You are on page 1of 4

PENILAIAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Istilah pengujian,pengukuran,penilaian dan penaksiran kerapkali


digunakan dalam penulisan pendidikan. Di sini,kita akan cuba mencari garis
pemisah yang boleh digunakan untuk membezakan antara pengujian,
pengukuran, penilaian dan penaksiran.

UJIAN
Ujian adalah satu konsep yang kerap digunakan oleh guru pada setiap
bulan. Guru dikehendaki menyediakan ujian bulanan,ujian semester dan
percubaan UPSR,PM~SPM,STPM dan ST AM di setiap tahun. Ujian ialah satu siri
tugasan yang digunakan untuk mendapatkan satu pemerhatian (matlamat) yang
sistematik di mana tugasan itu diandaikan representif (wakilan) bagi trait
pendidikan atau atribut (sax,1989) yang dikehendaki.

PENGUKURAN
Pengukuran merupakan umpukkan atau pemberian angka-angka atau
nombor kepada sesuatu objek atau perkara mengikut satu set peraturan yang
telah ditetapkan. Pengukuran boleh berbentuk ujian,skala atau senarai semak.

PENILAIAN
Penilaian merupakan satu pertimbangan atau pembuatan keputusan
tentang merit atau nilai sesuatu perkara atau benda Menurut Gay (1985),
penilaian adalah satu proses yang sistematik dalam pengumpulan dan analisis
data untuk menentukan sama ada sesuatu objektif itu telah tercapai yang
membolehkan sesuatu pertimbangan atau keputusan dibuat.
Oleh itu jika dibandingkan, pengukuran melibatkan pemberian nombor
atau peringkat maklumat yang diperlukan. Pengukuran lebih kepada kuantitatif,
manakala penilaian boleh menggunakan maklumat kualitatif yang mengandungi
penyataan deskreptif untuk menghuraikan dengan lebih lanjut, jelas atau
membuat analisis terhadap sesuatu isu. Seandainya sesuatu objektif itu telah
tercapai, maka perlu juga diketahui tahap pencapaian objektif berkenaan.Ini
bermakna setakat mana pencapaian objektif itu boleh diterima. Keadaan ini akan
memudahkan lagi seseorang guru untuk membuat keputusan. Oleh itu dalam
proses penilaian komponen pentingnya ialah untuk membuat keputusan.

Di samping itu, penilaian juga bertujuan menentukan status sesuatu objek


yang dinilai itu dengan membanding status berkenaan dengan satu set standard
atau kriteria untuk dibuat keputusan. Pada umumnya, proses membuat penilaian
adalah seperti berikut:
i) Menentukan jenis data yang harus dikumpulkan
ii) Menentukan jenis participant (responden/subjek)
iii) Pengumpulan data

iv) Analisis data


v) Interpretasi data
vi) Membuat keputusan

Terdapat beberapa jenis penilaian dalam pendidikan,antaranya ialah penilaian


formatif dan penilaian sumatif. Kedua-dua penilaian ini merupakan penilaian
yang paling popular di kalangan para guru di sekolah.

a) PENILAIAN FORMATIF
Menurut Micheal Scriven (1967), penilaian dijalankan secara berterusan, iaitu
semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan tujuan untuk
memperbaiki atau mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran
dan pembelajaran.Ini dapat menentukan pengajaran dan pembelajaran yang
dibuat itu mencapai objektif yang diharapkan.
Fungsi penilaian formatif kepada guru ialah untuk memastikan guru mendapat
maklum balas dengan kadar yang segera dan pelajar memahami tentang
pengajaran yang sedang berlaku. Keadaan ini membantu guru meneruskan atau
memperbaiki kaedah pengajaran yang sedang dijalankan. Guru akan dapat
maklumat pengajaran beliau melalui perhatian, kuiz, tugasan, kerja rumah dan
ujian yang dibuat di bilik darjah.
b) PENILAIAN SUMATIF
Penilaian sumatif pula adalah satu jenis penilaian yang dibuat di akhir
sesuatu kursus atau program bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang
keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran atau kursus yang
dilaksanakan. Bagi ujian sumatif pula, ia lebih merupakan ujian yang
dikendalikan di akhir sesuatu program atau unit sebelum guru melangkah atau
meneruskan ke unit atau program yang baru. Ia lebih merupakan satu unit yang
lebih besar daripada unit dalam formatif.
Fungsi utama penilaian sumatif ialah menentukan pencapaian di penghujung
sesuatu program pengajaran atau unit pengajaran bagi memastikan keadaan
pengajaran dan pembelajaran kini sedang berlaku. Dalam penilaian sumatif,
maklumat yang didapati mempunyai skop yang lebih luas dari aspek cakupan
kandungan atau kemahiran yang ditaksir tetapi kurang diperincikan.

PENAKSIRAN
Penaksiran merupakan satu istilah yang kini berleluasa digunakan dalam
sistem pendidikan masa kini. Ramai ahli pengukuran menggunakan istilah
penaksiran dan penilaian saling bertukar ganti. Umumnya, penaksiran
melibatkan membuat keputusan berdasarkan kepada sesuatu peraturan atau
piawaian. Penaksiran merupakan sebahagian dari proses pembelajaran.
Mengintegrasi strategi penaksiran yang baru ke dalam kurikulum dan proses
pembelajaran merupakan satu lompatan konsep yang begitu praktikal yang
sedang berlaku. Lantaran itu, penaksiran dan penilaian merupakan satu proses

yang berterusan yang digabungkan ke dalam proses pengajaran dan


pembelajaran.
Penaksiran pada umumnya mempunyai ciri-ciri berikut:
i) Penaksiran merupakan satu proses mengumpul data bertujuan membuat
keputusan tentang individu atau kumpulan.
ii) Ujian merupakan sebahagian dari perkataan.
iii) Apabila penaksiran dibuat ke atas pelajar, guru sebenarnya mengukur
tahap kecekapan untuk menentukan sama ada tahap kecekapan yang
perlu dikuasai pada satu-satu peringkat pengajaran dam pembelajaran
telah dapat diwujudkan.

KONSEP UJIAN

Setiap jenis ujian mempunyai kelebihan dan kelemahannya tersendiri.


Oleh itu adalah bertepatan sekiranya seorang guru dapat menggunakan pelbagai
jenis ujian dalam pembinaan ujian bilik darjah. Dengan ini dapatlah kita ambil
semua kelebihan dan kebaikan yang terdapat bagi setiap jenis ujian. Keadaan ini
mudah dilaksanakan di sekolah,terutamanya dalam ujian bilik darjah. Cara ini
akan dapat mengelakkan daripada bias atau kelemahan yang dikaitkan dengan
sesuatu jenis ujian. Kita gunakan semua bentuk jenis ujian untuk menguji
pencapaian pelajar. Ini akan mengurangkan kebosanan pelajar dalam menjawab
semua bentuk ujian. Kita merancang satu bentuk ujian demi untuk mendapatkan
maklumat yang sahih hasil daripada pelajaran di bilik darjah. Kegagalan pelajar
menjawab soalan atau item yang diberikan merupakan satu signal atau petanda
tentang kualiti pengajaran guru di bilik darjah. Mungkin kaedah yang digunakan
untuk satu kelas tidak sesuai digunakan untuk kelas lain. Kelas lain mungkin
memerlukan pengajaran bentuk yang lain. Oleh itu guru haruslah
mempelbagaikan pendekatan mereka dalam kaedah pengajaran di bilik darjah.
Di sini letaknya peranan skor ujian yang dibuat sebagai panduan terhadap
kejayaan sesuatu kaedah pengajaran yang dijalankan bagi sesuatu kelas.

JENIS UJIAN
Pada amnya ujian terbahagi kepada dua
a) Ujian subjektif
b) Ujian objektif
Pembahagian ujian ini haruslah dilihat dari segi jawapan yang dikehendaki
daripada pelajar dan tidak terhadap soalannya.

a) UJIAN SUBJEKTIF

Bagi ujian yang berbentuk subjektif, pelajar dikehendaki menulis jawapan dan
pemeriksa akan menentukan ketetapan dan kualiti jawapan berdasarkan kepada
tugasan soalan dan peraturan pemarkahan yang disediakan. Contoh soalan
subjektif termasuklah soalan esei, soalan berstruktur dan soalan jawapan
pendek.
b) UJIAN OBJEKTIF
Bagi ujian objektif pula,pelajar mungkin dikehendaki menulis dengan ringkas,
menanda atau memilih jawapan dan pemeriksa pula tidak begitu sukar untuk
memeriksa jawapan pelajar bagi menentukan ketetapan dan kualiti jawapan.
Ujian objektif boleh diperiksa oleh ramai pemeriksa serta boleh memberikan
markah yang sama. Pemeriksa
juga boleh terdiri daripada mereka yang tidak berpengalaman dalam bidang
berkenaan,malahan mesin kerap kali digunakan untuk memeriksa jawapan
pelajar. Contoh soalan objektif termasuklah soalan objektif pelbagai pilihan,
menandakan jawapan, benar - salah dan mengisi tempat kosong.

UJIAN RUJUKAN KRETERlA


Ujian rujukan kriteria (URN) ialah ujian yang mana prestasi pelajar ditentukan
dengan membandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria yang telah
ditetapkan oleh guru. Peringkat pencapaian (kriteria) yang dikehendaki
dinyatakan dalam objektif yang khusus. Contohnya, guru telah menetapkan
seperti pelajar dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya lima hingga tujuh
penilaian. Antara contoh rujukan kriteria ialah ujian kemasukan ke universiti.
UJIAN RUJUKAN NORMA
Ujian rujukan norma (URN) ialah ujian yang mana prestasi pelajar ditentukan
dengan membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar lain
dalam kumpulan sebayanya atau satu kumpulan yang lain. Dalam ujian
ini,markah lulus tidak ditetapkan oleh sebarang prestasi keseluruhan satu-satu
kumpulan. Oleh itu, markah lulus dan taraf pencapaian seorang mungkin
berbeza dari setahun ke satu tahun. Contoh ujian rujukan norma ialah
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM).

You might also like