You are on page 1of 20

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN ............................................................................................................................ 2


1.1 Definisi Hedonisme ............................................................................................................................. 2
2.0 SEJARAH KEWUJUDAN FAHAMAN HEDONISME. ................................................................ 4
2.1 Zaman Yunani..................................................................................................................................... 4
2.2 Zaman kebangkitan Eropah ................................................................................................................ 5
3.0 PANDANGAN ISLAM TERHADAP FAHAMAN HEDONISME ................................................ 6
3.1 Menurut Al-Quran .............................................................................................................................. 6
3.2 Menurut Al-Hadith.............................................................................................................................. 8
4.0 PUNCA BERLAKUNYA HEDONISME ...................................................................................... 10
4.1 Globalisasi......................................................................................................................................... 10
4.2 Media Masa....................................................................................................................................... 10
4.3 Hiburan ............................................................................................................................................. 11
4.4 Pergaulan Dan Rakan Sebaya ........................................................................................................... 11
5.0 KESAN NEGATIF BERLAKUNYA HEDONISME .................................................................... 13
5.1 Hiburan Berlebihan ........................................................................................................................... 13
5.2 Penyalahgunaan Dadah. .................................................................................................................... 13
5.3 Masalah Gejala Sosial. ...................................................................................................................... 14
5.4 Masalah disiplin ................................................................................................................................ 15
6.0 CARA MENGATASI HEDONISM ............................................................................................... 17
6.1 Mampu Membezakan Antara Keperluan Dengan Kemahuan........................................................... 17
6.2 Peranan Pihak Kerajaan .................................................................................................................... 17
6.3 Kaunseling ........................................................................................................................................ 18
6.4 Peranan Ibu bapa ............................................................................................................................... 18
6.5 Peranan Remaja Itu Sendiri............................................................................................................... 19
7.0 KESIMPULAN ............................................................................................................................... 20

1
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Definisi Hedonisme

Perkataan hedonisme terdiri dari dua perkataan iaitu hedone dan isme. Istilah perkataan hedone
berasal dari perkataan Yunani yang membawa maksud kesenangan dan kenikmatan.31 Manakala
isme pula ialah akhiran pada kata namayang merujuk kepada kepercayaan, gerakan politik, atau
keagamaan dan juga sikap serta perlakuan.32 Istilah hedone ini sudah lama diperkenalkan oleh
tokoh pemikiran Yunani seperti Aristippus salah seorang pengikut Socrates dan Epicurus
seorang tokoh falsafah Yunani zaman perkembangan pemikiran Hellenism

Hedonisme menurut pengertian Kamus Dewan edisi ketiga ialah pegangan atau pandangan yang
mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Manakala Drs Sudarsono dalam bukunya
Etika Islam Tentang Kenakalan Remaja terbitan Bina Aksana pula mengatakan Hedonisme
sebagai doktrin yang memandang kesenangan sebagai kebaikan yang paling utama dan
kewajiban seseorang untuk mencari kesenangan bagi tujuan kehidupan. Ia beranggapan bahawa
sesuatu perbuatan yang baik adalah mendatangkan kelazatan atau nikmat. Dalam erti kata lain
mereka beranggapan bahawa kesenangan dan kenikmatan adalah merupakan tujuan akhir hidup.

Di dalam Ensiklopedia Dunia menjelaskan; maksud hedonisme dibahagikan kepada dua iaitu
mengikut falsafah klasik (Yunani) dan falsafah moden. Menurut falsafah klasik, hedonisme
membawa pengertian satu kepercayaan bahawa nikmat ialah kebaikan yang tertinggi dalam
kehidupan. Pada zaman Yunani purba, kaum Epicuren dan Cyrenaic mengasaskan falsafah
kaumnya pada satu idea, bahawa nikmat merupakan kebaikan manusia yang seharusnya mencari
nikmat minda bukannya nikmat jasad. Kaum ini memikirkan bahawa orang yang bijaksana akan
mengelakkan nikmat jasad yang kemudiannya mungkin mendatangkan kesengsaraan.

Bagi Aristippus; hedonisme ialah sesuatu yang boleh memberikan kepuasan dan kesenangan
bagi diri manusia adalah terbaik. Hal ini terbukti kerana sejak kecil manusia berasa tertarik akan
kesenangan dan apabila telah menikmatinya, ia tidak mencari sesuatu yang lain lagi. Sebaliknya,
ia selalu menjauhkan diri daripada perkara tidak senang. Ia melihat hakikat kesenangan itu
bersifat fizikal yang tidak lari dari gerak tubuh badan manusia sahaja. Dalam falsafah moden

2
pula golongan utilitarian hedonistik yang dipelopori oleh Jeremy Bentham dan J.S. Mill
mempercayai; bahawa manusia tidak seharusnya mencari nikmat individu sahaja tetapi
hendaklah mencari kebaikan yang teragung untuk sebilangan manusia.

Menurut Jeremy Bentham hedonisme didefinisikan sebagai nilai yang dimiliki individu,
sehingga perilakunya dimotivasikan oleh keinginan untuk mencapai keseronokan (pleasure) dan
pada perkembangan selanjutnya hedonism juga bererti mencapai pleasure untuk menghindari
kesakitan (pain). Bentham lebih melihat makna hedonisme dari konsep nilai yang dimiliki oleh
seseorang untuk mencapai keinginan perilakunya yang berbentuk kesenangan dan menghindari
dari kesakitan. Hasil dari pemantauan dan pengetahuan yang diperoleh individu pada suatu
perkara yang menyeronokkan pada dirinya, maka ia dapat menilai baik dan tidak bertentangan
dari kehendak diri dari melakukan perkara tersebut.

3
2.0 SEJARAH KEWUJUDAN FAHAMAN HEDONISME.

Perkataan hedonisme telah mula dipakai semenjak zaman Yunani iaitu zaman yang melahirkan
ramai tokoh falsafah terkemuka yang banyak mempengaruhi ramai cendekiawan hingga ke hari
ini. Ia merupakan satu nilai yang terbentuk di dalam diri individu. Nilai hedonisme yang dimiliki
oleh individu tersebut dibentuk hasil pembelajaran dari pengaruh persekitaran. Menurut
Schwarz, hedonisme merupakan kaedah dan cara yang mengarahkan individu untuk mencapai
pleasure dan kepuasan peribadi. Kewujudan fahaman hedonisme terbahagi kepada dua peringkat
iaitu zaman Yunani sebelum Masihi dan zaman kebangkitan Eropah dikenali juga zaman
Renaisans.

2.1 Zaman Yunani

Pada peringkat awal kehadiran para ahli falsafah, mereka lebih memfokuskan kajian pemikiran
pada kejadian alam. Ia bermula sejak kemunculan Thales (625-545SM) hingga ke zaman
Pythagoras. Falsafah mereka lebih terarah kepada pembentukan alam dan antara persoalan yang
difikirkan ialah bagaimana terjadi dan terbentuknya alam ini.Hingga pada tahun 460SM apabila
munculnya Democritus yang membawa perubahan pemikiran. Beliau yang memulakan
pandangan baharu ke dalam alam etnik tetapi masih ada unsur yang terpaut tentang alam.

Pandangan beliau tentang hedonisme ialah kesenangan hidup manusia itu boleh tercapai dengan
tidak terlalu tinggi tujuannya hingga tidak tercapai oleh tenaga sendiri. Apabila tujuan
kesenangan hidup itu melebihi kemampuan yang ada pada dirinya secara tidak langsung ia akan
mengakibatkan kemudaratan dan jauh dari kesenangan hidup. Hal ini akan ditentukan oleh akal
kerana panduan hidup seseorang itu hendaklah diserahkan semata-mata pada akal. Beliau
melihat, kesenangan hidup itu bukan pengaruh dari kesenangan luaran atau fizikal tetapi ia harus
bersesuaian dengan akal kerana kesenangan pada fizikal ia hanya sebagai alat perangsang bagi
berkembangnya intelek akal manusia.

4
2.2 Zaman kebangkitan Eropah
Hedonisme kembali wujud di zaman kebangkitan Eropah sekitar abad ke 14M hingga 17M
setelah beberapa abad Islam menakluki dunia di zaman pemerintahan khilafah. Ini kerana
inisiatif dari cendekiawan-cendekiawan Barat yang telah lahir dalam pencapaian bidang ilmu
pengetahuan sains dan teknologi yang mula berkembang. Mereka menentang pengaruh gereja
yang banyak menindas dan mengongkong pemikiran mereka agar meninggalkan apa-apa yang
berkait dengan hal-ehwal dunia.

Pihak institusi Gereja Katolik Rom mendakwa bahawa Paderi-paderi gereja mempunyai
hubungan batin dengan Allah. Oleh itu, mereka mempunyai kuasa rohani ke atas manusia kerana
mereka menjadi perantaraan antara manusia umum dan Allah. Umpamanya meminta
keselamatan dan pengampunan dari dosa kecil atau besar hanya boleh dibuat melalui cara
pengakuan (confession) kepada seorang paderi (priest). Paderi setelah mendengar serta menyoal
untuk mendapat secara terperinci kesalahan itu, barulah boleh memberi pengampunan. Pihak
gereja menganggap kejahilan itu petua iman dan ilmu membawa kekafiran dan bahaya.

Kebangkitan Eropah atau dikenali dengan renaisans telah memberi peluang kebebasan individu
dari segi agama, penulisan, kebudayaan serta kesedaran dan pencapaian yang cemerlang dalam
sastera dan sains. Atas dasar kebebasan, golongan ini telah memisahkan segala urusan dunia
dengan urusan yang berkaitan agama.

Sebagaimana kebangkitan Barat hasil pemisahan pertentangan terhadap institusi gereja, begitu
juga dengan nilai moral yang mereka miliki, setelah gerakan liberalisme yang dilakukan oleh
Martin Luther, budaya hedonisme telah berlaku bersamaan berkembangnya liberalisme di Barat.

5
3.0 PANDANGAN ISLAM TERHADAP FAHAMAN HEDONISME

Hedonisme di dalam bahasa Arab di sebut Madhhab al- Mut’ah67 atau Madhhab al-Ladhdhah68
yang bermaksud aliran yang menyatakan keseronokan dan kepuasan merupakan tujuan utama
dalam kehidupan. Islam melihat hedonism merupakan suatu aliran yang membawa gejala negatif
kepada masyarakat. Agama Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw, sewaktu bermula di
Mekah Rasulullah telah menunjukkan akhlak terpuji kepada kaumnya dari keburukan hawa
nafsu yang diamalkan oleh kafir Quraisy. Sewaktu Islam mula berkembang di tanah Arab, gejala
sosial dan amalan buruk seperti minum arak, pelacuran, hiburan yang melampau dan berfoya-
foya di kalangan masyarakat Arab Jahiliah begitu ketara. Hanya selepas Islam bertapak kukuh
perkara itu dapat dibendung dan diatasi. Islam juga mengajar penganutnya melakukan perkara
yang berfaedah dan menjauhi perkara yang sia-sia dengan mengemukakan konsep semua
perbuatan yang dilakukan oleh manusia akan dihitung oleh Allah s.w.t di akhirat kelak.

Hedonisme mengikut Islam lebih mendekati ke arah keseronokan yang disebut juga dengan al-
lahwu. Islam tidak melarang seseorang itu untuk berhibur kerana hiburan merupakan salah satu
cara pendekatan diri manusia untuk mencari keseronokan. Ia juga sebagai aluran kepada manusia
untuk berehat. Hiburan juga merupakan keperluan setiap individu masyarakat kerana setiap
individu terdiri dari dua komponen : Jasad dan Jiwa. Setiap komponen ini memerlukan pengisian
masing-masing. Jasad memerlukan makan dan minum. Manakala jiwa perlukan rehat,
ketenangan serta hiburan. Hiburan yang dilarang dalam Islam apabila ia melekakan hingga
kewajiban ibadah ditinggalkan. Ini akibat dorongan hawa nafsu menjadikan seseorang itu merasa
seronok yang melampau. Disini pengkaji akan mengkaji pandangan Islam terhadap hedonisme
iaitu kesukaan dan keseronokan yang didorong hawa nafsu menurut al-Quran al-Hadith dan
pandangan ulamak.

3.1 Menurut Al-Quran

Terdapat beberapa kategori nafsu syahwat menurut al-Quran :

3.1.1 Nafsu Yang Menyimpang Dari Kebenaran

6
Menuruti hawa nafsu dalam bentuk negatif ialah mengikuti segala keinginan yang tidak
dibenarkan oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya dan merupakan sifat yang tidak boleh kita miliki.
Bila hal itu kita miliki, maka ianya sangat berbahaya, tidak hanya bagi kita secara peribadi tapi
juga bagi keluarga dan masyarakat.

3.1.2 Nafsu Itu Sesat Dan Menyesatkan Manusia

Menurut Imam Fakhrurazy, nafsu yang sesat di jalan Allah s.w.t ialah apabila seseorang yang
terikut kehendak hawa nafsu ia menunjukkan bahawa dirinya tenggelam hanya untuk
keseronokan jasmani sahaja. Apabila ia telah hanyut dengan keperluan jasmani maka ruang
untuk keperluan rohani seperti ibadah dan berzikir kepada Allah s.w.t akan tertutup. Sedangkan
keseronokan pada jasmani hanya sekadar kenikmatan di dunia sahaja dan mustahil baginya untuk
mendapat keseronokan di akhirat nanti. Maka jelaslah di sini bahawa mengikut kehendak hawa
nafsu di dunia akan menyesatkan dirinya dari jalan Allah s.w.t dan akan mendapat azab yang
berat di akhirat.

3.1.3 Nafsu Yang Membawa Kemaksiatan

Dewasa ini, perbuatan maksiat yang dilakukan oleh umat Islam dipandang ringan bahkan ia
menjadi suatu keperluan bagi seseorang yang sudah terbiasa melakukannya. Sedangkan Islam
melihat perbuatan maksiat yang dilakukan walau sekecil mana pun ia akan membawa dampak
yang negatif bagi pelakunya di dunia dan di akhirat.Mungkin nafsu yang mendorong untuk
melakukan kemaksiatan akan mendapatkan kenikmatan yang dirasakan ketika sedang
melakukannya, namun kenikmatan yang dirasai itu hanyalah kenikmatan yang menipu dan palsu
kerana ia melalui cara yang haram yang ditegah oleh syarak. Hasilnya mereka yang melakukan
kemaksiatan ini tidak akan mendapat ketenangan dalam hidupnya kerana dirinya telah membuat
keputusan menentang Allah s.w.t dan Rasul-Nya sekali gus mendapat kemurkaan dari Tuhannya.

7
3.2 Menurut Al-Hadith

Beberapa penyakit hedonisme yang digambarkan di dalam hadith adalah seperti

berikut:

3.2.1 Penyakit Manusia Yang Menyukai Keseronokan

Rasulullah saw menjelaskan salah satu daripada penyakit umat Islam di akhir zaman ini ialah
terlalu suka kepada perkara-perkara yang berunsur keseronokan. Penyakit berseronok yang
digambarkan itu merupakan penyakit yang paling utama terjadi apabila umat Islam lebih
mementingkan urusan dunia. Budaya melepak di kalangan remaja, pergi ke tempat disko,
merokok dan menagih dadah adalah berpunca dari inginkan keseronokan dalam hidup. Sikap
ingin mencuba tanpa dilandasi pegangan agama yang benar akan menghanyutkan kehidupan
seseorang itu hingga ke lembah yang dimurkai. Ini menggambarkan masyarakat Islam sekarang
sedang dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itu
mereka terpaksa mencari dan melakukan apa sahaja untuk memuaskan hawa nafsu. Apabila
hawa nafsu menjadi hamba tentunya mereka akan menggunakan segala macam cara dan tipu
helah untuk mendapatkan keuntungan diri sendiri. Dari situ hilanglah nilai-nilai akhlak yang
wujud dan yang ada hanyalah kecurangan, khianat, dengki mendengki dan sebagainya.

3.2.2 Penyakit Manusia Yang Tunduk Pada Hawa Nafsu

Akal adalah pembeza antara manusia dengan makhluk Allah s.w.t yang lain. Dengan ketinggian
akal, manusia boleh mencipta sesuatu yang menakjubkan sama ada ia boleh memberi kesan yang
baik ataupun buruk. Akal yang sihat dan baik akan memberi kesan yang baik kepada tubuh
badan manusia. Akal yang di selimuti dengan keimanan dan ketaatan kepada Allah s.w.t akan
mencerminkan akhlak yang mulia walaupun jalan yang ditempuhi itu sukar. Oleh itu, Rasulullah
saw sentiasa mengingatkan umatnya untuk melakukan segala amal perbuatan hendaklah
menggunakan kejernihan akal dengan amalan yang soleh. Apabila manusia sentiasa menginsafi
perbuatannya didunia dan memohon keampunan dari Allah s.w.t maka jiwa akan bersih dan ia
akan menjadi bekalan persiapan hidupnya di akhirat nanti. Pakaian manusia dalam kehidupan
seharian berupa akhlak dan ia merujuk kepada sikap seseorang tentang perhubungannya dengan
Tuhan, sesama manusia, alam sekitar dan haiwan. Orang yang baik akhlaknya maka baik

8
hubungannya keseluruhan aspek kehidupan seseorang muslim yang telah ditentukan oleh al-
Quran dan al-Sunnah.

Hedonisme ialah salah satu sistem moral dalam masyarakat Barat yang meletakkan keseronokan
sebagai ukuran bagi semua pekerjaan yang dilakukan dan sudah pastilah seronok itu dalam
perkara-perkara yang berkait dengan nafsu. Apabila nafsu tanpa kawalan akal, maka hancurlah
akhlak.

9
4.0 PUNCA BERLAKUNYA HEDONISME

4.1 Globalisasi

Secara kasar proses globalisasi dilihat seolah-olah tiada membawa sebarang kesan ke atas
keluarga, dan kehidupan kita adalah “normal” dalam banyak hal. Bahaya globalisasi yang paling
besar ialah kejahilan mengenainya. Ramai orang tidak sedar bahawa fenomena tersebut berlaku
terhadap mereka. Hakikatnya setiap individu dipengaruhi oleh keadaan ini. Bagi ramai orang ia
adalah mengenai kekaguman terhadap sesuatu yang baru, malah status baru. Namun tanpa sedar,
nilai-nilai hidup kita telah berubah. Dari segi kekeluargaan, kita dapati ikatan kekeluargaan
semakin longgar kerana akar-umbi kita telah terputus, dan kita terpaksa menyemai yang baru
berdasarkan nilai-nilai yang berbeza. Nilai-nilai hidup yang baru ini sering bercanggah dengan
yang lama dan tumpuan diberi kepada pembangunan luaran daripada perkembangan dalaman
serta sahsiah seseorang.

Hal ini menyebabkan keadaan remaja sekarang mudah terjerumus mengikuti budaya negatif dari
barat yang dianggap moden dan terkini. Budaya pakaian, muzik, makanan dan adat kehidupan
ketimuran semakin lemah impak dari globalisasi yang datang dari Barat. Globalisasi juga
memudahkan berlakunya kes jenayah yang susah dikawal oleh undang-undang yang sedia ada
seperti halnya jenayah siber yang beroperasi secara haram tanpa permit dari pihak berkuasa dan
sering berlaku oleh kaum remaja, penyebaran dadah dan penganiayaan wanita dengan kegiatan
yang tidak bermoral.

4.2 Media Masa

Media masa merupakan suatu alat perantara yang menghubungkan seseorang untuk mendapatkan
maklumat tanpa sempadan. melalui media seseorang itu dapat memperoleh maklumat terkini
sama ada ianya positif atau negatif. Media masa dikategorikan kepada dua. Media cetak seperti
surat khabar, majalah dan media elektronik seperti radio, televisyen dan internet. Media masa
mempunyai pengaruh sosial yang paling tinggi kepada masyarakat terutama pada media

10
elektronik kerana faktor audio dan visual amat mudah diterima oleh masyarakat daripada
pembacaan.

Media elektronik seperti radio dan televisyen lebih mudah untuk mempengaruhi masyarakat
yang mendengar dan menonton berbanding dengan media cetak yang memerlukan penelitian dan
pembacaan.

4.3 Hiburan

Manusia suka kepada berhibur bagi menenangkan fikiran dan menghilangkan tekanan. Ledakan
hedonisme melalui hiburan yang paling besar di negara ini ialah pertunjukan konsert nyanyian
dan program hiburan berbentuk realiti. Kedua-dua hiburan ini lebih banyak mengarah kepada
keburukan. Perkara-perkara maksiat yang dipamerkan di atas pentas hiburan seperti percampuran
lelaki dan perempuan, pendedahan aurat khasnya artis wanita dan pelbagai lagi bentuk
kemungkaran telah menjadi ikutan. Hal ini kerana unsur-unsur maksiat tersebut dianggap bukan
menjadi suatu kesalahan jika ia dipamerkan kepada umum seolah-olah terhindar daripada fitnah
orang.

4.4 Pergaulan Dan Rakan Sebaya

Rakan merupakan teman yang paling akrab dalam hidup seseorang. Segala masalah
dibincangkan dengan rakan, nasihat diambil daripada rakan dan menganggap rakan adalah
segala-galanya boleh menyebabkan remaja terpengaruh engan gejala sosial yang tidak sihat.
Rakan sebaya adalah kumpulan masyarakat kecil yang sering digunakan khususnya di kalangan
remaja sebagai sumber sokongan dalam menyempurnakan perkembangan remaja. Semasa
remaja, mereka menafikan dan bertindak menentang keluarga serta melakukan perkara yang
sama dalam kumpulan rakan sebaya.

Hidup pergaulan rakan sebaya lebih suka dengan keseronokan, bertukar-tukar fikiran dan
berbincang sesama mereka sama ada berbentuk positif ataupun negatif. Bagi kehidupan remaja
mereka menganggap rakan sebaya sangat diperlukan kerana rakan sebaya lebih memahami jiwa
remaja dan apabila di antara mereka bermasalah mereka dapat meluahkan perasaan antara satu
sama lain. Penyebaran gejala hedonisme melalui pergaulan rakan sebaya amat ketar terutama

11
golongan anak muda apabila mereka sering terjebak dengan gejala social yang lebih kepada
kepentingan hawa nafsu dan keseronokan.

12
5.0 KESAN NEGATIF BERLAKUNYA HEDONISME

5.1 Hiburan Berlebihan

Hedonisme menurut pengertian kamus dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang
mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup semata-mata. Berdasarkan makna hedonisme
itu sendri, kita sebagai golongan yang masih mampu berfikir mungkin mampu merumuskan
terlalu banyak impak keburukan dari kebaikan yang akan wujud. Wujudnya budaya hedonisme
telah mencetuskan satu budaya baru yang mempengaruhi pemikiran remaja hari ini.

Jika kita perhatikan, terlalu banyak pusat-pusat hiburan dibuka tanpa kawalan dari pihak-pihak
berkuasa seolah-olah ada pihak yang pejam mata akan hal ini. Begitu juga anjuran program-
program yang berunsur hiburan mendapat galakan yang positif dari pelbagai lapisan masyarakat
sampaikan ada individu-individu tertentu yang sanggup menaja dana untuk program-program
tersebut.

Mengambil contoh terdekat, budaya K-Pop telah menjadi kegilaan remaja negara kita tidak kira
lelaki mahupun wanita. Fenomena K-Pop ini terlalu memberi impak sehingga golongan-
golongan remaja terutamanya wanita menjadikan mereka sebagai idola. Oleh kerana fenomena
ini, ade pihak yang telah menganjurkan konsert dengan menjemput penyanyi-penyanyi dari
Korea untuk melakukan persembahan terbuka di ibu kota. Meraka dibayar dengan harga yang
tinggi sedangkan budaya ini tidak membawa kebaikan kepada remaja di Malaysia. Kegilaan
remaja pada hiburan juga telah mengakibat remaja terjebak dengan dadah dan pil khayal
sehingga boleh meragut nyawa.

5.2 Penyalahgunaan Dadah.

Golongan remaja yang masih dalam proses membesar amat mudah terdedah dengan sesuatu yang
baru bagi mereka. Seperti yang sedia maklum, kerajaan telah melabelkan dadah sebagai musuh
nombor satu negara. Masalah penyalahgunaan dadah amat sukar dibendung sehinggakan terlalu
ramai penghuni di pusat-pusat serenti mahupun pusat-pusat pemulihan.

13
Apabila manusia menidakkan sifat ketuhanan dalam kehidupan seharian, maka agama tidak lagi
menjadi landasan dalam kehidupan. Budaya hedonisme akhirnya dianggap sebagai suatu yang
normal dalam masyarakat masa kini. Perasaan ingin tahu pula mendorong budaya ini menular
dengan begitu cepat di kalangan remaja yang mudah terpengaruh dengan keseronokan dan
aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan tekanan terutamanya bagi remaja yang tinggal di
kawasan-kawasan bandar.

Dengan hidangan hiburan yang berlebihan akhirnya membawa kepada penularan pil-pil khayal
dan penyalahgunaan dadah. Lebih menyedihkan adalah penagih-penagih yang kian meningkat
populasinya didominasi oleh remaja-remaja Melayu dan beragama Islam. Bagi mereka,
pengambilan dadah dapat menyelesaikan masalah dan tekanan yang dihadapi tanpa mengira
kesan-kesan buruk yang mampu meragut nyawa mereka sendiri.

5.3 Masalah Gejala Sosial.

Kehidupan remaja masa kini semakin cenderung ke arah corak hidup dan budaya luar. Pergaulan
yang berlandaskan hiburan semata-mata tanpa mengira batasan antara jantina semakin berleluasa
dan menjadi ikutan generasi muda. Membesar dalam suasana sepertini ini telah menipiskan
perasaan rasa malu antara mereka yang berlainan jantina.

Tambahan pula, budaya hidup sedemkikian bukan lagi suatu yang asing dan sudah menjadi
kebiasaan dalam kehidupan masyarakat. Tiada lagi kepelikan apabila anak muda berpelukan dan
terkinja-kinja di pusat-pusat hiburan sehingga suasana ini menajdi suatu yang normal dalam
sistem sosial negara.

Kesan negatif ini akhirnya mebawa kepada timbulnya isu seks bebas dan kes anak luar nikah.
Masalah ini telah dianggap berada dalam zon kritikal dalam kalangan masyarakat negara ini.
Hujah ini disokong dengan statistik yang telah di petik dari keratan akhbar berkaitan laporan
rasmi dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

14
Figure 1 : Keratan akhbar September 2016.

5.4 Masalah disiplin

Vandalisma membawa bermaksud melakukan sesuatu kerosakan terhadap harta benda orang
lain. Perbuatan vandalisma ini dikesan sebagai salah satu cara remaja menunjukkan kehebatan
mereka sesama sendiri apabila berada dalam suatu kelompok kumpulan kecil mahupun besar.
Perbuatan negatif secara berkumpulan ini akhirnya membawa kepada pembentukan kelompok
yang lebih mudah dipanggil sebagai gangstarisma.

Kebiasaannya kegiatan gengsterisma dalam kalangan remaja dikaitkan dengan masalah dan isu
rompakan, memeras ugut, buli dan sebagainya. Penularan budaya gangstarisma ini semakin hari
semakin serius sehingga menular ke sekolah-sekolah. Seterusnya menimbulkan pelbagai kes
ugutan, pergaduhan berkumpulan dan buli sesama pelajar.

15
Contoh yang paling ketara ialah pada tahun 2004, negara kita pernah dikejutkan dengan berita
kematian seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan di buli oleh sebilangan pelajar senior.
Dalam kejadian tersebut mangsa iaitu Allahyarham Muhammad Farid Ibrahim, diheret ke tandas
dan dipukul sekumpulan pelajar senior dalam keadaan tangan dan kaki mangsa diikat. Hentakan
kuat di kepala menyebabkan mangsa tidak mampu melawan dan berada dalam keadaan parah
sebelum dilaporkan meninggal.

Figure 2 : Keratan akhbar kes buli.

16
6.0 CARA MENGATASI HEDONISM

6.1 Mampu Membezakan Antara Keperluan Dengan Kemahuan

Salah satu cara untuk mengatasi penularan budaya hedonisem di kalangan remaja di Malaysia
adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Apa yang dimaksudkan disini adalah
seseorang remaja haruslah bijak dalam menilai sesuatu barang ketika melakukan sesuatu
pembelian. Adakah barangan yang hendak dibeli itu adalah satu keperluan ataupun hanya
kehendak nafsu semata-mata? Keadaan ini perlu dititikberatkan kerana akan memerangkap
remaja dalam budaya hedomism. Sebagai contoh adalah pemilihan telefon pintar.kita semua
telah sedia maklum bahawa telefon pintar memang menjadi satu keperluan asas terutamanya
kepada generasi Y. Namun demikian, adakah menjadi satu keperluan kepada para remaja untuk
memiliki sesebuah telefon pintar yang bernilai hingga mencecah ribuan ringgit? Sudah terang
lagi bersuluh akan adanya telefon pintar yang murah. Inilah yang dikatakan sebagai perbezaan
diantara keperluan dan kehendak.

6.2 Peranan Pihak Kerajaan

Seterusnya, pihak kerajaan perlu turut sama mengambil bahagian dalam menangani budaya
hedonism dalam golongan remaja. Diantara langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan
adalah dengan mengawal bentuk-bentuk hiburan yang boleh melalaikan golongan remaja pada
masa kini. Maksud mengawal disini bukanlah bermakna mengetatkan dan mengongkong
pergerakan remaja untuk mendapatkan hiburan. Sebaliknya pihak kerajaan perlu membuat
pemantauan yang teliti terhadadap pusat-pusat hiburan yang sedia ada. Hal ini demikian kerana
terdapat segelintir pemilik pusat-pusat hiburan yang mengaut keuntungan yang lumanya hingga
sanggup membenarkan amalan penggunaan pil-pil khayal seperti shabu, ganja, pil kuda dan
banyak lagi. Selain itu, terdapat juga premis-premis yang menyediakan khidmat pelacuran. Ini
akan mengundang kepada gejala seks bebas dikalangan remaja. Sudah sedia maklum bahawa
keadaan ini akan merosakkan golongan remaja. Disini sudah terbukti bahawa pihak kerajaan
turut memainkan satu peranan yang sangat penting dalam menyelesaikan masalah hedonism
dalam golongan remaja.

17
6.3 Kaunseling

Selain itu, perkhidmatan kaunseling di institusi pengajian tinggi dan sekolah perlulah
dipertingkatkan. Sudah diketahui bahawa bilangan kauselor dan kemudahan prasarana di
Malaysia berada ditaraf yang agak kurang memuaskan. Keadaan ini menyebabkan remaja ini
Malaysia kurang mendapat bimbingan kaunseling hingga menyebabkan mereka mudah
dipengaruhi oleh gejala-gejala negatif. Pensayarah-pensyarah serta guru-guru juga perlu diberi
latihan asas kauseling supaya turut sama membantu dalam memberikan bimbingan kaunseling
kepada remaja. Disamping itu, sistem mentor mentee juga dapat dijalankan dengan lebih efektif.
Kebanyakan remaja sekarang lebih banyak meluangkan masa dengan tenaga pengajar
berbanding dengan pihak lain. Dengan ini, adalah meajadi satu kebihan kepada kumpulan tenaga
pengajar ini untuk memberikan didikan kepada remaja.

6.4 Peranan Ibu bapa

Tuntasnya, peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah hedonism dalam kalangan remaja
ialah dengan memberi didikan agama kepada anak-anak dan meluangkan masa bersama dengan
anak-anak. Ibu bapa hendaklah mengambil langkah yang drastik dan efisien untuk membanteras
masalah hedonism dalam kalangan remaja ini sehingga ke akar umbi. Ibu bapa perlu lebih
banyak meluangkan masa bersama dengan anak-anak. Anak-anak yang hidup tanpa kasih sayang
daripada kedua-dua ibu bapa mereka ibarat rumah usang yang belah menanti retak. Ibu bapa
mestilah meluangkan masa dengan anak-anak di rumah agar mereka merasa diri mereka
dihargai. Ada segelintir ibu bapa hanyut dalam arus kekayaan kerana hanya membanting tulang
untuk mencari nafkah hidup tetapi dalam masa yang sama mereka tidak cakna dengan nasib
anak-anak mereka. Peranan afdal ibu bapa untuk mengatasi masalah hedonism ialah dengan
memberi didikan agama kepada anak-anak. Agama merupakan senjata ampuh yang mampu
membantu mereka menangkis segala anasir yang bersifat negatif. Oleh hal yang demikian, ibu
bapa haruslah memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak dari kecil ibarat “melentur
buluh biarlah dari rebungnya”. Tuntasnya, ibu bapa hendaklah membuka fikiran seluas padang
pasir dan agar hati seputih salju bahawa agama merupakan senjata ampuh untuk mengelakkan
modal insan terjerumus ke dalam kancah masalah hedonism pada masa kini.

18
6.5 Peranan Remaja Itu Sendiri

Akhir sekali, remaja juga turut memainkan peranan yang penting didalam mencegah gejala
hedonism ini. Remaja perlu berfikiran yang resional dalam bertindak. Meteliti remaja pada hari
ini hanya mementingkan keseronokan berbading hakikat kebahagian. Hakikat kebahagian ialah
manusia yan ghidup dengan fitrah iaitu kebaikan dan sejahtera. Remaja perlu berfikir dengan
lebih jauh terhadap sesuatu perkara cara berfikir sebegini memerlukan remaja benar-benar
matang bukan hanya matang yang diiktiraf atas dasar umur tetapi pemahaman yang benar itu
diperlukan. Remaja seharusnya mencontohi bagaimana sifat yang dimiliki oleh kulafa alrashidin
yang kedua iaitu khalifa umar al-khatab yang banyak menyumbangkan kamajuan negara islam.
Beliau diberi gelaran al-faruq iaitu mampu membezakan mana yang haq dan batil iaitu mana
yang buruk mana yang baik. Perkara ini penting agar remaja tidak terjebak dalam gejala
hedonism kerana mereka sedar dan rasional tentang baik buruknya jika mereka terlibat dalam
gejala ini. Selain itu, remaja juga hendaklah bijak memilih kawan. Sahabat yang baik akan
mempengaruhi sikap kita dan dapat mengelakkan remaja daripada terjebak dalam gejala
hedonism. Hal ini kerana sahabat yang baik itu akan sentiasa menasihati dan mengajak kearah
kebaikan, menjaukan diri daripada kemungkaran. Faktor ini juga akan menyumbangkan kepada
persekitaran yang baik. Ramai dalam kalangan remaja yang terjebak dalam masalah hedonism
adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Sebagai contoh aktiviti gansterism yang terlibat
dalam kegiatan kongsi gelap kebenyakan daripada mereka direkrup dan menyetai disebabkan
oleh ajaan rakan sebaya. Maka, atas dasar inilah remaja perlu bijak memilih rakan dan bergaul
dengan orang-orang yang baik akhlaknya, tinggi budi pekerti dan mulia sahsiahnya agar remaja
sentiasa cenderung kepada kebaikan seterusnya dapat menghindarkan para remaja daripada
terlibat dengan gejala hedonism.

19
7.0 KESIMPULAN

Secara konklusinya, gejala hedonism dikalangan remaja perlu dipandang dengan lebih serius
kerana kesan daripadanya akan membawa kepada keruntuhan akhlak remaja seterusnya juga
akan melahirkan generasi yang porak peranda. Keadaan ini juga akan mengakibatkan kejatuhan
kepada negara Malaysia yang tercinta pada masa hadapan. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia
yang cakna akan tanah airnya, gejala ini perlu segera dibendung. Jesteru, pihak yang terlibat
perlulah sama-sama mengambil bahagian dalam manangani masalah ini. Ironinya, terdapat
pelbagai cara yang dapat dilakuan untuk membasmi masalah ini daripada terus berleluasa.
Pepatah melayu ada mengatakan ‘’jika tidak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya’’.
Intihalnya, marilah kita bersama-sama membanteras gejala hedonism dalam kalangan remaja di
Malaysia.

20

You might also like