You are on page 1of 9

PENGENALAN

Manusia adalah merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian.
Manusia pertama yang hidup di muka bumi ini adalah Nabi Adam dan Hawa. Secara realiti dan
hakikinya, setiap manusia pasti akan mengalami perubahan diri dan cara hidup dengan melalui
proses pertumbuhan dan perkembangan mereka. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur,
tetapi jelas kelihatan berubah mengikut peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada
peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma.
Menurut Shaffer (1999) dalam Azlia Abu Bakar (2005) merupakan satu proses
perubahan yang berlaku secara kompleks. Menurut beliau, perubahan secara kuantitatif adalah
perubahan yang dapat diukur secara konkrit seperti pertambahan saiz, tinggi dan berat.
Perubahan ini adalah perubahan kuantiti kerana ia dapat ditentukan dengan ukuran pada satu
peringkat ke satu peringkat yang lain.
Santrock (2008) dalam Haliza Hamzah, & Joy N. Samuel. (2011). Mentafsirkan
perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang
bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.
Menurut Crow dan Crow (1980) dalam Mohd. Sharani Ahmad (2005), perkembangan
merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari
segipemikiran, rohani, moral dan sosial.
Menurut Karl E. Garrison pula dalam Azlia Abu Bakar. (2005), perkembangan terhasil
daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua
perkembangan itu sama ada berbentuk struktur, kemahiran tingkah laku ataupun sahsiah,
adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan bersifat sejagat. Selain itu, Paul Eggan dan
Don Kauchak dalam Mohd. Sharani Ahmad (2005) pula berpendapat perkembangan adalah
perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran,
pengalaman dan kematangan.
Secara ringkasnya, Mok Soon Sang (2008) menjelaskan bahawa perkembangan
ialahperubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada
sifatbaru yang berlainan daripada peringkat lebih awal.

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Menurut Arnold Gesell, perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan.
Arnold Gesell menyatakan bahawa perkembangan individu mengikut jadual waktu yang telah
ditetapkan, urutan atau pola tertentu. Selain daripada itu, mengikut teori perkembangan Arnold
Gesell, setiap individu menghadapi perkembangan yang berbeza. Ada sebahagian individu
akan menghadapi perkembangan yang lebih awal atau lambat. Iaitu bergantung kepada
individu tersebut. Contohnya, ada kanak-kanak sudah boleh berjalan kaki dalam sembilan bulan
dan ada kanak-kanak mula berjalan kaki selepas umur satu tahun.
Selain itu, Arnold Gesell juga berfokus kepada penyelidikan kajian ekstensif beberapa
orang kanak-kanak. Kajian tentang teori perkembangan Arnold Gesell , faktor baka adalah
faktor utama mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Mengikut kajian ahli-ahli psikologi
Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Sheldon (1962) telah membuktikan
bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan intelek yang berbeza. Perbezaan
kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas.
Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan
ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang juga
bijak pandai. Bukan itu sahaja, emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa.
Di samping itu, kematangan fizikal juga akan mempengaruhi kelancaran kanak-kanak
terhadap pembelajaran. Hal ini berlaku adalah disebabkan kelancaran proses perkembangan
individu adalah dipengaruhi oleh kematangan fizikalnya. Teori perkembangan Arnold Gesell
juga menekankan perkembangan fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak diberi peluang berkembang
pada kadar sendiri dan tidak boleh dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai
peringkat usia perkembangan tersebut. Oleh itu, kita jangan memaksa kanak-kanak melakukan
sesuatu yang tidak sampai tahap perkembangan mereka.
Robert Havighurst menerangkan konsep tugas dalam teori perkembangannya. Menurut
beliau, pada setiap peringkat perkembangan, manusia ada tugas yang perlu dicapai.
Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan membawa kebahagiaan
kepada individu manakala kegagalan dalam

menyempurnakan tugas tersebut akan

menyebabkan individu mengalami masalah dalam tugasan-tugasan berikutnya. Beliau juga


percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai, norma
dan budaya masyarakat.

Setiap kategori tugasan yang timbul adalah akibat daripada kematangan fizikal,
perkembangan peribadi dan keperluan masyarakat. Kematangan fizikal merujuk kepada aksiaksi berjalan, bercakap, akil baligh, tarikan seks dan kesan-kesan monopos. Perkembangan
fizikal pula merujuk kepada perkembangan keperibadian, nilai-nilai, pembinaan konsep kendiri,
harga diri serta kemahiran untuk berjaya dalam kerjaya. Keperluan masyarakat merujuk kepada
proses membina tanggungjawab kepada masyarakat.
Berdasarkan Teori Perkembangan Erik Erikson, manusia berpotensi mengalami
perkembangan psikologi yang sihat dan mampu mengatasi kesulitan mengikut masa dan
pringkat perkembangan tertentu. Terdapat lapan peringkat perkembangan emosi manusia yang
dikaji oleh Erik Erikson. Setiap peringkat akan timbul tingkah laku positif dan negatif yang
membawa masalah penyelesaian psikologikal kerana konflik emosinya.
Kohlberg terkenal dengan teori perkembangan moralnya melalui kajian yang telah
dijalankan di Pusat Havard untuk Pendidikan Moral. Teori yang dikemukakan oleh beliau ialah
lanjutan daripada Teori Jean Piaget. Menurut Kolhberg, pada tahap perkembangan tertentu,
kanak-kanak akan mempelajari apa yang betul dan apa yang salah. Dia juga akan
memperaktikkan kebaikan, kejujuran, kesetiaan, kepatuhan dan pelbagai jenis aspek moral
yang lain, walaupun beliau tidak mengetahui maksud moral yang sebenar.
Teori

perkembangan

Lawrence

Kohlberg

berfokus

kepada

peringkat-peringkat

perkembangan moral dalam setiap individu. Lawrence Kohlberg menekankan bahawa individu
berbeza membuat penaakulan tentang pendedahan dan dan perkembangan moral masingmasing.
Peringkat perkembangan moral bersifat hierarki, berstruktur, bersistematik, dan tidak
berbalik. Apabila individu berada pada peringkat yang lebih tinggi bermakna dia telah melalui
peringkat moral yang lebih rendah. Cara seseorang menganalisa menginterpretasikan serta
membuat keputusan merupakan perkara yang sangat penting dalam perkembangan moral
secara keseluruhannya.
Teori Piaget dianggap sebagai teori perkembangan kognitif yang lebih menyeluruh
walaupun ada yang masih menyoal dan tidak menyetujuinya.Teori ini ada pada dasarnya telah
menjadi menjadi asas dan pengaruh kepada teori dan penyelidikan yang selanjutnya. Piaget
mengemukakan idea tentang pembentukan konsep kanak-kanak dan kecerdasan dengan

mencadangkan

bahawa

penyelidik-penyelidik

dapat

belajar

mengikut

kemampuan

perkembangan intelek yang didalami oleh kanak-kanak dengan berterusan. Pemerhatian beliau
terhadap kanak-kanak secara berterusan termasuk pemeriksaan terhadap kesilapan anak-anak
sendiri, maka beliau merumuskan bahawa wujud sistem logikal yang mudah dan teratur yang
mendasari pemikiran kanak-kanak. Menurut piaget, sistem-sistem ini adalah berbeza-beza
daripada sistem logikal yang digunakan oleh orang dewasa. Untuk memahami perkembangan,
sistem-sistem ini seharusnya didefinisikan dan dibahagi mengikut ciri-ciri yang tersendiri. Piaget
percaya fungi kecerdasan adalah untuk membanu menyesuaikan diri (adaptasi) kanak-kanak
terhadap persekitaran.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada 5 aspek
iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula adalah
berasakan kepada 2 faktor yang utama iaitu

dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor

persekitaran.

BAKA (NATURE)
Baka ialah pewarisan keturunan. Ianya juga dianggap sebagai perhubungan genetik di
antara generasi manusia.
Pengaruh genetik atau baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini
sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel(1822-1889). Menurut Ee Ah Meng (2005)
baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen.
Amran Schienfed mengatakan bahawa baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan
anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga .

Faktor baka (nature) lebih dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang
menentukan baka atau ciri keturunan. Kedudukan nukleoprotein terletak di atas lokus
kromosom, yang berupa benang halus yang terdapat dalam nukleus sel sperma (jantan) juga
sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengadungi bahan DNA dan RNA dan masingmasing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Gen akan memberi sifat unik
kepada setiap manusia. Tidak dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan individu
dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut. Sebagai contoh ialah saiz badan, ketinggian
4

dan

rambut.

PERSEKITARAN (NURTURE)
Menurut Kamaruddin Hj Husin (1998), Normal L Munn telah mengatakan persekitaran
ialah segala benda yang ada di sekeliling unit-unit kebakaan. Sementara itu W. Edgar Vinacke
mengatakan persekitaran adalah segala kuasa yang kompleks yang boleh mempengaruhi
tingkah laku individu. Menurut Amram Schienfield, persekitaran merujuk kepada luaran individu
dan faktor bakanya yang bermula daripada peringkat persenyawaan.Faktor ini merujuk kepada
keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Secara umumnya, faktor persekitaran ini
terbahagi kepada dua kategori iaitu:
a) Kategori Pralahir
Antaranya faktor yang mempengaruhi bayi ketika berasa dalam kandungan ialah faktor
usia.

Usia ibu yang lanjut boleh mengakibatkan kecacatan mental bayi atau tahap

kecedasannnya kurang. Faktor kedua ialah faktor pemakanan. Semasa mengandung ibu
perlulah menjaga pemakanan kerana makanan yang seimbang akan menjamin kesihatan dan
pertumbuhan yang normal setelah bayi dilahirkan. Begitu juga dengan emosi ibu ketika
mengandung.

Ibu

yang

berada

dalam

keadaan

tertekan,

takut

dan

sebagainya

berkemungkinan melahirkan bayi yang kurang sihat. Antara lain, penggunaan dahah turut
mengakibatkan bayi terjejas dan kemungkinan juga akan mengalami kecacatan. Pendedahan
kepada x-ray yang berlebihan juga boleh mengakibatkan bayi cacat jasmani dan mental.
b) Kategori Selepas Lahir
Kategori di mana bayi sudah dilahirkan. Keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi,
kebudayaan, guru dan sekolah dan banyak lagi merupakan faktor perkembangan kanak- kanak
selepas lahir. Perbezaaan gaya hidup sesebuah institusi keluarga seperti suasana rumah,
makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga akan melahirkan individu yang mengikut
perbezaan kadar perkembangannya. Keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang
baik akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana
keluarga ini berupaya memberi makanan yang berzat dan seimbang serta kemudahan
pendidikan yang sempurna kepada anak-anak. Gaya hidup yang sihat yang diamalkan oleh
setiap ahli keluarga seperti sentiasa menjaga kesihatan, bersenam, tidak merokok akan

membentuk sebuah keluarga yang proaktif dan sempurna.Selain itu, faktor pemakanan juga
turut mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

ANALISIS FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN FIZIKAL,


SOSIAL DAN PERSONALITI KANAK-KANAK YANG DIPILIH DAN KAITKAN
DENGAN LATAR BELAKANG KELUARGA

Pada 20 Ogos yang lepas, saya telah membuat kerja lapangan iaitu pergi ke SK IPG untuk
membuat pemerhatian terhadap dua orang kanak-kanak yang mempunyai latar belakang yang
berbeza. Saya telah mengumpul dari aspek latar belakang keluarga, fizikal, sosial dan
personaliti.
Pelajar pertama saya pilih adalah berlatarkan keluarga yang agak susah berbanding
dengan kanak-kanak kedua yang saya pilih. Saya mendapati kanak-kanak ini dari golongan
susah kerana ayahnya merupakan seorang pengawal keselamatan manakala ibunyaa sebagai
suri rumah sahaja. Di samping itu, kanak-kanak ini mempunyai adik beradik yang ramai iaitu 5
orang. Saya mendapati kanak-kanak ini kurus kerana tidak cukup makan. Berat pelajar ini
adalah 20kg dan tinggi adalah 119cm. Ini membuktikan lagi apabila saya menyukat BMI pelajar
ini dan mendapat kanak-kanak ini di bawah paras normal dengan kata lain kurus. Biarpun
berlatarbelakangkan keluarga susah, tidak menjadi masalah bagi pelajar ini untuk bergaul
dengan rakan-rakan yang lain disebabkan dia merupakan seorang yang hyperaktif. Personaliti
kanak-kanak ini agak pendiam di dalam kelas kerana pelajar ini menumpukan perhatiannya
terhadap sesi pembelajaran di sebabkan ingin mengubah nasib keluarganya supaya menjadi
keluarga senang.
Pelajar kedua yang saya pilih berlatarbelakangkan keluarga senang kerana bapanya
merupakan seorang pensyarah dan ibunya pulak merupakan jururawat. Dapat disimpulkan
pelajar ini lengkap dari segala keperluan pelajaran sekolah kerana keluarganya mampu
membeli keperluan sekolah. Lihat dari segi bentuk badan, boleh dilihat agak berisi dan berat
badan juga agak berat dari pelajar pertama tadi iaitu 31kg dan tinggi 122cm. Bila dilihat melalui
BMI didapati pelajar ini menghampiri paras atas normal iaitu hampir obes. Pelajar ini juga turut
mudah bergaul dengan pelajar lain sama macam pelajar pertama tadi. Walau bagaimanapun,
personaliti pelajar pertama dan kedua amat berbeza. Pelajar pertama boleh dianggap pendiam
dan pelajar kedua ini amat bising apabila di dalam kelas. Pelajar ini telah diberkikan
6

kesenangan menyebabkan ia lupa pelajaran amat penting. Pelajar ini juga menggangu pelajar
lain ketika proses pembelajaran.

RUMUSAN

Kesimpulannya tahap perkembangan kanak-kanak adalah berbeza dari pelbagai sudut


seperti fizikal, kognitif, afektif dan psikologi, dan sosial walaupun masing-masing melalui
peringkat pertumbuhan yang sama. Pertumbuhan dan perkembangan seseorang kanak-kanak
juga di pengaruhi oleh peranan ibu bapa atau guru. Ibu bapa atau guru seharusnya seiring dan
bekerjasama dalam merancang sesuatu perkara bagi membantu pencapaian pertumbuhan
kanak-kanak secara optimum supaya tahap perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak
berkembang seiring. Ibu bapa atau guru perlu menyediakan keperluan yang baik bagi
membantu kanak-kanak dalam pertumbuhan dan perkembangan mereka. Semua keperluan
dan kepentingan terhadap kanak-kanak adalah saling berkaitan. Penyediaan terhadap
keperluan dalam mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan seseorang kanak-kanak
haruslah perlu dititikberatkan dari aspek keselamatan dan kualiti sesuatu perkara agar perkara
tersebut memberi kepentingan kepada kanak-kanak tersebut.
Selain

itu,

faktor

persekitaran

juga

mempengaruhi

tahap

pertumbuhan

dan

perkembangan kanak-kanak. Jika baik persekitaran yang dibina maka pertumbuhan dan
perkembangan seseorang kanak-kanak juga baik. Namun jika persekitaran yang dibina ke arah
pembentukan yang negatif maka akan mempegaruhi corak pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak.
Secara jujurnya teori perkembangan perlu difahami oleh guru kerana sedikit sebanyak
memberi panduan kepada guru tentang perkembangan yang dilalui oleh seseorang kanakkanak dan setiap kanak-kanak adalah berbeza dari segi perkembangan kognitif dan fizikal yang
kemungkinan dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti baka, persekitaran, makanan,
kecerdasan dan sebagainya.

LAMPIRAN

BIBLIOGRAFI
BUKU
Alderfer, C. (1972). Existence, relatedness, & growth. New York: Free Press.
Mok Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Rohaty Mohd. Majzub (1992), Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru, Kuala Lumpur:
Fajar Bakti.

INTERNET
http://www.slideshare.net/ShanShanHon/pra3105. Akses pada 17 Ogos 2015.
http://www.slideshare.net/PingalanGejandran/konsep-perkembangan-kanak. Akses pada 22
Ogos 2015.

You might also like