You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BULAT,

W/P SERI MENANTI,


84160 SERI MENANTI,
MUAR, Kod : JBA 5060
JOHOR DARUL TAKZIM. Tel. : 06-9883510


Ruj.Kami: SKPB/KOKO/JBA 5060 Tarikh : 7 September 2014


Kepada:

Pengarah Penyiaran Johor,
Jalan tasek Utara,
Johor Bahru.


Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Ke RTM Johor Bahru

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa SK Parit Bulat, Muar akan mengadakan satu lawatan ke RTM
Johor Bahru mengikut ketetapan yang berikut :

Tarikh : 25 September 2014
Masa : 2 :00 Petang
Hari : Khamis

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, waktu lawatan tersebut pada waktu persekolahan.
Oleh itu, pihak kami memohon kebenaran pihak tuan bagi menjayakan lawatan tersebut.
Jumlah murid yang terlibat dalam lawatan ini ialah seramai 36 orang murid dari tahun 4,
5,6 dan guru pengiring seramai 4 orang.

4. Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan membenarkan kami mengadakan
lawatan ke tempat tuan dengan tujuan menambah pengetahuan anak anak didik
bangsa.. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.



BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang menjalankan tugas,


.

You might also like