You are on page 1of 3

NUR AISYAH @ NIK RAHMAH BT ISMAIL

MC190909406

ESEG5013

Pembelajaran mempunyai denifisi yang berbeza oleh ahli psikologi, antaranya Robert M
Gagne (1970)menurut beliau, pembelajaran ialah perubahan atau kemampuan seseorang yang
dapat dikekalkan tetapi tidak disebabkan pertumbuhan, Perubahan yang dipanggil
pembelajaran diperlihatkan melalui perubahan tingkah laku dengan membandingkan tingkah
laku seseorang individu sebelum didedahkan dengan situasi pembelajaran dengan tingkah
lakunya selepas didedahkan dengan pembelajaran. Menurut Morgan dan King (1975) pula,
pembelajaran ialah sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman
yang diperoleh seseorang atau akibat latihan yang dijalaninya.

Kematangan ialah proses pembelajaran untuk menangani dan bertindak balas dengan emosi
yang betul. Ianya tidak semestinya berlaku mengikut pertumbuhan fizikal, tetapi kematangan
merupakan sebahagian daripada pertumbuhan dan perkembangan.Kematangan tidak terhenti
apabila pertumbuhan fizikal terhenti, tetapi ianya berterusan sehingga dewasa.

Daripada takrifan yang dinyatakan, pada pendapat saya pembelajaran bergantung kepada
kematangan seseorang samada dari segi kematangan fizikal atau kematangan
psikologi.Kematangan fizikal dan kematangan psikologi saling berkait pada sesetengah
perkara dan adakalanya tidak. Daripada kematangan seseorang ini akan memberi tindak balas
dan respon terhadap sesuatu pembelajaran yang didapati oleh individu tersebut samada
formal atau tidak formal dan boleh juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran seseorang.

Daripada segi kematangan fizikal, kita akan lihat manusia itu mengalami fasa bayi, kanak-
kanak, dewasa dan tua. Setiap fasa tersebut akan mempamerkan tahap kematangan yang
berbeza mengikut pembelajaran yang didapatinya. Teori perkembangan emosi-fizikal Eric
Erikson (1963) menyatakan bahawa manusia mengalami lapan peringkat perkembangan
emosi manusia daripada bayi sehingga peringkat tua. Menurutnya, di dalam setiap peringkat,
timbulnya tingkah laku positif dan negatif yang membawa kepada penyesuaian psikologi
seseorang. Contohnya bayi yang berusia 6 bulan mula belajar untuk mengambil makanan
yang lembut selain daripada susu ibu.Di sini kita dapat lihat bayi tersebut mengalami proses
pembelajaran ( belajar makan ) mengikut kematangan fizikalnya yang ketika itu usus bayi
baru sesuai untuk mula menerima makanan. Bayi tidak dapat berlari pada umur 6 bulan
kerana mereka tidak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan pembelajaran tersebut akan
terbantut. Selain itu, kita juga dapat lihat fasa remaja, apabila tubuh badan dan fizikal yang
semakin menarik, rupa yang cantik, mereka cuba belajar untuk menjalinkan hubungan yang
lebih matang dengan rakan sebaya terutamanya dengan jantina yang berlainan.

Dari segi kematangan psikologi (emosi) pula, kebiasaannya semakin meningkat umur dan
fasa seseorang, mereka lebih matang dalam tindak balas terhadap sekeliling kerana mereka
telah terdedah dengan pembelajaran yang lebih banyak dan luas. Contohnya, apabila
seseorang dewasa tidak mendapat apa yang kita mahukan, kita tidak akan cepat dan mudah
melatah. Berbeza dengan kanak-kanak, jika mereka tidak mendapat sesuatu yang mereka
inginkan, mereka akan memberontak dan menangis kerana emosi mereka pada fasa tersebut
adalah sebegitu kerana mereka baru mula untuk belajar untuk meletakkan emosi yang betul
untuk situasi tersebut.

Dalam sesetengah situasi,individu yang lebih muda dilihat lebih matang daripada yang lebih
tua. Ini kerana ianya mungkin didorong oleh faktor proses pembelajaran yang lebih terbuka
seperti alam sekitar dan keadaan yang lebih moden yang membantu seseorang individu lebih
matang daripada tahap usianya. Contohnya anak muda kini lebih hebat dalam dunia teknologi
berbanding individu dewasa kerana zaman Gen Z kini mereka lebih terdedah kepada
teknologi sejak bayi menyebabkan proses pembelajaran mereka terhadap teknologi adalah
awal.

Sebagai seorang guru, adalah sangat penting untuk kita mengetahui tahap perkembangan
kematangan para pelajar kerana setiap individu mempunyai perkembangan kematangan yang
berbeza beza walaupun kematangan fizikal mereka adalah sama. Contohnya, dalam kelas
pendidikan khas, pelajar jelas mempunyai kematangan yang berbeza dengan rakan sebaya
mereka yang lain di atas faktor kesihatan.Jika mereka menggunakan kaedah pembelajaran
yang sama dengan rakan mereka, mereka akan kurang berminat untuk belajar (formal).
Mereka masih melalui proses pembelajaran tetapi kaedah untuk mereka adalah berbeza untuk
memperoleh hasil perbelajaran yang berkesan.

Umumnya,pembelajaran adalah proses untuk mendapatkan dan mencapai ilmu pengetahuan


dan kemahiran Sebagai seorang manusia, kita akan sentiasa mengalami proses pembelajaran
dari kita lahir sehingga kita mati. Pengalaman adalah antara pembelajaran dalam proses hidup
kita dalam melalui semua fasa kehidupan.Oleh itu, kematangan adalah faktor penting dalam
mempengaruhi pembelajaran seseorang. Kita pernah alami sesuatu pengalaman yang kurang
baik dan baik dalam membantu kita mencapai pembelajaran yang baik dalam membentuk
kematangan dalam hidup agar menjadi insan yang lebih baik.

You might also like