You are on page 1of 15

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL TUTOR PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : :

761023075088002 761023075088 0124179643 sapura_othman_ali@yahoo.com ENCIK ISMAIL BIN CHE ROS KEDAH LEARNING CENTER

HBHE3203

1.0

Pendahuluan

Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan atau persekitaran dimana seseorang itu dapat menjalankan sebarang aktiviti dengan selamat, sejahtera, harmonis, kurang risiko dan tiada sebarang gangguan atau halangan yang boleh mengundang masalah, kemalangan atau kecederaan. Dengan itu, keselamatan di sekolah juga membawa maksud keadaan dan persekitaran yang selamat dan sesuai untuk menjalankan sebarang aktiviti bagi seluruh warga sekolah. Oleh yang demikian, aspek keselamatan harus menjadi agenda utama dalam pengurusan di sekolah. Kementererian Pelajaran Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 mendefinisikan sekolah yang selamat sebagai Sekolah yang sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dalam dadah, perlakuan ala gangster dan melibatkan diri dalam kegiatan gangster atau tried society . Dalam erti kata lain , sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa memastikan warganya terhindar daripada segala ancaman dan bahaya. Justeru itu, pelbagai usaha dan langkah telah, sedang dan akan dilaksanakan bertujuan mengelakkan daripada berlakunya sebarang kemalangan, kecelakaan dan sebarang kejadian yang membabitkan masalah keselamatan. Aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian meliputi struktur fizikal, bangunan, padang permainan, disiplin murid, kesihatan , kebersihan dan amalan pemakanan. Antara pendekatan yang dibuat bagi menjamin keselamatan sesebuah sekolah termasuklah menyediakan peraturanperaturan tertentu mengenai keselamatan di tempat-tempat atau kawasan-kawasan tumpuan utama komuniti sekolah seperti makmal sains, makmal komputer, kantin, stor sukan, dewan sekolah, padang permainan dan sebagainya yang perlu dipatuhi oleh semua guru, murid-murid, staf sokongan serta individu lain yang berkerja di situ termasuklah pengawal keselamatan, pekerja am dan pekerja kantin. Berikut adalah prosedur keselamatan mengenai tatacara penggunaan bagi empat tempat yang menjadi tumpuan utama di sekolah. Ia merangkumi panduan terperinci tentang tatacara penggunaan am, tatacara penggunaan guru dan tatacara penggunaan murid di sekolah.

HBHE3203

2.0 2.1

Tatacara Penggunaan Stor Sukan Pengenalan

Stor sukan merupakan satu tempat yang disediakan khas untuk penyimpanan alat-alat sukan supaya ianya selamat, tidak rosak dan mudah diambil bila diperlukan. Kebanyakan peralatan sukan adalah mahal dan ada yang mencecah ribuan ringgit. Oleh itu, pengurusan stor sukan yang baik dan teratur seperti mempunyai rekod inventori, rekod penggunaan peralatan (keluar/masuk peralatan dan butiran pengguna), pemeriksaan peralatan secara berkala dan sebagainya dapat memastikan peralatan-peralatan sukan yang ada sentiasa selamat digunakan dan tahan lama. Selain itu, peraturan penggunaan stor sukan juga merupakan perkara penting yang perlu dirangkakan oleh pihak sekolah sebagai satu langkah keselamatan. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil:9/2000 turut memberi panduan tentang tatacara penggunaan dan penyelenggaraan stor sukan di sekolah. Tatacara penggunaan stor sukan di sekolah dijelaskan dalam bentuk jadual seperti berikut:

Tatacara Penggunaan Am Utamakan kebersihan

Tatacara Penggunaan Murid Penyelaras dan guru-

Tatacara Penggunaan Guru Jaga sukan. Patuhi peraturan dan tatacara penggunaan stor sukan seperti yang ditetapkan. Tidak dibenarkan kebersihan stor

guru yang menggunakan Patuhi peraturan dan tatacara penggunaan stor sukan yang telah ditetapkan. Keselamatan stor sukan sekolah adalah tanggungjawab bersama. kemudahan di stor sukan mesti Pentadbir/ menetapkan mengutamakan Penyelaras/ peraturan kebersihan. AJK Panitia PJK perlu dan tatacara penggunaan stor sukan untuk panduan warga sekolah. 7

masuk tanpa kebenaran atau arahan guru.

HBHE3203

Jimatkan penggunaan tenaga elektrik dalam stor sukan.

Peralatan sudah digunakan dilupuskan prosedur ditetapkan.

sukan tidak

yang selamat harus Tidak mengambil sukan dibenarkan peralatan tiada yang semasa

mengikut yang semua telah suis

Semua peralatan dalam stor sukan mesti direkodkan dalam buku stok/ inventori.

penyelaras/guru bertugas.

Tutup

Jangan ambil peralatan sukan yang didapati rosak dan tidak boleh digunakan.

elektrik seperti kipas dan lampu sebelum keluar dari stor sukan. Sediakan untuk peralatan tarikh buku sukan dan rekod yang butiran

Rekodkan semua peralatan sukan yang dibawa keluar/ masuk oleh guru/ murid.

Ambil peralatan yang diperlukan arahan guru. Menjaga dengan cermat. peralatan baik dan sukan yang digunakan mengikut

memantau

Buat pemeriksaan berkala ke atas stok peralatan sukan yang ada dalam stor.

dibawa keluar/ masuk, peralatan yang diambil oleh guru/ murid yang terlibat. Periksa peralatan sukan untuk memastikannya dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Sentiasa untuk kehilangan/ mengawasi mengelakkan kerosakan

Menjaga peralatan sukan yang digunakan adalah tanggungjawab bersama.

Jangan

merosakkan

dengan sengaja manamana peralatan sukan yang digunakan. Dilarang membuat bising atau bermain semasa mengambil peralatan di stor sukan. Segera beritahu guru jika mendapati peralatan sukan yang sedang digunakan rosak

Stor sukan mesti sentiasa dikunci untuk mengelakkan kehilangan atau dimasuki penceroboh.

penggunaan alatan sukan

Tidak dibenarkan masuk tanpa urusan. Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi

yang disengajakan. Pastikan guru mengiringi murid semasa mengambil peralatan dari stor sukan. 7

HBHE3203

situasi kecemasan. Laporkan sebarang masalah, aduan atau komen kepada pentadbir sekolah/ AJK Stor Sukan untuk tindakan.

Pastikan

stor

sukan

atau tidak berfungsi. Murid tidak dibenarkan menyimpan kunci stor sukan walaupun diberi arahan oleh guru.

sentiasa dalam keadaan berkunci. Ambil kunci di pejabat sekolah dengan keizinan pentadbir. Sediakan pelan kecemasan, peti pertolongan cemas dan alat pemadam api di stor sukan. Segera penyelaras sebarang yang digunakan. maklumkan jika ada penyelaras/

kepada pihak pentadbir/ masalah

berkaitan peralatan sukan

3.0 3.1

Tatacara Penggunaan Kantin Pengenalan

Kantin sekolah merupakan tempat yang penting dalam mewujudkan pelbagai pengalaman sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membina pengetahuan, sikap dan amalan muridmurid terhadap makanan dan pemakanan, tahap kebersihan, keselamatan, serta tingkah laku sosial yang positif. Di samping itu, kantin juga menjadi tempat berlakunya interaksi dan komunikasi di kalangan warga sekolah. Apabila waktu rehat, kantin menjadi tempat tumpuan utama murid-murid sekolah. Kesesakan boleh berlaku pada waktu ini dan sekiranya kawalan disiplin agak longgar, maka kemalangan mungkin akan berlaku. Pelbagai jenis kemalangan boleh berlaku seperti pergaduhan, terjatuh, bertolak-tolakan, terlanggar antara satu sama lain, 7

HBHE3203

makanan tertumpah dan sebagainya.

Justeru itu, aspek pengurusan terhadap keselamatan

khususnya pengawasan guru di kantin perlu diberi perhatian khusus dan dipatuhi sepanjang masa. Satu jawatankuasa khas kantin (AJK Kantin Sekolah) perlu ditubuhkan di semua sekolah. Peraturan dan tatacara penggunaan kantin juga perlu disediakan bagi memastikan persekitaran di kantin sekolah sentiasa selamat dalam kawalan. Tatacara penggunaan kantin di sekolah dijelaskan dalam bentuk jadual seperti berikut:

Tatacara Penggunaan Am Utamakan kebersihan kantin sepanjang masa. Patuhi peraturan dan ikuti panduan tatacara penggunaan kantin yang ditetapkan.

Tatacara Penggunaan Guru Bertanggungjawab memastikan kebersihan kantin sentiasa terpelihara. AJK Kantin menyediakan peraturan dan panduan tatacara penggunaan kantin. Tidak dibenarkan makan atau minum pada waktu pembelajaran di mana guru sepatutnya berada dalam bilik darjah. AJK Kantin menyediakan cadangan menu makanan seimbang kepada pengusaha kantin. Sentiasa memantau dan mengawasi disiplin murid khususnya pada waktu rehat. 7

Tatacara Penggunaan Murid Menjaga kebersihan kantin setiap masa. Makanan dan minuman hanya boleh dibeli sebelum sesi pembelajaran bermula, pada waktu rehat dan selepas sesi pembelajaran tamat. Mematuhi peraturan dan panduan tatacara penggunaan kantin yang telah ditetapkan. Dilarang membuat bising atau bermain dalam kawasan kantin. Beratur semasa ke kantin pada waktu rehat dan jangan berlari. Berbaris semasa membeli makanan dan minuman di

Amalkan gaya hidup sihat melalui pengambilan pemakanan berkhasiat.

Berikan keutamaan dalam aspek keselamatan ketika berada di kantin.

Susun meja dan bangku/kerusi di kantin

HBHE3203

supaya pengguna selesa dan ceria. Pilih makanan yang disajikan mengikut keperluan. Senarai harga bagi setiap menu makanan mesti dipamerkan oleh pengusaha kantin. Praktikkan konsep mesra pengguna dalam perkhidmatan yang disediakan di kantin. Berkongsi maklumat terkini berkaitan penggunaan kantin yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia/ Kementerian Pelajaran Maslaysia. Kekalkan kesihatan warga sekolah melalui pengurusan kantin yang sempurna. Laporkan sebarang masalah, aduan atau komen kepada pentadbir sekolah/ AJK Kantin untuk tindakan.

Gunakan ruang makan guru yang telah disediakan di kantin.

kaunter jualan. Tidak digalakkan membeli makanan di luar kecuali bekal yang dibawa dari rumah. Basuh tangan sebelum dan selepas makan. Mulakan makan dengan ucapan Bismillah... dan sudahi dengan Alhamdulillah. Duduk di meja dan bangku/kerusi yang disediakan dalam kantin semasa makan dan minum. Masukkan pinggan, mangkuk, sudu dan gelas kotor ke dalam bekas yang disediakan. Membuang sampah seperti kertas/plastik pembalut makanan serta sisa makanan ke dalam tong sampah yang disediakan Makan dengan beradab, tidak gelojoh dan jangan membazir makanan yang dibeli. Segera maklumkan kepada guru jika tiba-tiba sakit perut, cirit-birit atau

Tidak dibenarkan makan di luar kawasan sekolah pada waktu kerja (7.451.15 p.m.)

Guru bertugas harian menulis laporan harian dalam Buku Rekod Kantin.

Pamerkan tauladan terbaik kepada murid. Makan dengan tertib dan tidak membazir.

Kawal perlakuan diri semasa berada di kantin seperti tidak bersembang atau ketawa dengan kuat hingga mengganggu keselesaan pengguna lain.

Laporkan kepada AJK Kantin jika penyediaan makanan tidak mengikut piawai yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia/ Kementerian Pelajaran Maslaysia.

HBHE3203

Bertindak segera jika mendapat aduan atau masalah daripada murid tentang pemakanan di kantin.

muntah yang serius selepas makan makanan dari kantin.

4.0 4.1

Tatacara Penggunaan Dewan Sekolah/ Foyer Pengenalan

Dewan sekolah merupakan satu tempat atau lokasi yang amat penting di sekolah. Ia merupakan tempat berlangsungnya acara-acara atau majlis penting bagi sesebuah sekolah seperti Hari Anugerah Cemerlang, sambutan Bulan Kemerdekaan, perayaan Hari Guru, dewan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) dan sebagainya. Dewan juga menjadi tempat berkumpul murid-murid dalam jumlah yang ramai pada satu-satu masa contohnya perhimpunan rasmi sekolah. Dewan sekolah terbahagi kepada dua iaitu dewan terbuka dan dewan tertutup. Dewan terbuka merupakan dewan yang dibina tanpa dinding dan pintu tetapi mempunyai kemudahan yang sama dengan dewan tertutup seperti lampu, kipas, sistem pembesar suara dan sebagainya. Dewan tertutup pula adalah dewan yang dibina seperti bilik darjah tetapi dalam saiz lebih luas dengan mempunyai dinding, tingkap dan pintu serta kemudahan-kemudahan lain. Kesesakan akan berlaku akibat suasana yang padat dan tidak selesa apabila murid-murid berkumpul serentak pada masa yang sama untuk menjalankan aktiviti tertentu bersama-sama. Suasana pasti bertambah gamat dan kucar-kacir seandainya kawalan disiplin agak longgar kerana murid-murid berkemungkinan besar melakukan tindakan-tindakan luar kawal seperti berhimpit, tolak-menolak, usikan lisan mahupun fizikal dan lain-lain yang boleh menimbulkan pergaduhan, kemalangan atau kecederaan. Justeru itu, langkah-langkah keselamatan perlu diperketatkan oleh pihak sekolah bagi memastikan penggunaan dewan yang selamat dan selesa.

HBHE3203

Tatacara penggunaan dewan/ foyer di sekolah dijelaskan dalam bentuk jadual seperti berikut:

Tatacara Penggunaan Am Utamakan kebersihan Patuhi peraturan dan tatacara penggunaan dewan/ foyer yang telah ditetapkan. Keselamatan dewan/ foyer sekolah adalah tanggungjawab bersama. Jimatkan penggunaan tenaga elektrik dalam dewan/ foyer. Dewan tertutup mesti sentiasa dikunci untuk mengelakkan kehilangan atau dimasuki penceroboh. Tidak dibenarkan masuk ke dewan tertutup tanpa urusan. Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi situasi kecemasan. Permohonan menggunakan dewan/

Tatacara Penggunaan Murid Pastikan kebersihan dewan/ foyer sentiasa terpelihara. AJK Dewan/ foyer menyediakan peraturan dan panduan tatacara penggunaan dewan/ foyer. Pastikan peralatan dalam dewan/ foyer seperti sistem pembesar suara, pendawaian dan sebagainya berkeadaan baik dan selamat digunakan. Matikan suis lampu, kipas, pendingin hawa(jika ada), sistem pembesar suara dan lainlain sebelum meninggalkan dewan/ foyer selepas acara tamat. Elakkan membawa makanan/ minuman ke dalam dewan/ foyer 7

Tatacara Penggunaan Guru Jaga kebersihan dewan/ foyer sekolah. Patuhi peraturan dan tatacara penggunaan dewan/ foyer sekolah seperti yang ditetapkan. Tidak dibenarkan

berada dalam dewan/ foyer tanpa kebenaran atau arahan guru. Dilarang membuat bising atau bermain ketika berada dalam dewan/ foyer. Dilarang menyentuh peralatan dalam dewan/ foyer tanpa kebenaran guru. Tidak dibenarkan membawa makanan atau minuman ke dalam dewan/ foyer. Susun semula kerusi dan bersihkan dewan selepas digunakan. Dilarang membuat

HBHE3203

foyer oleh pihak luar(jika ada) perlu dibuat secara rasmi kepada sekolah. Laporkan sebarang masalah, aduan atau komen kepada pentadbir sekolah/ AJK Kantin untuk tindakan.

untuk menjamin kebersihan. Kemas dan bersihkan dewan/ foyer selepas digunakan. Semua peralatan dalam dewan/ foyer mesti diletakkan di tempat asal. Sediakan buku rekod untuk mencatat butiran penggunaan dewan/ foyer. Sediakan pelan kecemasan, peti pertolongan cemas dan alat pemadam api di dewan/ foyer. Segera maklumkan kepada pihak pentadbir/ AJK Dewan/ Foyer jika ada sebarang masalah.

bising atau bermain di dalam dewan/ foyer. Beratur semasa ke dewan/ foyer. Elakkan perbuatan yang mengganggu perjalanan majlis yang dibuat dalam dewan/ foyer. Jaga disiplin, adab dan perlakuan ketika berada dalam dewan/ foyer.

5.0 5.1

Tatacara Penggunaan Makmal Komputer Pengenalan

Makmal komputer merupakan sebuah bilik yang menempatkan perkakasan teknologi maklumat (IT) seperti komputer dan perisian mengikut fungsi setiap makmal pengajaran. Setiap makmal komputer sekolah akan dilengkapi dengan unit-unit komputer murid, komputer guru, projektor, 7

HBHE3203

kotak suara, mesin pengimbas dan mesin pencetak. Makmal-makmal ini biasanya digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran subjek ICT dan subjek lain yang memerlukan peralatan untuk ICT untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan program pendidikan kebangsaan iaitu MBM-MBI juga memperuntukkan kredit masa khusus untuk penyerapan pengetahuan serta kemahiran IT yang akan diterima oleh murid-murid dalam makmal komputer sekolah. Pengurusan makmal komputer adalah di bawah tanggungjawab Guru Penyelaras ICT yang dilantik secara rasmi oleh pentadbir sekolah iaitu guru besar. Makmal komputer boleh digunakan pada bila-bila masa tetapi mestilah dengan kebenaran daripada Guru Penyelaras ICT atau pembantu makmal komputer sekolah. Makmal komputer sekolah turut dilengkapi dengan kemudahan pendingin hawa bagi memastikan keselesaan pengguna dan rangkaian internet dalaman (LAN) bagi membolehkan perkongsian fail dan internet berdasarkan id masing-masing. Memandangkan pengurusan makmal komputer agak rumit kerana melibatkan perkakasan yang mahal dan berisiko, maka amat perlu diwujudkan peraturan dan panduan penggunaan kepada seluruh warga sekolah terutamanya para guru dan murid-murid.

Berikut adalah tatacara penggunaan makmal komputer di sekolah yang dijelaskan dalam bentuk jadual:

Tatacara Penggunaan Am Kebersihan mesti diutamakan sepanjang masa. Patuhi peraturan dan tatacara penggunaan makmal komputer yang telah ditetapkan. Keselamatan makmal

Tatacara Penggunaan Murid Bertanggungjawab memastikan kebersihan makmal komputer sepanjang masa. Penyelaras/ AJK Makmal Komputer menyediakan peraturan dan panduan tatacara penggunaan makmal 7

Tatacara Penggunaan Guru Jaga kebersihan makmal komputer. Patuhi peraturan dan tatacara penggunaan makmal komputer seperti yang ditetapkan. Tidak dibenarkan masuk ke makmal komputer tanpa

HBHE3203

komputer sekolah adalah tanggungjawab bersama. Jimatkan penggunaan tenaga elektrik dalam makmal komputer. Makmal komputer mesti sentiasa dikunci untuk mengelakkan kehilangan atau dimasuki penceroboh. Tidak dibenarkan masuk tanpa urusan. Tanggalkan kasut sebelum masuk ke makmal komputer. Jangan tidur dalam makmal komputer. Penggunaan cakera perisian dari luar adalah dilarang. Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi situasi kecemasan. Laporkan sebarang masalah, aduan atau komen kepada pentadbir sekolah/ penyelaras/ guru bertugas untuk tindakan.

komputer. Patuhi jadual penggunaan makmal komputer mengikut kelas untuk mengelakkan pertindihan/ kesesakan kerana jumlah komputer adalah terhad. Tanggalkan kasut untuk menjaga kebersihan dan keselamatan perkakasan dalam makmal komputer. Tidak dibenarkan membawa masuk makanan atau minuman ke dalam makmal komputer. Sediakan buku rekod untuk mencatat butiran penggunaan makmal komputer. Dapatkan kebenaran daripada Penyelaras jika mahu menggunakan perkakasan atau cakera perisian dari luar atau sebaliknya. Tidak dibenarkan melayari laman-laman web negatif, lucah dan tidak senonoh menggunakan kemudahan internet dalam makmal sekolah. 7

kebenaran atau iringan guru. Dilarang membuat bising atau bermain dalam makmal komputer. Tanggalkan kasut dan susun dengan kemas di rak yang disediakan sebelum masuk ke dalam makmal komputer. Beratur dan jangan berebut ketika memasuki makmal komputer. Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal komputer. Dilarang membawa masuk perkakasan dan cakera perisian dari luar dan sebaliknnya. Ambil maklum tentang laluan kecemasan yang perlu diikuti sekiranya berlaku kebakaran. Gunakan komputer dengan cermat dan jangan merosakkan segala kemudahan yang disediakan. Dapatkan kebenaran guru

HBHE3203

Dilarang tidur dalam makmal komputer walaupun pada masa guru tiada aktiviti pembelajaran.

sebelum melayari kemudahan internet yang disediakan. Segera beritahu guru jika komputer yang sedang digunakan bermasalah atau tidak berfungsi. Dilarang tidur dalam makmal komputer.

Sediakan pelan kecemasan, peti pertolongan cemas dan alat pemadam api di makmal komputer.

Segera maklumkan kepada pihak pentadbir/ Guru Penyelaras ICT/ pembantu makmal jika ada sebarang masalah.

6.0

Penutup

Aspek keselamatan merupakan asas yang mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa, terkawal, aman, berdisiplin dan ruang interaksi yang sihat melibatkan seluruh komuniti sekolah. Perasaan selamat yang dinikmati mampu meningkatkan keyakinan dan jati diri khususnya pada murid-murid untuk menentang pengaruh negatif yang sentiasa menunggu ruang menerjah mangsa dalam kealpaan. Penjagaan keselamatan diambil peduli bukan hanya apabila berlaku kemalangan di sekolah ibarat kata pepatah Sudah terhantuk, baru terngadah; sebaliknya perlu menjadi satu daripada agenda utama pihak pengurusan yang diketuai oleh guru besar. Oleh yang demikian, amat mustahak mengambil langkah-langkah pencegahan sepertimana ungkapan Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Pendekatan bijak adalah membudayakan amalan penjagaan keselamatan di jiwa seluruh warga sekolah khususnya anak-anak murid yang memerlukan bimbingan dan perhatian sepenuhnya daripada guru yang menjadi ikon dalam hidup mereka. Justeru itu, garis panduan tentang peraturan dan tatacara penggunaan tempat-tempat tumpuan utama dalam lokasi sekolah seperti 7

HBHE3203

stor sukan, kantin, dewan/ foyer dan makmal komputer diyakini sangat membantu ke arah persekitaran sekolah yang selamat. Pada masa yang sama, semua peraturan dan tatacara yang dirangka perlu dihebahkan melalui perhimpunan, papan notis, mesyuarat, pengumuman serta didokumentasikan dalam bentuk risalah mahupun poster. Ini bertujuan memberi pengetahuan, latihan dan pendidikan secara konsisten dan berterusan kepada seluruh warga sekolah. Dengan demikian, marilah kita bersama-sama berganding usaha menjayakan visi dan misi ke arah melahirkan generasi modal insan pewaris negara yang terdidik dalam persekitaran sekolah yang mengutamakan aspek keselamatan sepanjang masa. Berkat usaha yang berterusan, harapan pasti menjadi kenyataan. Ayuh, teruskan langkah menempah kecemerlangan!

(2714 patah perkataan)

HBHE3203

SENARAI RUJUKAN

Rujukan Buku

Best, J.W & Khan, J.V (1998). Research in Education. Sixth Edition. New Jersey: Prentice Hall. Dr. Abdul Rahman Isa, Dr. Rusli Nordin & Dr. Abdul Manaf Haji Hamid. (1998). Pertolongan cemas: Prinsip dan amalan. Kuala Lumpur: Crescent News Sdn. Bhd. Fouzee Hj. Abdul Aziz & Husin Hj. Fateh Din. (2003). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (1999). Manual kempen cara hidup sihat 1999. Promosi keselamatan dan pencegahan kecederaan. Kuala Lumpur: KPM. Ministry of Health Malaysia. (2005). Child injury prevention. Kuala Lumpur: KPM.

Mohd Noorazam Abdul Razak, Che Ishak Ismail & Albeny Josylyn, (2011). HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran. Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Capaian laman sesawang: http://www.semetrik.com/panduanam.shtml ( Bertarikh: 29 Februari 2012) http://www.smkintan.edu.my/download/bukupengurusan.pdf ( Bertarikh: 29 Februari 2012) http://www.moe.edu.my/ ( Bertarikh: 1 Mac 2012) http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pk/hsp_p_kesihatan_y123456.pdf (Bertarikh: 2 Mac 2012)

You might also like