You are on page 1of 4

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TAHUN 4

TOPIK : SAYANGI DIRI

NAMA: ____________________________________________
KELAS: 4 AMARYLIS
TARIKH : 2 NOVEMBER 2021
KUMPULAN : B

PERUBAHAN FIZIKAL AKIL BALIGH

1. Remaja yang memasuki akil baligh akan mengalami perubahan fizikal yang ketara.
Oleh itu, remaja akil baligh mesti mengetahui perubahan-perubahan fizikal diri yang
bakal dihadapi serta cara-cara menjaga kebersihan diri agar menjauhi diri daripada
penyakit serta menunjukkan imej diri yang bersih.

KESIHATAN DIRI
Perubahan fizikal yang dialami oleh remaja:
Perubahan fizikal remaja lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan dan persamaan.  Pada
peringkat ini, remaja akan mengalami perubahan fizikal seperti ketinggian, berat badan dan
juga perwatakan.    

Sumber : Pendidikan Kesihatan Keluarga, Aspek Fizikal, PPK, KPM.


PERUBAHAN FIZIKAL REMAJA LELAKI
           
1. Remaja lelaki yang mencapai akil baligh akan mengeluarkan hormon androgen yang
dihasilkan oleh testis.
2. Hormon tersebut menggalakkan pembentukan ciri-ciri sekunder bagi remaja lelaki
seperti pertumbuhan halus di ketiak dan pubis. 
3. Suara mereka akan berubah menjadi garau dan halkum juga akan jelas kelihatan pada
leher.
4. Rangsangan kelenjar pituitari pula menyebabkan perkembangan hormon testosterone
yang berfungsi untuk merangsang penghasilan sperma.
  PERKEMBANGAN FIZIKAL REMAJA PEREMPUAN

1. Remaja perempuan yang mencapai akil baligh akan mengalami kematangan organ-
organ pembiakan dan rembesan hormon estrogen serta progesterone. 
2. Hormon tersebut bertugas untuk merangsang pembentukan ciri sekunder bagi remaja
perempuan seperti pembesaran payu dara dan punggung menjadi lebih lebar. 
Rembesan hormon itu menyebabkan berlakunya haid.
LATIHAN:PERUBAHAN FIZIKAL

Jawab soalan di bawah dengan jawapan yang betul.

Perubahan fizikal akan berlaku kepada remaja lelaki dan perempuan. Terdapat banyak
perubahan fizikal yang berlaku kepada remaja. Tandakan L pada perubahan fizikal bagi
lelaki sahaja, P pada perubahan fizikal bagi perempuan sahaja dan LP pada perubahan
fizikal bagi lelaki dan perempuan.

Perubahan fizikal Jawapan

1. Suara menjadi lunak


2. Tumbuh bulu pubis

3. Tumbuh jerawat
4. Ketinggian semakin meningkat

5. Suara menjadi garau

6. Berat badan meningkat


7. Badan menjadi lansing

8. Badan menjadi lebih tegap


9. Punggung semakin melebar

10. Tumbuh misai

11. Payudara semakin membesar


12. Tumbuh bulu di kaki

13. Dada menjadi semakin bidang


14. Tumbuh bulu ketiak

15. Tumbuh janggut di muka

You might also like