You are on page 1of 4

GARIS PANDUAN PENJUALAN MAKANAN DI KANTIN SEKOLAH

Peranan Guru / Sekolah.

1. Memastikan Senarai Makanan Dan Minuman Yang Boleh Dijual, Tidak Digalakkan Dan Di
Larang Dipatuhi Sepanjang Masa.
2. Memastikan Kandungan Kalori Dalam Semua Makanan Dan Minuman Dipamerkan Oleh
Pengusaha Kantin.
3. Menjalankan Pemantauan Secara Berkala ( setiap minggu ) Dan Memaklumkan Kepada Pihak
Pengurusan Sekolah Jika Terdapat Sebarang Ketidakpatuhan.
4. Memberi Nasihat Penambahbaikan Kepada Pengusa Kantin Berdasarkan Pemantauan Yang
Telah Dijalankan.
5. Membimbing Pengusaha Kantin Di Dalam Menyediakan Makanan Yang Sihat Berdasarkan
Piramid Makanan.
6. Memastikan Pengusaha Kantin Menyediakan Hidangan mengikut Panduan Hidangan Sihat
Seperti Di Laman Sesawang www.infosihat.gov.my
7. Memastikan Pematuhan Kepada Garis Panduan Di dalam Syarat Kontrak Perjanjian seperti
Markah Pemeriksaan Melebihi 75%, Sijil Pengendali Makanan Diiktiraf Oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia, Mempunyai Sijil Vaksinasi/ Tifoid Dan Sijil Latihan Katering Sihat.
8. Memastikan Laporan Pemantauan Dihantar ke Unit HEM, JPN sebelum 5hb setiap bulan.
PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

• Jawatankuasa Kantin Sekolah.


Pengerusi : Pengetua / Guru Besar
Naib Pengerusi : GPK HEM
Setiausaha : Guru Kantin.
AJK : GPK Pentadbiran
GPK Ko Kurikulum
Penyelia Petang
Wakil Guru
Wakil PIBG
Wakil Staf Sokongan
Wakil Murid.

Peranan JK :
1. Membantu Pengetua / Guru Besar Dalam Usaha Membuat Perancangan, Pelaksanaan Dan
Penilaian Berkaitan Dengan Pengurusan Kantin.
2. Menerima Dan Menyampaikan Maklum Balas Dan Cadangan Daripada Pihak Murid, Guru,
Staf Sokongan, Ibubapa Kepada Pengetua / Guru Besar Tentang Pengurusan Kantin.
3. Menjalankan Pelbagai Aktiviti Pendidikan Dan Kempen Yang Berkaitan Dengan Kantin.
4. Memastikan Pelaksanaan Program Kendiri Kantin Sekolah Dilaksanakan Dengan Baik.
• Tanggungjawab Pengetua / Guru Besar
Memastikan :
1. Kantin Sentiasa Selamat, Bersih Dan Ceria.
2. Semua Kemudahan Di Kantin Sentiasa Bersih, Selamat Dan Berfungsi.
3. Peraturan-Peraturan Yang DiSediakan DiPatuhi.
4. Setiap Kes Yang DiSyaji Keracunan Makanan Hendaklah DiAmbil Tindakan Segera.
5. Kandungan Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat DiPatuhi.
6. Pengusaha Kantin Menyediakan Makanan Bermasak Di Kantin.
7. Pengusaha Kantin Mengambil Kira Kepentingan Agama Pelanggan Apabila Menyedia Serta
Menyimpan Makanan Dan Minuman.
• Tanggungjawab Jawatankuasa Kantin Sekolah
Memastikan :
1. Kebersihan Kemudahan, Alat Kelengkapan Dan Kawasan Persekitaran Kantin.
2. Kebersihan, Mutu, Khasiat Dan Keselamatan Makanan Dan Minuman Yang DiJual.
3. Harga Berdasarkan Perjanjian.
4. Keselamatan Di Kantin Sekolah.
5. Kesopanan, Kebersihan Dan Kesihatan Pengendalian Makanan.
6. Menyediakan Laporan Harian Kantin Dan Program Kendiri Kantin Sekolah.
7. Murid Sentiasa Berdisiplin, Bersopan Santun Dan Mengamalkan Budi Pekerti Yang Baik
Semasa Di Kantin.
8. Makanan Dan Minuman Yang DiJual Mencukupi.
9. Kantin DiKendalikan Dengan Cekap Dan Efisien.
• Tanggungjawab Pengusaha Kantin
Memastikan :
1. Pekerja Adalah Warganegara Malaysia Berumur 18 Tahun Ke Atas.
2. Lesen Perniagaan Yang Sah DiPerolehi Daripada Pihak Berwajib.
3. Perjanjian Dengan Pihak Sekolah Dipatuhi.
4. Amalan Kebersihan, Kesihatan Dan Keselamatan Di Kantin Sentiasa Dititikberatkan.
5. Akta Makanan 1983 Dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 Dan Peraturan LainPengurusan
Kantin Sekolah Yang Berkuatkuasa Wajib Dipatuhi.
6. Makanan Yang DiJual Sentiasa Bersih, Bermutu, Berkhasiat Dan Selamat.
7. Pengendali Makanan Telah Menjalani Pemeriksaan Kesihatan, Menghadiri Kursus
Pengendalian Makanan Dan Dalam Keadaan Sihat.
8. Pengendali Makanan Mengamalkan Tabiat Yang Sihat Semasa Bertugas.
9. Bangunan Kantin, Kemudahan Lain Dan Kawasan Persekitaran Sentiasa Dalam Keadaan
Bersih, Ceria Dan Selamat.
10.Pengendali Makanan Sentiasa Berbudi Bahasa Semasa Melayan Pelanggan.
11.Makanan Bermasak Disediakan Di Kantin Sekolah.
12.Kantin Tidak Dijadikan Tempat Kediaman.
13.Tidak Memelihara Haiwan Atau Berkeliaran Di Kawasan Kantin.
14.Kantin Dikendalikan Dengan Cekap Dan Efisien.
15.Kepentingan Agama Pelanggan Diambilkira Semasa Membuat Persediaan Dan Menyimpan
Makanan Dan Minuman.
16.Menjual Hanya Makanan Dan Minuman Halal.
17.Pengendali Makanan Telah Diakui Sihat Oleh Pegawai Perubatan.
18.Semua Pengendali Makanan Berpakaian Sopan, Lengkap Dan Bersih.
19.Pengendali Makanan Menjaga Kebersihan Diri Dan Mengelakkan Amalan-Amalan Yang Boleh
Menyebabkan Pencemaran Terhadap Makanan Dan Minuman.
20.Menjual Makanan Yang Bersih, Bermutu, Berkhasiat Dan Selamat.
21.Semua Pengendali Makanan Telah Diberi pelalian Typhoid Dan Sihat Semasa Mengendalikan
Makanan.
22.Pengendali Makanan Telah Menjalani Kursus Pengendalian Makanan.
23.Segala Panduan Dan Peraturan Seperti Yang Terkandung Dalam Buku Panduan Pengurusan
Kantin Sekolah Dipatuhi.
24.Makanan Dan Minuman Dari Luar Yang Dijual Di Kantin Hendaklah Bersih, Berkhasiat Dan
Bermutu Serta Selamat Untuk Dimakan.
25.Maklumat Pembekal Dari Luar Hendaklah DiMaklumkan Kepada Jawatankuasa Kantin
Sekolah.
• Perolehan Penyewaan Dan Pengurusan Kantin Sekolah
• Pemeriksaan Dan Khidmat Nasihat Kakitangan Jabatan Kesihatan
JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH.

Tugas.

1. Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan kantin dan


Pekeliling Kementerian Pendidikan / Kesihatan.

2. Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual


mengikut syarat perjanjian.

3. Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut


syarat-syarat perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan.

4. Memastikan tidak ada makanan yang bahannya tidak halal seperti


minyak babi ( Iard), makanan yang menggunakan lemak binatang campuran
dalam mee dan sebagainya.

5. Memastikan penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan


bersih dan selamat serta menggunakan penyepit unuk mengambil makanan.

6. Memastikan keadaan luar dan dalam kantin sentiasa bersih,


selamat dan ceria.

7. Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan


kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang sah.

8. Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya


mudah dihubungi.

9. Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa


memakai apron, tutup kepala yang bersih dan kemas mengikut Pekeliling
Kementerian Kesihatan.

10. Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji / kain


muslin disimpan dalam bekas yang bertutup.

11. Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari


persekolahan.

12. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.

13. Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang


mencukupi, selamat dan sesuai.

14. Membuat laporan mingguan dalam buku /borang laporan kantin.

15. Menyampaikan laporan bulanan kepada Guru Besar / Penolong Kanan


HEM tentang prestasi kantin

16. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kantin 3 kali setahun dan


perbincangan dari semasa ke semasa.

17. Mengadakan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.

18. Menjadi penasihat Warden Kantin ( Sekolah berasrama sahaja )

You might also like