You are on page 1of 4

MODERATOR: 1

Assalamualaikum w.b.t. Salam ukhuwah dan salam satu Malaysia.,


warga dewan sekalian, pertama-tamanya bersyukur ke hadrat ilahi
kerana dengan limpah dan kurniaNya, dpt lagi kita bertemu pada hari
berbahagia ini dalam gelanggang forum yang membawakan tajuk
Konvensional VS Islam. Bersama saya moderator anda pada tengahari
ini, iaitu Nurul Afini Binti Marzuki. Di kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat tetamu2 jemputan
yang sudi hadir pada hari ini untuk menjayakan majlis ilmu kita.

Hadirin yang dirahmati Allah Sekalian, sebelum kita berkenalan dengan


tetamu-tetamu kita yang cantik manis ini, eloklah kalau saya terangkan
sedikit mengenai topik yg ingin akan kita bincangkan pada hari ini iaitu
Islam VS Konvensional . Buat pengetahuan hadirin sekalian, Islam vs
Konvensional ini merujuk kepada sistem ekonomi yang diamalkan di
negara kita. Negara kita sememangnya menggunakan pelbagai sistem
dalam memantapkan pentadbiran sesuatu organisasi seperti sistem
ekonomi Islam dan Sistem Konvensional. Sebelum kita kupaskan topik
ini dengan lebih lanjut, saya akan memperkenalkan dahulu panel-panel
kita pada hari ini. Di sebelah kanan saya ini ialah saudari Nur Syazwani
Bt Mohd Sabidi. Apa Khabar Saudari? Manakala di sebelah kiri saya
ialah Saudari Azrin Binti Mamat.

Tanpa membuang masa lagi, kita teruskan pada soalan pertama buat
ahli panel kita yang pertama iaitu saudari Syazwani. Baiklah saudari,
boleh saudari ceritakan sedikit mengenai perbandingan mengenai
sistem ekonomi Islam dan konvensional .
MODERATOR 2 :

Baiklah, sungguh hebat nampaknya ulasan yang telah diberikan saudari


syazwani. Bagi merumuskan mengenai perbandingan antara sistem
ekonomi islam dan sistem ekonomi konvensional, saya hendak
berkongsi sedikit dalil daripada al-Quran daripada surah al-Baqarah
Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara
kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu
kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda
orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui. (QS: Al-
baqarah 188

Baiklah, sepertimana yang kita ketahui ekonomi Islam sangat


menitikberatkan aspek sosial, melalui ayat ini, jelaslah bahawa
memakan harta yg haram adalah haram sama sekali. Sebagai contoh,
sesuatu harta yang diperoleh daripada riba iaitu sistem ekonomi
konvensional,

Seterusnya, dalil al-Quran juga daripada surah al Baqarah, ayat 275


Allah telah menjelaskan melalui ayat ini bahawa Allah menghalalkan
sesuatu perniagaan dan mengharamkan jual beli yang dilakukan secara
riba, maka sudah terang lagi bersuluh perbuatan riba itu sendiri adalah
haram. Jika kita lihat orang yg mengamalkan riba, sebenarnya hati
mereka telah ditutup utk memilih perkara yg halal. Orang yg memakan
riba ini telah tidak dpt membezakan yang mana halal dan yang mana
haram dan mereka melakukan sesuatu dengan hanya ingin mengaut
keuntungan semata-mata tanpa mengambil kisah akan perbuatan riba
yang diambil. Baiklah, kita teruskan soalan kepada ahli panel kita yg
kedua. Menurut pandangan Saudari azrin sendiri , apakah kepentingan
mengamalkan sistem ekonomi Islam?
MODERATOR 3:

Terima kasih saya ucapkan buat ahli panel kedua kita. Sungguh
bersemangat dan bernas nampaknya hujah yang telah diberikan
saudari azrin sebentar tadi. Baiklah para hadiri sekalian, cuba kita
andaikan jika bukan kita sebagai umat yang beragama Islam ini yang
mengikut mengamalkan sistem ekonomi Islam, siapa lagi ? kita sebagai
umat Islam, kita hendaklah mengikut apa yang islam ajarkan kepada kita
kerana agama Islam itu sendiri adalah syumul yakni menyeluruh, yang
merangkumi aspek ekonomi, sosial dan sebagainya. Suka saya
membacakan firman Allah dalam surah al baqarah ayat
267........................................

Ayat ini menjelaskan bahawa sesuatu harta itu adalah nikmat kurniaan
Allah swt untuk kita, maka kitalah yang bertanggungjawab untuk
menggunakan dan menginfakkan harta tersebut ke jalan yang benar dan
diredhai ALLah SWt.

Dan mengikut hadis Rasulullah SAW, yg diriwayatkan oleh Abi Hurairah


R.A, apabila amanah telah hilang, maka kehancuran akan datang. Lalu
seorang sahabat bertanya, bagaimana amanah tersebut boleh hilang?
Wahai rasulullah!!! Rasulullah menjawab, apabila sesuatu pekerjaan
dilakukan oleh seorang yang tidak pakar, maka akan hancurlah ia.
Melalui hadis ini, kita sebagai umat islam seharusnya memelihara
amanat yang disampaikan kepada kita itu dengan sebaiknya.
Contohnya, harta yg kita miliki sepatutnya diinfakkan ke jalan yg benar .
kita amnya mengetahui bahawa harta daripada sesuatu sistem
konvensional itu dikaitkan dengan unsur riba. Harta yg diperoleh dripada
amalan riba ini adalah haram dan tidak dapat dinafikan bahawa
kegawatan ekonomi yang berlaku di negara kita ini berpunca daripada
amalan riba yang diamalkan masyarakat kini dalam kehidupan sehari-
hari. Okey, seterusnya, kita fokuskan pada langkah-langkah untuk
mengamalkan sistem ekonomi Islam yg merangkumi istitusi kewangan,
kerajaan dan individu. Soalan ini saya tujukan buat ahli panel kita yang
pertama. Saudari syazwani, apa yg boleh diperkatakan saudari
mengenai langka-langkah supaya masyarakat kini mengamalkan sistem
ekonomi Islam.
MODERATOR 3:

Terima kasih saudari Syazwani. Seterusnya, bagi panel kedua, apakah


langkah bagi institusi kewangan untuk mengamalkan sistem ekonomi
Islam.

....................

Terima kasih saudari. Di sini saya ingin menyelitkan bahawa pihak


kerajaan itu sendiri berperanan penting dalam memupuk masyarakat
agar mengamalkan sistem ekonomi Islam. Antara perkara yang boleh
dilakukan kerajaan adalah seperti mengadakan kempen mahupun iklan
terutama di sekolah, masjid atau sebagainya. Hal ini adalah untuk
memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa sistem ekonomi Islam
adalah oening untuk diamalkan kerana seperi yg kita tahu, sistem
ekonomi Islam ini adalah bersih daripada unsur riba. Dan harta yang
diperoleh melalui sistem ekonomi Islam pastinya menjadi kegunaan
dalam hidup kita sehari-harian. Contohnya, jika kita hendak melabur
sesuatu harta, kita telah laburkan harta tersebut, terhadap makanan
yang kita makan, baju yang kita pakai, dan juga keperluan harian.

Para hadirin sekalian , nampaknya kita sudah berada pada kemuncak


majlis. Oleh itu, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih buat
kedua-dua panel kita yg sudi hadir dan sudi menyuarakan pendapat yg
sangat bernas sebentar tadi. Moga-moga ilmu yg diperoleh pada hari ini
dapatdimanfaatkan oleh kita semua dan bukan hanya masuk telinga
kanan dan keluar telinga kiri ye.

Nampaknya, masa amat mencemburui kita, oleh itu, sebelum


mengakhiri gelanggang forum kita pada hari ini, izinkan saya untuk
berpantun seketika

Tuai padi antara masa

Esok jangan layu layuan

intailah kami antara nampak

esok jangan rindu-rinduan

sesungguhnya apa yang baik itu daripada Allah, dan yg buruk itu datang
dari kehilafan kami sendiri. Wallahuallam, asslamualaikum

You might also like