You are on page 1of 9

BAB 4 KESIHATAN DIRI

& KELUARGA
Pendidikan Kesihatan Tingkatan 4
KESIHATAN DIRI
Kesihatan menyeluruh bermaksud bebas daripada
penyakit, sihat mental, fizikal dan emosi serta sosial dan
rohani.
Untuk mencapai kesihatan yang menyeluruh seseorang
atlet perlu mengamalkan makanan yang seimbang.
Faktor utama yang mempengaruhi tahap kesihatan
menyeluruh ialah rehat, istirahat, tidur, kesenggangan
dan aktiviti fizikal.
4.1 KESENGGANGAN, REHAT,
ISTIRAHAT DAN TIDUR
1. Kesenggangan ialah waktu terluang yang diisi dengan
aktiviti yang digemari. Contoh melukis dan menggubah
bunga.
2. Rehat ialah tempoh yang diambil untuk berhenti daripada
melakukan aktiviti fizikal atau mental. Contoh seperti
makan dan membaca majalah.
3. Istirahat ialah tempoh masa terluang yang dnsi dengan
aktiviti ringan dan tidak aktif. Contoh mendengar muzik
atau tidur sejenak.
KESENGGANGAN, REHAT,
ISTIRAHAT DAN TIDUR
4. Tidur ialah rehat yang panjang. Otak tidak aktif dan
badan dapat rehat sepenuhnya.
5. Antara faedah-faedah kesenggangan, rehat, istirahat
dan tidur ialah:
Memberi peluang kepada badan dan otak untuk pulih
daripada keletihan.
Badan dapat berfungsi dalam keadaan yang optimum.
Fungsi biokimia dalam tubuh dapat dipulihkan.
Minda menjadi tenang dan badan menjadi segar.
4.2 EMOSI REMAJA
1. Emosi bermaksud perasaan atau jiwa yang kuat terbit
daripada perasaan dalaman seseorang.
2. Remaja mempunyai emosi yang berbeza daripada
kanak-kanak dan orang dewasa di mana peringkat ini
adalah peringkat yang kritikal dalam pembentukan diri
mereka.
3. Berikut adalah faktor yang boleh mengakibatkan
berlakunya perubahan emosi remaja iaitu:
EMOSI REMAJA
A. Perubahan fizikal
Perubahan fizikal yang dialami oleh remaja lelaki seperti dada dan
bahu melebar, ketinggian meningkat, tumbuh bulu pubis dan bulu
ketiak, suara menjadi garau, tumbuh jerawat, otot lengan
membesar, bentuk badan berubah, bulu tumbuh di muka dan badan
serta berat badan bertambah.
Perubahan fizikal yang dialami oleh remaja perempuan seperti
ketinggian meningkat, payu dara membesar, tumbuh bulu pubis,
suara berubah daripada suara keanak-anakan kepada suara matang,
tumbuh jerawat, punggung melebar, tumbuh bulu ketiak, bentuk
badan berubah dan berat badan bertambah.
EMOSI REMAJA
B. Faktor perubahan sosial
Emosi remaja boleh berubah melalui pergaulan
mereka.
Identiti remaja banyak dipengaruhi melalui pergaulan
bersama rakan- rakan mereka.
Rakan-rakan yang baik akan melakukan perkara yang
positif manakala rakan yang sebaliknya akan
mempengaruhi perkara yang negatif.
EMOSI REMAJA
C. Daya pemikiran
Daya pemikiran boleh dipengaruhi melalui pergaulan dan cara
didikan keluarga.
Remaja yang membaca perkara yang berfaedah akan
mempunyai pemikiran positif dan emosi lebih stabil.
D. Persekitaran
Kehidupan di bandar yang sesak dengan kenderaan dan rumah
yang sempit seperti tinggal di pangsapuri akan mempengaruhi
emosi remaja menjadi resah dan tidak selesa.

You might also like