You are on page 1of 5

PENGENALAN

Tamadun Rom terkenal dengan kepakaran dalam bidang seni bina. Orang Rom
bukan sahaja membina bangunan bersaiz besar dan mempunyai nilai
estetika ,tetapi setiap binaan mempunyai kegunaan yang khusus. Perkembangan
seni bina melibatkan bangunan, jalan raya, saliran air dan tempat mandi awam.

Kemajuan seni bina Rom didorong oleh pelbagai faktor seperti


kepakaran, pendidikan, dasar pemerintahan, kewangan, teknologi, sumber
alam dan buruh. Kemunculan arkitek, seperti Marco Vitruvius yang mengarang
buku terkenal tentang seni bina, iaitu
On Architecture pada tahun 46 SM membolehkan bidang seni bina Rom
berkembang pesat.

Perkembangan seni bina di Rom turut disokong oleh pihak pentadbir ,seperti
Marcus Visanius Agrippa (63-12 SM). Gabungan antara teknologi zaman
Yunani dengan teknologi Rom seperti penggunaan simen dan penekanan
kepada aspek ketahanan dan nilai estetika mempengaruhi bidang seni bina Rom.
DAPATAN KAJIAN

CIRI – CIRI JALAN RAYA ROM

Jalan raya Rom mula dibina tahun 500 SM dengan tujuan untuk
menghubungkan bandar – bandar utama untuk memudahkan pergerakan
pasukan tentera. Selain itu, turut dijadikan sebagai sistem pengangkutan.
Matlamat asas adalah untuk kegunaan tentera. Ciri – ciri beserta bahan
binaannya adalah seperti berikut iaitu ia dibina secara berlapis – lapis. Bahan
binaan terdiri daripada batu besar, batu kecil, batu kerikil kerana sifatnya yang
tahan lama dan kuat menahan beban serta pergerakan tentera. Luas jalan raya
adalah setebal 4 kaki (1.3 meter) dan lebar adalah 20 kaki (6.7 meter).
SENI BINA DI MALAYSIA YANG SAYA KAGUMI

Menara Tabung Haji yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
merupakan bangunan unik yang pernah saya lihat. Menurut sumber, reka bentuk
Menara Tabung Haji ini diilhamkan daripada gendang iaitu sebuah alat
muzik tradisional Melayu yang mempunyai garisan lurus di tepi badannya dan
mempunyai atap yang rata. Terdapat juga 5 tiang utama terletak di atas
bangunan yang menjadi simbolik kepada 5 rukun Islam yang salah satunya
adalah menunaikan haji.

Bangunan ini mendapat magis sentuhan reka bentuk anak genius tempatan iaitu
arkitek Malaysia bernama Hijjaz Kasturi. Ianya dibina di atas tanah seluas
55700 meter persegi persamaan dengan 600, 000 kaki persegi. Tinggi bangunan
ini ialah 152 meter dengan 39 tingkat bersama dengan kos pembinaan sebanyak
RM102 juta. Terdapat 27 tingkat pejabat, 7 tingkat parkir kereta, 2 tingkat bilik
servis serta 2 tingkat yang berfungsi sebagai kaunter, dewan besar dan media,
kedai, cafeteria dan perbankan.

Senibina tabung haji ini dilakarkan atas konsep yang diutamakan dalam agama
Islam iaitu kesederhanaan, disiplin dan kesatuan. Pelan lantai geometri
bangunan ini menggambarkan ekspresi simplistik tradisi agung kesenian Islam
manakala konsep keluk bulat cengkung membawa lambang revolusi dan moden
terhadap senibina pada waktu pembinaan.

Falsafah lain yang memainkan peranan senibina bangunan Tabung Haji ini ialah
dikatakan bahawa lima kolum pada bangunan ini melambangkan Rukun Islam.
Lima kolum ini pula tidaklah kelihatan serentak pada mata orang yang
melihatnya kerana arkiteknya mahukan menggambarkan bahawa rukun Islam
bukanlah sesuatu untuk dibanggakan dan dipamerkan pada umum sebaliknya
ianya adalah untuk dilaksana serta dibuktikan.
Langkah memelihara dan memulihara seni bina

Pada pendapat saya, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil dalam usaha
memelihara dan memulihara seni bina di negara kita. Yang pertama ialah,
kerajaan perlu mendapatkan lebih banyak pengiktirafan daripada badan dunia
untuk mewartakan bangunan-bangunan bersejarah sebagai Warisan Dunia.
Seterusnya, kerajaan perlu mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah
walaupun tempat tersebut mempunyai nilai komersial untuk pembangunan.

Selain itu, kerajaan perlu mengekalkan tajuk mengenai bangunan-


bangunan bersejarah di Malaysia dalam buku teks untuk menjadi rujukan
kepada murid-murid sekolah. Agensi kerajaan dan badan sukarelawan perlu
mengadakan pelbagai program untuk memelihara dan memulihara bangunan-
bangunan bersejarah di Malaysia kepada masyarakat

Seterusnya, kerajaan perlu menyediakan dana yang besar untuk


mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia. Pihak sekolah turut
memainkan seperti perlu melukis bangunan-bangunan bersejarah di dinding
sekolah untuk memupuk perasaan sayang dan bangga akan bangunan bersejarah
dalam kalangan murid-murid. Akhir sekali, pihak sekolah perlu mengadakan
pertandingan menulis esei mengenai usaha --usaha menjaga bangunan
bersejarah kepada murid-murid sempena menyambut bulan kemerdekaan
negara di peringkat sekolah.
KESIMPULAN

Pada akhirnya, sewaktu kajian kes ini dijalankan, dapat saya simpulkan bahawa
seni bina yang wujud sejak zaman Tamadun Rom merupakan asas kukuh
kepada pembangunan dan pemodenan struktur seni bina bagi zaman ini. Lebih
menarik apabila dikaji, asas binaan dan struktur pada seni bina zaman Tamadun
Rom masih kekal dan dapat dilihat oleh kita sehingga kini. Sebagai seorang
manusia yang hidup pada abad ke-21, seharusnya kita mengekalkan dan
memelihara setiap binaan pada zaman terdahulu serta dalam masa yang sama,
binaan terkini haruslah dijaga dan dipelihara agar dapat dilihat oleh peradaban
manusia pada masa akan datang.

You might also like