You are on page 1of 6

Assignment 3:

Keselamatan bermaksud terpelihara atau terhindar daripada bencana, terlepas


daripada bahaya; aman sentosa, sejahtera, tidak terdapat apa-apa gangguan;bebas
daripada keadaan kacau bilau; tenteram, damai,tenang; bebas daripada gangguan atau
sesuatu yang tidak menyenangkan.
Pihak sekolah seharusnya mengambil langkah meningkatkan keselamatan di
sekolah dengan membuat penilaian kemudahan infrastruktur sekolah bagi berwaspada
terhadap kemungkinan-kemungkinan yang tidak diingini ke atas diri pelajar serta
mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengelakkanya. Berikut merupakan analisis
kemudahan yang terdapat di sekolah SJKT Ladang Buntar. Antara kemudahan yang
terdapat di sekolah ini adalah empat buah bilik darjah, pejabat, bilik guru, tandas guru
dan murid, bilik ICT, kantin, pondok pengawal Keselamatan, stor sukan dan padang .
Untuk makluman, sekolah saya adalah Sekolah Kurang Murid (SKM) . Maka sekolah
terpaksa menggunakan padang ladang yang terdapat di hadapan sekolah. Sekolah
juga menggunakan bilik yang dulunya menjadi stor ladang sebagai stor sukan untuk
meletakkan alatan-alatan sukan.
Saya telah membuat Penilaian dan analisis terhadap kemudahan-kemudahan
yang saya sebutkan di atas ,melalui penilaian dan analisis yang saya jalankan didapati
bahawa kawasan yang boleh menimbulkan isu keselamatan di sekolah saya adalah
stor sukan dan padang. Stor sukan ini terletak di kawasan luar pagar sekolah. Sebelum
ini stor sukan ini berada dalam keadaan yang uzur. Maka, dengan kerjasama
Pengusaha Ladang dan pihak sekolah ia dapat dibaik pulih untuk keselamatan para
murid dan guru. Semasa aktiviti Pendidikan Jasmani atau acara sukan dijalankan para
guru tidak membenarkan murid untuk pergi ke stor mengambil alatan tanpa
pengawasan guru. Sebelum sesuatu aktiviti sukan dijalankan guru yang
dipertanggungjawabkan akan pastikan tidak terdapat sebarang kerosakan pada alatan
yang digunakan. Jika guru menerima laporan daripada murid berkaitan kerosakan
guru akan mengambil tindakan yang segera. Selain itu Guru akan memberikan tatacara
penggunaan peralatan dengan betul sebelum mengedarkannya .kepada pelajar.
Di dalam stor sukan juga dilekatkan pelan keselamatan dan peraturanperaturan yang perlu dipatuhi untuk memastikan murid dan guru tahu apa yang perlu
dilakukan semasa berlaku kecemasan. Pengurus stor sukan akan pastikan alat
pemadam api diletakkan di stor sukan. Selain itu semasa aktiviti sukan dijalankan
pengurus stor sukan akan berada di stor dan beliau akan menguruskan borang keluar
masuk peralatan sukan dalam buku keluar masuk. Beliau juga akan membuat
pengawasan yang rapi dalam pengeluaran dan pengambilan peralatan. Selepas acara
tamat beliau akan pastikan peralatan sukan disimpan di tempat yang telah ditetapkan.

Padang ladang yang digunakan untuk acara sukan tahunan ini juga tidak
mempunyai pagar di sekelilingnya. Maka kain rentang akan diikat di keliling padang.
Untuk mengawasi pergerakan murid .Ahli PIBG yang terdiri daripada ibubapa akan
membantu mengawasi murid keluar masuk di kawasan padang. Sekolah juga akan
meminta bantuan murid sekolah menengah yang berdekatan yang terdiri daripada ahli
Bulan Sabit Merah Malaysia, Kadet Remaja Sekolah dan juga Pengakap untuk berdiri
di setiap sudut kawasan padang. Guru yang dipertanggungjawabkan akan pastikan
tiada orang luar tidak dikenali masuk ke kawasan padang sepanjang acara sukan
tahunan dijalankan.
Selain itu guru yang dipertanggungjawabkan haruslah memastikan langkahlangkah keselamatan am dipatuhi oleh semua guru. Tempat acara dijalankan haruslah
berada dalam keadaan yang bersih. Pelan keselamatan di padang juga perlu
disediakan . Pelajar dilarang sama sekali berada di tempat acara tanpa pengawasan
guru. Guru yang bertugas perlu menyediakan peti pertolongan cemas dan memastikan
semua peralatan yang terdapat di tempat latihan adalah selamat digunakan. Beliau juga
harus melaporkan kepada pengurus stor dari semasa ke semasa tentang peralatan
sukan yang telah rosak, hilang atau yang perlu dibaiki dengan segera.
Padang dan stor sukan terletak bersebelahan dengan ladang kelapa sawit. Oleh
itu risiko ular, lipan dan kalajengking berada di tempat itu adalah tinggi. Maka pihak
sekolah dengan bantuan pekebun sekolah akan sentiasa memastikan
sulfur
ditaburkan di keliling padang. Dengan ini dapat menghindarkan haiwan-haiwan seperti
ini masuk ke kawasan stor dan kawasan padang.
Langkah-langkah keselamatan yang telah saya nyatakan akan dilaksanakan di
sekolah untuk mengawasi keselamatan pelajar semasa sukan tahunan. Saya berharap
langkah-langkah ini dapat membantu guru untuk menjalankan sukan tahunan sekolah
dengan lancar tanpa apa-apa gangguan. Kesimpulannya, Isu-isu keselamatan di
sekolah dapat dihindari sekiranya pengurusan
sukan tahunan dijalankan dengan
cekap dengan mengambil kira semua aspek keselamatan .

Assignment 4

Risiko kecederaan kepada murid biasanya berlaku semasa aktiviti sukan ,


aktiviti fizikal dan juga aktiviti harian di sekolah. Semua kecederaan sukan yang
berlaku semasa pertandingan atau latihan mestilah diuruskan dengan segera supaya
kemampuan atlet atau murid untuk meneruskan latihan atau beraksi sejurus mengalami
kecederaan harus dirujuk kepada pakar perubatan. Keadaan yang membawa kepada
kecenderungan adalah disebabkan oleh keadaan otot, pakaian, alatan atau tempat dan
faktor-faktor lain. Antara kaedah mengurus dan menilai kecederaan sukan boleh
dilaksanakan tanpa pakar perubatan ialah TOTAPS, DRABC dan RICER.
TOTEPS adalah akronim untuk ,
T- Talk
Pegawai memberikan pertolongan cemas perlulah mengenal pasti sama ada mangsa
boleh bercakap ataupun tidak. Jika mangsa boleh bercakap maka tanyalah mangsa
tentang peringkat kesakitan dan tempat kecederaan yang dialami.
O- Observes
Perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa terutamanya
kecederaan yang dialami di bahagian kepala.
T-Touch
Sentuh tempat kecederaan , periksa sebarang bengkak atau perubahan yang dialami
pada anggota badan mangsa.
A-Active Movement
Arahkan mangsa supaya menggerakkan anggota badan yang tercedera. Sekiranya
mangsa berasa sakit mangsa perlu dirujuk kepada pakar perubatan dengan segera.
P- Passive Movement
Bantu mangsa menggerakkan bahagian yang cedera perlahan-lahan. Tujuan tindakan
ini adalah untuk memeriksa tahap kecederaan yang dialami. Regangkan otot dan
benarkan mangsa kembali beraksi setelah dipastikan bahawa kecederaan yang dialami
tidak serius.
S-Stand

Dalam langkah ini mangsa diarahkan berdiri, berjalan, berlari dan melompat untuk
memastikan tahap kecederaan yang dialami. Atlet dibenarkan beraksi sekiranya tidak
berlakunya kecederaan yang khusus.
Kaedah sterusnya adalah DRABC. Kaedah ini digunakan sebagai proses bantu
mula kepada atlit yang tidak sedarkan diri atau mengalami kejutan. Maksud akronim
DRABC serta langkah-langkah yang terlibat dalam pengurusan bantu mula adalah
berdasarkan di bawah.
D-Danger-Bahaya
Lihat jika ada sebarang tanda-tanda bahaya. Pastikan Keselamatan kita sebagai
pegawai pertolongan cemas dan mangsa kita terjamin. Benda yang boleh bahayakan
mangsa dialihkan atau mangsa dialihkan daripada keadaan atau benda yang
menyebabkan bahaya. Contohnya jika atlit tersepit , singkirkan bendasing yang
menyepit.
R-Respons-Tindak balas
Atlet cuba digerakkan atau gerak balasnya diperhatikan untuk mengetahui keadaan
sebenar . Nama atlit , keadaan atlit ditanyakan dan bahagian badan atlit disentuh untuk
melihat sebarang respons.
A-Airway saluran udara
Kedudukan mangsa dibetulkan. Kepala mangsa didongakkan untuk membuka saluran
pernafasan dengan kaedah Head Tilt-Chin Lift/ Dongak kepala Angkat Dagu. Pastikan
saluran pernafasan mangsa tidak sekat Hidung dan mulut atlit diperiksa agar tiada
bendasing yang menghalang saluran pernafasan.
B- Breathing-Pernafasan
Periksa sama ada atlit masih bernafas melalui hidung atau mulut. Sekiranya tiada
pernafasan, bantuan pemulihan pernafasan diberikan dengan segera.
C-Circulation-Peredaran darah
Bermaksud peredaran darah atlit diperiksa melalui kadar denyutan nadi. Kadar
denyutan nadi yang rendah menunjukkan denyutan jantung yang lemah. Jika terdapat
punca kehilangan darah seperti luka, luka tersebut akan dibalut dan ditutup.
Akronim bagi RICER menunjuk kepada perkataan-perkataan Rest, Ice, Compression,
Elevation dan Refer. Kaedah bantu mula RICER adalah bertujuan untuk mencegah tisutisu lembut lain daripada mengalami kecederaan, mengurangkan kesakitan yang
dialami , mengurangkan bengkak , mengekalkan kecergasan sementara merawat

bahagian yang cedera, mengembalikan keyakinan mangsa terhadap bahagian yang


tercedera dan mencegah berlaku semula kecederaan yang sama.
Pengurusan RICER ini sesuai untuk kecederaan sukan seperti terseliuh, di
lokasi,hentakan, sengal, retak, ketegangan dan kekejangan otot. Atlit yang cedera
harus direhadkan. Sebarang pergerakan di tempat yang cedera akan mengakibatkan
peredaran darah meningkat atau berterusan dan ini akan memburukkan lagi keadaan
kecederaan. .
R-Rest
Setelah mendapat kecedaraan, mangsa harus direhatkan, Sebarang pergerakan yang
diteruskan ditempatkan yang cedera akan mengakibatkan pengaliran darah meningkat
atau berterusan dan ini memburukkan lagi kecederaan.
I-Ice
Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang tidak
melibatkan luka yang terbuka . Jangan benarkan penggunaan ais secara terus ke atas
tempat cedera kerana akan mengakibatkan ice burn dan mematikan sel-sel di
sekeliling tempat yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang
rosak dengan lebih cepat.
C-Compression
Bahagian yang tercedera harus dibalut
bagi tujuan
memudahkan dan
mempercepatkan pengambilan darah ke jantung. Hal ini dapat mengurangkan
pendarahan terhadap tempat yang cedera
E-Elevation
Bahagian luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. Semua kaedah rawatan dan
bantu mula yang dijelaskan ini adalah berkesan untuk tempoh 48 jam selepas
kecederaan dialami oleh atlit. Walaubagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus
dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut, atlit tidak digalakkan
menjalani urutan sukan kerana proses mengurut berpotensi menimbulkan komplikasi
kepada kecederaan tersebut. Proses-proses yang terlibat terapi kecederaan biasanya
dilakukan setelah diberi kebenaran oleh pakar perubatan.
Talian Kecemasan 999 perlu dihubungi dengan segera sekiranya mangsa atau
atlit mengalami kesukaran pernafasan disebabkan oleh tercekik, semput disebabkan
oleh reaksi alahan, hampir lemas atau sengatan lebah. Sekiranya atlit hilang kesedaran
disebabkan oleh kecederaan yang teruk, kencing manis, selepas sawan atau sebab
yang tidak dapat dijelaskan guru yang bertanggungjawab dikehendaki menghubungi

999 dengan segera. Selain itu 999 perlu segera dihubungi dalam keadaan pendarahan
yang tidak terkawal, kecederaan kepala dengan sakit kepala yang teruk, muntah dan
perubahan kelakuan dan keracunan. Semasa menghubungi talian kecemasan 999
guru harus pastikan mengesahkan alamat insiden berlaku. Beliau haruslah ikut arahan
yang diberikan dan pertolongan cemas yang sesuai harus diberikan sehingga ambulans
tiba.
Prosedur dan prinsip bantuan mula yang saya sebutkan di atas akan diikuti oleh
pihak sekolah untuk memastikan murid sentiasa dalam keadaan yang selamat dengan
memberikan bantuan mula yang diperlukan oleh mangsa diberikan dengan betul dan
pada masa yang tepat.

You might also like