You are on page 1of 10

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT (PBSS) Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama Kementerian

Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter. Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.

Rasional Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) adalah berdasarkan rasional berikut : Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang diselaraskan di bawah satu program bersepadu. Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel , inovatif dan kreatif serta menjurus kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa. Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan perlu

Satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu. Berdasarkan pernyataan di atas PBSS perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai di setiap sekolah. Ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti

Matlamat Melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara. Matlamat PBSS juga untuk mewujudkan budaya hidup sihat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.

Objektif 1. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih,indah, selamat dan ceria. 2. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum. 3. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah. 4. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan. 5. Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.

Pelaksanaan Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pentandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantumempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa Program bersepadu Sekolah sihat telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-Royong Ria dengan kerjasama komuniti setempat termasuk PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan yang akan dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan `fogging` atau menyembur asap di sekitar sekolah.

HASIL DAPATAN PEMANTAUAN

1. Longkang

Didapati longkang disekitar sekolah tidak dibersihkan dengan baik dan terdapat lumut. Terdapat longkang yang airnya bertakung.

Cadangan Tugas membersihkan longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan aliran air yang melalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu sebagai satu usaha untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi kesan kepada murid-murid dan warga sekolah yang lain.

2. Kolam

Hasil pemantauan kolam ikan didapati bahawa air kolam yang tidak bersih dan berlumut. Kawasan persekitan kolam ikan juga tidak ceria dan selamat. Memandangkan kawasan kolam juda berdekatan dengan kantin, maka kawasan ini merupakan kawasan tumpuan murid semasa waktu rehat.

Cadangan Kedudukan kolam ikan yang berada di hadapan sekolah iaitu pintu masuk ke blok kelas dan pejabat merupakankawasan tarikan bagi pelajar dan pelawat yang datang ke sekolah ini. Melalui kerja gotong-royong di kawasan kolam ini, ibu bapa, guru-guru dan para pelajar akan membersihkan kolam dan kawasan di sekitarnya.

3. Bendera dan koridor bangunan

Keadaan tiang bendera yang telah berkarat dan koridor bangunan yang tidak ceria dan susunan pasu bunga yang tidak terurus. Di kawasan koridor juga terdapat banyak sampah dan keadaan simen yang banyak berlubang boleh mendatangkan bahaya kepada murid-murid.

Cadangan Bagi yang membersihkan di kawasan ini, mereka akan membersihkan sampah disekitar koridor bangunan sekolah. Seterusnya di kawasan bendera, di bahagian tapaknya perlu disimenkan untuk mengukuhkan kedudukan tiang bendera dan juga perlu dicat.

4. Mengecat dan Memasang dan membaiki pintu-pintu kelas dan tandas. Kebanyakkan pintu kelas dan juga tandas telah rosak. Masalah ini juga boleh mendatangkan bahaya kepada murid-murid. Pintu juga banyak yang sudah pudar catnya dan kawasan persekitarannya yang tidak ceria.

Cadangan Bagi memberikan kesan keceriaan pada sekolah, di bahagian perhiasan pokok bunga di sekitar pondok keselamatan dan sekitar sekolah akan dicat menggunakan warna-warna yang terang. Selain itu, papan tanda yang telah ditempah akan dipasang di kawasan pintu masuk sekolah dan pejabat.

5. Kantin

Kantin sekolah merupakan tempat tumpuan murid semasa waktu / rehat. Kantin sekolah yang ceria dan selasa boleh memberikan suasana yang tenang bagi murid-murid menghabiskan waktu rehat mereka untuk makan dan minum. Semasa pemantauan dan penilaian dibuat didapati kantin sekolah tidak kelihatan ceria dan lantai yang tidak bersih. Terdapat juha air kolam yang bertakong dalam longkang dan ini menyebabkan longkang kelihatan kotor dan berlumut.

Cadangan Kawasan kantin perlu diceriakan dengan meletakkan alas meja yang bersih, menampal poster-poster berkaitan dengan kesihatan. Longkang dan lantai juga perlu dibersihkan. Memastikan pekerja kantin sentiasa mematuhi peraturan penyediaan makanan dan memastikan keadaan dapur sentiasa bersih dan tersusun.

6. Taman Herba

Kawasan ini dijadikan Taman Herba. Namun, disebabkan penjagaan yang kurang rapi menyebabkan banyak pokok telah mati dan pasu-pasu bunga juga banyak yang pecah. Taman ini perlu dibaik pulih dengan membuat penyusunan semula dan menanam pokok-pokok herba baru. Pokok-pokok juga banyak yang tidak berlebal .

Cadangan Menyusun semula pasu-pasu dan mengantikan pasu yang telah pecah. Menambah koleksi pokok herba. Mengembur dan membubuh baja. Melebal pokok herba agar dapat dikenali oleh murid-murid.

7. Pondok Ilmu

Pondok Ilmu merupakan salah satu tempat untuk murid berehat sambil membaca bukan dan bahan-bahan yang diletakkan di pondok tersebut. Semasa pemantauan dibuat, didapati pondok ini telah ceria. Di mana, banyak poster yang telah tercabt dan terkoyak. Bahan bacaan juga tidak tersusun dan bayak yang koyak. Pondok ini perlu dibaik pulih dengan mengecat dan menggantikan kayu lantai yang telah patah.

Cadangan Menambah koleksi bacaan di pondok tersebut. Mengecat dan membaiki kayu yang sudah patah. Menampal poster-poster baru. Menceriakan pondok dengan meletakkan hiasan seperti pokok bunga.

Rumusan

PBSS hendaklah melibatkan seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat. Dalam pelaksanaan PBSS, pendidikan kesihatan hendaklah dilaksanakan secara formal atau tidak formal. Di samping itu, warga sekolah hendaklah sentiasa mengamalkan amalan kesihatan yang baik.Warga sekolah hendaklah memainkan peranan masing-masing supaya PBSS dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan berkesan. Jawatankuasa PBSS di peringkat sekolah dianggotai oleh guru-guru dan pasukan kesihatan. Jawatankuasa ini perlu merancang aktiviti dan program dari semasa ke semasa untuk mencapai matlkamat yag telah ditetapkan. PBSS juga akan menjadi teraju utama dalam mencapai cita-cita warisan budaya negara. Setiap warga sekolah bertanggungjawab mempastikan agar PBSS dihayati. Melalui PBSS ini diharap akan lahir masyarakat yang mengutamakan kesihatan dalam setiap aspek.

10

You might also like