You are on page 1of 3

Pertumbuhan:

Perubahan dalam sesuatu organisma dari segi jisim badan atau berat badan, saiz, dan bentuk
tubuh badan dalam tempoh masa tertentu
Selain itu juga, perubahan fizikal, mental dan emosi sejak dilahirkan juga dianggap sebagai
pertumbuhan.
Ciri-ciri biasa yang digunakan untuk mengukur pertumbuhan manusia:
1. BERAT
2. KETINGGIAN
3. KEPANJANGAN TANGAN
4. SAIZ KEPALA MANUSIA

LENGKUK PERTUMBUHAN MANUSIA
(GRAF PERTUMBUHAN)





Kadar pertumbuhan manusia boleh dibahagikan kepada 5 Fasa seperti mana pada gambar rajah di
atas. Berikut adalah penerangan berkenaan setiap fasa dalam graf pertumbuhan manusia.

PERBEZAAN KADAR PERTUMBUHAN
LELAKI DAN PEREMPUAN

Terdapat perbezaan pada graf pertumbuhan lelaki dan juga perempuan.
1. Pada fasa bayi, pertumbuhan bayi lelaki dan perempuan adalah sama
2. Namun, pada umur 10-12 tahun, kadar pertumbuhan kanak-kanak perempuan lebih tinggi
daripada kadar pertumbuhan kanak-kanak lelaki kerana kanak-kanak perempuan mencapai
akil baligh lebih awal. Selepas akli baligh, kanak-kanak perempuan akan membesar dengan
lebih cepat sehingga umur 16 tahun.
3. Kanak-kanak lelaki pula akan mendapat akil baligh lewat sekitar umur 12 hingga 14 tahun dan
pada masa tersebut kadar pertumbuhan lelaki adalah lebih tinggi daripada perempuan
sehingga umur 18 tahun.
4. Pada umur 21 tahun, lelaki dan perempuan telah menjadi dewasa dan kadar pertumbuhan
adalah sama iaitu sifar iaitu tiada lagi proses pertumbuhan dan pembesaran.

You might also like