You are on page 1of 30

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

BAB 2 ELEKTRIK
2.1 Medan elektrik dan pengaliran cas
Pengetahuan tentang atom dan cas elektrostatik
Atom
Orbit
Semua jirim terdiri daripada
beribu-ribu atom.
Di pusat atom terletak nukleus
Elektron
yang mempunyai subatom yang
dinamakan proton dan neutron.
Proton bercas positif manakala
neutron bercas neutral.
Proton
Nukleus atom dikelilingi
elektron-elektron yang bercas
Neutron
negatif.
Cas elektrik ditulis dengan
simbol Q.
p+
Unit bagi cas elektrik ialah
+ +
+ + +
e
coulomb.
Objek bercas positif
1 elektron (cas negatif)
mempunyai cas sebanyak
+
1.6 10-19 C.
p
+

+
1 proton (cas positif)
e
mempunyai cas sebanyak
Objek bercas negatif
+ 1.6 10-19 C.
+

p+
e

Objek tidak bercas (Neutral)

Cas-cas yang sama saling menolak

Cas-cas yang berlainan saling menarik

Cas elektrostatik
Cas elektrostatik ialah cas
elektrik yang tidak bergerak atau
pegun dalam suatu objek.
Terdapat dua jenis cas elektrik:
(a) Cas positif (+)
(b) Cas negatif ()
Suatu objek bersifat
(a) Positif apabila bilangan cas
positif melebihi bilangan cas
negatif.
(b) Negatif apabila bilangan cas
negatif melebihi bilangan cas
positif.
(c) Neutral apabila bilangan cas
positif sama dengan bilangan
cas negatif.

Aktiviti 1: Penghasilan cas dengan menggunakan Penjana Van de Graaff


Prosedur:
(1) Penjana Van de Graaff dihidupkan.
(2) Dekatkan hujung jari, bola logam dan
rambut kepada permukaan kubah.
(3) Terang dan bincangkan pemerhatian
daripada aktiviti ini.

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

Hubungan antara pengaliran cas elektrik (elektron) dengan arus elektrik


Aktiviti : Mengkaji hubungan antara pengaliran cas elektrik dengan arus

Konduktor

Penjana Van
de Graaff

Galvanometer

Sumber
cas elektron

Pemerhatian:
Apabila penjana Van de Graaff dihidupkan dan klip buaya disambung pada konduktor,
jarum galvanometer terpesong. Ini menunjukkan terdapat arus elektrik yang mengalir
melalui galvanometer.
Perbincangan:
Arus yang dihasilkan ini adalah disebabkan oleh pengaliran elektron dalam konduktor
dari Bumi menerusi galvanometer ke kubah untuk meneutralkan cas-cas positif
padanya.
Kesimpulan:
Pengaliran cas (elektron) dalam satu konduktor menghasilkan arus elektrik.
Bateri

(1) Rajah di sebelah menunjukkan satu litar


ringkas.
(2) Secara konvensional, arus dikatakan
mengalir dari terminal positif ke terminal
negatif bateri tu.
(3) Sebenarnya, daya gerak elektrik (d.g.e)
bateri yang menyebabkan elektron
mengalir dari terminal negatif ke terminal
positif.
(4) Arus ditakrifkan sebagai kadar
pengaliran cas.

Kuantiti cas yang mengalir, Q


Masa yang diambil, t
Q
Arus, I
t

Arus

(5) Unit SI bagi arus ialah Ampere, A.


(6) Kuantiti cas, Q = It.
Cas mengalir dalam konduktor

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

Latihan 2.1 (a) Pengaliran cas dan arus elektrik


(1) Ramalkan nilai arus dalam situasi
berikut:

(2) Apakah maksud arus elektrik 1A?


.......................................................................

Arah arus mengalir


.......................................................................
.......................................................................

Nilai arus adalah .....................

(3) Jika satu cas sebanyak 300 C mengalir


melalui mentol setiap 2 minit. Berapakah
arus yang mengalir melalui mentol itu?

Arah arus mengalir

Nilai arus adalah ..........................


(4) Cas sebanyak 6 C mengalir melalui
seutas dawai selama 1.2 s. Berapakah
arus elektrik yang melalui dawai
tersebut?

(5) Sebanyak 1.5 A arus mengalir melalui


sebuah lampu. Hitung bilangan elektron
yang melalui lampu itu dalam masa 2
minit. Diberi cas untuk satu elektron ialah
1.6 10-19 C.

(6) Kubah logam sebuah penjana Van de


Graaff yang telah dicaskan
disambungkan ke Bumi melalui sebuah
mikroammeter. Jika bacaan
mikroammeter ialah 30 A, berapakah
jumlah cas yang telah mengalir melalui
dawai penyambung dalam masa 5 saat?

(7) Apabila kilat menyambar di antara dua


awan bercas, 400A arus elektrik mengalir
dalam masa 0.05s. Berapakah kuantiti cas
elektrik yang dipindahkan?

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

Medan elektik
(1) Medan elektrik ialah kawasan yang di sekeliling cas atau suatu objek yang bercas
yang menyebabkan cas atau objek lain yang bercas yang berada dalam kawasan
itu akan mengalami daya elektrik (sama ada daya tolakan atau tarikan).
(2) Medan elektrik diwakili oleh garis-garis anak panah yang dikenali sebagai garis
daya elektrik.
(3) Garis-garis daya elektrik tidak bersilang dan sentiasa bertindak dari arah cas
positif ke arah cas negatif.
(4) Kekuatan satu medan elektrik diwakili oleh keamatan bilangan garis medan. Lebih
padat dan banyak garis daya elektrik menunjukkan medan elektrik yang kuat.

Medan elektrik pada cas positif

Medan elektrik pada cas negatif

Contoh-contoh corak medan elektrik


Sfera bercas positif
Sfera bercas negatif

Dua sfera berlainan cas

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

Dua sfera bercas positif

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5


Dua sfera bercas negatif

Tahun 2014
Plat positif dan plat negatif

Sfera bercas positif dan


plat bergas negatif

Sfera bercas negatif dan


plat positif

+++++++++++++

Aktiviti: Menunjukkan kewujudan medan elektrik


VLT

Minyak masak

Elektrod

Bijian halus

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5


Pemerhatian
B

Tahun 2014

Aktiviti : Melihat kesan medan elektrik ke atas cas elektrik


(1) Bola ping pong yang disalut dengan bahan konduksi
Sebiji bola gabus yang disaluti kepingan
Bola gabus bersalut
aluminium digantungkan dengan benang
nilon di tengah-tengah dua plat logam
kepingan aluminium
yang menjadi terminal positif dan
terminal negatif.
Gerakkan bola gabus ke arah terminal
positif.
Apakah yang terjadi?
Plat
logam
...................................................................
...................................................................
VLT
...................................................................
...................................................................
...................................................................
...................................................................
...................................................................

...................................................................
...................................................................
...................................................................
...................................................................
...................................................................

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5


(2) Nyalaan lilin

Tahun 2014
Nyalaan lilin ditempatkan di antara dua
ceper logam semasa VLT tidak
dihidupkan.
Kipas harus dimatikan semasa aktiviti ini
dijalankan.

(a) VLT tidak dihidupkan


Anod

Katod

Apabila VLT dihidupkan nyalaan lilin


terbahagi kepada dua bahagian.
Bahagian yang menghala ke arah katod
lebih besar berbanding ke arah anod.
Jelaskan.
......................................................................
......................................................................

(b) VLT dihidupkan


......................................................................
......................................................................
......................................................................
......................................................................

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

2.2 Hubungan antara arus elektrik dan beza keupayaan


Menjana idea tentang beza keupayaan
Tekanan pada titik P ....
daripada tekanan pada titik Q.
Apabila injap dibuka, air akan mengalir
dari titik .......... ke titik ..........
Ini disebabkan oleh ...............................
tekanan di antara dua titik tersebut.

Tenaga keupayaan graviti pada titik X


X

............................ daripada titik Y.


Epal itu akan jatuh dari titik ............. ke titik

............
Ini disebabkan ................................. tenaga

keupayaan graviti di antara dua titik


tersebut.
Keupayaan elektrik pada titik A
lebih tinggi berbanding titik B.
Maka, elektron-elektron yang mengalir
dari titik B ke titik A perlu melakukan
kerja.
Arus akan mengalir dari A ke B melalui

Mentol
B

mentol disebabkan wujudnya pengaliran


cas dalam konduktor pada litar tersebut.
Sebelum merentasi mentol, elektron-

Sumber tenaga elektrik

elektron bergerak dengan tenaga yang


tinggi.
Selepas merentasi mentol, elektronelektron mengalami penyusutan tenaga
dan kembali kepada sumber tenaga.

Kehilangan tenaga oleh elektron ini


adalah disebabkan tenaga elektrik
ditukarkan kepada tenaga cahaya dan
tenaga haba semasa merentasi mentol.

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

Beza keupayaan
(Potential difference/Voltage)
Keupayaan elektrik
tinggi

Keupayaan elektrik
rendah

B
Beza keupayaan

(1) Objek bercas positif P menghasilkan satu medan elektrik di sekelilingnya.


(2) Medan elektrik ialah kawasan di mana daya elektrik bertindak.
(3) Keupayaan elektrik pada titik A lebih tinggi daripada keupayaan elektrik pada titik B
kerana A lebih dekat dengan pusat P.
(4) Jika satu cas positif diletakkan pada titik A, cas ini akan ditolak oleh medan elektrik
jasad P.
(5) Cas ini bergerak kerana wujudnya beza keupayaan antara titik A dengan titik B.
(6) Sebaliknya, jika cas positif itu digerakkan dari titik B ke titik A, kerja perlu
dilakukan untuk menentang daya elektrik iaitu daya tolakan yang bertindak antara
jasad P bercas positif dengan cas positif.
(7) Beza keupayaan, V, antara dua titik ialah kerja (W) yang dilakukan atau perlu
dilakukan untuk menggerakkan 1 C cas(Q) antara dua titik dalam medan elektrik,
iaitu:

Beza keupayaan, V

kerja, W
atau
cas, Q

Beza keupayaan, V

tenaga, E
cas, Q

(8) Unit beza keupayaan elektrik, V ialah JC-1 atau Volt (V)
(9) Beza keupayaan elektrik juga disebut voltan.
Apakah maksud 1 volt?
Bermaksud:
1 J tenaga diperlukan untuk
menggerakkan 1 C cas dari
titik A ke titik B.
Atau

Beza keupayaaan antara dua titik bernilai 1 volt


sekiranya 1 joule tenaga diperlukan untuk
menggerakkan 1 coulomb cas melalui dua titik
tersebut.

1 volt

1 joule
atau 1 V = 1 JC-1
1 coulomb

1 J kerja perlu dilakukan


untuk menggerakkan 1 C
A
cas dari titik A ke titik B.
Contoh 1: Apabila suatu perintang elektrik
disambung ke satu sel kering, 12 C cas
mengalir dan 36J tenaga elektrik di
bekalkan kepada perintang. Berapakah
beza keupayaan merentasi perintang itu?
Contoh 2: Apabila berlaku ribut petir
selama 2 saat, 12.5 A arus terhasil dan
5
beza keupayaan 5 x 10 kV merentasi awan
dan permukaan bumi. Tentukan
(a) Jumlah cas terhasil.
(b) Jumlah tenaga yang dijanakan.
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

p.d = 1 volt

Penyelesaian:

Penyelesaian:

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5


Bagaimana mengukur beza
keupayaan?

Tahun 2014

Beza keupayaan atau voltan di antara dua titik dalam


satu litar boleh diukur menggunakan voltmeter.
Voltmeter mesti disambung secara selari (in parallel) di
antara dua titik tersebut.
Sebagai contoh untuk mengukur beza keupayaan yang
merentasi sebiji mentol di dalam litar, sebuah
voltmeter disambung secara selari dengan mentol itu.

Bagaimana mengukur arus


elektrik yang mengalir
dalam litar?

Arus elektrik diukur menggunakan ammeter. Ammeter


mesti disambung secara sesiri (in series) dengan
komponen elektrik di dalam suatu litar elektrik.

Hubungan antara arus elektrik dengan beza keupayaan


Merancang dan menjalankan Eksperimen untuk menentukan hubungan antara arus
eksperimen (Laporan PEKA) dan beza keupayaan bagi satu konduktor ohm.
Inferens : .................................................................................................................................
Hipotesis: .................................................................................................................................
Tujuan : ....................................................................................................................................
Pemboleh ubah:
(i)
Yang dimanipulasikan : ..........................................................
(ii)

Yang bergerak balas

: ..........................................................

(iii)

Yang dimalarkan

: ..........................................................

Senarai radas dan bahan : .....................................................................................................


...................................................................................................................................................
Susunan radas:

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

10

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

Prosedur:
1. .......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
2. .......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
3. .......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
Penjadualan data:

Analisis data:

Kesimpulan:
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
Langkah berjaga-jaga semasa eksperimen:
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

11

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

Hukum Ohm
Hukum Ohm menyatakan bahasa arus, I yang mengalir melalui satu konduktor
elektrik berkadar langsung dengan beza keupayaan, V merentasi dua hujung
konduktor itu, dengan syarat suhu dan keadaan fizikal konduktor itu adalah tetap.
Daripada graf V melawan I yang diperolehi
dalam eksperimen:

Daripada Hukum Ohm :


VI
Maka,

V
pemalar = kecerunan graf
I

V/V
Kecerunan =

V
I

Untuk konduktor ohm, pemalar itu


dikenali sebagai rintangan, R bagi
konduktor itu:

V
I

I/A
Kecerunan graf V melawan I adalah tetap.

Apakah itu konduktor Ohm dan konduktor bukan Ohm?


(i)
(ii)

Konduktor Ohm ialah konduktor elektrik yang mematuhi Hukum Ohm.


Konduktor Bukan Ohm ialah konduktor elektrik yang tidak mematuhi Hukum
Ohm.

Definisi Rintangan.

Rintangan, R satu konduktor boleh ditakrifkan sebagai


nisbah beza keupayaan, V merentasi konduktor itu
terhadap arus elektrik, I yang mengalir melaluinya, iaitu

V
I

Unit bagi rintangan ialah volt per ampere (VA-1)


atau ohm ().

Lakarkan graf V melawan I bagi Konduktor Ohm dan Konduktor Bukan Ohm
Konduktor Ohm
Konduktor Bukan Ohm
V/V

V/V

I/A
Contoh bahan konduktor Ohm:

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

I/A
Contoh bahan konduktor bukan Ohm:

12

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

Faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan konduktor


(1) Rintangan merupakan satu ukuran halangan terhadap pengaliran arus dalam suatu
konduktor.
(2) Daripada I

V
, arus elektrik, I adalah berkadar songsang dengan rintangan , R
R

apabila nilai V dimalarkan,


I

1
R

(3) Apabila rintangan, R besar, arus, I yang mengalir dalam satu konduktor adalah
rendah dan sebaliknya.
(4) Faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan satu konduktor ialah:
(a) Panjang konduktor
(b) Luas keratan rentas/ Diameter konduktor
(c) Jenis bahan
(d) Suhu konduktor

l
2l

Panjang konduktor, l
Rintangan konduktor
berkadar langsung dengan
panjang konduktor.

Rl

3l

A
2A
3A

Eureka

l
Luas keratan rentas konduktor, A
Rintangan konduktor
R
berkadar songsang dengan
luas keratan rentas
konduktor.
R

1
A

Jenis konduktor logam


Jenis konduktor logam yang
berbeza mempunyai rintangan
yang berbeza.

1
A

Konstantan
Kuprum
Perak

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

13

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

Suhu konduktor,
Untuk jenis konduktor sama dan mempunyai panjang,
l dan luas keratan rentas, A yang sama, rintangan, R
bertambah dengan pertambahan suhu konduktor, .

Penyelesaian masalah melibatkan arus, I, beza keupayaan, V dan rintangan, R


(1) Suatu komponen elektrik berlabel 12V, (2) Jika mentol di dalam litar itu
2A. Berapakah rintangan komponen
mempunyai rintangan 6, berapakah
elektrik itu?
bacaan ammeter jika sel kering
membekalkan 3 V?

(3) Jika arus 0.5 A mengalir merentasi


perintang 3.0 di dalam litar, kira
voltan yang dibekalkan oleh sel
kering tersebut.

(4) Graf menunjukkan keputusan dari


satu eksperimen untuk menentukan
rintangan dawai. Rintangan dawai itu
ialah
V/V
1.2

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

I/A
5

14

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

Superkonduktor
(1) Rintangan suatu konduktor berkurang
apabila suhu konduktor menurun.
(2) Untuk bahan tertentu seperti aluminium,
rintangan konduktor menjadi sifar sebaik
sahaja disejukkan di bawah suhu genting, Tc
seperti dalam graf di sebelah.
(3) Bahan konduktor yang menunjukkan ciri ini
dikenali sebagai superkonduktor.
(4) Superkonduktor merupakan konduktor yang
unggul kerana tidak ada rintangan dalamnya
yang boleh menghalang pengaliran elektron.
(5) Sekiranya satu arus dihasilkan pada
gegelung superkonduktor, arus akan terus
mengalir walaupun punca elektrik
dihentikan. Arus akan terus mengalir dalam
gegelung superkonduktor tanpa kehilangan
tenaga.

R()

T(K)

Tc

Superkonduktor
R()

T(K)

Konduktor biasa
Kegunaan superkonduktor
Kabel penghantaran tenaga elektrik
Bidang pengangkutan

Kabel superkonduktor berintangan sifar


meningkatkan kecekapan penghantaran
tenaga kerana tidak berlaku kehilangan
tenaga dalam bentuk haba.
Bidang perubatan

Teknik pengimbasan MRI (Magnetic


Resonance Imaging) diperkenalkan
untuk mengantikan sinar-X.
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

Kereta api yang terapung diperkenalkan


dengan menggunakan magnet
superkonduktor yang kuat.

Bidang industri

Gegelung superkonduktor dalam penjana,


motor dan transformer menjadikan alatalat elektronik lebih kecil tetapi berkuasa
tinggi.
15

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

2.3 Litar sesiri dan Litar selari


Aktiviti : Memasang dan mengenal pasti litar sesiri dan litar selari

Litar sesiri
Litar selari
Lukiskan litar skema bagi gambarajah litar di atas.

Aktiviti :
Membuat perbandingan arus dan beza keupayaan bagi litar sesiri dan litar selari
Litar sesiri
Litar selari
A

A1
A1

A2
A2

Bacaan ammeter A adalah sama dengan


A1 dan A2.
A = A1 = A2
Maka,
I = I1 = I2
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

Bacaan ammeter A ialah jumlah A1 + A2.


Maka,

A = A1 + A2
I = I1 + I2
16

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

V1

V1

V2
V

V2

Bacaan voltmeter V ialah jumlah V1 + V2.


Maka,

Bacaan voltmeter V adalah sama dengan


V1 dan V2.
Maka,

V = V1 + V2

V = V1 = V2

Ciri-ciri litar sesiri dan litar selari


Litar Sesiri
I

R1

Litar Selari
R2

V2

V1

I1
R1

I
I2

R2

V
Arus yang sama mengalir dalam setiap
perintang.
Beza keupayaan, V adalah hasil tambah
V1 dan V2.

Arus, I adalah hasil tambah I1 dan I2.

Jika satu mentol rosak, mentol-mentol


lain dalam litar sesiri tidak akan bernyala.

Jika satu mentol rosak, mentol-mentol


lain dalam litar selari akan terus bernyala.

Kecerahan semua mentol dalam litar


sesiri adalah sama tetapi lebih malap
berbanding litar selari.

Kecerahan semua mentol dalam litar


selari adalah sama tetapi lebih cerah
berbanding litar sesiri.

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

Beza keupayaan yang sama untuk setiap


perintang.

17

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

Latihan 2.3 (a) Membandingkan arus dan beza keupayaan dalam litar sesiri dan litar
selari.
(a) Tentukan bacaan ammeter dalam litar-litar berikut:

(b) Tentukan bacaan voltmeter dalam litar-litar berikut:

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

18

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

Menentukan nilai rintangan berkesan dalam litar sesiri dan litar selari
Rintangan berkesan (rintangan senilai) ialah rintangan tunggal yang akan
memberikan kesan yang sama kepada litar. Ia membenarkan arus yang sama mengalir
dalam litar sekiranya ia digantikan dengan dua atau lebih perintang yang disambung
secara sesiri atu selari atau gabungan kedua-dua sambungan litar tersebut.
Litar sesiri
I

R1

Litar selari
R2

V
I

V2

V1

I1
R1

I2

R2

V
I = I1 = I2
V = V1 + V2
Rintangan berkesan, R bagi litar sesiri
dikira dengan menggunakan formula:

I = I1 + I2
V = V1 = V2
Rintangan berkesan, R bagi litar selari
dikira dengan menggunakan formula:

R = R1 + R2

1
1
1

R R1 R 2

Contoh 1:

Contoh: Hitung rintangan berkesan, R untuk litar-litar berikut:


Contoh 2:

Contoh 3:

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

Contoh 4:

19

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

Petua litar
Petua 1

Petua 2

Latihan 2.3 (b) Menentukan rintangan berkesan, R dalam litar sesiri, litar selari dan
litar gabungan serta menyelesaikan masalah melibatkan V = IR.
(a) Tentukan rintangan berkesan bagi litar-litar berikut:

(b) Selesaikan masalah-masalah berikut:


(1)

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

(2)

20

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

(3)

(4)

(5)

(6)

(7)

(8)

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

21

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

2.4 Daya gerak elektrik (d.g.e) dan rintangan dalam (r)


Daya gerak elektrik (d.g.e)
D.g.e ialah tenaga yang dibekalkan untuk menggerakkan 1 C cas melalui sel kering
dan mengelilingi satu litar elektrik yang lengkap.
Unit d.g.e ialah volt (V) atau Joule per coulomb (JC-1)
Nilai voltan yang dilabelkan pada sel kering
menunjukkan nilai daya gerak elektrik, d.g.e yang
dibekalkan oleh sel kering
Satu sel kering mempunyai d.g.e 1.5 V jika tenaga
elektrik 1.5 J dibekalkan untuk menggerakkan 1 C cas
di dalam litar.
Perbandingan antara daya gerak elektrik (d.g.e) dan beza keupayaan
Persamaan:
Daya gerak elektrik dan beza keupayaan diukur dengan unit Joule per coulomb (JC-1)
atau volt (V)
Perbezaan:
Daya gerak elektrik (d.g.e)
Beza keupayaan, V

V
V
Arus tidak mengalir melalui
voltmeter
Bacaan voltmeter bernilai .......... V

Arus mengalir dalam litar.


Bacaan voltmeter berkurang sedikit
apabila suatu beban (mentol)
disambung di dalam litar.

Bacaan voltmeter = d.g.e = ........ V


Jika bacaan voltmeter .............V, maka
beza keupayaan merentasi mentol
ialah .............V.

d.g.e

Tenaga yang dibekalkan , E


cas yang mengalir, Q

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

Beza keupayaan

Kerja yang dilakukan, W


cas yang mengalir, Q

22

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

Aktiviti: Membezakan antara daya gerak elektrik dengan beza keupayaan

Suis, S

Bateri
R

Mentol
Suis S dalam keadaan dibuka.
Perhatikan mentol.
Rekodkan bacaan ammeter dan
voltmeter
Suis S ditutup.
Perhatikan mentol.
Rekodkan bacaan ammeter dan
voltmeter.

Suis

Terbuka
(off)

Tertutup
(on)

Keadaan
mentol
Bacaan
ammeter
Bacaan
voltmeter

Rintangan dalam, r
Rintangan dalam, r suatu sel kering ialah rintangan
terhadap pengaliran cas oleh elektrolit dan elektrod
di dalam sel kering itu.

Sel kering

Kerja perlu dilakukan oleh cas bagi menentang


rintangan dalam yang wujud dalam sel kering.
Ini menyebabkan jatuhan nilai beza keupayaan
yang merentasi sel kering apabila cas bergerak
melaluinya ke litar elektrik yang disambungkan
dengan suatu beban rintangan atau mentol.

Rintangan dalam
Unit Ohm ()

Persamaan daya gerak elektrik:

Sel
kering

Daya gerak elektrik = E


Beza keupayaan litar luar = V
Nilai jatuhan beza keupayaan di dalam sel = Ir
Ir = E - V
Atau
E = V + Ir
Atau
E = IR + Ir

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

23

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

Eksperimen : Menentukan daya gerak elektrik dan rintangan dalam suatu sel kering
Tujuan: Menentukan rintangan dalam suatu sel kering.
Pemboleh ubah:
(i)
Dimanipulasikan : Arus
(ii)
Bergerak balas :Beza keupayaan
(iii)
Dimalarkan : Rintangan dalam
Radas : Sel kering baru, pemegang sel, voltmeter, ammeter, rheostat, suis dan dawai
penyambung.
Prosedur:
(1) Suis dihidupkan dan rheostat
dilaraskan supaya arus yang
mengalir melaluinya adalah 0.2 A.
Bacaan ammeter, I dan bacaan
voltmeter, V yang sepadan
dicatatkan.
(2) Eksperimen diulang dengan
melaraskan rheostat supaya arus
mengalir = 0.3 A, 0.4 A, 0.5 A dan
0.6 A.

Susunan radas:

Penjadualan data:

Analisis data:

I/ A

V/V

Sel kering

reostat

Plotkan graf V melawan I


V/V

I/A

Perbincangan:
.................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

24

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

Latihan 2.4 : Daya gerak elektrik, d.g.e dan rintangan dalam, r


(1)

Dalam rajah apabila suis S dimatikan,


bacaan voltmeter ialah 1.5 V. Apabila suis
S dihidupkan bacaan voltmeter ialah 1.35
V dan bacaan ammeter ialah 0.3 A.
Tentukan:
(a) d.g.e sel
(b) rintangan dalam sel
(c) Nilai perintang R

(3) Suatu sel kering membekalkan arus


0.5 A apabila disambung kepada
perintang 2 . Sel yang sama
membekalkan arus 0.4 A apabila
disambung kepada perintang 4 .
Tentukan d.g.e sel kering tersebut.

(2)

Apabila suis S dimatikan, bacaan


voltmeter adalah 1.5 V. Apabila suis S
dihidupkan bacaan voltmeter dan
ammeter adalah 1.3 V dan 0.2 A masingmasing. Tentukan rintangan dalam sel itu.

(4)

Sebuah bateri dengan daya gerak elektrik


12 V dan mempunyai rintangan dalam 3
disambungkan kepada dua perintang 6.
Kira arus yang melalui setiap perintang 6
.

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

25

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

2.5 Tenaga dan kuasa elektrik


Tenaga elektrik
Tenaga elektrik, E ialah kerja yang dilakukan semasa cas elektrik, Q dipindahkan di
antara dua titik yang mempunyai beza keupayaan, V.
Tenaga elektrik boleh ditukar kepada bentuk tenaga yang lain oleh peralatan elektrik
yang disambung di dalam litar.
Contoh penukaran tenaga elektrik kepada tenaga-tenaga lain:
Tenaga elektrik Tenaga cahaya + tenaga haba (mentol)
Tenaga elektrik Tenaga bunyi (loceng elektrik)
Tenaga elektrik Tenaga mekanik (Motor elektrik)
Hubungan antara
Daripada takrifan beza keupayaan, V:
tenaga(E), voltan(V),
arus (I) dan masa (t)
tenaga elektrik, E
, maka tenaga
Beza keupayaan, V
cas, Q
Cuba terbitkan
elektrik, E boleh ditulis sebagai
formula-formula
tenaga elektrik:
E = VQ
Oleh kerana cas elektrik, Q = It, maka tenaga elektrik,
E = VQ boleh ditulis sebagai
E = VIt
Daripada hukum Ohm, V = IR, maka tenaga elektrik,
E = VIt boleh ditulis sebagai
E = I2Rt

atau

E=

V2t
R

Unit SI bagi tenaga elektrik ialah joule (J)


Contoh 1: Satu cerek air disambung
kepada bekalan kuasa 240 V. Jika
rintangan unsur pemanas di dalam cerek
ialah 40 , kira
(a) Arus mengalir melalui unsur
pemanas
(b) Kuantiti tenaga haba yang
dihasilkan dalam masa 10 minit
pemanasan.
Contoh 2: Suatu gegelung pemanas
dialirkan arus 5A dan beza keupayaan
merentasinya ialah 240 V dibekalkan
selama 15 minit. Tentukan jumlah tenaga
elektrik yang dihasilkan.

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

26

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

Kuasa elektrik
Kuasa elektrik, P ditakrifkan sebagai kadar pemindahan tenaga elektrik.
E
tenaga elektrik yang dipindahka n, E
atau P =
t
Masa, t
Hubungan antara kuasa (P),
E
Daripada takrifan kuasa elektrik, P = .
voltan (V) dan arus (I).
t
Oleh kerana tenaga elektrik, E = VIt, maka
Cuba terbitkan sendiri
formula-formula kuasa
P = VI
elektrik:
Kuasa elektrik, P

Daripada E = I2Rt, kuasa elektrik, P


P = I2R

Daripada E =

V2t
, kuasa elektrik, P
R
P=

V2
R

Unit SI bagi kuasa elektrik ialah Joule per saat


(Js-1) atau watt (W).
Contoh 1: Sebiji mentol berlabel 12V,
36 W disambut kepada suatu sumber
kuasa 12 V.
(a) Hitung arus yang mengalir
melalui mentol itu.
(b) Berapakah tenaga elektrik yang
digunakan jika mentol itu
dihidupkan selama 30 minit?

Penyelesaian:

Contoh 2: Satu pemanas rendam


mempunyai label 140V, 750 W.
(a) Berapakah rintangan pemanas
rendam itu?
(b) Berapakah tenaga elektrik yang
dibekalkan selama 15 minit
pemanasan?

Penyelesaian:

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

27

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5


Kadar kuasa (power rating)

Tahun 2014

Semua peralatan elektrik dilabelkan dengan kadar


kuasa (power rating).
Contoh:
Satu cerek elektrik dilabelkan 240 V, 1500W
bermaksud cerek elektrik itu akan menggunakan
1500J tenaga elektrik setiap 1 saat jika
disambungkan dengan bekalan kuasa 240 V.

Contoh label kadar kuasa (power rating) pada peralatan elektrik:

Formula tenaga elektrik yang


digunakan oleh sesuatu alat
elektrik.

Jumlah tenaga elektrik yang digunakan oleh sesuatu


peralatan elektrik dalam masa tertentu ialah
Tenaga elektrik yang digunakan = kadar kuasa masa
E = Pt

Perbandingan kadar kuasa dan penggunaan tenaga elektrik bagi peralatan elektrik.
Semakin besar nilai kadar kuasa (power rating) sesuatu peralatan elektrik,
semakin besar tenaga elektrik digunakan dalam setiap saat.
Semakin panjang masa digunakan, semakin besar tenaga elektrik digunakan.
Peralatan
Kipas

Kadar kuasa / W
50

Masa/ Jam
1

Televisyen

100

Komputer

200

Penyaman udara

1000

Mesin basuh

1800

Cerek air elektrik

3600

Penggunaan tenaga/ J

a
Kos penggunaan tenaga elektrik
Tenaga elektrik yang digunakan dalam kehidupan
disukat dalam unit kilowatt-jam (kWj).
1 kWj = 1 unit penggunaan tenaga elektrik
Kos penggunaan tenaga elektrik dikira dengan
mendarabkan bilangan unit yang digunakan
dengan harga satu unit:
Kos = bilangan unit harga satu unit elektrik

Kos bagi satu unit elektrik dikenali sebagai kadar


tariff.

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

Bil penggunaan
tenaga elektrik

28

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

Kecekapan pelbagai peralatan elektrik


Kecekapan alat elektrik ditakrifkan sebagai peratusan kuasa output kepada kuasa
inputnya iaitu
Kecekapan =

Kuasa output
100 %
Kuasa input

atau
Kecekapan =

tenaga output
100 %
tenaga input

Kecekapan sesuatu alat elektrik sentiasa kurang daripada 100% disebabkan


sebahagian tenaga hilang dalam bentuk haba dan tenaga bunyi.
Perbandingan peralatan elektrik dari segi kecekapan penggunaan tenaga

Kuasa cahaya
output = 3 W

Mentol berfilamen
60 W

Kuasa elektrik
input = 60 W
Kuasa haba
output = 57 W

Kuasa cahaya
output = 3 W

Lampu penjimat tenaga


12 W

Kuasa elektrik
input = 12 W
Kuasa haba
output = 9 W

Cara-cara meningkatkan kecekapan tenaga


Menukarkan penggunaan lampu berfilamen dengan lampu energy saving
lamps.
Merancang pola penggunaan alat elektrik dengan cekap misalnya menghidupkan
penghawa dingin hanya bila diperlukan sahaja dan menggosok pakaian dalam
kuantiti yang banyak dalam satu penggunaan seterika.
Mereka bentuk alat elektrik yang lebih cekap.
Menyelenggara alat elektrik supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan
dengan itu dapat berfungsi pada kecekapan maksimum.
Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

29

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5

Tahun 2014

Latihan 2.5 Tenaga dan kuasa elektrik


(1) Beza keupayaan merentasi satu
perintang ialah 6.0V apabila arus
melaluinya 200 mA selama 2 minit. Kira
jumlah tenaga yang dijanakan pada
perintang itu.

(2) 15 J tenaga haba dihasilkan apabila


arus 1.0 A mengalir melalui sebuah
mentol lampu suluh selama 10 s. Kira
beza keupayaan merentasi lampu suluh
itu.

(3) Sebuah lampu elektrik berlabel 240 V,


60 W. Kira arus menerusi filamennya dan
rintangan filamen itu.

(4) Arus 2 A mengalir melalui sebuah


lampu yang filamennya berintangan 5.
Kira kuasa yang dijanakan oleh lampu itu.

(5) Sebuah motor elektrik digunakan


untuk mengangkat beban 50 kg setinggi
2m dalam masa 10s. Jika voltan 25V
merentasi perintang 5 yang terdapat
pada mesin itu, tentukan kecekapan enjin
tersebut.

(6) Sebuah motor elektrik mengangkat


beban berjisim 8 kg setinggi 5 m dalam
masa 5 s apabila arus mengalir
melaluinya 4.0 A. Kirakan beza keupayaan
merentasi motor jika kecekapannya ialah
100%.

(7) Jika kos 1 unit tenaga elektrik ialah 24


sen, kirakan kos menonton sebuah
televisyen 250W, 240 V selama 5 jam
sehari selama sebulan.

(8)

Rajah di atas menunjukkan tarif elektrik


yang dikenakan pada rumah kediaman.
Jika pada bulan Ogos bacaan meter
ialah 6020 unit dan pada bulan September
ialah 7450 unit, kira kos bil elektrik rumah
tersebut.

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan

30

You might also like