You are on page 1of 16

TINGKATAN 4

BAB 1
KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
Bagaimanakah amalan sikap keterbukaan Indus
dapat dicontohi dalam memajukan negara kita?
Nyatakan iktibar yang boleh dipelajari oleh
generasi muda hari ini daripada sifat
keterbukaan Tamadu Indus.
Peningkatan kemahiran
Berlaku pertukaran teknologi
Peningkatan dalam aspek seni bina
Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada
kejayaan masyarakat Indus dalam membina
bandar terancang.
Bersikap inovatif
Menerima pandangan dan pendapat
Pertukaran teknologi
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah
faktor yang membolehkan masyarakat Indus
membina bandar terancang?
Sifat keterbukaan masyarakat Indus
Melakukan teknologi pembakaran batu bata
Mempunyai ilmu pengetahuan tentang geometri
Pada pendapat anda, mengapakah Tamadun
Indus dianggap memberi sumbangan yang penting
kepada peradaban manusia.
Keamanan ialah teras kekuatan sebuah bangsa
Keupayaan mewujudkan sebuah bandar terancang
Sifat keterbukaan masyarakat dalam membuat
hubungan luar

Adakah kawasan tempat tinggal anda sebuah


kawasan petempatan terancang?
Berikan alasan-alasan anda.
(A) Terancang
Bangunan tersusun
Jalan raya lurus dan tersusun
Kemudahan infrastruktur yang kemas kini
(B) Tidak Terancang
Bangunan berserabut
Jalan raya tidak tersusun
Kemudahan infrastruktur yang lemah
Sebagai rakyat Malaysia, bagaimanakah anda
dapat memastikan keindahan bandar terpelihara?
Menjaga kebersihan bandar
Mengelak membuang sampah merata-rata

Mengadakan kempen kebersihan


Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah
peranan golongan bangsawan dalam Tamadun
Hwang Ho.
Menguruskan pertahanan
Bertanggungjawab memungut cukai
Mentadbir wilayah di luar pusat pentadbiran raja
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah
sumbangan penting Tamadun Hwang Ho dalam
bidang pertanian kepada peradaban manusia.
Memperkenalkan sistem pengairan
Memperkenalkan alat pertanian daripada besi
Menggunakan cangkul dan sabit
Pada pendapat anda, mengapakah karya Sun
Tzu iaitu The Art of War popular sehingga
hari ini?
Cara-cara menangani musuh
Membicarakan selok-belok perang
Diaplikasi dalam urusan perniagaan
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,
senaraikan faktor-faktor kemajuan sesebuah
tamadun.
Lokasi yang strategik
Kecekapan pemerintah
Kewujudan keamanan
BAB 2: PENINGKATAN TAMADUN
S: Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah
tamadun Yunani mengalami pelbagai bentuk
pemerintahan dan pentadbiran?
Menunjukkan orang Yunani sentiasa berusaha
meningkatkan aspek pemerintahan dan
pentadbiran negara kota.
Rakyat Yunani berhak menentukan sistem
kerajaannya.
Untuk mengekalkan keamanan dalam negeri.
Untuk memilih sistem pemerintahan yang
sesuai serta adil.
Untuk menentang kezaliman dalam
pemerintahan.
Untuk kestabilan politik.
S: Pada pandangan anda, apakah kepentingan
sistem perundangan terhadap sesebuah negara?
Untuk mengekalkan kedaulatan negara.
Sebagai garis panduan pemerintahan dan
pentadbiran negara.

Untuk mengekalkan keamanan dalam negeri.


Untuk melicinkan pentadbiran negara.
Supaya rakyat patuh kepada peraturan.
Undang-undang dapat mendisiplinkan rakyat.

S: Pada pendapat anda, apakah kepentingan


pendidikan kepada negara?
Melahirkan masyarakat yang berilmu.
Melahirkan modal insan yang berkualiti.
Asas kepada kemajuan negara.
Menyediakan masyarakat minda kelas pertama.
Keperluan terhadap pasaran kerja yang
berprofil tinggi.
Melahirkan masyarakat yang seimbang dari
segi jasmani,emosi, rohani dan intelek.
S: Selain mendapatkan ilmu di sekolah, terangkan
cara lain untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.
Pembelajaran secara talian.
Melalui pembacaan buku ilmiah.
Melalui kelas-kelas tambahan/tuisyen luar.
Melalui pengalaman.
Belajar secara bersendirian/bersama guru di
rumah.
Secara gaya pos.
S: Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah
rakyat Yunani, Rom, India dan China mampu
membina seni bina yang agung?
Sistem pendidikan yang menekankan bidang
kejuruteraan dan seni bina.
Ramai jurutera-jurutera mahir.
Memiliki kepakaran dalam bidang arkitek dan
seni bina.
Teknologi pembinaan yang termaju mendahului
zamannya.
Penekanan terhadap ilmu matematik dan
geometri.
Kreatif,inovatif dan reaktif.
S: Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat
perlu kepada kehidupan beragama?
Sebagai panduan kehidupan di muka bumi.
Masyarakat perlu menyesuaikan diri dengan
alam sekitar.
Untuk membentuk peribadi yang mulia.
Masyarakat beragama mudah diurus.
Masyarakat beragama mudah mengikut
peraturan.
Sebagai pegangan/prinsip hidup.

BAB 3
TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
Pada pendapat anda, mengapakah petempatan
awal di Asia Tenggara tidak diiktiraf
sebagai sebuah kerajaan?
Pemerintahnya belum bergelar raja
Mengapakah Malaysia kini menumpukan semula
kegiatan ekonomi pertanian?
Untuk keperluan sendiri
Menambahkan pendapatan
Tidak bergantung import makanan
Memberi peluang pekerjaan
Sebagai generasi muda, bagaimanakah anda
boleh membantu meningkatkan hasil pertanian
negara?
Meningkatkan ilmu di bidang pertanian
Memilih subjek berkaitan pertanian di sekolah
Membeli hasil produk berasaskan hasil pertanian
tempatan
Galak rakan membeli barangan keluaran tempatan
Seandainya anda ingin memajukan kawasan anda
sebagai pusat perdagangan antarabangsa,
apakah usaha yang perlu anda lakukan?
Memberi jaminan keselamatan
Mengenakan cukai yang berpatutan
Tenaga buruh berkualiti
Memilih tempat strategik
Menggunakan bahasa antarabangsa dalam urusan
perdagangan / bahasa Inggeris
Berdasarkan pengetahuan anda, apakah
pencapaian masyarakat awal Asia Tenggara yang
menjadi kebanggaan kepada masyarakat hari ini?
Rajin berusaha
Tidak mudah berputus asa
Mahir dalam ilmu pelayaran
Berani belayar di lautan luas
Mempunyai sistem pentadbiran yang teratur
Sebagai generasi muda hari ini, mengapakah
kita wajar mempertahankan institusi beraja?
Mengekalkan kestabilan negara
Mematuhi undang-undang
Menepati amalan demokrasi
Negara sentiasa berada dalam keadaan aman
Mengekalkan kesetiaan rakyat

Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah


kebebasan beragama diamalkan di negara
Malaysia?
Kebebasan menyambut perayaan agama masingmasing
Perlembagaan Malaysia telah menetapkan
kebebasan beragama
Kebebasan membina tempat beribadat selagi
mematuhi undang-undang
Sambutan perayaan setiap kaum turut diraikan
oleh rakyat berbilang kaum
Terdapat peruntukan kewangan bagi setiap kaum
untuk membina rumah ibadat
Sekiranya anda seorang pengkaji batu bersurat,
apakah maklumat yang mungkin anda peroleh
daripada batu bersurat.
Agama
Undang-undang
Pemerintahan raja
Arahan dan amaran raja

Berdasarkan pengetahuan anda, apakah


kepentingan monumen dalam kerajaan awal
di Asia Tenggara.
Melambangkan orde kosmos
Memperingati tokoh ternama
Memperingati peristiwa penting
Tempat menyimpan patung dewa utama
Melambangkan kehebatan seni binanya
Berperanan sebagai rumah ibadat Hindu Buddha
Pada pandangan anda, mengapakah monumen
seperti candi perlu dikekalkan sebagai suatu
khazanah negara
Berperanan sebagai rumah ibadat
Tempat menyimpan abu jenazah raja
Melambangkan kehebatan seni binanya
Tempat menyimpan patung dewa utama
Melambangkan orde kosmos kerajaan awal
Melambang keagungan seseorang pemerintah
Pada pendapat anda, apakah peranan bahasa
Sanskrit kepada masyarakat awal di Asia
Tenggara?
Meningkatkan pencapaian bidang intelek
masyarakat
Menunjukkan arahan dan pemberitahuan
pemerintah kepada rakyat

Bahasa keagamaan dalam buku agama


Perkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu
Bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal

Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah


masyarakat Asia Tenggara berjaya
mempelbagaikan kebudayaan dan membina
keharmonian dalam masyarakat?
Sikap inovatif dan kreatif
Mempunyai pemikiran yang terbuka
Hidup bersatu padu
Mengamalkan sikap kerjasama
Bagaimanakah generasi muda kini boleh
memainkan peranannya untuk mengembalikan
kegemilangan kerajaan-kerajaan lampau?
Berani melayari lautan luas
Berani menceburi bidang perdagangan laut
Seharusnya mempunyai semangat meneroka
Berbangga dengan keturunan yang mahir dalam
kelautan
BAB 4: TAMADUN ISLAM DAN
PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH
S: Pada pendapat anda , nyatakan usaha-usaha
berkesan untuk mengelakkan masyarakat
terjerumus ke zaman jahiliah.
Mengamalkan kehidupan beragama.
Mementingkan ilmu pengetahuan.
Minda dan sikap kelas pertama.
Melahirkan modal insan yang berkualiti.
Membudayakan amalan membaca di mana
sahaja.
Menghayati prinsip dalam Rukun Negara.
S: Pada pandangan anda, apakah kelebihan yang
diperoleh Nabi Muhammad s.a.w melalui kehidupan
kecil baginda yang mencabar?
Memupuk sikap sabar serta tabah.
Memupuk sikap berdikari.
Memupuk sikap jujur dalam perniagaan.
Sebagai latihan/persediaan sebelum dilantik
menjadi Rasul.
Membentuk keperibadian yang mulia.
Membentuk ketahanan fizikan dan mental.
S: Apakah kepentingan isi kandungan Surah Al Alaq,
ayat 1 hingga 5 kepada umat Islam?
Membaca jambatan ilmu.

Islam menggalakkan kajian terhadap sesuatu


perkara.
Bangsa yang berilmu akan berjaya dan
cemerlang.
Bermula era ketamadunan Islam dan
berakhirnya zaman jahiliah.
Ilmu yang dituntut akan membina masyarakat.
Dapat membina tamadun bangsa yang
cemerlang.

BAB 5
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk
mengelakkan peperangan daripada berlaku?
Saling bertolak ansur
Menghormati hak asasi
Mengamalkan akhlak yang mulia
Kepimpinan melalui teladan
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah
iktibar yang boleh diambil apabila berlakunya
peperangan?
Peperangan telah memusnahkan hasil tanaman
Ramai yang akan terkorban akibat daripada
peperangan
Peperangan akan menyebabkan kemusnahan harta
benda
Timbul kesedaran tentang pentingnya kedamaian
dan keamanan

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,


jelaskan konsep hijrah yang diamalkan pada
hari ini?
Mereka dianggap sebagai pelarian
Kehadiran mereka ke sesebuah negara tidak
diundang
Mereka akan dihantar semula ke negara tempat
asal masing-masing
Penghijrahan sesuatu kelompok manusia akibat
daripada peperangan

Berikan beberapa contoh yang menunjukkan


konsep hijrah boleh diamalkan oleh pelajar
untuk mencapai kecemerlangan diri dalam
kehidupan seharian.
Perubahan dari tidak berdisiplin kepada
berdisiplin
Perubahan dari sifat malas kepada rajin berusaha
Tidak menghormati orang tua kepada
menghormati orang tua

Perubahan sikap dan tingkah laku negatif kepada


yang positif

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,


nyatakan kepentingan pembukaan semula
Kota Makkah oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Islam tersebar secara aman
Agama menyembah berhala dihapuskan
Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam
Kehidupan orang Islam menjadi aman damai
BAB 6
PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN
SUMBANGANNYA
Pada pendapat anda, apakah faktor yang
menyebabkan kerajaan Bani Umaiyah mencapai
kejayaan dalam pelbagai bidang.
Berpandangan jauh
Perancangan yang baik
Kebijaksanaan pemerintahan
Melaksanakan pembaharuan
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,
mengapakah bidang penterjemahan penting
dalam perkembangan ilmu pengetahuan.
Memelihara warisan ilmu daripada lenyap
Mempertingkat kegiatan penyelidikan dan kajian
Mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya
yang diterjemah ke dalam bahasa Arab
Mengikut pendapat anda, apakah peranan pihak
kerajaan dalam memajukan bidang pendidikan
di negara kita?
Memberi galakan berbentuk ganjaran
Membina lebih banyak sekolah
Membina perpustakaan yang lengkap
Mewajibkan pendidikan
Membina lebih banyak pusat pengajian tinggi
Pada pendapat anda, bagaimanakah Malaysia
boleh muncul sebagai pusat keilmuan?
Menubuhkan pusat-pusat pengajian tinggi
Mewujudkan pusat penyelidikan ilmu
Menjadikan pendidikan Malaysia bertaraf dunia
Perbanyakkan aktiviti penterjemahan
Melahirkan ramai ilmuan tempatan
Menyediakan lebih banyak perpustakaan

Sebagai rakyat Malaysia, apakah peranan anda


bagi membentuk budaya keilmuan dan
intelektual yang tinggi di negara kita?
Memelihara warisan ilmu daripada lenyap
Menghargai ilmu pengetahuan
Keterbukaan menerima ilmu daripada pelbagai
sumber asing
Meningkatkan mutu ilmu
Membudayakan tabiat suka membaca
Mengamalkan sikap cuba jaya
Belajar bersunguh-sungguh
Membuat inovasi / rekaan baru / bersikap inovatif
Meningkatkan kemahiran berfikir
Apakah iktibar yang boleh diambil daripada
kerajaan Turki Uthmaniyah demi
memperkukuhkan negara kita Malaysia.
Mencintai tanah air
Bertolenrasi / bertolak ansur
Mewujudkan perpaduan kaum
Melahirkan semangat patriotisme
Menyertai pasukan sukarela / PLKN
Sekiranya anda seorang mubaligh yang
menyebarkan Islam di Eropah pada abad ke-14
Masihi, apakah ciri-ciri yang mesti anda miliki
bagi melaksanakan misi tersebut?
Tabah semasa menghadapi cabaran
Memiliki sifat siddiq / berkata benar
Memiliki sifat amanah / dipercayai
Memiliki sifat fatanah / bijaksana
Kebolehan berkomunikasi dengan baik
Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri
kepimpinan yang membawa kepada kejayaan dan
kegemilangan sesebuah negara?
Tegas
Amanah
Inovatif
Menguasai teknologi moden dan terkini
Optimis / berpandangan jauh / berfikiran positif
Sekiranya anda dilantik sebagai pemimpin,
bagaimanakah anda dapat mengekalkan
kegemilangan negara?
Kepimpinan yang berwibawa
Perpaduan dalam kalangan penduduk
Dasar toleransi antara golongan pemerintah dan
diperintah
Kebijaksanaan pemerintah

Meningkatkan kecemerlangan / kegemilangan ilmu

Kemunculan, perkembangan dan kejatuhan Islam


dalam sejarah perkembangan tamadun manusia
memberikan banyak pengajaran kepada kita
hari ini. Jelaskan pernyataan di atas
berdasarkan pengetahuan sejarah anda.
Sumbangan pemerintah juga sangat penting
Mengajar kita bahawa perpaduan amat penting
Sumbangan golongan cerdik pandai sangat penting
Menekankan kemajuan politik seiring dengan
perkembangan ilmu
Menekankan kemajuan sosial seiring dengan
perkembangan ilmu
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,
nyatakan faktor kelangsungan sesebuah tamadun.
Menjaga keamanan
Sumbangan golongan cerdik pandai
Perpaduan penting untuk penerusan sesuatu
ummah
Kemampuan masyarakat menguasai segala bidang
kehidupan
Kompromi dan toleransi penting dalam sesebuah
negara yang pelbagai kaum
Peranan pemerintah penting untuk menentukan
jatuh bangunnya sesebuah tamadaun
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,
bagaimanakah cara-cara kehidupan sosial
yang dicadangkan oleh Islam?
Berasaskan kecemerlangan individu bukan
berasaskan keturunan
Sifat berdisiplin sangat penting diamalkan bagi
mengawal diri dan perasaan
Setiap perlakuan manusia perlu mengikut landasan
Islam yang telah ditetapkan
Tidak ada perbezaan taraf antara seseorang
individu dengan individu yang lain kecuali
taqwa
Pada pendapat anda, bagaimanakah sesebuah
kerajaan boleh mencapai kegemilangannya?
Kemajuan ICT
Rakyat yang taat setia
Mempunyai teknologi
Kemajuan dalam sains

BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA


S: Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,
mengapakah Asia Tenggara menjadi lokasi
kedatangan Islam?
Lokasi yang strategik di tengah-tengah China
dan India.
Sejak dahulu lagi Asia Tenggara menjadi pusat
perdagangan emporium dunia.
Sasaran dakwah yang luas merangkumi
pelbagai bangsa.
Masyarakat Asia Tenggara mudah menerima
perubahan kepercayaan/sikap keterbukaan.
Tiada tentangan oleh pemerintah terhadap
dakwah Islam.
Masyarakat Asia Tenggara perlukan agama
yang menyeluruh seperti Islam.

Pada pendapat anda, bagaimanakah sistem


pendidikan boleh menjana perpaduan
masyarakat Malaysia masa kini.
Mempunyai satu bahasa kebangsaan
Pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Mewujudkan hubungan yang sihat antara kaum
Memupuk perpaduan melalui sekolah wawasan
Melalui penyeragaman kurikulum yang bercorak
kebangsaan
Pada pendapat anda, apakah kepentingan
undang-undang kepada sesebuah negara?
Menjamin keamanan
Mengekalkan perpaduan kaum
Mengawal tingkah laku masyarakat
Menjamin keharmonian hidup masyarakat
Menentukan hukuman terhadap kesalahan yang
dilakukan

S: Sekirnya anda sebagai mubaligh Islam, apakah


ciri yang perlu ada bagi seorang mubaligh untuk
menyebarkan dakwah Islam.
Cekal
Berdakwah dengan bijaksana.
Menunjukkan keperibadian yang mulia.
Lemah lembut dalam usaha dakwah.
Jujur.
Memiliki pengetahuan yang luas dalam Islam.

Pada pengetahuan sejarah anda, apakah kesan


kehadiran Islam terhadap perkembangan
undang-undang di Tanah Melayu?
Hukum Islam sebagai asas perundangan
Mengembangkan undang-undang bertulis
Undang-undang ditulis menggunakan tulisan jawi
Terdapat hukum berpegang kepada hukum syarak
Fasal-fasal dalam undang-undang menunjukkan
kekuatan agama Islam

S: Pada pendapat anda, apakah keistimewaan


agama Islam sehingga menjadi anutan utama
menggantikan agama Hindu Buddha?
Islam menganjurkan persamaan taraf.
Islam tidak menghalang adat selagi mematuhi
syariat Islam.
Kemurnian ajaran Islam itu sendiri.
Islam agama yang universal.
Islam merangkumi semua aspek
kehidupan/lengkap.
Islam juga menganjurkan kemajuan sosial.

Pada pandangan anda, apakah kepentingan


pendidikan dalam kehidupan
masyarakat hari ini.
Memajukan diri
Pembangunan negara
Selaras dengan ajaran agama
Menjadi pemimpin berwibawa
Mendapat peluang pekerjaan yang baik

BAB 8
PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM
DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT
Pada pendapat anda, mengapakah undangundang mengecualikan raja daripada sebarang
hukuman?
Melambangkan kedudukan raja
Sultan sebagai kuasa tertinggi dalam kerajaan

Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah


unsur-unsur Islam mampu membawa negara
ke arah kemajuan?
Mentaati pemerintah
Mementingkan perpaduan
Memartabatkan ilmu pengetahuan
Mengutamakan nilai-nilai Islam dalam kehidupan
Mementingkan keamanan / peperangan
Kerjasama semua golongan masyarakat
Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri seorang
pedagang yang berjaya?

Amanah
Berilmu
Gigih
Bertolak ansur
Tidak menindas

Berdasarkan pemerhatian anda, apakah fungsi


wang pada masa kini?
Kuasa membeli
Lambang status
Keperluan hidup
Keselesaan hidup
Memenuhi kehendak
BAB 9
PERKEMBANGAN DI EROPAH
Pada pandangan anda, apakah iktibar zaman
gelap di Eropah kepada generasi muda hari ini?
Memajukan ekonomi
Perlu kreatif dan inovatif
Perlukan kerajaan yang kukuh
Mewujudkan kestabilan politik
Perlu mementingkan ilmu pengetahuan
Pada pengetahuan sejarah anda, mengapakah
sistem feudalisme di Eropah dikatakan
mempunyai persamaan dengan ciri-ciri
feudalisme yang terdapat dalam Kesultanan
Melayu Melaka?
Raja memiliki tanah secara mutlak
Pentadbirannya dibantu oleh pembesar
Raja mengurniakan tanah kepada pembesar untuk
ditadbir
Pembesar mendapat naungan / tenaga dan cukai
kepada raja
Pembesar memberikan khidmat tenaga dan cukai
kepada raja
Golongan hamba memberi khidmat tenaga kepada
golongan pembesar
Terdiri daripada golongan pemerintah (raja) dan
golongan yang diperintah
Pada pendapat anda, bagaimanakah sesebuah
negara dapat mengelakkan kehidupan Zaman
Gelap di Eropah daripada berlaku.
Menggalakkan kegiatan ilmu pengetahuan
Membiayai kegiatan ilmu pengetahuan
Mewujudkan pemerintahan pusat yang kuat
Menubuhkan institus pengajian tinggi seperti
universiti secara meluas

Memastikan keamanan dan kestabilan berlangsung


dalam negara
Meluaskan kegiatan ekonomi negara
Memastikan sektor ekonomi meliputi pelbagai
sektor / tidak bergantung kepada satu-satu
pengeluaran sahaja
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah
iktibar yang boleh diambi daripada
perkembangan pada Zaman Renaissance?
Berani mempunyai sifat inkuiri
Menggunakan minda sepenuhnya
Kita harus meneroka ilmu pengetahuan
Menekankan pemikiran logik dan saintifik
Berani untuk meneroka perkara dan bidang baru

Jelaskan iktibar yang dapat anda pelajari


daripada aktiviti penjelajahan dan penerokaan
masyarakat Eropah.
Pada pandangan anda, apakah iktibar yang
boleh diambil oleh generasi muda hari ini
daripada zaman penjelajahan dan penerokaan
Barat?
Optimistik
Tidak mudah putus asa
Membentuk keyakinan diri
Meluaskan pengetahuan
Sifat sanggup mengambil risiko
Keberanian menghadapi cabaran
Kepentingan penerokaan ilmu pengetahuan
Semangat inkuiri yang tinggi untuk berjaya

TINGKATAN 5
BAB 1
KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN
NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,
berikan dua kesan pengenalan sistem
birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran
Asia Tenggara
Penubuhan Kerajaan Pusat
Pentadbiran pusat diketuai gabenor General
Raja kehilangan kuasa
Pentadbiran dijalankan melalui biro
Pegawai Barat dilantik menjadi ketua biro
Beberapa jabatan ditubuhkan seperti pelajaran
Pengenalan sistem Undang-undang Barat
Pembesar tempatan kehilangan pengaruh
Pada pandangan anda, mengapakah ciri-ciri
perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara

bertukar menjadi lebih radikal?


Pihak penjajah gagal memenuhi tuntutan yang
dibuat
Tindakan kekerasan yang dilakukan oleh penjajah
Gerakan nasionalisme tahap pertama gagal
Pemimpin ingin menuntut kemerdekaan
Pemimpin ingin membentuk kerajaan sendiri yang
berdaulat
Pada pandangan anda, apakah iktibar yang
diperoleh daripada perkembangan nasionalisme
yang berlaku di negara-negara Asia Tenggara.
Perjuangan secara berorganisasi
Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
Bersatu padu dalam perjuangan
Sikap berdisiplin
Gigih berusaha
Tolong-menolong / bekerjasama
Mempunyai semangat setia negara yang tinggi
Kebijaksanaan pemimpin
Pada pendapat anda, mengapakah semangat
nasionalisme perlu dipupuk sejak daripada
bangku sekolah lagi?
Negara akan aman damai
Rakyat hidup bersatupadu
Wujud rasa sayangkan negara
Mewujudkan kestabilan politik
Rela mempertahankan maruah negara
Memupuk perasaan bangga pada negara
Memupuk taat setia kepada pemerintah
Dapat mengekalkan kedaulatan negara
Rakyat mematuhi undang-undang negara
Memperkukuhkan taat setia rakyat pada negara
Sebagai seorang warganegara, berikan bukti
bahawa anda cintakan negara Malaysia.
Mengibarkan bendera
Menghormati lagu kebangsaan / lambang-lambang
negara
Mengamalkan prinsip Rukun Negara
Berdisiplin / menghormati undang-undang
Menghormati perlembagaan
Sebagai seorang warganegara Malaysia, apakah
peranan anda untuk mengukuhkan institusi
pemerintahan negara?
Mengukuhkan kepimpinan negara
Mengisi kemerdekaan dengan kemajuan
Sentiasa memberi sokongan kepada pemerintahan
negara

Membentuk permuafakatan antara rakyat dan


institusi pemerintahan
Berganting bahu membantu dan menyokong
institusi pemerintahan
Mewujudkan perpadaun dalam kalangan rakyat
berbilang kaum
Memupuk perasaan setia /cinta akan negara
Bersifat patriotik

BAB 2: NASIONALISME DI MALAYSIA


SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA.
S: Mengapakah kuasa Barat begitu mudah
menjajah negara-negara Asia Tenggara?
Kuasa Barat memiliki senjata yang moden.
Perjuangan pemimpin tempatan menggunakan
senjata tradisional.
Pemimpin tempatan tidak bersatu.
Pemimpin tempatan terlalu mempercayai janji
manis kuasa Barat.
Kuasa Barat menggunakan tipu muslihat dalam
perjanjian dengan pemimpin tempatan.
Pemimpin tempatan tidak mendapat sokongan
Sultan.
Sultan yang terpaksa memihak kepada British.
S: Sekiranya anda sebagai pemimpin tempatan
pada masa itu, apakah usaha anda untuk
mengekalkan kedaulatan negeri daripada diceroboh
oleh kuasa luar?
Mempelajari ilmu tentang selok belok
pentadbiran Barat.
Memperkasakan pasukan pertahanan tempatan.
Tidak menandatangani sebarang perjanjian
dengan kuasa Barat tanpa usul periksa.
Mengekalkan kestabilan politik dalam negeri.
Menyelesaikan masalah politik dalam negeri
dengan segera.
Menggubal undang-undang tubuh kerajaan
negeri.
S: Pada pendapat anda, mengapakah British
menghalang pengaruh Kaum Muda daripada
memasuki ke negeri-negeri Melayu?
Supaya orang Melayu tiada kesedaran
nasionalisme.
British tidak mahu orang Melayu bangkit
menentang British.
Kaum Muda dianggap aliran kiri pada mata
British.

British khuatir orang Melayu akan memperoleh


kesedaran kepentingan pendidikan.
British tidak mahu pemikiran Kaum Muda
mempengaruhi Sultan-Sultan.
British khuatir dakwah Kaum Muda adalah
bersifat politk.
British tidak mahu orang Melayu bersatu.
S: Mengapakah akhbar, majalah dan novel menjadi
wadah utama sebagai penggerak kesedaran
kebangsaan?
Akhbar mudah didapati.
Akhbar murah.
Akhbar senang diterbitkan.
Merupakan saluran berkesan dalam penyampaian
kesedaran kebangsaan.
Sebagai tapak penulisan tentang semangat
nasionalisme.
Berita nasionalisme dapat diterima dengan
cepat.
Sebagai ejen gerakan nasionalisme.
S: Sebagai pengerusi persatuan sejarah di sekolah,
cadangkan program dan aktiviti yang boleh
meningkatkan semangat kebangsaan di kalangan
warga sekolah.
Sambutan hari kemerdekaan.
Sambutan hari pahlawan.
Melawat muzium tentera/muzium negara.
Pertandingan perbarisan/kawat kaki.
Lakonan perjuangan pemimpin tempatan.
Kuiz sejarah.
S: Buktikan anda juga memiliki semangat
nasionalisme.
Belajar bersungguh-sungguh disekolah.
Mematuhi undang-undang.
Menghormati lagu kebangsaan.
Menghayati prinsip Rukun Negara.
Taat dan setia kepada raja dan negara.
Menolak penjajahan bentuk baru.
BAB 3
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
Pada pendapat anda, apakah amalan yang patut
dicontohi bagi menjamin keutuhan bangsa dan
negara kita.
Bijaksana
Perundingan
Perundangan

Pakatan Murni
Amalan bekerjasama
Pemuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin
Pemuafakatan antara pemimpin dengan rakyat

Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu


mempertahankan kedaulatan warisan
Kesultanan Melayu?
Mempertahankan kedaulatan negara
Menjaga keamanan negara
Melindungi kepentingan rakyat
Menjamin kesentosaan sistem pemerintahan
Menjamin taat setia rakyat
Melahirkan masyarakat bersatu padu / perpaduan
kaum / perpaduan negara
Menjadi lambang/simbol/tanda /identiti /negara
Pada pandangan anda, mengapakah institusi
Kesultanan Melayu perlu dipertahankan
Lambang perpaduan
Lambang taat setia rakyat
Memelihara agama Islam
Lambang ketuanan orang Melayu
Memelihara warisan bangsa
Asas pembentukan negara dan bangsa
Asas pemerintahan Raja Berperlembagaan
Memelihara keharmonian rakyat berbilang kaum
Memelihara hak istimewa orang Melayu
Mengapakah kita perlu mengekalkan institusi
kesultanan di negara kita?
Payung negara
Ketuanan Melayu
Ketua agama Islam
Lambang perpaduan
Lambang kedaulatan negara
Simbol keutuhan negara
Mengekalkan keharmonian
Tonggak keagungan kerajaan Malaysia
Memelihara hak keistimewaan orang Melayu
Memelihara agama Islam sebagai agama rasmi
negara
Pada pandangan anda, apakah kepentingan
lambang-lambang negara kepada kerajaan
Kesultanan Melayu Melaka?
Menjadi identiti sesebuah negara
Penyatuan negara dan bangsa
Warisan Kerajaan Kesultanan Melaka
Melambangkan kebesaran sultan
Lambang kebesaran / kedaulatan kesultanan

Melayu
Mengikut pengetahuan sejarah anda
mengapakah Undang-undang Tubuh Terengganu
diwujudkan?
Mengekalkan amalan sistem monarki
Menjamin sistem pentadbiran yang berkesan
Menghalang British meluaskan kuasanya
di Terengganu
Menggambarkan kebijaksanaan pemerintah
Terengganu
Sebagai benteng untuk mengekalkan kedaulatan
negari Terengganu
Mewujudkan keyakinan kepada pemerintah yang
berdasarkan keadilan

Pada pendapat anda, apakah isu-isu yang


menjadi panduan untuk merangka perlembagaan
yang mantap di negara kita?
Menjaga hak asasi manusia
Mengukuhkan perpaduan antara kaum
Agama Islam sebagai agama rasmi negara
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Mengukuhkan taat setia rakyat kepada negara
Mengambil kira kedudukan Raja-Raja Melayu
Mengambil kira hak istimewa orang Melayu
Memantapkan sistem pentadbiran / pemerintahan
Mengutamakan kebajikan semua golongan rakyat

Sebagai generasi muda, mengapakah anda perlu


menghormati perlembagaan negara?
Undang-undang tertinggi yang menjadi asas
pembentukan kerajaan
Perlembagaan menjamin kestabilan negara
Perlembagaan memenuhi aspirasi rakyat
Dapat mengelak perbalahan antara kaum
Dapat mengelak perbalahan antara agama
Menjamin taat setia rakyat kepada negara
Perlembagaan menjamin hak asasi dan kebebasan
rakyat
Perlembagaan dapat mengelak berlakunya kacau
bilau dalam negara
BAB 4
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
Apakah iktibar yang anda peroleh daripada
pemimpin Melayu dalam merealisasikan
pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
Kerjasama dalam kalangan raja-raja Melayu
Kerjasama mempertahankan bahasa Melayu
Kerjasama antara pemimpin-pemimpin Melayu

Mengukuhkan perpaduan dalam kalangan pemimpin


Berpegang kepada peribahasa seperti aur dengan
tebing
Mempercepatkan semangat perjuangan menuntut
kemerdekaan

Mengapakah perlu wujudnya kerjasama antara


Raja-raja dan pemimpin pada hari ini?
Menjamin keadilan sejagat
Menggalakkan perpaduan kaum
Mengelakkan rasa tidak puas hati antara kaum
Supaya pembangunan dinikmati bersama
Mewujudkan semangat kebersamaan
Mewujudkan kestabilan politik
Mewujudkan keamanan negara
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah
manfaat yang diperolehi oleh orang Melayu hasil
pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Kuasa raja-raja Melayu dikembalikan
Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
Status quo negeri-negeri Melayu dilindungi
Syarat kerakyatan kepada orang dagang
diperketatkan
Pada pandangan anda, mengapakah orang
Melayu boleh menerima Persekutuan Tanah
Melayu 1948?
Kuasa dan kedudukan sultan dipulihkan
Pembahagian kuasa yang jelas antara kerajaan
pusat dengan kerajaan negeri
Kerakyatan tidak diberi sewenang-wenangnya
Orang Melayu diakui ketuanannya
Negeri-negeri Melayu mendapat perlindungan
Memartabatkan kedudukan Islam
Adat istiadat Melayu dimartabatkan

Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi


ke atas Tanah Melayu sekiranya
Persekutuan Tanah Melayu 1948 tidak dibentuk?
Orang Melayu memberontak
Kedudukan agama Islam dicabar
Tanah Melayu menjadi jajahan British
Raja-raja Melayu kehilangan kedudukan
Pendidikan orang Melayu semakin terabai

10

Ekonomi negara dikuasai oleh orang dagang


Status quo orang Melayu sebagai peribumi
tercabar

BAB 5 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA


YANG MERDEKA
Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah
pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong
Pakatan Murni di Persekutuan Tanah Melayu
yang merdeka.
Mereka menyedari bahawa pakatan ini akan
mewujudkan perpaduan yang jitu
antara kaum di Persekutuan Tanah Melayu
Menerusi Pakatan Murni keharmonian kaum dapat
dicapai
Membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dengan
konsep Raja Berperlembagaan dibentuk
Pada pendapat anda, bagaimanakah kita boleh
menerapkan unsur-unsur pakatan murni dalam
kehidupan seharian?
Menghasilkan perpaduan kaum
Wujudkan kerjasama dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum
Wujud permuafakatan politik antara kaum
Wujud parti berbilang bangsa
Menyokong pelaksanaan sekolah wawasan
Menggunakan bahasa kebangsaan
Mengamalkan budaya kebangsaan
Sebagai warganegara Malaysia, bagaimanakah
kita dapat mengekalkan kemerdekaan negara?
Menghargai kebijaksanaan pemimpin negara
Mendukung konsep kerjasama /toleransi
Kemakmuran negara dipelihara
Bersatupadu / perpaduan
Taat kepada pemerintah / kerajaan
Mengamalkan rasa hormat menghormati
Mengadakan rundingan / pemuafakatan
Saling faham memahami

Pada pandangan anda, apakah tanggungjawab


warganegara dalam memelihara
kemerdekaan negara?
Menjaga keamanan negara
Menjaga nama baik negara
Menjaga keamanan negara
Menjaga keharmonian kaum
Mengharumkan nama negara

Mewujudkan perpaduan kaum


Meningkatkan kemajuan ekonomi
Merealisasikan konsep satu Malaysia

Jelaskan peranan generasi muda hari ini dalam


mengukuhkan perpaduan masyarakat berbilang
kaum.
Menyertai aktiviti sukan
Saling kunjung-mengunjung semasa perayaa kaum
Pengaulan / aktiviti melibatkan pelbagai kaum
Menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Menghayati perjuangan tokoh-tokoh terdahulu
dalam meningkatkan perpaduan
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah
tindakan Tunku Abdul setelah memenangi
pilihanraya pada tahun 1955 sehingga mencapai
kemerdekaan
Membentuk kabinet
Menuntut kemerdekaan
Berunding dengan pihak British
Mengetuai rombongan ke London
Membuat pengisytiharan tarikh kemerdekaan
Kemerdekaan Tanah Melayu 1957 adalah hasil
kebijaksanaan pemimpin nagara.
Pada pandangan anda, apakah pendekatan
terbaik dalam memastikan kemerdekaan yang
kita nikmati akan terus dipelihara?
Mendukung konsep kerjasama
Tolak ansur / toleransi antara pelbagai kaum
Memelihara perpaduan antara kaum
Menyelesaikan masalah hubungan antara kaum
melalui meja rundingan
Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana
muafakat
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
BAB 6: PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA
MALAYSIA.
S: Apakah kebaikan pembentukan Malaysia?
Ancaman komunis dapat dihapuskan.
Dapat menyeimbangkan kependudukan.
Dapat memerdekakan negeri-negeri anggota.
Negeri-negeri anggota dapat mempelajari hal
ehwal pentadbiran.
Ekonomi negara dapat dipelbagaikan.
Sumber kekayaan negara bertambah.

11

Dapat menjalinkan kerjasama dalam bidang


politik, ekonomi dan sosial.

S: Sebagai pemimpin negara, bagaimanakah anda


menghadapi tentangan daripada pihak-pihak
tertentu yang tidak bersetuju dengan pembentukan
gagasan Malaysia?
Berunding dengan pihak yang tidak bersetuju
dengan gagasan Malaysia.
Menyelesaikan masalah melalui orang tengah
iaitu PBB.
Tidak menunjukkan permusuhan sebaliknya
menunjukkan persahabatan.
Mengerahkan pasukan keselamatan bersedia
sebilang masa.
Mengambil pendekatan diplomasi terlebih
dahulu.
Mengambil tindakan ketenteraan sebagai
langkah yang terakhir.
S: Apakah iktibar yang anda dapat pelajari
daripada peristiwa pembentukan gagasan Malaysia?
Menerusi diplomasi, sebarang masalah dapat
diatasi.
Kepimpinan tokoh tempatan PTM, Sabah,
Sarawak dan Singapura.
Bekerjasama dan tolak ansur demi
kesejahteraan bersama.
Perpaduan asas kekuatan bangsa.
Tabah menghadapi cabaran.
Bijak menyelesaikan masalah.
BAB 7
SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
NEGARA MALAYSIA
Bagaimanakah perlembagaan negara dapat
memperkukuhkan perpaduan dan keamanan
negara kita, Malaysia?
Wujud pakatan murni
Keharmonian kaum dapat dicapai
Negara dapat dibentuk tanpa pertumpahan darah
Wujud sebuah negara yang berdaulat
Bertoleransi dalam kalangan masyarakat
Mengutamakan keamanan
Berikan cadangan kepada generasi muda hari ini
supaya mereka menjadi warganegara Malaysia
yang berupaya mendaulatkan institusi Parlimen
Malaysia.
Setia kepada raja dan negara

Memperkasa perpaduan kaum


Menjadi manusia berilmu pengetahuan
Patuh kepada undang-undang negara
Tidak menghina institus beraja dalam negara

Bagaimanakah anda menunjukkan ketaatan


kepada raja dan negara Malaysia?
Tidak memburuk-buruk nama negara
Sanggup berkorban untuk tanah air
Tidak menderhaka kepada raja dan negara
Bersatupadu / bertoleransi / bekerjasama
Mematuhi undang-undang dan perlembagaan
negara
Sentiasa bersyukur pada kemakmuran negara
Mengibarkan bendera Malaysia pada bangunan
kerajaan
Pada pandangan anda, mengapakah perlu
wujudnya hubungan baik antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?
Membantu mengurangkan perbalahan antara etnik
Hubungan baik perlu dipupuk untuk menjamin
keharmonian
Sentiasa mengamalkan toleransi untuk
kepentingan bersama
Satu kaedah menyatupadukan pelbagai wilayah dan
berasingan
Dapat membentuk Kerajaan Persekutuan yang
stabil dan berwibawa
Mengapakah pemerintah Malaysia memilih untuk
membentuk negara persekutuan.
Menyatukan wilayah yang berasingan
Membentuk kerajaan yang stabil
Mewujudkan kecekapan pentadbiran
Mengukuhkan pentadbiran
Memajukan ekonomi
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan
adalah merujuk kepada hasrat YAB Perdana
Menteri Malaysia untuk melahirkan Konsep

Satu Malaysia

Jelaskan peranan generasi muda Malaysia dalam


merealisasikan hasrat tersebut.
Saling menghormati
Mewujudkan perpaduan
Mempunyai sahsiah yang baik
Bertanggungjawab / akauntabiliti
Melahirkan persaingan yang sihat
Menjalinkan kerjasama / saling membantu

12


Pada pendapat anda, apakah kepentingan Jata
Negara kepada kita?
Bersatu padu
Sanggup berkorban
Kecintaan terhadap tanah air
Supaya rakyat sentiasa bersemangat
Mempertahankan kedaulatan negara
Mengapakah lambang-lambang negara perlu
diwujudkan?
Menunjukkan kesetiaan
Supaya rakyat bersatu padu
Supaya rakyat sentiasa bersemangat
Membangkitkan semangat perjuangan
Menunjukkan kecintaan terhadap tanah air
Menunjukkan kesanggupan untuk berkorban
Sebagai generasi masa kini, bagaimanakah anda
menghayati dan menghormati lambang-lambang
negara Malaysia?
Menghayati maksud lambang-lambang
Mengibarkan jalur gemilang dalam majlis rasmi
Sentiasa berbangga dengan lambang-lambang
Berdiri tegak apabila lagu kebangsaan dinyanyikan
Menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh
semangat
Memelihara kedudukan jalur gemilang supaya
tidak dihina
Sebagai seorang warganegara yang setia
kepada negara, apakah tindakan yang perlu
diambil terhadap mereka yang membakar
bendera negara?
Melucutkan kewarganegaraan
Menjalani sesi kaunseling
Dikenakan denda
Mengenakan perkhidmatan masyarakat
Dibuang daerah / negeri
Dikenakan hukuman penjara
PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK
KESEJAHTERAAN
Dasar-dasar pendidikan yang dilaksanakan
di negara kita adalah bermatlamatkan
perpaduan. Berdasarkan pengetahuan sejarah
anda, bagaimanakah perpaduan boleh dicapai
melalui dasar-dasar pendidikan?
Belajar di sekolah yang sama
Menggunakan bahasa pengantar yang sama
Menggunakan kurikulum yang sama

Pelajar daripada kaum berlainan boleh


berinteraksi melalui kokurikulum

Jelaskan peranan generasi muda hari ini dalam


usaha memperkasa perpaduan bangsa.
Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara
Mengamalkan dasar Pendidikan Kebangsaan
Mengamalkan dasar kebudayaan kebangsaan
Merealisasikan sukan sebagai alat perpaduan
Menyemarakkan semangat patriotisme melalui
sukan / kokurikulum
Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah
semangat perpaduan dapat dipupuk
melalui aktiviti kokurikulum di sekolah?
Menggunakan bahasa kebangsaan semasa
berkomunikasi
Mengamalkan budaya yang baik
Menghormati aktiviti kebudayaan kaum lain
Mengadakan aktiviti perkhemahan pelbagai kaum
Sebagai pelajar, apakah peranan anda dalam
merealisasikan wawasan 2020?
Belajar bersungguh-sunggu
Menyanjung tinggi budaya bangsa
Patuh kepada ajaran agama yang dianuti
Berusaha mengekalkan kemajuan negara
Mewujudkan perpaduan pelajar pelbagai kaum
Pelajar perlu melibatkan diri dalam pengisian
Wawasan
BAB 8: PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK
KESEJAHTERAAN.
S: Apakah kejayaan yang dikecapi Malaysia selepas
melaksanakan Rancangan Pembangunan Ekonomi 5
Tahun?
KDNKK negara meningkat.
Peluang pekerjaan bertambah.
Penurunan paras kemiskinan.
Pendapatan negara bertambah.
Negara berorientasikan industri.
Dapat mengekalkan keharmonian kaum.
S: Buktikan Malaysia berpotensi menjadi kuasa
ekonomi dunia.
Ramai pelabur asing ternama melabur di
Malaysia.
Malaysia merupakan negara hab halal, hab
elektronik, hab pelancongan dan industri yang
mapan.

13

Nilai ringgit yang kukuh/stabil berbanding


mata wang lain di dunia.
Penggunaan teknologi termaju dalam bidang
pembangunan ekonomi serta sosial.
Kemudahan di Malaysia yang bertaraf dunia
seperti PWTC, KLIA, Putrajaya, MSC, Litar
Sepang, MAS dsb.
Malaysia diiktiraf dunia sebagai negara paling
selamat untuk didiami.
Malaysia kaya dengan hasil bumi seperti
petroleum, kayu dsb.

S: Cadangkan kepada pemimpin ekonomi anda untuk


memajukan sektor ekonomi negara supaya dapat
menghasilkan negara yang berpendapatan tinggi.
Mewujudkan 1 daerah 1 industri.
IPTA menyediakan kursus dalam bidang
berkaitan ekonomi.
Mewujudkan bank yang dapat membantu
usahawan.
Menyediakan pinjaman modal dan bantuan
teknologi serta konsultansi.
Mengenalpasti sumber negara yang berpotensi
untuk dimajukan. Contoh: sektor pelancongan.
Menghasilkan produk tempatan yang bertaraf
dunia.
S: Cabaran-cabaran ekonomi Malaysia.
Rakyat miskin.
Kekurangan peruntukan.
Dikuasai oleh golongan tertentu.
Rasuah.
Rakyat yang membazir.
Bekalan bahan mentah yang semakin
berkurangan.
S: Langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut.
Mengadakan program pembangunan untuk
rakyat miskin seperti FELDA dan FELCRA.
Membuat pinjaman dari Bank Dunia.
Penetapan kuota/khas untuk bumiputera.
SPRM sebagai badan berkuasa menangani
rasuah ekonomi.
Rakyat perlu berjimat cermat menggunakan
kemudahan sedia ada.
Menggunakan teknologi hijau dalam
pembagunan ekonomi.
BAB 9
MALAYSIA DALAM KERJASAMA
ANTARABANGSA

Sekiranya anda dilantik menjadi pemimpin


Malaysia, apakah tindakan yang perlu anda
lakukan untuk mengelakkan berlakunya
peperangan?
Mematuhi dan mengamalkan undang-undang
Menghormati dan tidak mencabar hak orang lain
Menanam kesedaran pentingnya keamanan
Berbaik-baik dengan semua negara
Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara
luar
Andaikan anda menjadi pemimpin negara pada
hari ini, berikan cadangan untuk mengelakkan
berlakunya Perang Dunia Ketiga.
Penggunaan atom kimia diharamkan
Krisis antarabangsa diselesaikan di meja
rundingan
Hubungan perdagangan yang adil wajib
dilaksanakan
Hubungan diplomatik yang baik sentiasa dijalin
antara negara
Tiada negara boleh campur tangan dalam hal
negara lain
Pada pengetahuan sejarah anda, nyatakan
empat sumbangan Malaysia kepada
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Bantuan OIC untuk menubuhkan UIAM
Mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan
Islam
Menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun
1974 dan 2004
Mengesyorkan penggunaan dinar emas dalam
urusan perdagangan
Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung
OIC yang pertama
Pada pengetahuan sejaran anda, apakah usahausaha yang diambil untuk mengatasi masalah
Negara-Negara Selatan?
Meningkatkan kerjasama antara negara
Membantu ekonomi negara yang miskin
Meningkatkan pasaran / jual beli antara negara
Meningkatkan kemudahan dan infrastruktur
Pada pendapat anda, mengapakah Malaysia
menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan?
Menyalahgunakan hak asasi manusia
Menafikan hak sama rata
Bersifat perkauman

14

Dasar menindas
Pemerintahan yang zalim
Tidak berperikemanusiaan

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,


mengapakah Malaysia perlu mengadakan
hubungan yang baik dengan negara jiran
di rantau Asia Tenggara?
Memajukan sektor pelancongan
Menyediakan latihan dan penyelidikan
Menyemarakkan lagi bidang kebudayaan
Menjamin keselamatan daripada ancaman luar
Meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan
Mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia
Tenggara
Pada pandangan anda, apakah kelebihan
Malaysia menjalin hubungan luar dengan
semua negara.
Memelihara kesejahteraan rakyat
Memelihara kestabilan politik negara
Membangunkan ekonomi negara
Meningkatkan kemajuan sosial
Menjamin keselamatan negara
Meningkatkan kemajuan perdagangan
Pada pendapat anda, mengapakah Malaysia
perlu menyertai pertubuhan-pertubuhan
antarabangsa / dunia?
Mengapakah negara kita perlu memupuk
hubungan luar dengan negara-negara
di peringkat antarabangsa?
Mengekalkan kedaulatan negara
Memupuk kesejahteraan dunia
Memelihara kepentingan nasional
Berbaik-baik dengan semua negara
Menjamin keselamatan rakyat dan negara
Pada pandangan anda, mengapakah Malaysia
mengambil pendekatan yang berhati-hati dalam
menentukan dasar luarnya?
Menjamin keselamatan rakyat
Memelihara kepentingan nasional
Menggalakkan pembangunan
Mengekalkan kedaulatan negara
Menggalakkan kemajuan ekonomi
Mengekalkan keamanan sejagat
Pada pandangan anda, apakah kepentingan
k-masyarakat kepada rakyat Malaysia?

Mampu bersaing di peringkat antarabangsa


Mampu menguasai ilmu terkini
Menjadi masyarakat yang kreatif
Mencipta teknologi baru
Menguasai bahasa asing
Melahirkan masyarakat yang bermaklumat
Negara akan mencapai taraf negara maju

Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan


memperkenalkan projek Koridor Raya
Multimedia.
Memanfaatkan perkembangan teknologi maklumat
Memulakan e-pendidikan, pemasaran tanpa
sempadan, e-dagang dan penyiaran digital
Menggalakkan perkembangan ICT
Menggalakkan penggunaan ICT secara positif
Pelaksanaan ekonomi berlandaskan pengetahuan
(K-ekonomi) berjalan lancar
Membangunkan ekonomi negara
Meletakkan Malaysia dalam posisi yang lebih baik
pada era globalisasi
Melahirkan masyarakat yang bermaklumat
Sebagai pelajar, apakah langkah-langkah yang
perlu anda lakukan bagi menghadapi cabaran
globalisasi?
Menambah ilmu
Memperkukuhkan jati diri
Menghindari gejala buruk
Memajukan / mempelajari ICT
Mengamalkan gaya hidup yang sihat
Bermotivasi tinggi / kemahiran tinggi
Bersifat inovatif / kreatif / dinamis / kritis
Melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
Mementingkan agama / akhlak dalam kehidupan
Berdasarkan pengetahuan anda, apakah langkah
yang diambil oleh Malaysia dalam
menghadapi cabaran globalisasi.
Menggalakkan penciptaan baru
Menyediakan peruntukan kewangan yang besar
Menyediakan prasarana untuk pertumbuhan kmasyarakat
Membangunkan dan menyusun semula sistem
pendidikan
Perlaksanaan ekonomi berlandaskan pengetahuan
(k-ekonomi)
Menggalakkan aktiviti penyelidikan dan
pembangunan (R&D)

15

Era globalisasi memperlihatkan hubungan


antarabangsa menjadi lebih giat dan penuh
cabaran.
Sebagai seorang pelajar, apakah usaha yang
perlu anda lakukan supaya Malaysia terus
bersaing dari segi ekonomi dan sosial
di peringkat dunia?
Mencari ilmu pengetahuan berkaitan teknologi
maklumat dan komunikasi / Information
and Communicatioan Technology (ICT)
Mendalami ilmu perniagaan dalam skop yang luas /
dunia tanpa sempadan
Menyediakan diri untuk menceburi diri dalam
pelaburan modal intelek
Melibatkan diri dalam perkembangan teknologi
Meneroka ilmu teknologi untuk mendapat
maklumat
Mempunyai jati diri / nilai kemanusiaan yang tinggi
Sentiasa bersedia menerima perubahan
Apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh
generasi muda Malaysia untuk memastikan
mereka terus menguasai Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT)?
Memperkaya diri dengan ilmu pengetahuan
Menguasai segala bidang kemahiran tinggi /
teknologi
Memelihara jati diri
Meningkatkan disiplin diri
Membina semangat / daya saing yang tinggi
Mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang
hayat
Memanfaatkan prasarana ICT dalam sekolah /
Sekolah bestari
Melahirkan generasi yang inovatif
Merangsang ciptaan / penemuan baru

16

You might also like