You are on page 1of 2

TASKA KEMAS PERDA-TECH,

NO.44, LORONG PANCHOR UTAMA 6, TAMAN PANCHOR UTAMA,


14300 NIBONG TEBAL, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG

Rujukan kami : akak boh >_<

Tarikh : 9 Februari 2023

Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan,

Polis Diraja Malaysia

14200, Sungai Jawi,

Pulau Pinang

Tuan,

PERMOHONAN LAWATAN DARIPADA PIHAK IBU PEJABAT POLIS DAERAH


SEBERANG PERAI SELATAN KE TASKA KEMAS PERDA-TECH

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak TASKA KEMAS PERDA-TECH


memohon lawatan daripada pihak tuan. Lawatan ini adalah untuk menambahkan pengetahuan
kanak-kanak dan pengalaman dalam pelbagai bidang.

2. Sehubungan dengan itu, pihak kami telah memilih lawatan daripada pihak tuan untuk
memberikan pendedahan baharu kepada kanak-kanak tentang pekerjaan polis. Maka, kami
berharap pihak tuan dapat bekerjasama dengan pihak TASKA untuk lawatan ini.

3. Pihak kami memohon lawatan daripada pihak tuan seperti makluman berikut.

Tarikh : 17 Februari 2023

Hari : Jumaat

Masa : 10.30 pagi

Tempat : TASKA KEMAS PERDA-TECH No 44, Lorong Pancur


Utama 6, Taman Pancur Utama, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Bilangan kanak-kanak : 5 orang dan 2 orang pendidik masyarakat

4. Oleh itu, kami berharap agar pihak tuan dapat pertimbangkan dan meluluskan
permohonan kami ini. Diharapkan pihak tuan dapat memberikan jawapan dalam tempoh
terdekat ini bagi memudahkan kami untuk membuat tindakan yang selanjutnya. Segala
kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amat kami hargai

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“LUAR BANDAR SEJAHTERA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………..

(MUSHAFIZA BINTI MUSFASHAR)

Pendidik Masyarakat

TASKA KEMAS PERDA-TECH

You might also like