You are on page 1of 2

NAMA : VENODINI A/P SOKKALINGAM

KELAS : V2

NAMA PENSYARAH : DR. MANI RAJAN ELLAPPAN

EDUP 3023

Berdasarkan bahan bacaan dan slide yang diattachkan semalam, jawab soalan berikut
dengan ringkas dan padat
i. Nyatakan maksud konsep asas pertumbuhan dan konsep asas perkembangan

Konsep asas pertumbuhan

 Pertumbuhan ialah suatu perubahan dan peningkatan dalam jumlah


dan ukuran pada tubuh badan seseorang yang dapat diukur secara
kuantitatif (Santrock, 2014 ; Diamond, 2013). Perubahan yg boleh diukur
secara kuantitatif seperti berat, tinggi, saiz dan struktur badan. Lampl
(2008) menjelaskan bahawa pertumbuhan berat badan dan ketinggian
semasa peringkat bayi adalah lebih cepat berbanding dengan
peringkat kanak-kanak kerana setiap kanak-kanak mempunyai potensi
genetik yang berbeza bagi pertumbuhan mereka. Hal ini kerana bayi
mempunyai ciri-ciri unik dan mempunyai kebolehan tertentu dengan
cara yang tersendiri. Bayi yang normal akan mengalami pertumbuhan
pada kadar yang ditentukan oleh faktor genetiknya.

Konsep asas perkembangan

 Perkembangan melibatkan perubahan tubuh badan yg bersifat kualitatif


(santrock 2014). Perkembangan adalah sebagai perubahan dlm corak
biologi, kognitif dan sosioemosi ndividu yg bermula dr peringkat
persenyawaan sehingga akhir hayat. Perkembangan kanak-kanak
berlaku secara beransur-ansur dan berterusan dan berkait rapat
dengan proses kematangan dan pembelajaran kanak-kanak dalam
persekitaran. Perkembangan ialah suatu perubahan kualitatif yg boleh
diperhatikan berlaku terhadap kanak-kanak. Contohnya, kemampuan
menyebut perkataan mengikut peringkat umur dan cendurung ke arah
yang lebih baik dari segi pemikiran, kerohanian, moral dan sosial.

ii. Senaraikan lima ciri-ciri pertumbuhan.

 Perubahan yg boleh diukur


 Kuantiti perubahan dapat dilihat dengan nyata

 Berhenti apabila mencapai tahap matang

 Kadar pertumbuhan matang

 Pengaruh genetik, persekitaran dan tahap kesihatan

iii. Nyatakan lima ciri-ciri perkembangan.

 Perubahan bersifat kualitatif dan memperlihatkan sifat yg berlainan

 Perubahan yg berterusan

 Perkembangan berbeza setiap individu

 Perkembangan mengikut pola dan urutan

 Pengaruh factor genetik, persekitaran dan kesihatan

You might also like