You are on page 1of 2

Mesyuarat Jawatankuasa Kantin Kali Pertama

SMK Menglembu

Tahun 2019

Tarikh: 10 Feb 2019

Tempat: Bilik Makan Kantin

Masa: 11.25 pg

Kehadiran: Semua pengusaha kantin

Turut hadir :

1. En. Tan Ah Poh (Pengerusi)


2. Pn.Baghyalakshime a/p Natianandam (Guru Kantin)

1.0 Ucapan Pengerusi


En. Tan selaku Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

2.0 Jualan Makanan dan Minuman


- Pengerusi memaklumkan kepada semua pengusaha kantin supaya menjual makanan dan
minuman dengan label makanan yang mengandungi kandungan kalori.
- Harga makanan dan minuman murid dan guru hendaklah berbaloi dengan kuantiti dan
kualiti makanan yang telah dipersetujui.

Kebersihan Kantin
2.1 Pengerusi mengingatkan para pengusaha supaya mematuhi peraturan menyediakan
makanan dan menyimpan makanan yang dimasak dalam bekas bertutup dan suhu
bersesuaian untuk mengelakkan keracunan makanan.
2.2 Jadual pembersihan telah disediakan dan perlu dipatuhi.
2.3 Pengurusi juga mengingatkan pengusaha kantin bahawa kebersihan peti ais sentiasa
perlu dijaga terutamanya semasa meletakkan barang-barang mentah seperti daging dan
sayur-sayuran. Bahan-bahan seperti daging dan sayur-sayuran perlu diasingkan di dalam
peti ais untuk mengelakkan pembiakan bakteria.
2.4 Kebersihan kantin dan kebersihan makanan sentiasa perlu dijaga dari haiwan-haiwan
peracun seperti tikus,lipas dan sebagainya. Hal ini untuk mengelakkan penularan
penyakit yang disebabkan oleh haiwan seperti “rat urine”.
2.5 Pengurusi juga memberi beberapa info yang dibentangkan semasa beliau menghadiri
mesyuarat iaitu
i) Pengusaha perlu memakai apron, topi dan kasut yang sesuai semasa
mengendalikan kantin.
ii) Makanan ringan dilarang jual di kantin
iii) Minuman gas dan roti berkrim turut dilarang dijual di kantin.

3.0 Rekod Suntikan Anti Tifoid dan Sijil Kursus Pengendali Makanan
Pengerusi menyeru semua pengusaha kantin supaya menyimpan kad asal/ original suntikan anti
Tifoid dan sijil kursus pengendali makanan di premis masing-masing. Arahan ini mesti dipatuhi
dan perlu ditunjukkan apabila pemeriksaan dijalankan oleh Unit Keselamatan dan Kualiti
Makanan, Majlis Bandaraya Ipoh dari semasa ke semasa. Satu salinan kad suntikan dan sijil
kursus diserahkan kepada Penyelaras Kantin untuk difailkan.

4.0 Hal-hal lain


i) Pengusaha kantin bimbang akan kehadiran tikus di gerai mereka.

5.0 Cadangan-cadangan
i) Salah seorang pengusaha kantin mencadangkan ubat untuk menghalang tikus dan cara-
cara untuk mengelakkan kehadiran haiwan perosak tersebut.
ii) Sisa makanan hendaklah diselenggarakan dengan sempurna.Tong sampah perlu
mencukupi dan dilapis dengan plastik serta bertutup. Kawasan sekitar tong sampah
perlu sentiasa bersih.
iii) Pengerusi menetapkan tarikh untuk pengambilan bacaan meter air dan elektrik untuk
mendapatkan bacaan yang lebih jitu iaitu:
iv) Semua pengusaha kantin diminta untuk mengambil bacaan meter sendiri dan
menyerahkannya kepada En Seow pada tarikh yang ditetapkan.

Mesyuarat ditangguhkan jam 12.15 pm

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………………… …………………………………………………….
(Pn Baghyalakshime a/p Natianandam) (EN TAN AH POH)
Penyelaras Kantin Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Smk Menglembu.

You might also like