You are on page 1of 2

Mesyuarat Jawatankuasa Kantin Kali Pertama

SMK Menglembu

Tahun 2017

Tarikh: 7 Feb 2017

Tempat: Bilik Makan Kantin

Masa: 11.25 pg

Kehadiran: Semua pengusaha kantin

1. Koo Min Kerk


2. Sellathaai
3. Lee Kee Who
4. Yip Yuet Meng
5. Ahmad bin Che Ariffin
6. Mohd Firdaus Mar b. Abdullah
7. Chang Voon Hin

Turut hadir :

1. En. Tan Ah Poh (Pengerusi)


2. Pn.Baghyalakshime a/p Natianandam (Guru Kantin)

1.0 Ucapan Pengerusi


En. Tan selaku Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

2.0 Jualan Makanan dan Minuman


Pengerusi memaklumkan kepada semua pengusaha kantin supaya menjual makanan dan
minuman dengan label makanan yang mengandungi kandungan kalori.

Kebersihan Kantin
2.1 Pengerusi mengingatkan para pengusaha supaya mematuhi peraturan menyediakan
makanan dan menyimpan makanan yang dimasak dalam bekas bertutup dan suhu
bersesuaian untuk mengelakkan keracunan makanan.
2.2 Jadual pembersihan telah disediakan dan perlu dipatuhi.
2.3 Pengurusi juga mengingatkan pengusaha kantin bahawa kebersihan peti ais sentiasa
perlu dijaga terutamanya semasa meletakkan barang-barang mentah seperti daging dan
sayur-sayuran. Bahan-bahan seperti daging dan sayur-sayuran perlu diasingkan di dalam
peti ais untuk mengelakkan pembiakan bakteria.
2.4 Kebersihan kantin dan kebersihan makanan sentiasa perlu dijaga dari haiwan-haiwan
peracun seperti tikus,lipas dan sebagainya. Hal ini untuk mengelakkan penularan
penyakit yang disebabkan oleh haiwan seperti “rat urine”.
2.5 Pengurusi juga memberi beberapa info yang dibentangkan semasa beliau menghadiri
mesyuarat iaitu
i) Pengusaha perlu memakai apron, topi dan kasut yang sesuai semasa
mengendalikan kantin.
ii) Makanan ringan dilarang jual di kantin
iii) Minuman gas dan roti berkrim turut dilarang dijual di kantin.
3.0 Rekod Suntikan Anti Tifoid dan Sijil Kursus Pengendali Makanan
Pengerusi menyeru semua pengusaha kantin supaya menyimpan kad asal/ original suntikan anti
Tifoid dan sijil kursus pengendali makanan di premis masing-masing. Arahan ini mesti dipatuhi
dan perlu ditunjukkan apabila pemeriksaan dijalankan oleh Unit Keselamatan dan Kualiti
Makanan, Majlis Bandaraya Ipoh dari semasa ke semasa. Satu salinan kad suntikan dan sijil
kursus diserahkan kepada Penyelaras Kantin untuk difailkan.

4.0 Hal-hal lain


i) Alatan untuk kegunaan kantin seperti paip “air pressure” disediakan untuk kegunaan
pengusaha kantin
ii) Bumbung di gerai A1 dan D1 telah dibaiki dan dalam keadaan baik sekarang.
5.0 Cadangan-cadangan
i) Pengerusi menetapkan tarikh untuk pengambilan bacaan meter air dan elektrik untuk
mendapatkan bacaan yang lebih jitu iaitu:
a) (10 hingga 12) bagi pengambilan bacaan meter elekrik
b) (20 hingga 22) bagi pengambilan bacaan meter air
ii) Semua pengusaha kantin diminta untuk mengambil bacaan meter sendiri dan
menyerahkannya kepada En Seow pada tarikh yang ditetapkan.

Mesyuarat ditangguhkan jam 12.15 pm

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………………… …………………………………………………….
(Pn Baghyalakshime a/p Natianandam) (EN TAN AH POH)
Penyelaras Kantin Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Smk Menglembu.

You might also like