You are on page 1of 12

Tatacara keselamatan dan penggunaan kantin dibuat bertujuan untuk menjaga keselamatan pelajar daripada kecederaan dan penyakit

yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan serta fizikal murid. Kantin yang bersih akan memberikan keselesaan kepada warga sekolah khususnya pelajar untuk makan dan rehat di kantin. Semua warga sekolah juga akan berasa selamat semasa berada di kantin sekolah.

Tatacara Am
Sentiasa menjaga kebersihan kantin. Buangkan sisa makanan di dalam tong yang disediakan. Meletakkan pinggan dan gelas yang digunakan di dalam bekas yang disediakan. Sentiasa menjaga disiplin ketika membeli makanan dan minuman. Membuang pembungkus makanan ke dalam tong sampah yang disediakan. Menutup pili air setelah digunakan. Menutup suis kipas dan lampu sebelum meninggalkan kantin

Tatacara Murid
Murid dibenarkan ke kantin hanya di waktu rehat dan sebelum loceng pertama berbunyi. Murid hendaklah berbaris semasa membeli makanan. Semua murid dikehendaki menjaga kebersihan kerusi dan meja kantin. Semua murid dilarang berebut-rebut dan bising semasa membeli makanan. Semua murid dilarang membeli di tempat lain selain di kantin semasa berada di sekolah. Ketika membeli makanan semasa rehat, pelajar dikehendaki beratur dengan tertib dan mengikut arahan pengawas yang bertugas di kantin. Pelajar-pelajar dikehendaki duduk ketika minum dan makan di kantin. Jangan tinggalkan sebarang jenis pembalut makanan atau baki makanan di atas meja atau di tempat mencuci tangan/sinki. Masukkan segala jenis pembalut makanan dan baki makanan ke dalam tong sampah yang disedikan di kantin. Pinggan, sudu, cawan, botol dan apa sahaja peralatan kantin yang digunakan oleh pelajar hendakalah diletakkan di dalam bekas yang disediakan. Pelajar dilarang membeli makanan di luar ketika waktu rehat. Pelajar dilarang masuk ke dalam dapur kantin. Pelajar tidak dibenarkan menjual sebarang bentuk makanan atau minuman. Pelajar tidak dibenarkan masuk atau makan dan minum ruangan guru.

Tatacara Guru
Sentiasa memastikan murid menjaga kebersihan. Memastikan murid makan ditempat yang disediakan Memastikan murid beratur ketika membeli makanan dan minuman. Memastikan murid tidak berebut dan menjerit ketika membeli makanan. Memastikan pekerja kantin sentiasa menjaga kebersihan diri dan makanan yang dijual. Membuat laporan sekiranya pekerja kantin tidak mengikut peraturan kantin yang telah ditetapkan.

Sjk(t) bandar baru salak tinggi, 43900 Sepang, Selangor darul ehsan.

Tatacara Keselamatan dan Peraturan di Kantin


Tatacara keselamatan dan penggunaan kantin dibuat bertujuan untuk menjaga keselamatan pelajar daripada kecederaan dan penyakit yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan serta fizikal murid. Guru dan pengawas yang dilantik akan bertindak sebagai pemerhati dan petugas yang akan melaksanakan peraturanperaturan dan tatacara keselamatan dan penggunaan kantin. Kantin yang bersih mencerminkan warga sekolah yang sentiasa ceria dan berbudi pekerti mulia.

Tatacara Am
Sentiasa menjaga kebersihan kantin. Buangkan sisa makanan di dalam tong yang disediakan. Meletakkan pinggan dan gelas yang digunakan di dalam bekas yang disediakan. Sentiasa menjaga disiplin ketika membeli makanan dan minuman. Membuang pembungkus makanan ke dalam tong sampah yang disediakan. Menutup pili air setelah digunakan. Menutup suis kipas dan lampu sebelum meninggalkan kantin.

Tatacara Murid
Sentiasa menjaga kebersihan kantin dan tempat makan. Sentiasa makan di tempat yang disediakan. Sentiasa beratur ketika membeli makanan dan minuman. Jangan berebut-rebut ketika membeli makanan dan minuman. Jangan menjerit-jerit ketika membeli makanan. Jangan bercakap ketika makan. Basuh tangan sebelum makan. Sentiasa membuang sisa makanan dan pembungkus makanan ke dalam tong sampah yang disediakan. Pastikan pili air ditutup selepas membasuh tangan. Dilarang masuk ke ruang makan guru. Sentiasa mematuhi arahan guru atau pengawas bertugas. Jangan berlari di dalam kantin.

Tatacara Guru
Sentiasa memastikan murid menjaga kebersihan. Memastikan murid makan ditempat yang disediakan Memastikan murid beratur ketika membeli makanan dan minuman. Memastikan murid tidak berebut dan menjerit ketika membeli makanan. Memastikan murid membuang sisa makanan ke dalam tong sampah yang disediakan. Memastikan murid menutup pili air selepas membasuh tangan. Memastikan murid sentiasa mematuhi arahan pengawas bertugas. Memastikan murid tidak berlari di dalam kantin.

SEKOLAH KEBANGSAAN JENDERAM HILIR, 43800 DENGKIL, SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

You might also like