You are on page 1of 29

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

PENGENDALI MAKANAN &


PERATURAN PERATURAN KEBERSIHAN
MAKANAN 2009

Unit Keselamatan & Kualiti Makanan


Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching
PENGENALAN
Keselamatan makanan bermaksud makanan itu bersih daripada kuman
berbahaya, racun, toksin dan bersih daripada najis dan bahan buangan
yang lain. Makanan yang tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan
berbahaya atau bakteria yang boleh menyebabkan penyakit bawaan
makanan seperti taun, tifoid, keracunan makanan, hepatitis A dan lain-
lain lagi.

Merujuk kepada tafsiran Peraturan-Peraturan Makanan 2009, Akta


Makanan 1983 (Akta 281), “Pengendali makanan” termasuklah mana-
mana orang yang terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan,
menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan dan
mengendalikan makanan yang berbungkus atau tidak dibungkus atau
perkakas dalam mana-mana premis makanan.
PENGENALAN
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI MAKANAN

Latihan

•Sebelum mengendalikan apa-apa makanan di premis makanan, seseorang pengendali makanan hendaklah
menjalani latihan pengendali makanan dan mendapat Sijil Latihan Pengendali Makanan daripada institusi
yang ditentukan oleh Pengarah (Kementerian Kesihatan).

Pemeriksaan kesihatan

•Pengendali makanan juga diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan vaksin daripada
pengamal perubatan berdaftar sebelum dibenarkan mengendali makanan di premis makanan.

•Adalah menjadi tanggungjawab pengendali makanan yang menghidap, atau merupakan pembawa penyakit
bawaan makanan atau yang disyaki menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan
untuk tidak memasuki premis makanan atau mengendalikan makanan sehingga dia disahkan sembuh
daripada penyakit dan sihat daripada segi perubatan untuk bekerja oleh pengamal perubatan berdaftar.

Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan : Peraturan 31 (1) dan (2)


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI MAKANAN
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI MAKANAN

Pakaian

Pengendali makanan juga perlu memastikan pakaian yang


dipakai semasa mengendalikan makanan hendaklah bersih,
sesuai dan wajar serta tidak menyumbang kepada apa-apa
pencemaran makanan; sebagai contoh memakai baju luar
yang bersih, sesuai dan berwarna cerah atau apron berwarna
cerah, penutup kepala dan kasut. Sebagai peringatan,
pakaian luar hendaklah tidak dipakai selain dalam premis
makanan dan hendaklah sentiasa disimpan di dalam almari
atau loker yang sesuai apabila tidak digunakan.

Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan : Peraturan 32 (1) & (2)


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI MAKANAN
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI MAKANAN

KESALAHAN-KESALAHAN
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI MAKANAN

Kebersihan diri

Adalah menjadi tanggungjawab pengendali makanan untuk mengekalkan kebersihan diri pada
tahap yang tinggi termasuklah:

Menyimpan kuku yang pendek dan bersih.


Menanggalkan baju luar atau penutup kepala atau apron sebelum ke tandas.
Membasuh tangan sebelum memulakan kerja, sebaik selepas menggunakan tandas dan
selepas mengendalikan bahan makanan mentah atau apa-apa bahan yang tercemar.
Tidak melakukan apa-apa kelakuan atau tindakan yang boleh menyebabkan pencemaran
makanan contohnya; tidak batuk, meludah, menjilat jari, menggaru tubuh badan, menghembus
hingus, merokok atau mengunyah tembakau, pinang atau gula-gula getah.
Tidak meletak apa-apa barang di dalam poket mana-mana pakaian atau apron yang boleh
menyebabkan kepada apa-apa pencemaran makanan
Tidak memakai perhiasan diri, jam, pin atau aksesori yang lain.

Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan : Peraturan 33 (1)


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI MAKANAN

Kebersihan diri
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan : Peraturan 33 (1)
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI MAKANAN

Kebersihan diri
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan : Peraturan 33 (1)
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI MAKANAN

Kebersihan diri

Antara contoh pengendali makanan yang tidak menjaga kebersihan semasa mengendali
makanan:
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI MAKANAN

Kebersihan persekitaran premis


•Pengendali makanan juga bertanggungjawab memastikan bahawa premis makanan di mana
makanan dikendalikan kekal bersih dan bebas daripada sampah, haiwan perosak, kotoran atau
jelaga, sisa abu, sisa bahan mentah dan sarang labah-labah pada setiap masa.

Lantai
•Lantai hendaklah sentiasa bersih, tidak licin dan tidak menakung air.

Dinding & Siling


•Dinding hendaklah berada dalam keadaan bersih, dan juga siling pastikan tidak
bersawang/bebas dari kotoran dan sarang labah-labah terutama di bahagian memasak.

Pengudaraan
•Pengudaraan hendaklah sempurna.

Pencahayaan
•Pencahayaan hendaklah mencukupi bagi memudahkan pengendalian makanan dan
penyelengaraan.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI MAKANAN

Kebersihan persekitaran premis


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI MAKANAN

Kebersihan persekitaran premis


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI MAKANAN

Kebersihan persekitaran premis


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI MAKANAN

Kebersihan persekitaran premis


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI MAKANAN

Kebersihan persekitaran premis


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI MAKANAN
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI MAKANAN

Kawalan Makhluk Perosak(Pest Control)

Setiap pengendali makanan hendaklah pada sepanjang masa mengambil langkah-langkah


yang sesuai dan wajar untuk memastikan premis mereka bebas daripada serangga perosak
seperti lipas, lalat, tikus dan haiwan peliharaan seperti anjing, kucing dan burung.
Setiap pengendali makanan hendaklah mengambil semua langkah praktikal untuk
menghapuskan serangga perosak atau tempat pembiakannya.

Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan : Peraturan 15 (1) d/b 16(1)


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI MAKANAN

Kawalan Makhluk Perosak(Pest Control)


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI MAKANAN

Mengendali makanan, perkakas, dsb.

Pengendali makanan hendaklah memastikan pengendalian makanan dan penggunaan


perkakas makanan dan bekas makanan dikendalikan dengan bersih dan selamat. Pastikan
makanan tidak diletakkan merata-rata lalu bersentuhan dengan apa-apa benda atau bahan yang
boleh mencemarkan makanan itu.

Pastikan semua perkakas dan bekas yang digunakan hendaklah dikekalkan dalam keadaan
baik, mudah dibersihkan, dan jika perlu, dinyah jangkitkan pada setiap masa. Penggunaan bahan
pencuci, sebatian pencuci dan pelelas untuk pembersihan hendaklah betul-betul dibilas dari
permukaan yang menyentuh makanan dengan air bersih dan selamat
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI MAKANAN

Mengendali makanan, perkakas, dsb.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI MAKANAN

Mengendali makanan, perkakas, dsb.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI MAKANAN
Penyediaan, Pembungkusan dan Penghidangan Makanan

Pengendali makanan yang menyedia, membungkus atau menghidangkan makanan untuk dijual hendaklah
sentiasa memastikan penyediaan, pembungkusan atau penghidangan makanan adalah bebas daripada apa-
apa pencemaran.

Contoh – Tidak menggunakan tangan yang tidak berlapik untuk mengendalikan mana-mana makanan yang
tidak berbungkus dan mengambil semua langkah yang munasabah untuk menghalang pelanggan daripada
menggunakan tangan yang tidak berlapik untuk mengambil apa-apa makanan yang tidak berbungkus.

Tidak menggunakan nafas untuk membuka apa-apa beg atau pembalut yang dikhususkan untuk
penyediaan pembungkusan dan penghidangan.

Tidak menyimpan apa-apa bahan mentah, ramuan, hasil makanan pertengahan atau hasil makanan siap
pada suhu yang mungkin boleh membantu pembiakan semula mikroorganisma patogen atau pembentukan
toksin.

Memastikan pemanas makanan mengekalkan suhu makanan pada suhu melebihi 60°C, jika makanan yang
hendak dihidangkan panas

Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan : Peraturan 36 (1)


PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 2009

http://fosimdomestic.moh.gov.
my/first_time_user.php
Vaksin Tifoid

Pakaian

Habits: kuku, perhiasan


>600C
<40C

Freeze: -180C <, Chill: 100C <


SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like