You are on page 1of 75

Kesihatan

Diri dan Keluarga

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

Isi Kandungan

Kesihatan Diri dan Keluarga - Kesihatan Diri - Perasaan - Kekeluargaan Gaya Hidup Sihat -Pemakanan Sihat -Penyalahgunaan Bahan Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran - Keselamatan Persekitaran -Penyakit Berjangkit -Pertolongan Cemas

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


KESIHATAN DIRI Semasa meningkat remaja kita akan mengalami beberapa perubahan dan menjadi lebih aktif. Perubahan ini disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Kita perlulah bersedia menghadapi perubahan ini dan mengutamakan kesihatan diri. Tubuh yang sihat akan menjadikan kehidupan kita lebih sejahtera.

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


Apa itu seksualiti??? Seksualiti ialah kesedaran kita terhadap perubahan pada fizikal, tingkah laku, dan fungsi sistem reproduktif. Kesedaran ini timbul apabila kita telah akil baligh. Apa itu akil baligh??? Satu peringkat dalam hidup seseorang yang berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Bila dan apa tandanya??? Mula kedatangan haid bagi orang perempuan dan ihtilam bagi orang lelaki. Selepas itu, kita akan mengalami perubahan fizikal secara beransur-ansur. Sistem reproduktif kita juga mula berfungsi.

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


Haid

Haid adalah petunjuk bahawa organ reproduktif perempuan telah berfungsi. Haid dicirikan dengan pengeluaran darah daripada faraj. Pusingan haid biasanya berlaku di antara 28 hingga 35 hari. Seseorang perempuan akan mengalami haid selama 3 hingga 7 hari. Tempoh haid ini berbeza antara individu. Semasa kedatangan haid, seseorang remaja perempuan perlu mendapatkan panduan tentang cara menguruskan kebersihan diri. Panduan ini boleh diperoleh daripada orang dewasa seperti ibu atau kakak.

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


Kedatangan haid adalah normal. Kita masih boleh melakukan aktiviti harian seperti bersekolah, mengemas rumah, dan bersukan. Semasa kedatangan haid, kita perlu: Menggunakan tuala wanita untuk menampung darah haid. Menukarkan tuala itu dengan yang baru mengikut keperluan. Membersihkan kemaluan sebelum menggunakan tuala baru untuk menggelakkan jangkitan. Membersihkan kotoran pada tuala wanita dengan air,serta membungkus dan membuang ke dalam tong sampah. Elakkan membuang ke dalam mangkuk tandas. Mencuci tangan dengan sabun

Info

Pada peringkat awal, kedatangan haid tidaklah tetap. Selalunya kita mengalami kedatangan haid selang antara 28 hingga 35 hari

Untuk mengetahui kedatangan haid yang berikutnya; Mencatat tarikh hari pertama kita mengalami kedatangan haid. Mencatat tarikh hari pertama kita kedatangan haid pada bulan berikutnya. Mengira jumlah atau jarak hari di antara kedua-dua tarikh itu. jarak hari tersebut itulah yang menentukan kedatangan haid.

SENGGUGUT??? Senggugut ialah pengecutan dinding rahim yang kuat semasa hari pertama kedatangan haid setiap bulan. Ia akan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut dan belakang. Semasa mengalami senggugut seorang gadis mungkin merasa letih, muram dan cepat marah. Bagaimana Cara Untuk Mengatasi Senggugut ? Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan berbaring. Sekiranya tidak-dapat menahan sakit, dapatkan rawatan dari klinik yang terdekat dengan anda.

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA IHTILAM ? Ihtilam ialah satu peristiwa yang dilalui oleh seorang individu lelaki ketika tidur iaitu keluar air mani secara tidak disedari semasa seseorang remaja lelaki yang bermimpikan sesuatu yang memberahikan. Pengalaman ini menandakan sistem reproduktif seseorang lelaki telah mula berfungsi.

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


Ihtilam adalah normal dan tidak menghalang kita daripada meneruskan aktiviti harian seperti bersekolah, bersukan dan beriadah. Selepas mengalami ihtilam, kita hendaklah: Membersihkan anggota tubuh. Menggantikan pakaian yang telah kotor dengan pakaian yang bersih. Selepas mengalami ihtilam, kita hendaklah: Membersihkan anggota tubuh. Menggantikan pakaian yang telah kotor dengan pakaian yang bersih.

Selepas mengalami ihtilam, kita akan mengalami: Perubahan fizikal Perubahan perasaan akibat tindakan hormon dalam badan.

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Penyakit Tidak Berjangkit.


Apa itu penyakit tidak berjangkit?? Penyakit yang tidak memerlukan perantaraan atau vektor. Punca??? KETURUNAN (GENETIK) DAN GAYA HIDUP.

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


CONTOH-CONTOH PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT Karies gigi Penyakit jantung Diabetes Asma Penyakit buah pinggang

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

KARIES GIGI
Masalah gigi berlubang Berlaku akibat tindak balas antara bakteria dengan makanan bergula di permukaan gigi. Asid yang terhasil melembutkan lapisan enamel gigi. Seterusnya bakteria dapat memasuki lapisan dentin gigi dan menyebabkan gigi berlubang.

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


Terjadi apabila otot jantung tidak dapat mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh tubuh.

Sakit Jantung

Ini menyebabkan saluran darah jantung tersumbat. Kesannya, kita berasa amat sakit seolah-olah ada sesuatu yang mencengkam di bahagian dada.

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Rajah di atas menunjukkan keadaan jantung yang tersumbat.

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Diabetes
Terjadi apabila kandungan gula di dalam darah adalah tinggi. Terjadi apabila kandungan gula di dalam darah adalah tinggi.

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Kesannya?

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


Terjadi apabila saluran pernafasan terganggu.

ASM A
Ia disebabkan alahan terhadap makanan tertentu, pencemaran udara dan cuaca. Simptomnya ialah batuk, nafas berbunyi, kahak berlebihan dan kecungapan

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


Ia disebabkan oleh jangkitan kuman, keracunan dan penggunaan ubat yang tidak mengikut arahan Terjadi apabila buah pinggang gagal berfungsi untuk membersihkan darah.

Penyakit buah pinggang

Kesannya, pesakit hilang selera makan, berasa mual dan muntahmuntah serta kelihatan lemah.

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


Makan makanan seimbang. Pelbagaikan pilihan makanan kita. Amalan ini dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh

Minum air secukupnya, sekurangkurangnya 8 gelas sehari.

Bersenam dan bersukan Lakukan sebanyak tiga kali seminggu PENCEGAHAN (selang hari). PENYAKIT Dilakukan 20 30 TIDAK minit pada setiap BERJANGKIT sesi. Amalan ini dapat meningkatkan tahap kecergasan tubuh Memeriksa kesihatan secara berkala dan menguatkan otot jantung dan tetap. Jumpa doktor setiap enam bulan atau setahun sekali untuk pemeriksaan kesihatan

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


PERASAAN Perasaan atau emosi ialah sesuatu yang kita rasakan dalam hati dan diluahkan dengan mimik muka serta perlakuan Meluahkan perasaan?? Berkongsi tentang apa yang kita rasakan dengan meluahkan perasaan kita kepada orang lain. Memahami perasaan? Memahami perasaan orang lain dapat membantu kita mewujudkan persefahaman dan mengeratkan hubungan kita dengan mereka.

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA KEREMAJAAN Proses yang menyebabkan perubahan pada fizikal , perasaan, dan perwatakan seseorang. Perubahan ini dialami pada penghujung alam kanak-kanak sebelum kita menjadi dewasa.

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


i) Perubahan fizikal semasa remaja lelaki.

Dada semakin bidang Otot-otot terbentuk Bulu tubuh mula tumbuh Berat badan dan ketinggian makin bertambah Suara mula pecah dan beransur-ansur menjadi garau. Muka mula berjerawat, bermisai dan berjanggut.

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


i)

Perubahan fizikal semasa remaja perempuan. Payu dara membesar Punggung melebar Ketiak ditumbuhi bulu. Berat badan dan ketinggian bertambah Suara mulai lunak Muka mula berjerawat

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


Perubahan fizikal remaja.

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


ii) Perubahan perasaan Mencari identiti sendiri - Identiti ialah sifat keseluruhan yang ada pada kita. Identiti dapat memperkenalkan atau membezakan diri kita daripada orang lain. Dalam menentukan identiti diri, kadangkala kita akan terpengaruh dengan perlakuan rakan sebaya atau idola kita. Oleh itu kita patut dapat membezakan antara identiti yang baik denga yang buruk

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


Mementingkan rakan -Kita lebih suka melakukan aktiviti harian bersama-sam kawan. Kita lebih mengutamakan kawan kerana kita lebih selesa untuk bermain dengan mereka. Kita juga tidak berasa malu bercerita tentang semua perkara dengan kawan kita. Sentiasa bimbang paras rupa. -Kita mengambil berat tentang penampilan diri dan mahu kelihatan menarik. Kita akan bimbang sekiranya terdapat tanda-tanda seperti jerawat pada pada muka.

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Emosi tidak stabil - Emosi menjadi tidak stabil kerana perasaan kita tidak menentu. Keadaan ini terjadi apabila kita menghadapi beberapa perkara pada satu masa. Kita juga terpaksa membuat keputusan pada ketika itu. Contohnya, perasaan kita berbelah bahagi apabila terpaksa memilih antara kemahuan diri sendiri dengan kemahuan orang lain.

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


Peranan Golongan Remaja Peranan dalam keluarga. - Sebagai ahli keluarga, kita sama-sama bertanggungjawab mewujudkan suasana sejahtera dalam keluarga. Kita harus taat kepada ibu bapa, bersikap baik dengan adik beradik, dan memberi kerjasama dalam semua aktiviti keluarga. Peranan dalam masyarakat - Bergaul dengan penduduk setempat. Mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong. Menghormati dan menerima teguran daripada orang dewasa. Mematuhi norma masyarakat - Sebagai anak remaja Malaysia, kita patut mengekalkan norma atau amalan masyarakat kita. Norma masyarakat kita adalah mengutamakan perpaduan antara kaum, saling menghormati, berbudi bahasa, dan sopan santun.

GAYA HIDUP SIHAT PEMAKANAN YANG SIHAT - Pemakanan yang sihat bermaksud sajian makanan yang kita ambil mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh.

GAYA HIDUP SIHAT Kumpulan dan Jenis Makanan


LEMAK

PROTIEN

VITAMIN DAN MINERAL

KARBOHIDRAT

GAYA HIDUP SIHAT

GAYA HIDUP SIHAT

Pentingnya Makanan Seimbang


Kumpulan lemakmembekalkan haba Kumpulan proteinmembantu proses tumbesaran

Kumpulan vitamin dan mineralmemelihara fungsi tubuh dan menjauhkan penyakit


Kumpulan karbohidratmemberi tenaga

GAYA HIDUP SIHAT


Fikirkan??? ! Mengapakah saiz setiap kumpulan dalam carta pengambilan makanan tersebut berbeza? Mengapakah kita harus awalkan waktu makan malam? Apakah pentingnya mengambil sarapan??

GAYA HIDUP SIHAT

Pilihan Makanan Sihat Untuk memastikan kita mendapat semua nutrien dalam makanan setiap hari, kita hendaklah mengambil :
sarapan Sajian makan tengah hari Sajian makan malam.

GAYA HIDUP SIHAT

GAYA HIDUP SIHAT

Cadangkan satu hidangan makanan seimbang.

GAYA HIDUP SIHAT


PENYALAHGUNAAN BAHAN Menggunakan bahan-bahan seperti dadah, alkohol, atau gam dengan tidak mengikut fungsi sebenar.

GAYA HIDUP SIHAT

GAYA HIDUP SIHAT


Boleh mengubah cara berfikir, perasaan dan perlakuan seseorang, serta mengakibatkan kematian Wujud dalam bentuk pil, serbuk dan bahan mentah.

Hidup bahagia tanpa dadah.

Jenis-jenis dadah adalah seperti heroin, kokain, candu, ganja dan pil khayal.

Kesimpulannya, kita perlu mengelakkan diri kit daripada dadah supaya hidup bahagia

GAYA HIDUP SIHAT


Asap rokok ini juga boleh menjejaskan kesihatan orang lain. Rokok mengandungi pelbagai bahan toksik seperti nikotin, karbon monoksida, dan tar.

Kita perlu mengelak daripada merokok agar hidup kita lebih sejahtera

Hidup sejahtera tanpa rokok

Mendapat penyakit jantung, barah paru-paru, dan penyakit saluran pernafasan yang teruk.

GAYA HIDUP SIHAT


Contohnya bir, wain, dan samsu. Minuman alkohol dikenali sebagai minuman keras atau arak

Hidup sihat tanpa alkohol

Kita tidak sepatutnya mengambil minuman ini kerana terdapat banyak minuman lain yang lebih berkhasiat.

Boleh memabukkan dan menyebabkan peminum tidak dapat berfikir dengan waras dan mengawal perlakukan

GAYA HIDUP SIHAT

Keburukan merokok, mengambil alkohol dan dadah, serta menghidu bahan-bahan tertentu.

Perbuatan perokok membuang putung rokok yang masih menyala boleh menyebabkan kebakaran

Bahan kimia yang terkandung dalam alkohol, rokok, dadah dan bahan yang dihidu boleh menjejaskan kesihatan.

GAYA HIDUP SIHAT

Individu yang terlibat tidak dapat mengawal diri dan fikiran apabila ketagihan. Mereka sanggup menjatuhkan maruah diri dan memalukan masyarakat. Kandungan rokok,alkohol, dadah dan bahan hidu boleh menyebabkan ketagihan jika diambil berulang kali. Ketagihan ini akan menyebabkan penagih menghabiskan banyak wang untuk mendapatkan bahan-bahan ini. Individu yang terlibat dalam penylahgunaan bahan-bahan ini sering

GAYA HIDUP SIHAT

Panduan mengelak daripada merokok, mengambil alkohol dan dadah serta menghidu bahan-bahan tertentu. Libatkan diri kita dengan aktiviti berfaedah seperti memancing. Elakkan diri kita daripada terpengaruh. Kita mesti berani menolak ajakan untuk mencuba atau mengambil bahan tersebut . Amalkan meneliti kandungan sesuatu bahan. Baca label sebelum membeli. Gunakan masa lapang kita dengan melakukan aktiviti bersama-sama keluarga seperti beriadah. Elakkan ke tempattempat hiburan.

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN


Keselamatan Persekitaran Keselamatan di rumah, sekolah dan tempat permainan - Elakkan bermain dekat dengan kenderaan. - Pastikan benda tajam diletakkan di tempat yang selamat untuk mengelakkan kecederaan. - Laporkan kepada guru apabila alatan sukan yang digunakan rosak. - Patuhi peraturan semasa menggunakan alatan di makmal sains. - Kita mesti mematuhi arahan dan peraturan penggunaan alatan di taman permaian

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN


Keselamatan di Jalan Raya - Semasa menggunakan jalan raya, kita perlu patuh kepada peraturan dan undang-undang jalan raya. Kita juga perlu kenal dan faham akan maksud tanda-tanda keselamatan

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN


Gunakan jejantas untuk memastikan keselamatan kita lebih terjamin

Jangan masuk kerana kita akan bertentangan arah dengan kenderaan lain Pastikan semua kenderaan berhenti sebelum melintas jalan. Pastikan keadaan selamat sebelum kita meneruskan perjalanan

Gunakan laluan basikal apabila kita berbasikal

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Kenalpasti papan tanda ini.

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Keselamatan Semasa Menggunakan Bahan Api. Api boleh menyebabkan kebakaran, kemusnahan harta benda, dan kematian jika tidak digunakan dengan cara dan tujuan yang betul.

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN


Berikut beberapa punca kebakaran dan langkahlangkah keselamatan bagi menghindarkannya. Periksa semua penyambung elektrik bagi memastikan tiada retakan, wayar terdedah dan longgar. Gantikan wayar yang buruk atau wayar yang kerap panas ketika digunakan. Pastikan semua pendawaian diperiksa dari masa ke semasa bagi mengenalpasti dan mengatasi kerosakan. Elakkan daripada meletakkan periuk panas di atas tong gas, Elakkan daripada meletakkan lilin yang menyala di tempat yang mudah berlakunya kebakaran. jangan merokok atau menyalakan rokok semasa mengisi minyak tanah kenderaan

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Langkah lang kah keselamatan di rumah.

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Keselamatan di Air Kemalangan juga kerap berlaku di air seperti di kolam renang, air terjun, sungai, dan laut. Ketika menggunakan kenderaan air seperti bot dan feri, kita hendaklah memakai jaket keselamatan dan mengelak daripada menaiki kenderaan air yang terlebih muatan.

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN


Berikut adalah langkah-langkah keselamatan semasa kita berada di air. Amalkan mandi di bawah pengawasan orang dewas ketika berada di kawasan air terjun. Elakkan daripaa bermain di kawasan larangan seperti di lombong, loji, dan sungai. Pastikan terdapat penyelamat yang bertugas sebelum mandi di kolam. Elakkan daripada mandi di kawasan berbahaya,
Sudut berfikir: Apakah yang akan kamu lakukan untuk membantu seseorang yang mengalami kemalangan di air??

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN


Keselamatan Ketika Banjir Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan. Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat. Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang. Tutup semua suis elektrik untuk menggelakkan kejutan elektrik Elakkan bermain air ketika banjir
INFO: Banjir lumpur berpunca daripada aliran air yang berlumpur akibat hakisan tanah.

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

PENYAKIT BERJANGKIT- Campak


Cara merebak: Virus merebak melalui batuk, bersin dan sentuhan, terutama pada cecair hidung atau mulut individu yang dijangkiti. Simptom penyakit: Demam tinggi. Batuk, selesema dan sakit tekak. Mata berair dan sensitif kepada cahaya. Sakit otot. Ruam seluruh badan. Langkah-langkah pencegahan: Dapatkan imunisasi campak. Elakkan daripada menghampiri penghidap campak. Pastikan kita sembuh sebelum ke sekolah semula.

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

PENYAKIT BERJANGKIT- Kepialu


Cara merebak: Bakteria dibawa oleh penghidap, lalat, lipas dan tikus. Simptom penyakit: Mata layu dan cengkung Tubuh badan kurus dan lesu Tiada selera makan. Sakit kepala. Ruam berbentuk bunga ros. Sembelit diikuti cirit-birit Langkah-langkah pencegahan: Dapatkan imunisasi kepialu. Minum air yang dimasak Cuci tangan dengan air dan sabun sebelum makan. Pilih gerai yang bersih.

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

PENYAKIT BERJANGKIT- Rubela


Cara merebak: Virus disebarkan melalui udara dan air. Simptom penyakit: Sakit tekak Sakit kepala Demam. Ruam berwarna ungu dibelakang telinga dan di atas kening, Ruam menyebar pada badan, tangan, dan kaki.
Langkah-langkah pencegahan: Dapatkan imunisasi rubela Kuarantinkan penghidap rubela.

Layari laman web : www.Ensiklopedia .info/senarai

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

PENYAKIT BERJANGKIT- BEGUK


Cara merebak: Jangkitan virus di kelenjar liur Simptom penyakit: Pipi berhampiran telinga menjadi bengkak Pesakit mungkin mengalami demam. Bahagian leher terasa kejang. Sensitif terhadap cahaya Badan berasa lemah Sakit kepala. Langkah-langkah pencegahan: Dapatkan imunisasi beguk. Elakkan daripada melakukan sentuhan langsung. Kuarantinkan penghidap beguk

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

PERTOLONGAN CEMAS Rawatan pertama diberi kepada pesakit/mangsa kemalangan. Usaha rawatan pertama dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulans / pesakit mendapat rtawatan dari doktor. Matlamat utama: >untuk menyelamat nyawa >mengelakkan kecederaan dari bertambah buruk >mengurangkan kesakitan. >sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

PENDARAHAN KECIL

Pendarahan eksternal (dibahagian luar)


luka terhiris -disebabkan benda tajam seperti pisau luka terkoyak -disebabkan cakaran binatang atau dawai luka berdarah -kena pukulan tepat benda tidak tajam luka tembus -seperti kena tikaman pisau, atau jarum

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN


Luka-luka kecil Rawatan bagi luka kecil lazimnya hanya memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja. Biarpun begitu rawatan perlu diberi untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman. Langkah-langkah rawatannya adalah seperti berikut: Bersihkann tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor. Cuci luka dari tempat luka kea rah ke luar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka. Keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril. lekatkan plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka. Gunakan pembalut untuk memegang plaster

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN


PATAH DAN TERSELIUH Kepatahan (fraktur) merupakan salah satu kecederaan yang sering di alami oleh mangsa kemalangan. Kecederaan tulang, sendi dan otot terjadi disebabkan oleh :

Pukulan secara langsung yang tepat dan kuat. Kecederaan berlaku pada tempat yang kena pukulan, misalnya kaki dilanggar kereta. Pukulan sipi. Kecederaan berlaku jauh dari tempat pukulan, misalnya patah tulang peha kerana jatuh dari tempat tinggi. Kecederaan otot (strain). Otot telah diregang secara berlebihan. Terjadi kerana menggunakan otot secara mengejut. Sering terjadi pada ahli sukan. Terseliuh. Kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut. Contoh pergerakan mengejut seperti berpusing secara mengejut semasa berlari. Dislokasi (dislocation). Hujung tulang sendi terkeluar dari kedudukan normal. Sering terjadi pada jari kaki atau tangan

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN


Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut :

Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak. Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan rawatan ditempat kejadian. Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera. Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera. Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan kain yang bersih. Haling / ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat (splin), anduh dan pembebat. Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Lebam Lebam terjadi akibat anggota terkena hentakan. Bahagian yang cedera menjadi lebam. Cara memberi bantu mula: Rehatkan mangsa. Letakkan ais yang dibalut dengan kain bersih pada bahagian lebam.

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Melecur Terjadi apabila lapisan atas kulit terbakar akibat terkena air atau minyak panas. Cara memberi bantu mula: Alirkan air pada bahagian yang melecur selama 10 minit. Biarkan kulit melecur itu kering sendiri. Elakkan daripada menyapukan minyak atau krim pada kulit yang melecur. Jangan tanggal kulit yang melecur.

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Lakukan Simulasi Cara Melakukan Bantuan Awal Mengikut Kumpulan.

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Perkhidmatan kesihatan dan keselamatan ialah kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu orang ramai.

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

TUGAS-TUGAS PUSAT PERKHIDMATAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN Memberi perkhimatan kecemasan: Bantuan memadamkan kebakaran. Bantuan ketika kemalangan. Penyeliaan keselamatan bangunan. Promosi pendidikan

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Memberi perkhidmatan kawalan keselamatan: Penguasaan dan undang-undang. Siasatan terhadap aduan yang diterima. Kawalan lalu lintas. Pencegahan jenayah.

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Memberi perkhidmatan Rawatan sakit luar Rawatan pergigian Preskripsi ubat-ubatan Rawatan ibu bersalin.

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Menyediakan rawatan kesihatan percuma: Kecemasan Rawatan lanjut Kaunseling Rawatan sakit luar.

You might also like