You are on page 1of 2

POLISI KESELAMATAN DI PADANG DAN GELANGANG

PENDAHULUAN
Keselamatan pelajar perlu dititikberatkan. Sekolah ini menegaskan kemalangan sifar
semasa aktiviti-aktiviti di padang dan gelanggang dijalankan. Oleh itu, polisi ini dibentuk
selari dengan matlamat bersama demi keselamatan pelajar di SMK.Munshi Sulaiman,
Batu Pahat.

DEFINISI
Keselamatan pelajar di padang atau gelanggang didefinisikan sebagai kemalangan sifar di
mana pelajar atau pengguna akan selamat semasa di padang atau gelanggang; ketika
menggunakan alatan dan menjalankan aktiviti-aktiviti di sini dengan mengikut peraturan-
peraturan yang disediakan.

OBJEKTIF

Ø Memastikan pelajar/pengguna mematuhi tatacara dan peraturan penggunaan padang


atau gelanggang.
Ø Memastikan pelajar/pengguna mematuhi tatacara dan peraturan penggunaan alatan
semasa di padang atau gelanggang.
Ø Memastikan alatan, padang dan gelanggang boleh berfungsi dengan baik.
Ø Memastikan semua penglibatan pelajar/pengguna di padang atau gelanggang dengan
kebenaaran guru yang diberi tanggungjawab.
Ø Menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab di kalangan pelajar/pengguna bagi
memastikan kemalangan sifar.

TATACARA AM

Ø Menyediakan notis atau label.


Ø Menyediakan peraturan bilik operasi dan penggunaan.
Ø Mengetahui pengurusan alatan dan pembaikpulih alatan.
Ø Mengetahui bantuan /latihan kecemasan.
Ø Merekodkan penggunaan alatan dan kemalangan.
Ø Mempunyai kesedaran menjaga keselamatan.

TATACARA MURID

Ø Mematuhi tatacara dan peraturan keselamatan padang atau gelanggang.


Ø Aktiviti-aktiviti yang dijalankan perlu di bawah pengawasan guru.
Ø Memberitahu guru jika pelajar mempunyai alahan dan penyakit.
Ø Menjaga alatan yang digunakan dengan baik.
Ø Membuat catatan pinjaman dan pemulangan alatan di buku rekod yang disediakan.
Ø Melaporkan sebarang kerosakan pada alatan, gelanggang atau padang serta
kemalangan kepada guru.
Ø Mematuhi semua arahan guru.
Ø Bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan padang atau gelanggang.
Ø Berpengetahuan tentang prosedur latihan baik bagi mengelakkan kecederaan dalaman.
Ø Sentiasa utamakan keselamatan pada setiap masa.

TATACARA GURU

Ø Memastikan padanag dan gelanggang selamat digunakan.


Ø Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya menjaga
keselamatan diri di padang dan gelanggang.
Ø Menetapkan garis panduan keselamatan menggunakan alatan sukan yang berisiko.
Ø Merekodkan penggunaan peralatan sukan.
Ø Memantau keadaan fizikal padang dan gelanggang dari semasa ke semasa.
Ø Membuat pembaikan serta merta terhadap kemudahan yang didapati membahayakan
pelajar /pengguna.
Ø Mengawal pergerakan pelajar ketika melaksanakan aktiviti yang berisiko.
Ø Memastikan pelajar menggunakan pakaian yang selamat untuk jenis permainan yang
berisiko.
Ø Memastikan setiap aktiviti yang dijalankan di dalam kawalan dan pemerhatian guru.
Ø Sentiasa mengawal pelajar dalam waktu Pendidikan Jasmani dan permainan.
Ø Jangan membiarkan bermain tanpa kawalan daripada guru.

TATACARA IBU BAPA

Ø Membuat aku janji untuk memberi kebenaran dan menanggung risiko.


Ø Memaklumkan keadaan kesihatan anak jagaan kepada pihak sekolah.
Ø Melengkapkan kemudahan pakaian dan peralatan sukan anak jagaan.
Ø Memberi sumbangan sokongan untuk mempertingkatkan sukan dari segi tenaga,
kewangan, moral dan lain-lain.
Ø Menasihati anak tentang disiplin dan menjaga keselamatan ketika menjalankan aktiviti
sukan.
Ø Memberi sokongan dan dorongan kepada anak untuk aktif dalam aktiviti sukan.

TATACARA PENTADBIR

Ø Memastikan segala peraturan keselamatan padang dan gelanggan yang disediakan


dipatuhi.
Ø Memantau keadaan keselamatan padang dan gelanggang.
Ø Sentiasa peka dan prihatin terhadap keselamatan padang dan gelanggang.
Ø Memaklumkan kepada awam supaya tidak mengganggu semasa aktiviti dijalankan.
Ø Mendapatkan bantuan kawalan keselamatan semasa majlis sukan atau kejohanan
diadakan.

You might also like