You are on page 1of 4

Perubahan dan Perkembangan Selepas Akil Baligh

SIAPAKAH REMAJA ?

Dalam istilah Bahasa Inggeris , Remaja sebagai adolescence yang diambil bahasa Latin, iaitu adolescere yang bermaksud"to grow up" atau "to grow to maturity." Ahli psikologi berpendapat bahawa zaman remaja adalah tempoh peralihan antara zaman kanakkanak dengan zaman dewasa. Remaja adalah satu jangka masa pertumbuhan dan perkembangan. Secara keseluruhannya, remaja berkembang dengan bentuk tubuh yang mengalami pertumbuhan, terutamanya dari segi : o Bentuk badan o Ketinggian o Otot o Bulu roma o Suara o Ciri-ciri sekunder seks

Remaja mula mengurangkan pergantungan kepada ibubapa, terutamanya dalam hal peribadi mereka. Remaja lebih suka untuk berbincang dan menjalin hubungan yang akrab dengan rakan sebaya. Blair Jones & Simson (1991) menyatakan bahawa pembelajaran sosial kanak-kanak adalah berasaskan pembelajaran social dalam keluarga, tetapi pada peringkat remaja, pembelajaran sosial tersebut adalah diluar kawalan orang dewasa.

Ciri-ciri Remaja

Antara ciri-ciri remaja yang dihuraikan oleh Shertzer & Stone (1992):

* Masa remaja ialah zaman peralihan antara kanak-kanak dengan dewasa

* Wujudnya kematangan jasmani dan jantina yang selunya dikaitkan dengan proses baligh

* Masa remaja sering dikaitkan dengan mencari kebebasan emosi, sosial dan ekonomi.

* Remaja juga selalu menunjukkan perasaan ingin tahu yang lebih menyeluruh terhadap diri mereka dan alam sekeliling.

Perubahan Fizikal

Perubahan yang pasti berlaku semasa peralihan dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja ialah perubahan susuk badan, iaitu daripada tidak mempunyai bentuk sehinggalah susuk badan dan perwatakan menyerupai orang dewasa. Beberapa perubahan fizikal dan fisiologikal

berlaku semasa baligh dan perubahan ini membuka lembaran baru dari alam kanak-kanak ke alam remaja.

Baligh :

* Biasanya dikaitkan dengan bermulanya seseorang perempuan mendapat haid hasil daripada tindak balas "hormon progesteron". * Bagi remaja lelaki pula, baligh berlaku apabila hormon testeron mula menghasilkan sel sperma, iaitu seawal 12-13 tahun. * Kanak-kanak perempuan selalunya akan mencapai umur baligh lebih awal daripada kanakkanak lelaki, iaitu pada umur 9-10 tahun

Perubahan fizikal yang agak ketara adalah seperti:

a) Perubahan bentuk badan. b) Bentuk badan lelaki lebih tegap daripada wanita. c) Remaja perempuan akan mengalami pertumbuhan buah dada dan punggung yang membesar serta pertumbuhan tulang punggung (pelvic) yang melebar.

d) Remaja lelaki akan mendapati pertumbuhan misai dan suara yang menjadi agak kasar. e) Pertumbuhan bulu di kawasan kemaluan dan ketiak.

* Tidak semua remaja bersedia untu menghadapi zaman remaja yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Hal ini kerana remaja juga menghadapi maalah menerima bentuk tubuh yang baru.

* Bagi remaja perempuan, pengalaman haid yang pertama mungkin suatu pengalaman yang tidak menyeronokkan, tetapi ada juga yang ternanti-nanti masa kedatangan haid yang pertama mereka.

* Ada juga yang mengalami kesakitan semasa haid. Begitu juga dengan perkembangan buah dada, punggung serta pertambahan berat badan yang memberi kesa kepada psikologi mereka.

* Zaman remaja adalah satu zaman pergolakkan emosi yang di sebabkan oleh tekanan dan ketegangan yang begabung semasa mencapai kematangan seksual dan fizikal.

* Namun, bukan semua remaja ini dapat menerima perubahan yang berlaku ke atas dirinya. Pada peringkat permlaan, ada remaja perempuan yang agak malu apabila mendapati buah dadanya membesar. Begitu juga remaja lelaki yang menunjukkan perubahan suara yang bertukar menjadi garau dan berasa tidak selesa serta merasa akan ditertawakan oleh rakan-rakan mereka.

* Namun demikian, jika perubahan bentuk fizikalnya agak lambat berlaku, seseorang remaja tu boleh berasa tertekan. Contohnya, jika kebanyakkan pelajar wanita di dalam kelasnya telah menunjukkan ciri keremajaan, seperti pertambahan berat badan dan mempunyai buah dada yang sedang membesar, sedangkan remaja tadi masih belum merasai perubahan seperti yang dialami oleh rakan-rakan lain, dia mula berasa terasing daripada kawan-kawannya.

* Terdapat kumpulan remaja yang terlalu mudah mempersendakan atau mengasingkan rakan

sebaya yang mempunyai kecacatan fizikal atau yang keadaan tubuhnya berlainan daripada biasa.

* Perubahan hormon di dalam badan juga menyebabkan jerawat tumbuh di muka para remaja.Jerawat yang tumbuh memberi kesan kepada psikologi kerana remaja merasakan wajah mereka tidak cantik atau tidak menarik.

* Di samping itu, sekiranya jerawat ini tidak di jaga dengan baik, ia akan meninggalkan parut untuk jangka masa yang panjang. Keadaan ini akan memberi tekanan kepada dir remaja. Seperti yang telah dinyatakan, jerawat adalah akibat daripada pertukaran hormon badan yang amat kompleks, maka masalah ini sememangnya tidak dapat dielakkan.

Secara ringkasnya, pertumbuhan fizikal remaja adalah dalam kadar sederhana, iaitu tidak terlalu pesat seperti pada zaman bayi dan kanak-kanak. Perubahan fizikal juga mampu mempengaruhi emosi dan psikologi remaja, di mana zaman inilah yang menjadi penentu masa depan dan kehidupan diri mereka.

Perubahan Mental

You might also like