You are on page 1of 9

PEMIKIRAN FALSAFAH JOHN DEWEY TERHADAP PENDIDIKAN

John Dewey dilahirkan pada 20 Oktober 1859 di Burlington, Vermont iaitu sebuah pekan
yang terletak di sebelah Timur Laut Amerika Syarikat. Beliau sering dikaitkan dengan orang
yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang mendalam mengenai falsafah, psikologi dan
ilmu pendidikan. Ketika berusia 15 tahun beliau telah diterima masuk ke Universiti Vermont
dan berjaya menamatkan pengajiannya pada tahun 1879. Kemudian beliau ditawarkan
mengajar di sekolah tinggi di Oil City, Pennsylvania. Ketika inilah beliau mula menjinakkan
diri dengan bidang falsafah. Seterusnya beliau menyambung pelajaran untuk mendapatkan
Ijazah Kedoktoran di Universiti Johns Hopkins dan berjaya menamatkan pengajiannya pada
tahun 1884 dengan menghasilkan sebuah tesis yang bertajuk “Psychology Based on Kent”. 1
Seterusnya beliau banyak berkhidmat sebagai pensyarah di beberapa university seperti
Universiti Minnesota, Universiti Michigan dan Universiti Chicago. Pada tahun 1896 beliau
telah menubuhkan sekolah sendiri yang berorientasikan eksperimen sepenuhnya yang diberi
nama Sekolah Laboratory tetapi terpaksa ditutup beberapa tahun selepasnya disebabkan
beberapa permasalahan. Pada tahun 1905 beliau berkhidmat sebagai profesor dalam bidang
falsafah di Universiti Columbia sehingga bersara pada tahun 1930. Beliau kemudiannya
meninggal dunia pada 31 Mei 1952 dalam usia yang menjangkau 93 tahun.2

Pendidikan menurut John Dewey merupakan proses pembentukan asas pembawaan,


intelektual dan emosi terhadap persekitaran dan manusia. Beliau menjelaskan bahawa
pendidikan merupakan usaha menyusun pengetahuan untuk membantu manusia
meningkatkan lagi pengetahuan yang dimiliki, iaitu pengetahuan yang membawa kepada
kehidupan lebih selamat, bermanfaat dan bertambah tinggi lagi darjat pengetahuannya. 3
Menurutnya lagi, pendidikan ialah proses memperbaharui pengalaman yang berterusan
melalui ungkapan berikut iaitu ‘process of renewal of the meaning of experience’.. dengan
penyampaian sama ada melalui interaksi dengan orang yang lebih tua atau melalui institusi
pendidikan formal.4

Seperti yang diketahui, falsafah pendidikan yang dibawa oleh John Dewey
berdasarkan aliran pemikiran falsafah yang dipeloporinya iaitu pragmatisme. Falsafah ini

1
Kandan Talebi (2015). John Dewey - Philosopher and Educational Reformer. European Journal of Education Studies,
Volume 1(Issue 1).
2
Abd. Munir Mohamed Noh (2010). Falsafah Pendidikan Menurut Ibn Khaldun dan John Dewey : Kajian Perbandingan
(Master Degree Usuluddin). Universiti Malaya, Kuala Lumpur, h. 51.
3
Siti Arinah Tukiran (2019). Falsafah Pragmatisme John Dewey dan Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam 'Muallaf'.
International Journal of Islamic Thought, Volume 15.
4
Abd. Munir Mohamed Noh (2010), op.cit. h. 101.
menekankan pengalaman langsung sebagai asas kepada semua metod dan pengalaman
sebagai kunci dalam menilai sesuatu.5 Pengalaman tersebut hanya akan terhasil apabila wujud
interaksi di antara manusia dengan sekeliling sehari-harian dan pengalaman tersebut dialami
oleh setiap individu secara berterusan. Dua prinsip tersebut iaitu prinsip kesinambungan
pengalaman (berterusan) dan prinsip interaksi 6 perlu sentiasa diteliti dan dititikberatkan agar
pengalaman yang diperolehi bersifat mendidik kepada pelakunya. Selain itu, supaya
pengalaman tersebut memberi nilai, guru perlu memberi arahan dan panduan terhadap
pengalaman kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak bermain sesuatu permainan yang mana
mereka mematuhi segala arahan permainan secara sukarela akan meneruskan permainan
tersebut.7 Sama juga konsepnya dengan pelajar yang terlibat dengan aktiviti kumpulan di
dalam kelas akan ada gesaan supaya aktiviti tersebut dapat diselesaikan.

Antara pemikiran falsafah John Dewey terhadap pendidikan beliau menyatakan


bahawa pendidikan ialah aktiviti sosial yang berperanan untuk melaksanakan kelangsungan
kehidupan, bukan semata-mata persediaan untuk hidup. Ini jelas melalui ungkapannya iaitu
“education is not preparation for life, education is life itself” dan “education is a process of
living and not a preparation for future living”.8 Sekolah haruslah berperanan sebagai
masyarakat dalam bentuk kecil.9 Sekolah bukan sahaja tempat untuk mengisi pelbagai ilmu
dan pengetahuan ke dalam otak kanak-kanak semata-mata tetapi lebih daripada itu. Ia
merupakan tempat mereka hidup bermasyarakat dan menyediakan penghidupan yang
seimbang dengan perkembangan umur dan bakat kanak-kanak. 10 Sesebuah sekolah mestilah
memainkan peranan dan menjalankan tugas atas dasar yang praktikal seperti mengadakan
pelajaran pertukangan tangan, kecekapan (skill), perusahaan dan pelajaran yang dapat
menimbulkan daya usaha murid-murid.11 Dewey memberi contoh di mana struktur
masyarakat di Amerika mulai berubah pada tahun 1899 di mana kanak-kanak tidak lagi
menggunting, memberus dan memintal bulu biri-biri. Usaha produktif ini harus dibuat dan
diambil alih oleh sekolah pula lantaran ibu bapa tidak lagi memperkenalkan kanak-kanak ke
dalam kehidupan tersebut. Oleh yang demikian, sekolah sangat memainkan peranan terhadap

5
Siti Arinah Tukiran (2019) op.cit.
6
Ibid.
7
Aliya Sikandar, (2015). John Dewey and His Philosophy of Education. Journal of Education and Educational
Development, Volume 2.
8
Morgan K. Williams, (2017). John Dewey in the 21st Century. Journal of Inquiry & Action in Education.
9
Abdul Fatah Hasan, (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd,
h. 4.
10
Siti Arinah Tukiran (2019).
11
Abd. Munir Mohamed Noh (2010), h. 100.
usaha-usaha pembentukan minat murid dan pembekalan latihan untuk dijadikan sebagai
bekalan hidup serta tanggungjawab mereka terhadap masyarakat sosial.

Selain itu, pemikiran pendidikan Dewey juga bersifat praktikal. Kaedah pengajaran
dan pembelajarannya adalah berdasarkan kepada prinsip ‘learning by doing’12 iaitu
pendidikan terhasil setelah melakukan sesuatu perbuatan. Dengan kata lain, Dewey bukan
hanya mencipta dan mengajarkan teori-teori kepada murid bahkan dia melaksanakan teori
tersebut secara eksperimen dan praktikal. Hal ini dibuktikan apabila beliau mendirikan sebuah
sekolah yang berorientasikan eksperimen sepenuhnya yang diberi nama Sekolah Laboratory
atau lebih popular dengan nama Sekolah Dewey sahaja.

Di samping itu, pendidikan menurut Dewey merupakan aktiviti yang sentiasa


berkembang dan progresif. Dewey dikenali sebagai bapa pendidikan progresif. Walaupun
kematiannya telah menjangkau lebih daripada 50 tahun, namun kebanyakan idea dan
pemikiran falsafahnya walaupun dilihat sangat berbeza tetapi masih lagi digunakan untuk
menggalakkan penglibatan pelajar di dalam bilik darjah menerusi penggunaan teknologi.13
Pendidikan progresif John Dewey ini muncul daripada pemikiran pragmatisme. Pemikiran ini
menyokong pengalaman manusia sebagai asas untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Dewey
sangat tertarik dan suka melihat kanak-kanak belajar tentang apa yang mereka ingin pelajari
terutamanya mengenai perkara yang berkaitan dengan kehidupan mereka di rumah. Dewey
melihat perlunya ada aktiviti atau pendekatan yang terkini untuk menarik minat murid supaya
mereka merasa gembira ketika belajar. Dalam pendidikan progresif, guru berfungsi dan
berperanan sebagai pembimbing atau penasihat untuk membantu pelajar mengenali masalah
yang dihadapi. Amalan guru seperti mendedahkan pelajar kepada pengalaman sosial,
melaksanakan projek, kajian sosial, masalah-masalah dan eksperimen yang mana apabila
dipelajari dengan menggunakan kaedah saintifik, akan menghasilkan pengetahuan yang boleh
digunakan dalam semua bidang yang dipelajari. Dalam pendidikan progresif ini juga, buku
dianggap sebagai alat dalam proses pembelajaran dan bukan sebagai sumber-sumber
pengetahuan.14 Melalui idea pendidikan progresif inilah juga Dewey mengilhamkan idea
pendidikan sepanjang hayat.

Seterusnya, John Dewey membina falsafah pendidikannya dan mengaitkannya dengan


demokrasi. Prinsip yang terkandung di dalamnya adalah setiap manusia mempunyai hak-hak

12
Aliya Sikandar, (2015).
13
Morgan K. Williams, (2017).
14
Abd. Munir Mohamed Noh (2010), h. 99.
yang tertentu yang dijamin kebebasannya serta menghormati hak masing-masing. Dalam
konteks pendidikan, setiap individu mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan sama rata
tanpa mengira jantina, keturunan, bangsa atau agama. Setiap individu bebas untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan tanpa sebarang sekatan dan halangan kerana melalui
pendidikan inilah manusia akan memahami perubahan dan tabiat manusia yang pelbagai.
Oleh yang demikian, demokrasi pendidikan bolehlah dijelaskan sebagai kesamarataan dalam
mendapatkan pendidikan yang merupakan hak manusia seluruhnya. Dalam melaksanakan
proses pendidikan sekolah hendaklah bertindak memastikan setiap murid berpeluang untuk
keluar dari belenggu kumpulan sosial yang biasanya dipisahkan dengan warna kulit, bangsa,
agama, politik dan warganegara.

Manakala, dari sudut pembentukan kurikulum pula John Dewey hanya menyatakan
bahawa asas yang membentuk kurikulum atau subject matter pendidikan adalah pengalaman
lalu yang merupakan jambatan kepada penghasilan pengalaman akan datang. Beliau tidak
menetapkan objektif atau kriteria berdasarkan pengalaman tersebut.15 Ini disebabkan proses
pendidikan yang sentiasa berkembang dan berubah-ubah, maka tiada kurikulum yang tertentu
yang dijadikan panduan yang tetap. Konsep pendidikan sebegini menekankan setiap tajuk
merentasi kurikulum semua subjek seperti Sejarah, Geografi, Sains, Fizik, Kimia, Biologi dan
lain-lain. Dengan itu kurikulum akan terus berubah dan menjadi bertambah kompleks.
Justeru, kurikulum perlu sentiasa dikemaskini, diperbaharui, diformulakan serta distrukturkan
mengikut kesesuaian keadaan.

15
Aliya Sikandar, (2015).
PEMIKIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN KANT IMMANUEL
Kant Immanuel telah dilahirkan pada 22 April 1724 di Konigsberg di Prusia Timur.Beliau
seorang tokoh Falsafah Moden yang masyhur.Bapa dan ibunya berasal dari Jerman dan
merupakan penganut aliran The Pietist iaitu seorang kuat pegangan pada agamanya. Daripada
asasnya agama yang ditekankan oleh ibu bapanya telah memberi kesan dalam pendidikan
yang telah diterima Kant iaitu beliau dikatakan terpengaruh dengan aliran ‘Phetisme”
walaupun beliau hidup pada fasa “Skepticisme”
Kant telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Collegium Fridericianum dan
seterusnya melanjutkan pelajarannya di University of Konigberg dalam bidang teologi dan
telah menuntut ilmu falsafah dengan beberapa orang gurunya di sana antaranya Martin
Knutzen. Usai tamat pengajian, beliau telah dilantik sebagai tenaga pengajar di Prusia Timur
dan ketika itu, beliau bijak mengambil peluang untuk mempergiatkan lagi pembelajaran dan
kajian beliau dengan melanjutkan pengajiannya di peringkat Sarjana.
Beliau aktif mengajar matapelajaran seperti fizik, matematik, logik, metafizik, falsafah
moral dan geografi selain menghasilkan beberapa kajian sains tentang udara, manusia dan
kejadian alam.Pembelajaran dan pembacaannya yang meluas menyumbang kepada
pemahaman beliau terhadap falsafah logik dan metafizik dan teori serta ideology yang
dibawanya.Beliau telah meninggal pada tahun 1804 ketika berusia 80 tahun.
Kant adalah seorang tokoh falsafah yang terkenal yang meletakkan moral sebagai asas
dalam falsafahnya dengan menyatakan moral adalah proses untuk menjadikan individu itu
sebagai manusia samada meletakkan moral membentuk manusia menjadi manusia ketika itu
atau moral menjadikan individu beretika keseluruhannya.

Dalam falsafah pendidikan, Kant telah membahagikan dalam dua kategori iaitu moral
dan pendidikan fizikal. Fizikal dan moral mengajar seseorang individu menjadi seorang
individu yang berdikari dalam kehidupan. Melakukan kebaikan lebih memberi nilai tambah
sebagai seorang manusia sekaligu membentuk individu menjadi insan yang hebat dan
berakhlak baik. Pendidikan moral menyebabkan sesebuah tamadun dan negara lebih bernilai
kerana berada dalam keadaan aman dan terhormat. Menurut Kant, seseorang dapat dibentuk
keupayaan dan kemampuan individu adalah berdasarkan etika moral dan kerana itu Kant
sangat menitik beratkan aspek pembelajaran moral kerana baginya pengetahuan boleh diberi
sebanyaknya, tetapi moral perlu dibentuk untuk melahirkan individu yang berkualiti.16

Beliau telah membawa beberapa aliran ideologi mengikut fasa yang berbeza dengan
menggunakan aliran rasionalise dan emparisisme dalam aliran epistemologi beliau. 17
Rasionalisme ialah penilaian menggunakan akal dan derian manusia. Segala keputusan

Yunus Bayrak(2015), Kant’s View On Education, Sakarya University


16

Abdullah, A.R, (2000). Wacana Sejarah Falsafah Perspektif Barat dan Timur(1 st ed.,Vol.1). Kuala Lumpur:
17

Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd


terhadap sesuatu masalah secara asasnya dibuat setelah memikirkan kesan baik dan buruk
manakala Emparisme ialah penilaian manusia berdasarkan pembacaan, pengamatan dan
pengalaman.18 Contohnya kanak-kanak merasakan panas ketika menyentuh air panas, maka
setelah itu kanak-kanak tersebut tidak mendekati air panas tersebut kerana mengetahui
bahawa terkena air panas itu sakit. Pada awalnya, paradigma Kant kuat berpendapat bahawa
kebenaran berpandukan rasionalisme iaitu pemikiran manusia walaupun pada mulanya beliau
mengaitkan emparisisme dalam epistemologi beliau kerana padanya emparisisme
mengandungi unsur skeptisme yang meragukan terutamanya terhadap agama Kristian.

Kemudian, fasa pengalaman dilalui beliau membuatkan Kant seterusnya mengambil


Falsafah Deontologi sebagai etika dan ideologi pemikiran beliau tentang pengetahuan dan
pendidikan. Deontologi adalah daripada perkataan Yunani Greek yang membawa maksud
tanggungjawab atau kewajipan seorang individu tehadap sesuatu masalah yang berasal
daripada perkataan ‘dean’ iaitu kewajipan dan ‘logos’ yang membawa maksud ilmu. 19Teori
ini menolak teori Teologikal kerana golongan deotologi ini tidak mempercayai akan akibat
terhadap sesuatu. Menurutnya, nilai moral tidak dapat diukur dan dinilai kebaikan akan
kesudahannya kerana tindakan tidak jelas dan hasilnya tidak dapat ditentukan kerana berada
di luar kawalan individu tetapi bergantung kepada niat pada kebaikan dan moral itu dilakukan
kerana elemen itu masih boleh dikawal dan dinilai. Teori ini sama sekali tidak
mempersoalkan aspek akibat dan matlamat akhir daripada tindakan baik atau buruk yang
dilakukan tapi dinilai daripada usaha perbuatan moral itu sendiri.20

Teori Deontologi ini terbahagi kepada dua komponen iaitu deontologi tindakan
(eksistensialisme) dan deontologi peraturan(prinsip kewajipan)21 . Eksistensialisme
bermaksud kebebasan moral yang diambil tanpa terselit unsur paksaan, amanah dan larangan
dalam membuat keputusan atau dengan erti kata lain, kebebasan jasmani, kehendak dan moral
tanpa dipengaruhi orang lain . Kebebasan moral ini dipandu oleh akal fikiran dan sentiasa
berubah, tidak universal dan tidak statik. Contohnya, seseorang memilih ingin menjadi
seorang guru berdasarkan nilai yang dipandu akalnya setelah melihat sekelilingnya ramai
menjadi guru, akan tetapi cita-cita tersebut boleh berubah kerana individu itu tidak dilahirkan
untuk terus menjadi seorang guru. Deontologi peraturan iaitu Prinsip kewajipan pula
bermaksud tanggungjawab bermoral yang dilaksanakan kerana kewajipan terhadap perkara
tersebut. Contohnya, seorang guru menjanjikan hadiah jika pelajarnya berjaya menyiapkan
tugasan yang diberikan, maka guru tersebut bertanggungjawab memberikan hadiah tersebut
seperti yang dijanjikan. Formula berikut boleh digunakan untuk mengambil kira tindakan
bermoral iaitu

Kebebasan + Keadilan + Kebijaksanaan + Pilihan = Tindakan Bermoral.

18
Muhammad Atiullah Othman, Rasional dan Agama dalam Justifikasi Baik dan Buruk Menurut Immanuel
Kant, Jurnal Perspektif Jil.7 Bil.1 , UPSI : Fakulti Sains Kemanusiaan
19
Nota Pendidikan Moral,Institut Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya
20
Muhammad Atiullah Othman, op.cit
21
Nota Pendidikan Moral,op.cit
Tindakan bermoral individu dalam melakukan tugasan dan tanggungjawab kerana
desakan dalaman dan bukanlah kerana ganjaran, simpati, keseronokan dan kasihan semata ini
dipanggil Tekad Baik atau ‘goodwill’. Jika seseorang melakukan sesuatu kebaikan kerana
ingin mendapatkan ganjaran, pangkat dan pujian semata, ini bukanlah disebut sebagai ‘good
will’ tetapi dipanggil ‘objective good’ seperti menolong guru mengangkat barang kerana ini
dapatkan markah tambahan..Tindakan ini tidak dipanggil bermoral menurut Kant walaupun
baik pada zahirnya.

Kesimpulannya, Kant menitik beratkan soal moral kerana bagi beliau moral membentuk
keyakinan, amanah , disiplin dan kemanusiaan terhadap pendidikan individu. Baginya ilmu
dan pengetahuan boleh diberikan sepenuhnya, akan tetapi moral mesti dibentuk untuk
lahirkan individu yang boleh menyumbang tanpa mengharapkan ganjaran atau pujian
daripada individu lain dan jika pendidikan moral ini tersebar, negara dan rakyat akan hidup
dalam keadaan aman dan harmoni.
RUJUKAN

Hasan, A. F. (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.

Lah, D. N. H. H. Y. C. (2007). Panduan Pendidikan Pra Sekolah. Batu Caves, Selangor: PTS
Professional Publishing Sdn Bhd.

Noh, A. M. b. M. (2010). Falsafah Pendidikan Menurut Ibn Khaldun dan John Dewey :
Kajian Perbandingan (Master Degree Usuluddin). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Sikandar, A. (2015). John Dewey and His Philosophy of Education. Journal of Education and
Educational Development, Volume 2.

Siti Arinah Tukiran, A. S. L. B. R. A. H. (2019). Falsafah Pragmatisme John Dewey dan


Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam 'Muallaf'. International Journal of Islamic
Thought, Volume 15.

Talebi, K. (2015). John Dewey - Philosopher and Educational Reformer. European Journal of
Education Studies, Volume 1(Issue 1).

Williams, M. K. (2017). John Dewey in the 21st Century. Journal of Inquiry & Action in
Education.

Abdullah, A. (2000). Wacana Sejarah Falsafah Perspektif Barat dan Timur. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.
Bayrak, Y. (2015). Kant’s View On Education. 2715.
Malaysia, K. P. (2015). Nota Pendidikan Moral. Institut perguruan Malaysia.
Othman, M. A. (t.t). Rasional dan Agama dalam Justifikasi Baik dan Buruk Menurut
Immanuel Kant. Jurnal Perspektif Jil.7 Bil.1.

You might also like