You are on page 1of 1

Sekolah Kebangsaan Tanah Liat

14000,Bukit Mertajam,
Pulau Pinang

No. Tel / Faks : 04-5386675


Ruj. Kami :
Tarikh : 7 APRIL
2017
Kepada :

Pengarah,
Politeknik Seberang Perai,
Jalan Permatang Pauh,
14000,Bukit Mertajam,
Pulau Pinang

Tuan,

PERMOHONAN PENGGUNAAN SEBUAH BAS UNTUK LAWATAN GURU KE SK AYER


TAWAR,PERAK

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk

2. Dimaklumkan bahawa guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SK Tanah Liat,Bukit Mertajam
dikehendaki menyertai lawatan penanda aras ke SK Ayer Tawar,Perak yang telah memenangi Johan Surau Imarah
Peringkat Kebangsaan 2016. Justeru pihak kami ingin berkongsi maklumat dan bertukar-tukar idea sebagai
persediaan untuk menyertai pertandingan Surau Imarah tahun 2017. Permohonan ini adalah mengikut ketetapan
berikut :

Tarikh : 15 April 2017


Hari : Sabtu
Masa : 7.00 pagi hingga 7.00 malam
Tempat: SK Ayer Tawar,Perak
Bilangan Peserta: 30 orang guru

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon kerjasama agar pihak tuan dapat meluluskan
permohonan pihak kami untuk menggunakan bas tersebut mengikut ketetapan di atas.

4. Segala pertanyaan boleh hubungi Pn. Norhayati Bte Ahmad,di talian 0187877496.

5. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

( EN. NASRUDDIN BIN ABD. RASHID)


Guru Besar,
SK Tanah Liat,
Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

You might also like