You are on page 1of 2

Bahan 1 – PETIKAN

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu rumusan yang

panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya

menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Negaraku Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2017

yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Hal ini bermakna sudah 60 tahun negara mencapai

kemerdekaan. Dalam tempoh itu, banyak kemajuan membanggakan yang dicapai negara kita

dalam pelbagai bidang boleh kita saksikan. Sebagai contoh, pembinaan bangunan pencakar langit

juga dilihat sebagai antara kejayaan sesebuah negara. Namun, kewujudan bangunan bersejarah

tidak boleh dinafikan dan sangat penting kepada sesebuah negara merdeka kerana banyak

memberikan penjelasan tentang sejarah permulaan kewujudan negara. Di Malaysia, setiap negeri

mempunyai bangunan bersejarah dibina ketika zaman kolonial yang sarat dengan kisah menarik

hingga memberikan identiti tersendiri.

Antara bangunan bersejarah di Kuala Lumpur ialah Bangunan Sultan Abdul Samad, Tugu

Negara, Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, Muzium Negara, Istana Negara, Stadium Merdeka dan

Carcosa Seri Negara. Ternyata peranan bangunan kepada negara begitu penting sebagai satu

khazanah berharga yang perlu dipelihara dan dipertahankan selain sarat dengan elemen

patriotisme. Kewujudan bangunan bersejarah juga menjadikan negara dikenali di peringkat dunia

lebih-lebih lagi jika bangunan berkenaan unik dan sarat peristiwa menarik. Sebagai contoh, reka
bentuk Bangunan Sultan Abdul Samad dikatakan dipengaruhi unsur agama Islam di India. Sudah

tentu keunikan bangunan bersejarah ini boleh menarik minat pengkaji sejarah luar dan pelancong

untuk datang melihat bangunan berkenaan dan mengingati Malaysia.

Bagi memastikan bangunan bersejarah kekal di negara ini, rakyat Malaysia perlu meniru

semangat dimiliki rakyat di Barat yang sangat menghargai bangunan seperti itu sebagai warisan

negara. Kerajaan juga perlu memainkan peranan untuk menjaga bangunan lama di samping
mengekalkan budaya tradisional dengan memperuntukkan dana kepada bangunan bersejarah

yang perlu dipulihara. Selain itu, golongan muda perlu diperkenalkan bangunan bersejarah yang

terdapat dinegara ini supaya mereka lebih memahami dan menghargainya. Sekiranya bangunan

terbabit tidak dipertahankan, hal ini boleh memberikan kesan terhadap pembentukan negara

bangsa di sesebuah negar.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Saksi Sejarah Negara”

Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin, Harian Metro, 25 Ogos 2017

Bahan 2 - Poster

You might also like