You are on page 1of 8

BAB 1 - PENGENALAN EKONOMI

PENGENALAN
definisi ilmu ekonomi:

"Ilmu ekonomi adalah satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji tentang gelagat atau tinkah laku
manusia (individu dan masyarakat) dalam mengurus sumber ekonomi yang terhad (tanah,
buruh, modal dan usahawan) bagi memenuhi kehendak yang tidak terhad".

Perkara utama yang dibincangkan dalam ilmu ekonomi ialah berkaitan:

1. masalah kekurangan sumber, berbanding


2. kehendak manusia yang tidak terhad.

- Manusia sentiasa merasakan pulangan daripada sumber yang dimilikinya tidak cukup untuk
memenuhi kehendak atau keinginan semasanya.
- Buruh: memiliki sumber dalam bentuk Tenaga fizikal atau mental yang disumbangkan dalam
aktiviti ekonomi dan akan mendapat ganjaran dalam bentuk upah. Contoh buruh ialah doktor,
guru, pembantu rumah, buruh binaan dan lain-lain. Ganjaran yang diperolehi hanya cukup
untuk memenuhi keperluan hidup seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
- Usahawan : memiliki kepakaran untuk menggabungkan faktor pengeluaran iaitu buruh,
tanah dan modal untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Pengusaha akan menerima
ganjaran dalam bentuk keuntungan dan menanggung risiko kerugian. Contohnya, pengusaha
kilang, peniaga, peruncit dan pemborong.
- Tanah : Anugerah Alam semula jadi yang dimiliki oleh individu dan merupakan bahan mentah
yang diperlukan dalam proses pengeluaran. pemilik sumber alam akan menerima Ganjaran
dalam bentuk sewa. Contohnya, bahan galian, hasil laut dan khazanah hutan.
- Modal : Merupakan Wang atau lain lain sumber kekayaan yang digunakan untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan. Ia boleh dikelaskan kepada dua kategori:

1. modal fizikal : iaitu peralatan yang digunakan untuk mengeluarkan barang lain. contohnya
seperti jentera dan peralatan
2. modal kerja : iaitu sumber dalam bentuk wang tunai (untuk membeli input), stok dan bahan
mentah yang diproses untuk menghasilkan barang-barang dan perkhidatan. Ganjaran kepada
pemilikan modal adalah faedah.

BIDANG KAJIAN EKONOMI


Ilmu ekonomi dibahagikan kepada dua iaitu Mikroekonomi dan Makroekonomi

Mikroekonomi
Juga dikenali sebagai teori harga (harga input dan harga output).Mengkaji unit atau bahagian kecil
dalam pengajian ekonomi iaitu gelagat pengguna, pengeluar dan industri. Kajian tertumpu kepada
interaksi pembeli dan pengeluar untuk menentukan tingkat harga dan kuantiti barang dalam pelbagai
pasaran. Pengguna akan cuba mencapai tingkat kepuasan yang maksima, pengeluar akan cuba
mencapai keuntungan yang maksima.

Makroekonomi
Kajian terhadap ekonomi secara menyeluruh dan agregat. Mengkaji aspek penentu kegiatan ekonomi
sesebuah negara iaitu berkaitan pendapatan negara, pertumbuhan ekonomi, inflasi, guna tenaga dan
pengangguran, imbangan pembayaran. Petunjuk-petunjuk ekonomi ini penting bagi menentukan
dasar dan perancangan ekonomi sesebuah negara untuk meningkatkan taraf hidup dan kebajikan
penduduk.

Perbandingan kajian Mikroekonomi dan Makroekonomi


aspek Mikroekonomi Makroekonomi
Skop Kecil Besar
- Mengkaji kegiatan dan
masalah ekonomi yang lebih
- Mengkaji interaksi luas dan menyeluruh. Menilai
pengguna, pengeluar dan dan pelaksanaan dasar
industri dalam pelbagai aktiviti ekonomi sesebuah
pasaran untuk mencapai negara untuk mencapai
Matlamat matlamat masing-masing. peningkatan dalam
Menyelesaikan masalah pendapatan negara,
asas ekonomi iaitu apa, pertumbuhan ekonomi, guna
berapa, bagaimana dan tenaga, imbangan
untuk siapa dikeluarkan. pembayaran dan mengatasi
masalah inflasi dan
pengangguran.
Output firma / industri Nilai Keluaran Negara

Kuantiti baju yang Nilai keluaran sektor kedua


dihasilkan oleh firma A Pertumbuhan keluaran
Pengeluaran
Kuantiti pakaian yang negara
dikeluarkan oleh industri
tektil.

Harga satu barang dan Tingkat harga umum


perkhidmatan.
Indeks harga pengguna
Harga Harga baju Kadar inflasi
Harga makanan Nilai wang

Agihan pendapatan Pendapatan Negara

Upah, Pendapatan Perkapita


Pendapatan sewa, Pendapatan benar
bunga dan Imbangan pembayaran
untung

Penggunaan faktor pengeluaran Guna tenaga dan pengangguran


dalam sebuah firma/industri
Jumlah Guna tenaga
Guna Tenaga
bilangan input berubah Kadar Pengangguran
(buruh)
kecekapan input pada
setiap tingkat keluaran

UNIT-UNIT EKONOMI
Unit dalam kajian ekonomi dapat dikelompokan kepada 4 kelompok utama iaitu:

Isi Rumah
Boleh didefinisikan sebagai Individu/sekumpulan individu yang membuat keputusan kewangan secara
bersama untuk mencapai matlamat memaksimumkan kepuasan. Isi rumah menawarkan faktor
pengeluaran (buruh, tanah, modal dan usahawan) dan memperoleh pulangan (upah, sewa, bunga
dan untung) sebagai sumber kewangan/pendapatan. Dengan sumber kewangan tersebut isi rumah
akan mewujudkan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan
memaksimumkan kepuasan.

Firma
Firma ialah unit ekonomi / organisasi yang menggunakan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan
barang dan perkhidmatan. Firma akan memilih kombinasi faktor pengeluaran yang dapat
meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan.

Kerajaan
Merupakan pelaku unit ekonomi/ badan yang mengawal aktiviti ekonomi (isi rumah dan firma)
melalui dasar dan undang-undang. Kerajaan juga menyediakan barang dan perkhidmatan yang tidak
dapat disediakan oleh firma (barang awam). Matlamat Kerajaan adalah untuk meningkat taraf hidup
dan kebajikan rakyat.

Sektor Luar
Merujuk kepada kegiatan ekonomi dengan unit luar / organisasi luar iaitu aktiviti perdagangan
antarabangsa. Aktiviti yang berlaku bertujuan memaksimumkan keuntungan hasil daripada
pertukaran barang dan perkhidmatan.

MASALAH EKONOMI
- Tiga masalah ekonomi ialah masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas yang berpunca
daripada sumber ekonomi yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terhad.

Masalah Kekurangan
Kesan sumber yang terhad dan kehendak yang tidak terhad mewujudkan masalah kekurangan.
Semua kehendak manusia tidak dapat dipenuhi/diperolehi. Pendapatan Isi rumah yang terhad
tidak cukup untuk membeli semua barang dan perkhidmatan yang dikehendaki. Faktor
pengeluaran yang terhad menghalang firma mengeluarkan semua barang dan perkhidmatan yang
diingini. Hasil kerajaan yang terhad menghalang kerajaan untuk membiayai semua projek
pembangunan.

Masalah Pilihan
Kesan daripada masalah kekurangan, manusia terpaksa membuat pilihan. Pilihan yang dibuat adalah
berdasarkan kepada keutamaan dan matlamat unit ekonomi. Pendapatan Isi rumah yang terhad
memaksa isi rumah membuat pilihan membeli barang dan perkhidmatan yang dapat
memaksimumkan kepuasan. Contoh jika buku memberi kepuasan yang lebih tinggi berbanding baju,
maka isi rumah akan membuat pilihan membeli buku. Faktor pengeluaranyang terhad seperti
tanah, firma terpaksa membuat pilihan mengeluarkan barang yang dapat memaksimumkan
keuntungan. Contoh jika tanaman kelapa sawit memberi keuntungan lebih besar berbanding
tanaman getah, maka firma akan memilih pengeluaran kelapa sawit. Hasil kerajaan yang terhad
telah menyebabkan kerajaan terpaksa membuat pilihan melaksanakan projek pembangunan yang
dapat memaksimumkan kebajikan masyarakat. Contoh jika pembinaan jalan raya akan
meningkatkan kebajikan yang lebih tinggi berbanding sekolah, maka kerajaan akan memilih projek
pembinaan jalan raya.

Masalah Kos Lepas


Kos lepas boleh didefinisikan sebagai pilihan kedua terbaik yang tepaksa dilepaskan hasil daripada
pemilihan barang yang terbaik. Setelah Isi rumah membuat pilihan membeli buku (kekurangan
wang untuk membeli kedua-dua barang) maka baju merupakan kos lepas bagi mendapatkan buku
tersebut. Begitu juga dengan firma, kos lepas mengeluarkan kelapa sawit ialah getah. Begitu juga
dengan kerajaan, projek pembinaan sekolah merupakan kos lepas untuk membina jalan raya.

MASALAH ASAS EKONOMI


Terdapat 4 masalah asas ekonomi iaitu:-

1. Apa yang dikeluarkan


Berkait dengan penentuan jenis barang yang hendak dikeluarkan berikutan sumber ekonomi yang
terhad. Pengeluar mengeluarkan barang berdasarkan kepada kehendak masyarakat. Walau
bagaimanapun Pengeluar tidak dapat mengeluarkan semua jenis barang yang diminta oleh
pengguna kerana kekurangan sumber. Jenis barang yang dikeluarkan mestilah dapat memenuhi
kehendak dan memaksimakan kepuasan masyarakat serta memaksimumkan keuntungan firma.

2. Berapa banyak dikeluarkan


Jumlah keluaran bergantung kepada jumlah kuantiti yang diminta oleh masyarakat dan jumlah
kuantiti yang mampu dikeluarkan oleh firma. Jika permintaan tinggi firma akan menambahkan
pengeluaran terhadap barang tersebut. Tambahan keluaran sesuatu barang akan menyebabkan
pengeluaran barang lain (kos lepas).

3. Bagaimana cara dikeluarkan


Masalah ini berkait rapat dengan pemilihan teknik / kaedah pengerluaran. Terdapat dua teknik
pengeluaran iaitu intensif buruh dan intensif modal. Pengeluar yang rasional akan memilih teknik
pengeluaran yang dapat meminimumkan kos pengeluaran.

4. Untuk siapa dikeluarkan


Pengagihan barang yang dikeluarkan bergantung kepada kuasa beli dan agihan pendapatan.
Pengeluar mesti bijak menentukan golongan yang akan menikmati barang yang dikeluarkan.
Golongan berpendapatan tinggi akan menikmati barangan lebih banyak daripada golongan
berpendapatan tinggi. Golongan berpendapatan tinggi juga mampu membeli barangan yang
harganya lebih tinggi berbanding dengan golongan berpendapatan rendah.
PENGKELASAN BARANG
Barang dalam ekonomi dapat dibahagikan kepada:-

1. Barang percuma dan barang ekonomi

Barang Percuma Barang Ekonomi


Merupakan barang anugerah alam semula Barang yang penawarannya terhad dan
jadi yang penawarannya tidak terhad dan menghadapi masalah kekurangan
tidak menghadapi masalah kekurangan. berbanding permintaan.
Tiada kos lepas dan tidak mempunyai Mempunyai kos lepas untuk
harga untuk menilainya. mendapatkannya. Melibatkan kos
Barang yang penawarannya terhad pengeluaran dan mempunyai harga.
walaupun diperoleh secara percuma Semua barang selain daripada barang
(hadiah/sedekah) ia tetap dikira barang percuma ialah barang ekonomi.
ekonomi kerana ia melibatkan kos untuk
menghasilkannya.

1. Barang modal, barang perantaraan dan barang akhir/barang pengguna

Barang modal
Barang perantaraan Barang pengguna
(Barang pengeluar)
- Ialah barang yang digunakan - Barang yang - Ialah barang yang tidak
untuk mengeluarkan barang dan digunakan oleh firma lagi melalui proses
perkhidmatan lain sebagai input pengeluaran dan digunakan
- Tidak berubah bentuk setelah pengerluaran (bahan oleh pengguna.
digunakan dalam proses mentah). - Terbahagi kepada dua iaitu
pengeluaran. - Ia akan berubah tahan lama dan tidak tahan
- Memberi kepuasan secara bentuk/ciri setelah lama.
tidak langsung kepada melalui proses - Memberi kepuasan secara
pengguna. pengerluaran terus kepada pengguna.
- Contoh: mesin memproses, - Memberi kepuasan - Contoh: baju, kasut,
bas, bangunan/kilang. secara tidak langsung kereta, roti, nasi, biskut.
kepada pengguna.
- Contoh: Tepung,
gula, getah, kelapa
sawit.

Barang awam Barang persendirian


- Ialah barang yang boleh digunakan - Barang yang dimiliki oleh seseorang dan
semua orang. Setiap orang tidak boleh tidak boleh digunakan oleh orang lain.
dihalangan daripada menggunakannya. - Penggunaannya perlu mendapat
- Tiada persaingan dalam penggunaan kebenaran pemiliknya terlebih dahulu.
barang awam dan penggunaannya tidak - Contoh: rumah milik sendiri, kereta milik
akan mengurangkan penggunaan orang sendiri, pakaian milik sendiri.
lain.
- Selalunya disediakan oleh kerajaan.
- Penawarannya adalah terhad dan
melibatkan kos lepas. Kerajaan perlu
bijak memberi keutamaan kepada barang
awam yang memberi kebajikan yang
tinggi kepada masyarakat.
- Contoh: perkhidmatan bomba,
ketenteraan, polis, kehakiman.

KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (KKP)


KKP boleh didefinisikan sebagai satu keluk yang menunjukkan tingkat maksimum kombinasi dua
barangan yang dapat dikeluarkan oleh sesebuah ekonomi dengan menggunakan sumber-sumber
yang sedia ada pada tingkat teknologi tertentu.

Andaian:

1. Ekonomi mencapai guna tenaga penuh.


2. Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barangan.
3. Tingkat teknologi adalah tetap dan tidak berubah.
4. Kuantiti dan kualiti sumber-sumber ekonomi adalah tetap.

Kombinasi Rumah Kereta


A 1 110
B 2 100
C 3 85
D 4 65
E 5 30
F 6 0
Keterangan Rajah
Berdasarkan rajah di atas, setiap titik sepanjang keluk AF mewakili output maksimum kombinasi dua
barang iaitu kereta dan rumah yang dapat dikeluarkan apabila semua sumber digunakan sepenuhnya
secara cekap.
Titik A : hanya barang pengguna dikeluarkan.
Titik F : hanya barang modal dikeluarkan.

konsep kekurangan
KKP menggambarkan tahap pengerluaran maksimum sesebuah ekonomi. Ekonomi tidak dapat
menambah lagi pengerluaran sesuatu barang kerana kekurangan sumber melainkan dengan cara
memindahkan sumber sedia ada dari pengerluaran barang lain kepada pengeluaran berkenaan.
Sebagai contoh untuk menambah pengerluaran rumah daripada 2 kepada 3, faktor pengerluaran
yang digunakan untuk mengeluarkan kereta dipindahkan kepada pengerluaran rumah. Kekurangan
sumber telah menyebabkan pengerluaran kereta terpaksa dikurangkan daripda 65 kepada 30 kesan
kekurangan sumber.

Titik G pula menggambarkan kombinasi yang tidak dapat dikeluarkan. Titik G juga menggambarkan
ketidak cukupan sumber ekonomi dan teknologi sedia ada untuk menghasilkan jumlah barangan
tersebut.

Konsep Pilihan
Setiap titik pada KKP menunjukkan pilihan yang mungkin di lakukan oleh masyarakat.
Pergerakan dari kombinasi B ke E menunjukkan pilihan masyarakat mengeluarkan lebih rumah
dengan mengurangkan pengeluaran kereta.

Konsep Kos Lepas


Pergerakan sepanjang KKP menunjukkkan pilihan untuk menambahkan satu barang dan terpaksa
melepaskan sejumlah barang lain kerana sumber yang terhad.

berdasarkan rajah, terdapat 3 keadaan dalam pengiraan kos lepas:


Kos lepas tiga unit rumah ialah 45 unit kereta (65-110).
kos lepas keluaran unit ke 3 rumah ialah 20 unit kereta ((65-85)/(3-2)).
kos lepas menambahkan keluaran rumah dari B ke C ialah 15 unit kereta [(85 100)/(2-1)]. Ia juga
dikenali sebagai kadar transformasi sut (MRT).

Hubungan KKP dengan kos lepas


Hubungan KKP dengan kos lepas ditunjukkan oleh kecerunan KKP.
Kecerunan KKP diukur oleh MRT bagi satu barangan dengan barangan lain.
Terdapat dua bentuk KKP yang dikaitkan dengan kos lepas iaitu:

KKP kos lepas malar


KKP kos lepas meningkat berbentuk cembung dari titik 0. Ia menggambarkan setiap tambahan satu
unit barang secara berterusan akan menyebabkan jumlah barang satu lagi yang terpaksa dilepaskan
semakin meningkat.

KKP kos lepas meningkat.


KKP kos lepas malar berbentuk garis lurus bercerun ke bawah dari kiri ke kanan. Ia menggambarkan
setiap tambahan satu unit barang secara berterusan akan menyebabkan jumlah barang satu lagi
yang terpaksa dilepaskan adalah malar/tetap.
Pertambahan faktor pengeluaran/ sumber ekonomi
Walaupun sumber ekonomi adalah terhad dalam satu jangka masa tertentu tetapi ia boleh berubah
melalui perubahan masa. Pertambahan sumber boleh berlaku melalui pertambahan penduduk
(buruh, usahawan), penemuan sumber mineral baru (minyak, emas, bijih timah, pembukaan tanah
pertanian baru). Selain daripada itu, aktiviti pengeluaran yang cenderung kepada barang
perindustrian juga boleh menambah stok barang modal. Kesannya keupayaan pengeluaran
meningkat dan lebih banyak barang dapat dikeluarkan.

Peningkatan teknologi
Teknologi boleh berkembang melalui penyelidikan dan inovasi, penciptaan mesin berkeupayaan
pengeluaran tinggi, penemuan teknik pengeluaran yang lebih cekap dan berkualiti. Kesanya ekonomi
dapat mengeluarkan barang dengan lebih banyak dengan sumber sedia ada.

Rajah (A) menggambarkan pergerakan selari KKP keluar. Pergerakan ini boleh berlaku disebabkan
pertambahan sumber ekonomi atau peningkatan teknologi pengeluaran kedua-dua barang.

Rajah (B) dan (C) menggambarkan peningkatan teknologi pengeluaran yang berbeza di antara
barang x dan barang Y.

Rajah (D) dan (E) menggambarkan peningkatan teknologi pengeluaran pada satu barang sahaja.
peningkatan teknologi pengeluaran barang x ditunjukkan oleh rajah (D) dan sebaliknya peningkatan
teknologi pengeluaran barang Y ditunjukkan oleh rajah (E).

You might also like