You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERMATANG TOK JAYA

Jalan Pekan Darat,


13800 Butterworth, Pulau Pinang
Tel: 04-356 4060
email: PEA2051@moe.edu.my

Hospital Kepala Batas,


Jalan Bertam 2,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang
04-579 3333 11 FEBRUARI 2020

Tuan,

MEMOHON KEPAKARAN KEMAHIRAN BANTUAN KECEMASAN

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Penyelaras Tingkatan 4 bersama Panitia Sains SMK
Permatang Tok Jaya akan menganjurkan satu Bengkel PdPc STEM: Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)
dan Heimlich Manoeuvre seperti berikut:

Tarikh : 11 Mac 2020 (Rabu)


Tempat : Dewan Gemilang,SMK Permatang Tok Jaya
Masa : 8.00 pagi – 10.15 pagi
Peserta : Murid-murid Tingkatan 4 dan Ahli PBSM (seramai 150 orang)

3. Sehubungan itu saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini dengan
membenarkan pegawai dari Hospital Kepala Batas (atau yang berdekatan) yang mempunyai kemahiran
dan pengetahuan dalam bidang berkenaan bagi berkongsi pengalaman dan juga melakukan
demonstrasi untuk murid kami sebagai sebahagian daripada pembelajaran mereka dalam mata pelajaran
Sains. Sebarang pertanyaan sila hubungi Nor Haziroh Auni binti Ibrahim di talian 018-4704725.

4. Kerjasama daripada tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………
(NOR HAZIROH AUNI BINTI IBRAHIM)
Pemyelaras sains tingkatan 4
Smk Permatang Tok Jaya
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERMATANG TOK JAYA
Jalan Pekan Darat,
13800 Butterworth, Pulau Pinang
Tel: 04-356 4060
email: PEA2051@moe.edu.my

You might also like