You are on page 1of 4

PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Saya memilih kaedah pengujian parameter untuk menguji kefungsian, kesesuaian, keupayaan
dan kebolehgunaan produk Beg Jeans Serbaguna saya.

Aspek ujian yang dijalankan ialah keupayaan beg dan kecerahan lampu LED .

Kecenderungan inovasi, kreativiti dan keaslian reka bentuk dalam membuat penilaian reka
bentuk dapat digambarkan seperti berikut :

Aspek Ujian Kaedah yang digunakan Masa yang diambil


Keupayaan beg Memenuhi setiap ruang 10 minit
yang boleh memuatkan
barangan di dalam beg

Kecerahan lampu LED Menghidupkan keseluruhan 10 minit


lampu LED di dalam beg
pada tempat yang gelap

Berdasarkan ujian parameter, dapat dirumuskan bahawa produk Beg Sandang Denim mampu
membawa barangan memenuhi ruang beg dan lampu Led bercahaya dengan terang.

ANALISIS KEPUTUSAN PENGUJIAN

Aspek Produk Kekuatan Kelemahan


Kefungsian Boleh digunakan untuk Lampu LED menjadi panas
membawa barangan apabila terlalu lama
peribadi dan bercahaya digunakan
dalam gelap

Ergonomik Produk sesuai digunakan Beg menjadi berat kerana


oleh semua peringkat umur mampu menyimpan banyak
barangan

Reka bentuk dan nilai Reka bentuk yang menarik Jahitan semakin lama akan
estetika dan lampu LED menyala semakin mereput
dengan terang

Keselamatan Litar terlindung dan ditutup Lampu LED berkemungkinan


dengan kemas tertanggal semasa keluar
dan masuk barang
PENILAIAN

NAMA: ………………………………………………………………….. PEKERJAAN: ……………………

BORANG SOAL SELIDIK BAGI : Beg Sandang Denim

Arahan: Tandakan ‘ / ‘ untuk menyatakan pendapat anda terhadap aspek produk yang
dinilai.

Aspek Produk Ya Tidak


A. Kefungsian /
B. Ergonomik /
C. Reka Bentuk dan Nilai Estetika /
D. Keselamatan /

Tuliskan cadangan anda untuk menambahbaik produk ini.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………

TERIMA KASIH

• Buat 3 nama yang berbeza

ANALISIS KEPUTUSAN PENILAIAN

Aspek Produk Ya Tidak Kesimpulan


A. Kefungsian / Beg Sandang Denim berfungsi
sepenuhnya untuk membawa
barangan peribadi dan bercahaya
dalam gelap.

B. Ergonomik / Beg Sandang Denim sesuai


digunakan oleh semua peringkat
umur.

C. Reka Bentuk dan Nilai / Beg Sandang Denim mempunyai


Estetika reka bentuk yang menarik dan
lampu LED yang terang.

D. Keselamatan / Beg Sandang Denim selamat untuk


digunakan.
MENILAI KESESUAIAN PRODUK

Hasil penilaian terhadap keputusan pengujian, produk Beg Jeans Serbaguna ini didapati
sesuai kerana mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Mempunyai ciri keselamatan


2. Mempunyai reka bentuk yang menarik
3. Bahan yang digunakan sesuai dengan produk
4. Dapat menyala dengan baik semasa gelap
5. Ruang penyimpanan yang banyak

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan laporan pengujian dan penilaian, produk saya didapati mampu berfungsi seperti
yang dirancang dan selamat digunakan oleh pengguna. Walau bagaimanapun, beberapa
penambahbaikan perlu dilakukan pada produk.

Kelemahan yang dikenalpasti Cadangan Penambahbaikan


Lampu LED menjadi panas apabila terlalu Menukar kepada lampu LED yang lebih
lama digunakan berkualiti dan tidak panas
Benang yang digunakan rapuh dan mudah Menggunakan benang yang lebih tebal dan
putus mempunyai kualiti

Lakaran Cadangan Penambahbaikan Pada Produk

(Buat lakaran reka bentuk produk beg sandang denim yang telah dibuat penambahbaikan)
PENUTUP
Beg Sandang Denim merupakan reka bentuk produk yang dihasilkan dengan
tujuan untuk memudahkan penguna membawa barangan peribadi dan mencari
barangan di dalam keadaan gelap. Harapan saya, Beg Sandang Denim ini akan
dapat memenuhi keperluan semua kategori pengguna. Beg Sandang Denim
telah direka bentuk dengan reka bentuk ergonomic yang selesa. Fesyennya
yang mengikut arus peredaran amatlah sesuai dengan penngguna. Harga
produk ini yang berpatutan menjadikan produk ini mampu dimiliki oleh sesiapa
sahaja.

Akhir kata, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang
telah memberi sokongan dan bantuan kepada saya sehingga produk Beg Sandang Denim ini
berjaya dihasilkan.

You might also like