You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU

TUGASAN 5 WAJ3106 HUBUNGAN ETNIK

Soalan: Bincangkan strategi-strategi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dalam usaha mengeratkan hubungan perpaduan antara kaum.

NAMA PELAJAR NO. KAD PENGENALAN KUMPULAN NO. MATRIK NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR

: HAMIDAH BT MUHAAMMAD : 810914-03-5336 : PPG MATEMATIK 2 (AMBILAN FEBRUARI) : 2012121360165 : PN. KHADIJAH BT. AIYUB : 6 MEI 2013

Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara kita pada waktu itu. Selepas pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkan iaitu pada 23 Februari 1971. Tanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduan antara kaum di negara ini terus diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara. Antara 1990 2004, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat sebelum diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Bermula daripada kemerdekaan hingga kini, kerajaan telah merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi nasional. Dasar-dasar yang dimaksudkan termasuklah Dasar

Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar dasar tersebut telah diperkukuhkan lagi dengan memperkenalkan Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan. Bagi memperlengkap dan memperkukuh usaha pembentukan bangsa Malaysia, beberapa dasar lain telah dibentuk. Antaranya ialah Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara. JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005 2010, telah merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkat perpaduan dan integrasi nasional iaitu melalui strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan bahasa kebangsaan, agama, kebudayaan, integrasi

wilayah, keselamatan, pembangunan kawasan, penggunaan tenaga manusia, media massa, kesukanan, pemasyarakatan perpaduan, pertubuhan sukarela, penyelidikan dan penerbitan bahan bacaan, pemantauan isu-isu semasa dan konflik, penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti perpaduan serta strategi-strategi lain. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Sekolah kebangsaan perlu diperkasakan bagi menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai etnik. Sekolah kebangsaan merupakan institusi pendidikan utama bagi anak-anak Malaysia untuk memenuhi aspirasi dan memiliki jati diri nasional. Sekolah kebangsaan berkemampuan untuk mendidik pelajar tetapi membantu menanam nilai-nilai perpaduan dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sekolah kebangsaan merupakan aliran utama pendidikan untuk semua warga Malaysia tanpa mengira kaum. Kualiti pengajaran di sekolah kebangsaan akan dipertingkatkan dengan 100 peratus guru di sekolah menengah dan 25 peratus guru di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun 2020. Semangat perpaduan dalam kalangan pelajar bukan sahaja perlu di pupuk oleh pihak sekolah tetapi juga institusi pendidikan tinggi. Antara langkah-langkahnya ialah; I. Tidak mengetepikan proses penguasaan bahasa ibunda masing-masing dengan memperkenalkan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil II. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara golongan etnik III. IV. Mengadakan lebih banyak aktiviti antara golongan etnik Mengadakan program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsurunsur interaksi etnik dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan golongan etnik lain.

Sekolah Wawasan Konsep sekolah wawasan di perkenalkan sebagai salah satu pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan integrasi nasional dengan membina dua atau tiga jenis sekolah rendah baharu yang berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan sebagainya. Pelaksanaan Sekolah Wawasan bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang luas kepada para pelajar pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi dalam pelbagai aktiviti tanpa menjejaskan status dan perkembangan SJK yang sedia ada. Program Latihan Khidmat Negara Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mula dilaksanakan pada tahun 2004 merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan secara berkhemah dan berasrama bagi remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). PLKN di laksanakan berteraskan Rukun Negara dan mempunyai kurikulum multidisiplin yang merangkumi empat modul iaitu modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti. PLKN bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan positif melalui nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan melahirkan generasi muda yang cergas, cerdas dan penuh keyakinan. PLKN menyumbang terhadap usaha pemupukan perpaduan kaum terutama di kalangan golongan remaja kerana aktiviti yang di jalankan menekankan semangat muhibah dan bertolak ansur antara peserta tanpa mengira kaum dan agama.

You might also like