You are on page 1of 4

Konsep Pertumbuhan:

• Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang,
kulit, rambut dan kelenjar.

• Atan Long : Perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain dari
semasa ke semasa.

• D.S Wright & Ann Taylor : Pertambahan dalam pelbagai sifat luaran seseorang (sifat jasmani – saiz,
tinggi, berat badan dan lain-lain).

Pertumbuhan ialah:

• Perubahan bersifat kuantitatif (perubahan saiz dan struktur dalam aspek fizikal, mental untuk
mencapai kemuncak bila individu matang.)

• Kuantiti perubahan dapat dilihat dengan nyata atau dapat diukur berdasarkan peringkat-peringkat
pertumbuhan melalui teknik antropometrik.

• Porter merumuskan bahawa kadar pertumbuhan fizikal adalah pengasas perihal maju atau
lembabnya seseorg kanak-kanak, tetapi pendapat ini ditentang oleh Franz Voaf.

Faktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan manusia ialah:

• Potensi yang diwarisi (baka).

• Keadaan kesihatan ibu semasa proses kehamilan.

• Kadar pertumbuhan sebelum lahir.

• Ada atau tidak ada trauma sebelum lahir.

• Pemakanan dan keperluan badan lain dapat dijaga.

• Ada atau tidak kecacatan fizikal.

• Kemudahan perubatan dan kesihatan.

• Keadaan hidup satu budaya atau kebudayaan masyarakat.

Ciri-ciri Pertumbuhan:
• Suatu keutuhan dan fenomena pertumbuhan serta perubahan itu berterusan dan berkualiti.

• Suatu proses yang lengkap dan sempurna.

• Perubahan dapat diukur dan dilihat dengan jelas.

• Pertumbuhan mengikut corak tertentu atau mempunyai arah tertentu berdasarkan proses
kematangan yang dialami.

• Pertumbuhan seseorang mengikut proses kematangan.

• Perubahan dalam pertumbuhan dapat dilihat dengan nyata seperti tinggi, berat, kadar bentuk
badan dan pertumbuhan organ dalaman.

• Struktur mendahului fungsi : struktur kumpulan otot akan menjadi lengkap sebelum digunakan.

• Peringkat pertumbuhan adalah sama bagi semua individu tetapi kadar berlainan.

Konsep Perkembangan:

• Crow & Crow : Perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi
pemikiran, rohani, moral dan sosial.

• Karl G. Garrison : Perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkaitan antara
perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan adalah mengikut urutan semula
jadi dan bersifat sejagat.

• D.S Wright & Ann Taylor : Perkembangan ialah perubahan berlaku dalam warisan hayat.

• Atan Long : Perubahan kualitatif tidak dapat diukur secara kualitatif tetapi jelas dilihat perubahan
telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat awal dan berlaku berterusan daripada
percambahan hingga akhir hayat.

• Charls Darwin (pengasas teori evolusi): Jika sistem saraf sesuatu organisma kompleks, maka masa
yang diperlukan untuk matang adalah lama.

• Beltes, Reese & Nesselroade (1977) : Dengan bertambah umur, perubahan evolusi yang lain akan
berlaku iaitu dalam bentuk sahsiah, kognitif, moral, fizikal.

• Mohd Nazar (1990) : Perubahan dengan masa iaitu perubahan dengan umur dan perubahan
daripada jenis evolusi atau ontogenik.

Perkembangan ialah:
• Proses yang berterusan dair lahir hingga kematangan dan akhir hayat atau proses individu
mencapai kematangan secara berterusan.

• Perubahan kualitatif atau tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat perubahannya
dengan membuat perbandingan sebelumnya.

• Berlaku secara cepat dan sukar diramal, contohnya warna rambut berubah daripada hitam kepada
putih (uban).

• Faktor baka dan persekitaran dianggap faktor utama mempengaruhi perkembangan individu dari
segi jasmani. Emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

• Dianggap sebagai perubahan tingkah laku mental.

Ciri-ciri Perkembangan:

• Susunan perkembangan adalah serupa, berperaturan dan dapat diramal bagi semua ahli dalam
sesuatu jenis. Kanak-kanak berkembang secara berperingkat.

• Perkembangan berlaku mengikut kadar yang berlainan.

• Perkembangan berlaku daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu.

• Perubahan bersifat kualiti, tidak dapat diukur secara tetap tetapi dapat dilihat dari perubahan sifat.

• Proses perkembangan berterusan dari permulaan hingga akhir hayat melebihi peringkat
kematangan.

• Perkembangan timbul dari tindakan yang saling berkaitan antara pertumbuhan jasmani dan
pembelajaran.

• Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.

Prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan:

 Pelbagai aspek pertumbuhan dan perkembangan tidak berlaku serentak.

 Di bawah ini disenaraikan lima prinsip berkaitan dengan pertumbuhan dan perkembangan yang
penting:
I. Pertumbuhan dan perkembangan berlaku dari umum ke khusus. Contoh perkembangan ialah bila
bayi menangis dan kemudiannya berfokus kepada sebab yang khusus, seperti lapar atau
ketidakselesaan fizikal.

II. Pertumbuhan dan perkembangan yang menunjukkan peningkatan kerumitan


(complexity).Contohnya, pertumbuhan dari otot kasar ke otot halus. Contoh perkembangan ialah
bila kanak-kanak belajar menyelesaikan masalah harian menggunakan strategi-strategi yang canggih.

III. Pertumbuhan dan perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza. Contoh pertumbuhan ialah
pencapaian ketinggian seseorang individu berbeza pada umur yang sama. Maka adalah menjadi
kebiasaan terdapat kadar pertumbuhan yang berbeza di dalam bilik darjah.

IV. Pertumbuhan dan perkembangan yang mengikut tertib. Contoh pertumbuhan ialah kematangan
kepala mendahului tangan dan kaki. Perkembangan pula, bila seorang individu membuat sesuatu
sebelum meneruskan yang lain. Contohnya, bayi duduk sebelum berjalan; mulakan dengan
percakapan bayi sebelum bercakap.

V. Pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara beransur-ansur. Di dalam permainan badminton,


seorang murid yang tidak dapat melakukan servis dengan betul, akhirnya dapat juga menguasai
kemahiran tersebut walaupun ia mengambil masa.

http://amaljaya.com/guru/2010/01/18/pertumbuhan-perkembangan-kanak-kanak/#comments

You might also like