You are on page 1of 1

JURNAL 2 : PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Pada bahagian awal jurnal ini menyatakan tentang konsep perkembangan kanak-
kanak mengikut beberapa pendapat tokoh. Antaranya pendapat daripada Karl E.
Garrison dalam Azlia Abu Bakar. (2005), iaitu perkembangan terhasil daripada
tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.
Semua perkembangan itu sama ada berbentuk struktur, kemahiran tingkah laku
ataupun sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan bersifat sejagat.
Selain itu juga, penulis memetik pendapat Crow (1980) dalam Mohd. Sharani
Ahmad. (2005), perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta
cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.

Penulis juga menekankan tentang empat prinsip utama dalam perkembangan


kanak-kanak iaitu pertama, proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Prinsip
kedua, perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada
keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Seterusnya, penulis menyatakan
bahawa pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara
berterusan. Prinsip terakhir ialah corak dan aturan perkembangan adalah hampir
sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu.

Akhir sekali, penulis menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak


dipecahkan kepada lima aspek iaitu aspek jasmani, kognitif (pemikiran), emosi,
sosial dan rohani mengikut kajian ahli psikologi,. Kelima-lima aspek ini pula adalah
berasaskan atau dipengaruhi oleh dua faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh
faktor baka dan faktor persekitaran. Penulis menyatakan bahawa faktor pertama
iaitu faktor baka ialah daripada DNA (maklumat gen) daripada ibu bapa kanak-
kanak sendiri. Seterusnya, faktor persekitaran iaitu tempat tinggal, asuhan ibu bapa
atau penjaga, tempat belajar, aktiviti sosial, pergaulan, dan sebagainya juga
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak tersebut. Dalam erti kata yang lain,
kanak-kanak akan berkembang dengan lebih baik sekiranya ibu bapa bijak
mewujudkan faktor persekitaran yang baik buat anak mereka.

You might also like