You are on page 1of 3

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TUKANG MASAK DAN

PENOLONG TUKANG MASAK

 Waktu bertugas ialah 8 jam sehari


 Jadual waktu atau shift bertugas ditentukan oleh Penyelia
 Mematuhi disiplin kehadiran, kelakuan dan tatatertib
 Berpakaian yang menutup aurat, apron, kasut dan bersesuaian
 Memastikan amalan kebersihan diri, mencuci tangan sebelum dan selepas menegendalikan
makanan serta selepas menggunakan tandas.
 Membersihkan peralatan kerja, tempat kerja, stor, peti sejuk beku, chiller, serta kawasan
sekeliling.
 Merujuk kepada menu untuk memastikan semua bahan telah tersedia sebelum memasak
 Menyediakan dan membersihkan bahan-bahan yang diterima dari Penyelia
 Bahan-bahan yang telah dimasak hendaklah dirasa sebelum dihidang. Bertanggungjawab
memastikan makanan tidak hangus atau mentah atau terlalu pedas.
 Bahan-bahan yang telah dimasak hendaklah disaji mengikut masa yang ditetapkan
 Sekiranya berlaku kekurangan bahan, sila maklumkan segera kepada Penyelia
 Memastikan makanan disediakan dengan betul, bersih dan berkualiti.
 Tempat meletak makanan yang dikhaskan perlulah dibersihkan setiap hari
 Sebarang kerosakan peralatan boleh diminta ganti dengan menunjukkan peralatan lama yang
telah rosak. Sekiranya hilang, tukang masak dan penolong tukang masak perlu menggantinya
 Semasa pelajar-pelajar makan, seorang tukang masak atau penolong tukang masak mestilah
menunggu dan melayani para pelajar makan secara bergilir-gilir
 Memasak untuk pelbagai majlis sama ada jamuan besar atau kecil
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penyelia

PERINGATAN :

 Dilarang mengambil atau membawa keluar sebarang bahan masakan tanpa kebenaran Penyelia
 Sila maklumkan Penyelia sekiranya sakit atau keperluan untuk ke hospital
 Tidak dibenarkan memberi pinjam kepada pelajar sebarang bentuk alat komunikasi bagi
mengelakkan tindakan disiplin ke atas pelajar atau tindakan tatatertib ke atas pekerja yang
terlibat
 “Sesungguhnya sebaik-baik pekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah,”
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA

 Memesan bahan-bahan mentah atau kering dan lain-lain keperluan dapur dari pembekal
 Mencatat dan menyemak bekalan yang diterima serta memastikan bekalan yang diterima sesuai
mengikut jumlah pesanan
 Membuat pemeriksaan (stock check) ke atas semua barang dapur setiap bulan
 Menyemak dan menyerahkan bil-bil invois dari pembekal kepada kerani pejabat untuk
pembayaran
 Menjaga inventori, alat-alat perkakas dapur dan dewan makan
 Menyediakan menu, mengurus dan memastikan makanan yang disediakan dimasak dengan baik
dan mencukupi buat semua penghuni
 Melaporkan kerosakan alat perkakas yang rosak, pecah atau hilang untuk tindakan memberi
ganti dan tambahan mengikut jumlah yang diperlukan dari masa ke masa
 Bertanggungjawab ke atas kebersihan dapur dan dewan makan
 Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pihak atasan
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAL KESELAMATAN
 Menjalankan tugas mengikut masa yang ditetapkan
 Menjaga keselamatan sekolah, harta benda serta penghuninya
 Mengawal kawasan sekolah dari dicerobohi orang luar, binatang ternakan atau binatang liar
 Meronda kawasan sekolah setiap 1 jam
 Memastikan pelawat yang masuk mencatat butiran yang perlu dalam buku pelawat
 Memastikan semua pelajar mematuhi prosedur keluar/masuk yang telah ditetapkan
 Memastikan pelajar telah mendapat kebenaran dari pihak sekolah untuk keluar/masuk pada
waktu belajar sama ada untuk ke hospital atau balik ke rumah kerana kecemasan atau urusan
keluarga yang penting
 Membenarkan pelawat masuk hanya pada waktu yang dibenarkan sahaja atau setelah mendapat
kebenaran bertulis dari pengetua pada waktu di luar waktu persekolahan

 Segera menghubungi Ketua Pentadbir atau Pengetua jika terdapat pelawat yang mencurigakan
atau hubungi pihak polis jika berlaku sesuatu yang boleh mengancam keselamatan

 Hendaklah berpakaian seragam yang kemas dan lengkap seperti yang ditetapkan oleh pihak
sekolah

 Mengawal pergerakan lalulintas berhampiran pintu masuk pada waktu-waktu berikut: (1) Jam
2.30 petang (2) Jam 5.30

 Pengawal Keselamatan yang bertugas diminta membuat laporan segera kepada pengurusan
sekolah mengenai apa jua kes yang berlaku melibatkan aspek-aspek keselamatan

 Membuat rondaan disekeliling pagar keselamatan sekolah untuk memastikan keadaan pagar
sentiasa dalam keadaan baik dan sesuai dengan piawaian keselamatan dan laporkan mengenai
apa jua kerosakan atau terdapat tanda-tanda berlakunya pencerobohan di pagar berkenaan
kepada pengurusan sekolah

 Pengawal Keselamatan bertugas berhak menghalang mana-mana orang perseorangan atau


kumpulan yang berkeadaan mencurigakan dari masuk ke kawasan sekolah

 Memerhatikan tingkah laku pelajar sepanjang hari persekolahan dan melaporkan apa jua
kegiatan salah laku yang berlaku dalam sekolah pada bila-bila masa

 Hendaklah pada setiap masa berada di tempat yang mudah dihubungi ketika bertugas dan
memberitahu pihak pengurusan sekolah jika hendak ke mana-mana atau keluar dari kawasan
sekolah

 Pengawal Keselamatan bertugas pada sebelah malam hendaklah memastikan lampu di blok-
blok tertentu dinyalakan

 Pengawal Keselamatan yang bertugas sebelah malam perlu memastikan pintu pagar utama
sentiasa dalam keadaan bertutup dan hanya membenarkan penghuni atau pelawat yang
dibenarkan untuk masuk ke dalam kawasan sekolah

You might also like