You are on page 1of 23

SULIT Kod Kertas: 940/1

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


SEJARAH [SEJARAH DUNIA (1500-1955)]
PENTAKSIRAN KURIKULUM

SEMESTER 1 STPM 2023

KERTAS 1 (940/1)

(DUA JAM)
Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN

Jawab empat soalan sahaja. Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan markah diberikan
dalam tanda kurung ( )

Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak.

SULIT
Jawab empat soalan sahaja

1. Bincangkan ciri- ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke- 16 hingga abad 17
Masihi.
(20 markah)

2. Bincangkan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja di Negara China dari
abad ke-16 hingga abad ke- 20.
(20 markah)

3. Huraikan faktor- faktor perkembangan perdagangan dan perniagaan di Belanda


menjelang abad ke-16 hingga abad ke-18 Masihi.
(20 markah)

4. Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Perancis pada abad ke- 18 hingga abad
ke- 19 Masihi.
(20 markah)

5. Bincangkan sebab- sebab meletusnya Perang Dunia Pertama pada 1914 hingga 1918 di
Eropah.
(20 markah)

6. Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) berjaya membawa keamanan dunia selepas
Perang Dunia Kedua. Bincangkan.
(20 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT


SKEMA JAWAPAN
PENTAKSIRAN SEJARAH
SEMESTER 1
1.Bincangkan ciri-ciri masyarakat Maritim di Portugal pada abad ke-16 sehingga 17 Masihi.
(20 Markah)

Pengenalan

Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap


perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini mempunyai pelabuhan-
pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan
yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat
menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli. Masyarakat maritim merupakan
masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, kepulauan dan di lembah sungai bagi memudahkan
mereka menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan mengutip
hasil laut.

Semasa pemerintahan Putera Henry (Henry The Navigator), kerajaan Portugal telah
menjadi kuasa maritim yang terunggul di Eropah pada abad ke-15. Putera Henry bersungguh-
sungguh mempromosi kegiatan penjelajahan melalui penubuhan Akademi Laut di Sagres.
Melalui akademi ini beliau telah mengundang ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi dan
astronomi dari luar negara untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal. Usaha Putera
Henry ini telah memunculkan ramai kelasi atau pelayar Portugal telah menjelajah ke selatan
sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai barat benua Afrika.

Ciri- Ciri Masyarakat Maritim Portugal

1. Petempatan

Lokasi di pesisiran pantai Portugal merupakan kerajaan pertama di Eropah mula menjalankan
penerokaan tanah baru yang serius melalui aktiviti pelayaran ke dunia luar. Hal ini berlaku
kerana Portugal mempunyai geografi tempatan di Lautan Atlantik, mempunyai pantai yang
panjang dan memiliki pelabuhan yang baik seperti Lisbon dan Antwep >Pelabuhan tersebut
memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang dagangan
Portugal.Selain daripada itu, Portugal tidak menghadapi persaingan dengan negara-negara
Eropah yang lain seperti Sepanyol yang masih belum teguh dan bersatu padu, Itali pula masih
tidak bersatu, Belanda menghadapi masalah dalam negara, manakala negara England dan
Perancis terlibat dalam Perang 100 Tahun. Keadaan ini telah memberi peluang kepada Portugal
untuk muncul sebagai negara maritim yang terunggul ketika itu.

2. Kemudahan Pelabuhan Pembekal

Portugal mempunyai pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang Eropah iaitu


pelabuhan Lisbon dan Antwerp. Portugal menjadikan pelabuhan-pelabuhan ini sebagai pusat
pengeksportan dan pengeluaran barangan dagangan Portugal atau pelabuhan pembekal.. Dalam
masa 30 tahun, Portugal berjaya menembusi pasaran rempah-ratus yang dikuasai oleh
pedagang Venice di Itali. Portugal berhasrat untuk menguasai perdagangan rempah kerana
pada abad ke-15, pedagang Islam telah menjual barangan dari Timur kepada pedagang di
Venice dengan harga yang tinggi. Pedagang di Venice pula bertindak sebagai orang tengah
pula telah menjual barangan tersebut kepada pedagang Eropah yang lain dengan harga yang
lebih tinggi. Oleh itu, dengan menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi akan membawa
kepada penguasaan perdagangan rempah-ratus dan boleh mengambil alih peranan pedagang
Venice sebagai orang tengah.

3. Kegiatan Ekonomi

Kegiatan ekonomi yang utama di Portugal berasaskan kelautan iaitu perdagangan, perikanan,
mengumpul hasil-hasil laut dan kegiatan membina kapal.Masyarakat maritim Portugal telah
melancarkan ekspedisi ke timur untuk menguasai rempah ratus , sutera dan batu permata
daripada pedagang Arab-Islam. Mereka membawa hasil hutan dan bahan pencelup dari Brazil.
Menjelang abad ke-16, kapal-kapal Portugal sentiasa belayar ke Timur Jauh menggunakan
Tanjung Pengharapan dan membawa pulang rempah-ratus, lada hitam, sutera dan batu permata.
Mereka juga berjaya membawa hasil hutan seperti kayu kayan dan bahan pencelup dari Brazil.
Portugal juga telah membuka ladang tebu, menjalankan penanaman tembakau, menternak
lembu dan kuda untuk diperdagangkan. Ini semua telah memberikan keuntungan kepada
masyarakat Portugal. Pelabuhan Lisbon juga telah menjadi pusat agihan rempah-ratus kepada
pedagang-pedagang Eropah yang lain bagi menggantikan pelabuhan Venice di Itali.

4. Teknologi Perkapalan

Masyarakat maritim Portugal mempunyai teknologi membuat kapal walaupun kapal yang
dibina lebih kecil daripada kapal buatan China. Kapal orang Portugal yang dibina mempunyai
dasar yang lebih dalam dan badan kapal yang agak bulat sesuai untuk perjalanan di Lautan
Atlantik. Mereka mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran dan mencari jalan ke Timur
Sebagai contoh masyarakat maritime Portugal mempunyai kemahiran membina kapal besar
jenis Caravel seberat 2000 tan. Selain itu masyarakat maritim Portugal juga mempunyai
kemahiran dalam ilmu pelayaran hasil usaha Putera Henry. Beliau mahu orang Portugal mahir
dalam bidang pelayaran untuk menguasai kekayaan di Afrika. Tujuan lain ialah mencari Prester
John yang menjadi raja sebuah kerajaan Kristian di Afrika bagi mendapatkan bantuannya untuk
menguasai kerajaan Islam di Maghribi.

5. Keupayaan Menguasai Laluan Laut

Usaha Putera Henry ini telah berjaya melahirkan ramai pelayar Portugal seperti Bartholomew
Diaz, Vasco da Gama dan Alfonso de Albuquerque. Mereka telah berjaya menjelajah ke selatan
sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai Barat benua Afrika. Bartholomew Diaz telah belayar
dan sampai ke Cape of Good Hope iaitu bahagian paling selatan di Afrika pada tahun 1487.
Vasco da Gama pula berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan pada tahun 1497 dan
seterusnya telah sampai di Malindi (1487) dan seterusnya beliau telah belayar ke Kalikat
(1499). Selepas itu beliau telah kembali ke Lisbon dengan membawa penuh muatan barangan
daripada Timur. Pada tahun 1511, Lopez de Sequeire telah berjaya menguasai Melaka dan ini
membolehkan Portugal menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi. Pada tahun 1542, orang
Portugal berjaya memasuki negara Jepun melalui pelabuhan Kyushu. Pada tahun 1570, satu
perjanjian telah ditandatangani antara pedagang Portugal dengan Shogun Ashikaga iaitu
mereka dibenarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki. Seterusnya pedagang Portugal telah
sampai ke pelabuhan Canton di China pada tahun 1517.
6. Kemajuan Teknologi Pelayaran

Masyarakat maritim Portugal juga mempunyai teknologi pelayaran yang diambil daripada
negara lain seperti penemuan baru seperti peta Benua Eropah (kartografi), kompas magnetik,
reka bentuk kapal, memiliki teknologi senapang dan meriam, dan astrolab. Pelayar Portugal
mempunyai catatan wilayah baru di atas peta dan seni catatan peta yang tepat dalam peta gaya
baru. Mereka juga mempunyai teknologi kompas yang diambil daripada orang Cina. Kompas
ini menunjukkan utara iaitu satu petunjuk penting bagi kapal-kapal yang belayar dari timur ke
barat. Orang Portugal juga mempunyai teknologi membina kapal yang baik sesuai untuk
belayar di Lautan Atlantik dan memiliki astrolab hasil ciptaan orang Arab yang membenarkan
seorang kapten kapal laut mengagak kedudukan kapal mereka sejauh mana dari garisan
Khatulistiwa. teknologi senjata api seperti senapang dan meriam. Mereka menggunakan bahan
letupan daripada China dan kemudian diubah suai dengan ciptaan senjata api mereka. Senjata
api digunakan semasa pelayaran untuk menakutkan dan mengalahkan musuh-musuh yang
ditentang

7. Memiliki Sifat Berani

Masyarakat maritim Portugal juga memiliki sifat berani menghadapai cabaran dan
dugaan.Ekspedisi yang dilancarkan oleh Ferdinand magellen ke timur jauh/ Filipina terpaksa
mengharungi badai dan ombak yang besar selain cabaran kekurangan bekalan makanan dan
kerosakan kapal. Beliau tetap meneruskan pelayaran dan melarang anak kapalnya berpatah
balik. Hal ini jelas menunjukkan sifat dan semangat yang tinggi dan berani yang dimiliki oleh
masyarakat Portugal

8. Semangat Keterbukaan

Masyarakat Portugal juga memiliki semangat terbuka dan menjalin hubungan dengan
masyarakat luar. Sehingga berlaku pemindahan idea dan teknologi baru dari luar. Masyarakat
Portugal turut mempelajari bahasa, budaya dan teknologi oleh orang Arab dan Cina. Contohnya
meniru penggunaan astrolabe daripada orang arab dan mempelajari teknologi membuat
kompas daripada orang Cina. Jelaslah bahawa sifat keterbukaan ini mendorong perkembangan
masyarakat maritime di Portugal.

Kesimpulan

Masyarakat Portugal berjaya membina sebuah empayar perdagangan serta menguasai jalan
perdagangan di Lautan Hindi selama lebih daripada satu kurun. Masyarakat Portugal berjaya
menjadi perintis dan meluaskan kekuasaan kerana tidak perlu bersaing dengan pihak lain di
Eropah pada masa tersebut. Pusat perdagangan hanya didirikan di kawasan pantai sahaja
bukannya kawasan pedalaman.
2. Bincangkan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja di Negara China dari abad ke-16
hingga abad ke 20.
(20 markah)

. PENDAHULUAN
1. Menjelang abad ke-16 hingga 20, sistem pemerintahan monarki amat kukuh di negara China.
Dalam sistem pemerintahan monarki, maharaja sebagai ketua negara dibantu oleh golongan
pembesar.
2. Golongan pembesar memainkan peranan penting dalam sistem pentadbiran monarki di negara
China. Mereka berperanan sebagai tulang belakang kepada maharaja bagi mempertahankan
kedudukannya.
3. Pembesar memiliki kuasa autonomi dalam menjalankan pentadbiran di peringkat wilayah.
Peranan pembesar di negara China dapat dikesan dalam aspek seperti berikut; Pentadbiran,
perundangan, kehakiman, ketenteraan, ekonomi dan agama.
(mana- mana yang berkaitan)

B. ISI
1. Pentadbiran
i. Pembesar membantu maharaja dalam menjalankan pentadbiran di peringkat pusat dan wilayah.
Mereka membantu maharaja dalam perlantikan, pemecatan dan kenaikan pangkat kakitangan
kerajaan.
ii. Mereka memegang jawatan penting dalam jabatan-jabatan kerajaan di peringkat pusat dan
wilayah. Pembesar dilantik oleh maharaja sebagai gabenor untuk mengetuai pentadbiran di
peringkat provinsi. Selain itu, mereka dilantik sebagai majistret daerah untuk menerajui
pentadbiran di peringkat daerah.
iii. Tuntasnya, pembesar merupakan tulang belakang maharaja dalam menguruskan hal ehwal
pentadbiran negara.

2. Perundangan
i. Pembesar memainkan peranan dalam menguatkuasakan arahan dan titah perintah maharaja.
Mereka turut membantu maharaja menggubal undang-undang dan menetapkan dasar
negara.
ii. Selain itu, mereka membantu maharaja menyediakan draf undang-undang edit dan warkah
diraja.
iii. Justeru, pembesar memainkan peranan membantu maharaja menegakkan undang-undang
serta memelihara keamanan dalam negara.
3. Kehakiman
i. Pembesar-pembesar di negara China memainkan peranan dalam menguruskan hal' ehwal
kehakiman.
ii. Mereka mempunyai kuasa membicarakan kes-kes di peringkat pusat dan wilayah.
iii. Mereka menganggotai lembaga keadilan yang ditubuhkan untuk mengendalikan
hal ehwal kehakiman.
iv. Antara tugas lembaga keadilan ialah menjatuhkan hukuman, memberi
pengampunan dan membicarakan kes-kes rayuan.
v. Terdapat pembesar yang dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman yang
menguruskan kehakiman di provinsi.
vi. Pembesar membantu maharaja dalam menguruskan hal ehwal kehakiman bagi
memelihara kesejahteraan rakyat.
4. Ketenteraan
i. Pembesar memainkan peranan dalam hal ehwal ketenteraan di peringkat pusat
dan wilayah.
ii. Pembesar pusat dilantik sebagai anggota lembaga peperangan yang menguruskan
pelantikan dan pemecatan pegawai tentera.
iii. Pembesar-pembesar wilayah dilantik sebagai komander tentera.
iv. Mereka berperanan memulihkan keamanan dan kestabilan politik di wilayah
masing-masing.
v. Pembesar juga menyediakan bantuan ketenteraan kepada maharaja.
vi. Pembesar bertanggungjawab dalam mempertahankan negara daripada ancaman
dari luar dan dalam negara.
5. Ekonomi
i. Pembesar-pembesar memberi nasihat kepada maharaja dalam aspek kewangan
dan percukaian.
ii. Mereka berperanan mengutip cukai daripada penduduk tempatan dan
menguruskan pendaftaran tanah.
iii. Mereka menyerahkan sebahagian daripada hasil kutipan cukai kepada maharaja.
iv. Pembesar dilantik untuk menguruskan hal ehwal kewangan di peringkat provinsi
dan daerah.
v. Pembesar berperanan membantu maharaja dalam melicinkan pengurusan
ekonomi serta mengukuhkan kedudukan ekonomi negara.
6. Agama
i. Pembesar memainkan peranan dalam bidang keagamaan di peringkat pusat dan wilayah.
ii. Mereka mengetuai upacara-upacara ritual dan kerohanian yang diaiakan di peringkat pusat
dan wilayah.
iii. Pembesar-pembesar pusat mengetuai Lembaga Upacara yang mengendalikarupacara diraja
dan upacara korban.
iv. Pembesar membantu maharaja mengukuhkan kedudukannya melalui upacara ritual dan
keagamaan.
C. KESIMPULAN
i. Pembesar-pembesar memainkan peranan membantu maharaja menjalankan pemdbir, negara.
Mereka mempunyai kedudukan yang istimewa dalam sistem pemerintahan monarki di negara
China.
ii. Maharaja mengukuhkan kedudukan dengan mengawal pembesar-pembesar di wilayah. Pada
zaman Ching, wujud persaingan dalam kalangan pembesar untuk menguasai kerajaan pusat.
Persaingan ini menjejaskan kestabilan politik dan meletakkan asas bagi keruntuhan kerajaan
Manchu.
3. Huraikan faktor-faktor perkembangan perdagangan dan perniagaan di Belanda menjelang
abad ke-16 hingga Abad ke-18 Masihi.

(20 markah)

Pendahuluan

Perdagangan dan perniagaan merupakan kegiatan ekonomi yang penting di Belanda pada abad
ke-16 hingga 18 masihi. Kegiatan perdagangan dan perniagaan di Belanda terdiri daripada
perdagangan dalam negara, perdagangan luar negara, dan perdagangan maritim. Perdagangan
dalam negara melibatkan wilayah, provinsi, dan bandar-bandar di Belanda. Pada masa yang
sama, Belanda turut menjalin hubungan perdagangan dengan negara-negara lain di benua
Eropah seperti England, Jerman, Perancis, Sepanyol, Norway, Rusia, dan Itali. Menjelang abad
ke-18, perkembangan perdagangan dan perniagaan telah menyebabkan Belanda berjaya
memonopoli perdagangan rempah di bawah kawalan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC).
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan dan perniagaan di
Belanda menjelang abad ke-16 hingga 18 Masihi.

Kedudukan yang strategik

Kegiatan perdagangan berkembang kerana kedudukan strategik Belanda dipertengahan laluan


perdagangan. Dari segi geografi, Belanda terletak di tengah-tengah laluan perdagangan yang
menghubungkan bahagian Timur Laut dan Barat Daya Eropah. Keadaan ini menyebabkan
Belanda menjadi pusat pengedaran barang dagangan di Eropah. Belanda juga memiliki industri
pembinaan kapal. Kapal-kapal ini membawa barang keperluan negara-negara Eropah.
Contohnya, gandum dan barli dari Poland dan Timur Prusia. Ia juga mengangkut hampir
keseluruhan pengeluaran logam besi dari Sweeden. Kedudukan yang strategik ini telah
membolehkan Belanda memainkan peranan penting sebagai pusat pengedaran barang
dagangan di Eropah. Hal ini menyebabkan berlakunya kepesatan perdagangan dan perniagaan
di Belanda.

Kekurangan sumber alam

Antara faktor yang mendorong perkembangan perdagangan adalah kekurangan sumber alam.
Kekurangan sumber alam menyebabkan Belanda tidak dapat mengeluarkan barang keperluan
yang mencukupi kecuali produk hasil tenusu. Belanda terpaksa mengimport barang keperluan
penduduknya dari negara lain. Keadaan ini menyebabkan berlakunya peningkatan dalam
aktiviti perdagangan dan perniagaan Belanda. Kekurangan sumber alam juga menyebabkan
kemunculan industri-industri pembuatan. Industri-industri ini menghasilkan produk daripada
barang yang diimport seperti tekstil dan kertas dan kemudiannya dieksport. Bahan mentah bagi
industri kain di Belanda di import dari England. Kain biasanya diproses dan dicelup dengan
pewarna sebelum di eksport semula ke negara lain. Kekurangan sumber alam ini secara tidak
langsung menyebabkan Belanda terlibat dalam aktiviti perdagangan import bagi memenuhi
keperluan negara. Kemunculan industri pembuatan pula merancakkan lagi aktiviti perdagangan
dan perniagaan di Belanda pada abad ke-16 hingga ke-18 Masihi.

Kemudahan kewangan / sistem perbankan

Banyak institusi perbankan ditubuhkan di Belanda pada abad ke-17 masihi. Institusi ini
menyediakan kemudahan pinjaman dan modal kepada peniaga. Pada tahun 1609, sebuah
institusi pertukaran wang dikenali sebagai Wisselbank telah ditubuhkan di Amsterdam. Bank
ini mengambil alih tugas dan peranan yang dimainkan oleh pengurup wang. Penubuhan bank
ini juga dapat mengelakkan kekeliruan akibat penggunaan mata wang yang berbeza. Di
samping itu, bank ini juga berperanan menyelaraskan peminjaman wang dan memperkenalkan
sistem pembayaran menerusi cek. Jelaslah, penubuhan institusi perbankan meningkatkan
kegiatan perdagangan kerana dapat menyediakan modal dengan mengenakan kadar faedah
yang rendah. Kemunculan institusi bank ini turut menyebabkan kegiatan perdagangan dapat
dijalankan dengan sistematik dan teratur. Keadaan ini turut meningkatkan keupayaan
pelaburan Belanda dalam perdagangan antarabangsa.

Insurans Maritim

Pengenalan insurans maritim mendorong perkembangan perdagangan di negara Belanda.


Insurans ini diperkenalkan bagi pedagang-pedagang yang terlibat dalam perdagangan
menggunakan laluan laut. Insurans ini diperkenalkan sejak pertengahan abad ke-16 M sebagai
langkah menanggung risiko yang dihadapi oleh pedagang semasa barang-barang diangkut
menggunakan jalan laut. Premium bagi insurans berbeza dari semasa ke semasa berdasarkan
harga belian barang yang diangkut. Kadar premium insurans yang diperkenalkan pada tahun
1650 adalah antara 5% hingga 11% daripada harga barangan. Pengenalan insurans maritim ini
turut membantu perkembangan perdagangan dan perniagaan Belanda. Hal ini kerana dengan
adanya skim perlindungan insurans ini maka golongan pedagang lebih berani mengambil risiko
menjalankan perdagangan import dan eksport barangan melalui jalan laut. Tambahan pula,
abad ke-16 hingga ke-18 Masihi menunjukkan bahawa jalan laut adalah merupakan jalan utama
yag digunakan bagi kegiatan perdagangan import dan eksport di seluruh dunia.

Kemunculan syarikat dagang

Perkembangan perdagangan maritim menyebabkan muncul syarikat-syarikat dagang. Pada


tahun 1594, sekumpulan pedagang dari Amsterdam telah menubuhkan Society of Distant
Lands. Persatuan ini menyediakan dana bagi membantu pedagang-pedagang dan membiayai
kos pembinaan kapal-kapal dagang. Hal ini turut mempengaruhi kemunculan lebih banyak
syarikat yang ditubuhkan bagi membiayai kegiatan penjelajahan dan penerokaan ke timur.
Pada 20 Mac 1602, Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) ditubuhkan. Syarikat ini diberi hak
monopoli untuk menjalankan aktiviti perdagangan dan penjajahan di Asia. Syarikat ini muncul
sebagai syarikat perdagangan yang terbesar di dunia. Komoditi utama syarikat ini ialah teh,
kopi, dan rempah ratus. Pedagang Belanda membuat perjanjian dengan pemerintah tempatan
untuk mendapatkan konsesi perdagangan. Syarikat ini berjaya mengawal monopoli
perdagangan rempah di Timur. Penubuhan Syarikat Hindia Timur Belanda mewujudkan
kewangan korporat yang sistematik, menjamin kekayaan dan melahirkan pedagang yang bijak
memaksimumkan keuntungan.

Isi tambahan

Kemunculan industri pembuatan


Mata wang
Sistem ukuran dan timbangan

Kesimpulannya, terdapat beberapa faktor yang merangsang pertumbuhan pesat kegiatan


perdagangan di Belanda pada abad ke-16 hingga 18 M. Selain kedudukan strategik,
perkembangan perdagangan dan perniagaan juga disebabkan oleh kemudahan perbankan,
pengenalan insurans maritime dan kemunculan syarikat dagang. Perkembangan pesat kegiatan
perdagangan menyebabkan Belanda muncul sebagai pusat perdagangan penting di Eropah pada
abad ke-16 hingga 18 M.
4. Huraikan Perkembangan Sistem Pendidikan Di Perancis pada Abad ke 18 hinggaAbad ke
19 Masihi.

(20 Markah)

Pendahuluan

- Perkembangan sistem pendidikan awam di Perancis dapat dikesan sejak kebangkitan Revolusi
1789.

- Pemimpin-pemimpin Revolusi yang dipengaruhi oleh idea demokrasi percaya pendidikan


awam penting untuk menentukan kelangsungan pemerintahan republik.

ISI_ISI

1. Dasar Pendidikan

-Dasar pendidikan di Perancis pada Abad ke 18 dan Abad ke 19 telah mengalami perubahan
dan perkembangan mengikut idealogi golongan pemerintah.

-Pada akhir abad ke 18,timbul kesedaran untuk mewujudkan sistem pendidikan popular dalam
kalangan pemimpin.

-Kesedaran ini lahir ekoran daripada perkembangan idea demokrasi dalam kalangan
masyarakat.

-Walau bagaimanapun idea ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya apabila tampuk
pemerintahan negara dikuasai oleh Nopoleon.

-Nopoleon telah memperkenalkan sistem pendidikan yang seragam dan menyeluruh di


Perancis.

-Beliau berjaya menyatukan institusipendidikan di bawah satu badan induk yang dikenali
sebagai Universiti Perancis.

-Walau bagaimanapun,sistem pendidikan tersebut tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana


Nopoleon memberi keutamaan kepada dasar peluasaan kuasa.

-Selepas zaman Napoleon, perubahan telah dilakukan oleh pemerintah terhadap dasar
pendidikan popular.

Kerajaan reaksioner yang memerintah Perancis memberi penekanan kepada pendidikan


berteraskan teologi dan moral.

-Sehubungan dengan ini, sistem pendidikan di Perancis telah diletakkan di bawah penguasaan
golongan gereja.
-Beberapa langkah diambil untuk memantapkan sistem pendidikan popular di
Perancis.Antaranya ialah:

. sekolah -sekolah didirikan di setiap daerah.

. bangunan sekolah didirakan di seluruh negara.

. kaedah pengajaran dan pembelajaran saintifik diperkenalkan

. sekolah latihan penguruan dibutuhkan .

-Menjelang pertengahan abad ke-19,langkah-langkah untuk memantapkan sistem pendidikan


dilakukan oleh kerajaan Republik Kedua .

-sebuah Majils Akademi ditubuhkan di setiap daerah .

-selain itu ,sebuah majlis tempatan ditubuhkan di peringkat bandar untuk mengawasi sekolah-
sekolah kerajaan dan swasta.

Majlis tempatan yang ditubuhkan di bandar-bandar diterajui oleh Datuk Bandar.

Institusi Pendidikan

-Simtem pendidikan yang diamalkan di Perancis sehingga kini berasaskan kepada sistem yang
diperkenalkan oleh Napoleon.

-Menjelang tahun 1806, Napoleon berjaya menyatukan pendidikan di bawah sebuah badan
induk yang dikenali sebagai Universiti Perancis.

- Pentadbiran universiti tersebut diterajui oelh seorang grand master dan dibantu oelh sebuah
majlis yang dikenali sebagai Majlis Universiti.

- Terdapat tiga cabang utama Universiti Perancis, iaitu pendidikan rendah, pendidikan
menengah, dan pendidikan tinggi.

-Peranan dan perkembangan institusi-institusi pendidikan Perancis adalah seperti berikut:

Pendidikan Rendah

-Pendidikan rendah di Perancis dikendalikan oleh sekolah-sekolah rendah.

-Peraturan berhubung dengan penubuhan dan pengurusan sekolah-sekolah rendah terkandung


dalam undang-undang 1795.

-Antara perkara yang terkandung dalam undang-undang 1795, adalah seperti berikut :
(a) Setiap komuniti dikehendaki menyediakan bangunan dan kemudahan fizikal untuk
pendidikan rendah

(b) Selain bangunan sekolah, rumah guru disediakan oleh komuniti

(c) Guru-guru bertanggungjawab kepada pihak berkuasa tempatan

(d) Sekolah-sekolah diselia oleh ketua-ketua jabatan

(e) Gaji guru-guru diperoleh daripada yuran yang dikutip daripada pelajar

-Dalam pada itu, kerajaan tidak memberikan sebarang bantuan dan dana kepada sekolah-
sekolah rendah.

-Kebanyakan sekolah-sekolah rendah di Perancis dikendalikan oleh guru-guru dan puhak


gereja.

Pendidikan sekolah rendahdimantapkan berasaskan Undang-undang 1833.

-Undang-undang digubal berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh Victor Cousin (1792-
1867).

-Undang - undang ini menekankan kepentingan sekolah rendah dan menetapkan peraturan -
peraturan berikut :

(a) Mewajibkan setiap komuniti menguruskan pentadbiran sekolah rendah.

(b) Mendirikan sekolah rendah tinggi di bandar-bandar

(c) Mendirikan sekolah normal untuk memberi latihan kepada guru-guru sekolah rendah

(d) Mewujudkan satu pasukan pegawai pemeriksan sekolah-sekolah rendah

(e) Mewajidkanguru-guru memperolehi sijil latihan perguruan untuk mengajar di sekolah-


sekolah rendah.

Pendidikan Menengah

-Institusi pendidikan menengah di Perancis terdiri daripada Lyceum dan Kolej Awam

-Sekolah-sekolah menengah tersebut ditubuhkan berdasrkan Undang- Undang 1802.

Sekolah menengah ini menggandtikansekolah tinggi pusat yang ditubhkan pada tahun 1795.
Lyceum

-Kerajaan menyediakan kemudahan seperti bangunan sekolah.

-Peralatan mengajar dan perabot disediakan oleh Majlis Perbandaran.

-Dana untuk pengurusan sekolah diperoleh daripada kutipan yuran pelajar

-Pentadbiran Lyceum diterajui oleh seorang ketua pentadbir dan dibantu oleh penyelia
pengajian.

-Mata pelajaran yang diajar ialah bahasa-bahasa kuno,Retorik,Logik,Etika,Matematik,Lukisan


dan Sains.

KOLEJ AWAM

-Kolej-kolej awam ditubuhkan oleh Majlis Perbandaran

-Sekolah ini menekankan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Latin,Bahasa


Perancis,Sejarah,Geografi dan Matemik.

-Sekolah-sekolah menengah akan diselia oleh tiga orang pesuruhjaya sekolah menengah.

SEKOLAH TINGGI

-Undang-undang 1802 memperuntukkan penubuhan sekolah-sekolah tinggi atau sekolah-


sekolah khusus

-Pada Tahun 1804,sekolah Teologiyang menekankan pengajian agama katolik diwujudkan.

SEKOLAH TEKNIK

-Di samping itu,sekolah-sekolah teknik juga ditubuhkan di Perancis.

-Antara sekolah teknik yang ditubuhkan adalah seperti berikut:

A) Politeknik Paris

B) Sekolah tinggi pengajian perniagaan

C) Konservatori kebangsaan bagi saster dan perdagangan


UNIVERSITI

-Pada tahun 1808, Napoleon telah mengeluarkan undang-undang Imperial yang memberikan
kuasa kepada kerajaan untuk menubuhkan sebuah universiti.

-Universiti yang ditubuhkan oleh Napoleon dikenali sebagai Universiti Perancis

-Penubuhan universiti ini merupakan sumbangan Napaleon.

LATIHAN PERGURUAN

-Menjelang 1808 Napaleon menubuhkan sebuah sekolah yang dikenali sebagai Superior
Normal School untuk melatih pelajar-pelajar lepasan lyceum dalam bidang perguruan.

-Pelajar menerima latihan perguruan selama 2 Tahun

KESIMPULAN

Perubahan yang dilakukan oleh pemerintah telah menyebabkan munculnya sistem pendidikan
kebangsaan di Perancis.Ekoran daripada perubahan ini,sistem pendidikan negara Perancis
dapat dibebaskan sepenuhnya daripada kongkongan gereja.Dengan perubahan ini,kerajaan
menguasai sistem pendidikan yang menyeluruh bagi memenuhi kehendak dan aspirasi negara
Perancis.
Soalan 5: Bincangkan sebab-sebab meletusnya perang dunia pertama pada 1914-1918 di
Eropah

(20 markah)

Pendahuluan.

-Perang Dunia Pertama ataupun The Great War tercetus antara tahun 1914-1918.Perang ini
berlaku diantara negara-negara di Eropah.

- Perang dunia pertama berlangsung antara tahun 1914-1918 dan hanya berlaku dalam
kalangan Negara-negara eropah. Perang dunia pertama melibabkan dua pihak iaitu triple
alliance (perikatan tiga kuasa) dan triple entente (pakatan tiga kuasa)

- Negara-negara di asia dan afrika turut dilibatkan apabila wilayah di kudua-dua benua tersebut
menjadi rebutan Negara-negara eropah untuk dijadikan tanah jajahan. Akhirnya triple entente
dibawah pimpinan Rusia Berjaya menewaskan triple alliance yang diketuai Jerman.

Isi-isi penting

1. Kegagalan sistem pakatan

- Salah satu puncanya ialah kegagalan sistem pakatan berfungsi untuk mewujudkan
keseimbangan kuasa dalam kalangan Negara-negara eropah. Sistem ini wujud selepas
prusia(Jerman) mengalahkan perancis pada tahun 1870 yang menyebabkan eropah terbahagi
kepada dua blok iaitu triple alliance dan triple entente. Britain hanya memberi sokongan kepada
sekutunya. Pada bulan ogos 1914 setelah Jerman menyerang Belgium. Belgium ialah Negara
berkecuali yang di jamin oleh Negara-negara eropah.

- Sistem pakatan kuasa tidak lagi sesuai pada abab ke 20 di sebabkan persaingan Negara-negara
eropah untuk mendapatkan pengaruh dirantau Balkan setelah runtuhnya empayar turki,
uthmaniyah, dan kebimbangan Britain terhadap pembesar tentera laut Jerman. Pergolakan yang
berlaku antara tahun 1911-1914 di Negara-negara Balkan yang bebas daripada penguasaan
turki jelas menonjolkan kegagalan sistem pakatan sebagai satu cara mengawal Negara-negara
berdaulat dalam hubungan antarabangsa.

- Selepas tahun 1908, Negara seperti Serbia yang disokong rusia bagitu bebas bertindak dengan
menggunakan tentera sehingga sistem pakatan tidak dapat mengawal Negara-negara yang
melanggar peraturan yang dipersetujui.

2. Imperialisme ekonomi

- Pada penghujung abab ke 19, Negara-negara eropah seperti Jerman, Britain, perancis, dan
itali percaya untuk menjadi kuasa besar, sebuah Negara perlu mempunyai tanah jajahan.
Keadaan ini menyebabkan Negara-negara tersebut bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan.
Pada tahun 1980-an, Jerman memulakan tindakan dengan merampas tanah jajahan di afrika
daripada Negara-negara yang dianggap lemah seperti Portugal dan perancis. Itali pula cuba
untuk mendapatkan bekas tanah jajahan tukri uthmaniyah dengan menakluki cyrenaika dan
Tripoli dan menjadikan tanah jajahan baru yang dikenali Libya

- Apabila Jerman membesarkan angkatan lautnya, Britain merasa bimbang kerana tanah
jajahan diseberang laut merupakan tonggak kemakmuran Negara. Oleh itu Britain memerlukan
angkatan laut yang kuat bagi melindungi empayarnya dan perjalanan perdagangan
antarabangsa yang cukup menguntungkannya. Jerman dilihat mempunyai kekuatan ekonomi
melebihi jirannya, iaitu Britain dan perancis. Pada tahun 1865, Britain mengeluarkan besi
melebihi Jerman. Bagaimanapun, pada tahun 1900, jika digabungkan keluaran Britain dan
perancis, tidak mampu untun menandingi keluaran besi di Jerman.

- Pedagang British sering melihat pedagang Jerman menjual barangan yang murah daripada
pedagang yang lain di pasaran antarabangsa, mereka juga melihat pegawai-pegawai Jerman
terlibat dalam persaingan merebut wilayah dibeberapa kawasan di afrika, timur tengah, dan
asia timur.

3. Perlumbaan senjata dan mobilisasi ketenteraan

- Perlumbaan senjata berlaku terutamanya antara Jerman, Britain, dan perancis. Disatu pihak,
perlumbaan senjata ini menguntungkan syarikat pengeluaran senjata seperti syarikat krupp di
Jerman dan Coventry ordnance work di Britain. Tahun 1906, Britain Berjaya menghasilkan
HMS dreadnought, sebuah kapal perang yang canggih dan terhebat di dunia ketika itu serta
berkuasa tinggi yang berupaya menguasai lautan. Tindakan tersebut bertujuan menyaingi
angkatan tentera Jerman yang dianggap menyaingi kekuatan tentera Britain. Pembinanan kapal
perang dan persaingan dalam bidang ketenteraan menelan belanja yang besar.

- Golongan tentera semakin berpengaruh dalam bidang politik dan pentadbiran disebauh
Negara. Nilai-nilal ketenteraan diterima oleh sebahagian besar rakyat Jerman sebagai satu
perkara biasa dalam kehidupan seharian. Justeru, pengistiharan perang yang di buat kerajaan
pada tahun 1914 mendapat sokongan daripada rakyat. Penigkatan bilangan angkatan tentera
yang ketara, selepas tahun 1900 di rusiamenigkatkan bilangan tentera hingga mencecah 1.3juta
orang dan di Jerman dan perancis masing-masing mempunyai jumlah tentera seramai 900 000
orang menyebabkan perang tidak dapat di elakkan.

4. Idea dan pendidikan.

- Seorang pemikir Jerman, Frendrich Nietzsche dalam tulisannya menyelar nilai-nilai


masyaratkat borjois eropah. Bagi pengikutnya, friendrich menawarkan pembebasan diri
daripada nilai liberal dan rasional yang di anggap mengongkong generasi baharu pada awal
abab ke 20. Idea nya apa popular dalam kalangan intelek muda di Jerman, rusia dan Serbia.
Sistem pendidikan yang dilaksanakan dibeberapa nagara eropah turut meniup semangan
patriotic yang akhirnya menyemai bibit-bibit kearah peperangan. Kurikulum pendidikan di
Jerman memberi penekanan terhadap bahasa Jerman kerana para pemimpinnya berpendapat
hanya melalui bahasa sikap mencintai Negara dapat diwujudkan dalam kalangan generasi
muda.
- Disamping itu, persatuan belia di Jerman diasuh supaya mengagungkan peperangan dan ciri-
ciri keperwiraan dengan setiap anggota di beritahu bahawa mati dimedah pentempuran lebih
baik daripda mati di atas katil. Malahan rakyat Jerman dianggap mulia disisi masyarakat jika
nama-nama mereka yang terkorban dipahat di tugu peringatan.

- Di Perancis, pendidikan sejarah yang dilaksanakan pada tahun 1912 mengingatkan rakyatnya
tentang kemungkinan berlakunya perang. Secara tersirat kerajaan meminta rakyatnya membuat
persiapan yang sewajarnya. Setiap pelajar di beritahu kewajiban mempertahankan Negara
perancis yang paling cantik dan makmur di dunia. Pelajar yang di beritahu sejak abab ke18
lagi, perancis telah menyumbang kepada dunia idea-idea tentang keadilan dan kemanusiaan
serta menyebut perancis merupakan Negara paling adil di dunia.

5. Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand

- Peristiwa pembunuhan beliau dan isterinya di sarajeva pada 28 jun 1914 menjadi sebab serta
merta seluruh eropah terjerumus dalm perang dunia pertama. Dengan tidak menghiraukan
amaran anti – Austria oleh golongan nasionalis bosnia berketurunan serb, bakal raja Austria
dan isterinya mengunjungi bosni. Mereka di tembak oleh seorang pemuda Serbia yang
merupakan ahi kongsi gelap black hand. Kerajaan Austria mengambil kesempatan daripada
peristiwa ini untuk menghapuskan kedaulatan serbia. Kerajaan Austria menganggap Serbia
sudah lama menghsut rakyat Austria yang berbangsa serb supaya berusaha membebaskan diri
daripada pemerintahan Austria. Tindakan Austria mendapat sokongan Jerman.

- Melihat keadaan tersebut, rusia yang merupakan sekuti Serbia memberi amaran kepada
Austria dan bersiap sedia menyerang Austria. Kerajaan Jerman bimbang dengan
perkembangan tersebut dan meminta rusia menghentikan persiapanya. Rusia pula enggan
menurut saranan Jerman itu menyebabkan Jerman mengistiharkan perang terhadap rusia dan
sekuti-sekutunya.

Penutup

- Bermula pada awal abab ke 20 hingga pertengahan abab ke 20, dunia menyaksiakan
kerakusan pemimpin-pemimpin Negara tertentu bertindak menguasai antara satu sama lain.
Perang dunia pertama membawa Jerman, rusia, Austria-hungary, perancis, Britain dan lain-lain
terlibat dengan perebuatn kuasa politik dan kancah peperangan yang membawa bukan sedikit
kerugian kepada Negara-negara terlibat.

- Keadaan politik yang berlaku di eropah pada awal abab ke 20 tidak mengizinkan masyarakat
hidup aman dan harmoni. Persaingan antara kuasa-kuasa barat dan masalah ekonomi
menyumbang kepada perang dunia pertama.
Soalan 6: PBB berjaya membawa keamanan dunia selepas Perang Dunia Kedua. Bincangkan.

(20 Markah)

Pengenalan

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan pada bulan Oktober 1945.

Matlamat utama penubuhan PBB adalah untuk memelihara keamanan dan keselamatan sejagat.

PBB juga memainkan perannan menyelesaikan konflik antarabangsa antara secara aman tanpa
penggunaan kekerasan.

Sejak awalan penubuhan hingga ke hari ini, PBB telah memberikan sumbangan yang amat
besar dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia.

Isi-isi penting

1.Kemerdekaan wilayah jajahan

PBB memainkan peranan menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan.

Pada tahun 1960, PBB memluluskan perisytiharan kemerdekaan kepada wilayah dan penduduk
negara yang dijajah.

2.Masalah pelarian

PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah pelarian.

Bagi menangani masalah ini, PBB mengadakan rundingan diplomatik bagi menempatkan
pelarian di negara-negara tertentu.

3.Dasar Apartied

PBB menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah Aparteid.

Pada tahun 1963, Perhimpunan Agung PBB meluluskan Perisytiharaan Pmbasmian Segala
Bentuk Diskriminasi Ras.

4.Hak asasi sejagat

Pada tahun 1948, PBB menggubal Perisytiharan Hak Asasi Sejagat.

Perjanjian berhubung dengan hak asasi sejagat diluluskan oleh PBB pada tahun 1966.

Peerjanjian Antarabangsa tentang Hak Ekonomi,Sosial, dan Kebudayaan.


5.Menangani konflik antarabangsa

PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik secara aman.

Pada tahun 1956, Majlis Keselamatan berjaya menyelesaikan krisis Terusan Suez.

PBB juga menghantar pasukan pendamai ke Congo pada tahun 1960 untuk memulihkan
keamanan di negara tersebut.

6.Membantu negara mangsa perang

PBB memberi bantuan kepada negara-negara yang menjadi mangsa perang "Program Bantuan
dan Pembangunan Semula PBB".

Dalam konteks ini, PBB memberi khidmat kebajikan bagi memastikan kualiti kehidupan rakyat
di negara tersebut terpelihara.

7.Membangunkan negara-negara mundur

PBB menyediakan pinjaman untuk pembangunan negara-negara mundur.

International Develpoment Association (IDA) ditubuhkan untuk membiayai projek yang


memberi sumbangan kepada kemajuan wilayah.

Menyelesaikan perebutan pulau

PBB berusaha menangani masalah perebutan pulau agar ketegangan antara negara dapat
dikurangkan.

Bagi menyelesaikan masalah perebutan pulau, PBB melaksanakan Undang-undang Laut pada
tahun 1994.

8.Mengatasi perlumbaan senjata

PBB mengambil langkah menyekat penggunaan senjata nuklear dan senjata kimia yang
meninggalkan kesan buruk terhadap mangsa perang.

Sebagai contoh, PBB mempengaruhi Soviet Union dan Amerika Syarikat mengundurkan
peluru berpandu dalam krisis di Cuba.

Kejayaan yang dicapai oleh PBB adalah:

A) Mempengaruhi Soviet Union dan amerika Syarikat mengundurkan peluru berpandu


masing-masing dalam krisis di Cuba;
B) Mempengaruhi pihak-pihak yang terlibat dalam peperangan Iran-Iraq untuk mencapai
genjatan senjata;

C) Mengenakan sekatan ekonomi dan menghentikan bantuan kewangan kepada Pakistan


kerana menjalankan ujian bom nuklear semasa persengketaan antara India dan Pakistan untuk
merebut wilayah Kashmir.

Kesimpulan

PBB berjaya mempertahankan keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia dengan


berkesan.

PBB juga mengambil langkah-langkah bagi menangani konflikyang melibatkan negara-negara


anggota.

You might also like