jepun
mengamalkan dasar buka pintu kepada pedagang luar.Terdapat
beberapa factor kemunculan masyarakat maritime di Jepun.
Yang pertama ialah kemajuan teknologi perkapalan.Masyarakat
maritime Jepun mahir dalam bidang pembinaan kapal dan perahu .
Mereka membina kapal dikenali Shuinsen(kapal mohor merah) yang
menggunakan teknologi tinggi iaitu senjata bagi mempertahankan
diri dari serangan lanun dan sebagainya.Kapal ini digunakan untuk
pelayaran jarak jauh seperti ke Asia Tenggara.Kapal dagang seperti
Higaki-Kaisen dan Taru_Kaisen juga digunakan untuk perdagangan
dalam negara.Mereka mendapat pengetahuan teknologi perkapalan
daripada orang Portugal,Sepanyol dan lain-lain.Contohnya,Shogun
Ieyasu mendapat bantuan daripada Sepanyol dalam bidang
perkapalan dan bantuan teknikal daripada British dan Belanda.
Seterusnya,masyarakat maritim Jepun juga sangat mahir dalam
ilmu pelayaran.Masyarakat maritime Jepun mempunyai
pengetahuan yang tinggi dalam bidang ini.Mereka mahir dalam ilmu
astronomi,ilmu nautika,dan kartografi.Masyarakat maritim Jepun
telah melahirkan ramai ahli pelayaran menyebabkan kemajuan pesat
dalam aktiviti pelayaran.Kemahiran inilah telah mendorong
masyarakat Jepun terlibat dalam aktiviti penjelajahan dan
penerokaan.Mulai abad ke-16,para pedagang dan pelayar dari Jepun
telah sampai ke Asia Tenggara,Australia,India dan Amerika
Selatan.Pada abad ke-17masihi,dianggarkan terdapat 350 buah kapal
Jepun terlibat dengan aktiviti perdagangan antarabangsa.
Selain itu,terdapat juga factor lain iaitu Kedudukan geografi
negara Jepun.Dari segi Geografi,negara ini terdiri daripada beberapa
pulau yang dikelilingi laut.Antara pulau yang jadi tumpuan
masyarakat di Jepun ialah Kyushu,Shikoku,Hokkaido dan Honshu.
Oleh kerana bentuk muka bumi pulau-pulau ini yang bergunung-
ganang,maka petempatan didirikan di Kawasan pesisiran pantai .
Lokasi petempatan yang berhampiran laut menyebabkan asas
kemunculan masyarakat maritime di Jepun.
Kesimpulannya,kemunculan masyarakat maritim di Jepun
berkait rapat dengan kemajuan teknologi perkapalan dan pelayaran .
Disamping itu,terdapat beberapa factor lain yang turut menyumbang
kemunculan masyarakat maritim seperti kedudukan geografi dan
sebagainya.

You might also like