You are on page 1of 2

Konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak Setiap manusia pasti akan mengalami perubahan diri dan cara hidup

dengan melalui proses pertumbuhan dan perkembangan mereka. Pertumbuhan adalah perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu sifat perubahan yang dapat diukur sama ada mengikut peringkat atau ketentuan masa. Apabila ia bersifat kuantitatif, setiap perubahan seseorang dapat dilihat dengan nyata

berdasarkan pengukuran yang dibuat ke atas seseorang ataupun sesuatu organisma. Kadar pertumbuhan berbeza daripada individu ke individu dan ia berlaku secara berperingkat. Karl E. Garrison, pertumbuhan ialah

perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar. Atan Long mentakrifkan pertumbuhan merupakan perubahan yang diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain dari semasa ke semasa. D.S. Wright dan Ann Taylor menyatakan pertumbuhan ialah pertambahan dalam pelbagai sifat luaran seseorang. Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah mengikut peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma. Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Atan Long (1980) turut menyatakan bahawa perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Menurut Paul Eggan dan Don Kauchak pula, mereka berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Selain itu, Slavin (1997) berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Menurut Karl E. Garrison, perkembangan jasmani dan pembelajaran merupakan satu tindakan yang saling berkaitan. D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur

organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. Faktor baka dan persekitaran dianggap faktor utama mempengaruhi perkembangan individu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Perkembangan adalah hasil daripada kematangan dan pembelajaran. Perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan dari aspek jasmani, mental, emosi dan sosial. Aspek Jasmani Pertumbuhan Pertumbuhan saiz, Perkembangan berat, Kemahiran menggunakan fizikal seperti

gigi, organ deria, anggota pertumbuhan dan sebagainya. berjalan,

melihat,

mendengar

dan membuat kerja. Mental Bertambah dan berkembang Kemahiran memikir, mengingat, keupayaan sebagainya. Emosi Perasaan seronok, gembira, Kemahiran mengawal perasaan duka, takut, bimbang, sedih dalam situasi tertentu. dan sebagainya. Sosial Meluaskan perhubungan, Kemahiran pergaulan penyesuaian mendisiplin diri dan dalam berfikir dan menaakul dan menganalisis.

komunikasi dan dengan orang lain.

pergaulan dengan orang lain.

You might also like