You are on page 1of 2

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) JALAN TAJUL ,

81900 KOTA TINGGI


JOHOR
TEL/ FAX : 07-8821384
EMAIL : tajul3015@yahoo.com

Ruj.Kami : JBD3015/100-19/7/1(1)
Tarikh : 16 Oktober 2012

Tuan Pengurus,
F4-01A & F4-99, Level 4,
Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Jalan Merdeka,
75000 Bandar Hilir,
Melaka.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa kami ingin memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke
Coral Wonderland.

2. Tujuan lawatan ini adalah untuk menimba pengetahuan, di samping mengurangkan tekanan para
pelajar selepas menduduki peperiksaan UPSR.

3. Maklumat-maklumat lanjut berkaitan rancangan adalah seperti berikut:

Tarikh : 20 Oktober 2012 (Sabtu)


Peserta : 37 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring
Ketua Rombongan : En. Mohd Muslawari bin Yahya (019-7743571)

4. Kami juga memohon jasa baik pihak tuan supaya dapat memberikan maklum balas secepat
mungkin. Kerjasama dan komitmen daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

5. Bersama-sama ini juga disertakan jadual lawatan untuk perhatian pihak tuan.

Sekian,

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

.................................................................
(NADARASON A/L K MARUTHAMUTHU)
Guru Besar,
SJK (T) Jalan Tajul,
81900 Kota Tinggi,
Johor Darul Takzim.

Jadual Lawatan
Nama Dan Alamat Penuh
Tarikh Masa Tempat Yang Dilawati
Tempat Bermalam

19.10.2012 07.00 pagi - Bertolak dari sekolah ke


(Jumaat) Melaka
- Sarapan pagi
- Taman Mini Malaysia &
Taman Mini ASEAN
- Taman Rama-Rama Homestay
- Taman Buaya
- Makan tengah hari
- Zoo Melaka
- Melaka Tropical Fruit Farm
(Sungai Udang)
- Little India Melaka
- Taman Rekreasi
- Rehat dan makan malam

20.10.2012 07.00 pagi - Sarapan pagi


(Sabtu) - A-Farmosa
- Muzium Samudera
- Menara Taming Sari Homestay
- Makan tengah hari
- Melaka Planetarium
- Coral Wonderland
- Bertolak balik ke sekolah

You might also like