You are on page 1of 3

SMART BAKUL

Disediakan oleh:

SYAUQI ISYRAF BIN SHAMSURI


MUHAMMAD DZULKARNAEN BIN MOHAMAD ABDAH
DARWISH HUSAINI BIN HANAFI

1. Pengenalan

Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih
baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-
idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti
dan produktiviti sesuatu organisasi. Dalam subjek Sains, inovasi perlu diketengahkan agar
murid dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana pembelajaran yang
pelbagai dan tidak hanya terbatas dengan penggunaan buku teks sahaja. Lantaran itu, satu
idea iaitu penghasilan “SMART BAKUL” dihasilkan untuk mengetengahkan idea-idea murid
dalam bidang inovasi.

2. Objektif Inovasi

Projek ini dilaksanakan untuk mendedahkan kepada semua warga sekolah tentang
pengetahuan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya
meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah tentang amalan lestari terutamanya mengitar
semula bahan-bahan yang ada di kawasan sekolah. Selain itu, ia juga menggalakkan warga
sekolah untuk melaksanakan aktiviti mesra alam semulajadi dengan berkesan seperti
program kitar semula.

Seterusnya, penghasilan “SMART BAKUL” dapat memupuk semangat kerjasama semua


warga sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah. Akhir sekali,
ia dapat memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan memberi
dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga sekolah untuk menjalankan aktiviti
kitar semula.
3. Pernyataan Masalah

Projek inovasi “SMART BAKUL” dilaksanakan untuk mengurangkan bahan buangan yang
terdapat di persekitaran sekolah. Di samping itu, ia juga dapat memupuk semangat kerjasama
kepada warga sekolah untuk sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan dan
keceriaan sekolah.

4. Metodologi

4.1 Mengenalpasti murid-murid yang akan bersama-sama melibatkan diri dalam


projek “SMART BAKUL”.
4.2 Perkara pertama yang diperkenalkan kepada murid ialah menjelaskan kepada
murid-murid tentang objektif projek dan mendedahkan cara-cara membuat
“SMART BAKUL”.
4.2 Murid mula mengenal pasti bahan atau objek yang boleh digunakan untuk
menjalankan projek tersebut.
4.3 Murid-murid mula menjalankan projek sehingga selesai dengan menggunakan
botol mineral 500 ml dan 250 ml sebagai objek utama.
4.4 Langkah-langkah untuk membuat “SMART BAKUL”
4.4.1 Langkah pertama, murid melakar dan memotong kadbod dalam bentuk
bulatan.
4.4.2 Langkah kedua, murid mencantum botol mineral 500 ml di atas kadbod
yang telah dipotong dalam bentuk bulatan
4.4.3 Langkah seterusnya, murid mencantum botol mineral 250 ml di atas
botol mineral 500 ml
4.4.4 Akhir sekali, murid meletak plastik sebagai alas.

5. Keputusan dan Perbincangan

Projek “SMART BAKUL” berjaya dilaksanakan dengan kerjasama antara murid-murid yang
terlibat. Projek “SMART BAKUL” memberi gambaran baru kepada seluruh warga sekolah
bahawa bahan-bahan terbuang di sekolah seperti botol minuman dan kertas-kertas boleh
dikitar semula dan dijadikan hiasan. Di samping itu, murid-murid bersikap lebih prihatin dan
peka terhadap bahan buangan yang terdapat dipersekitaran sekolah. Malah mereka juga
menjadikan mereka cipta menggunakan bahan terbuang sebagai satu aktiviti lapang di
sekolah.

6. Rancangan Masa Depan

Projek inovasi yang dilaksanakan memberi gambaran bahawa murid-murid membina dan
mencipta sesuatu yang baharu dan kreatif serta membimbing murid supaya menjadi seorang
yang berani dalam melakukan sesuatu yang baharu. Oleh itu, perancangan masa depan,
projek-projek inovasi boleh diperluaskan kepada semua murid tahap 2 melalui program yang
dianjurkan oleh Panitia Sains. Apabila ada penambahan daripada ahli, maka semakin banyak
idea yang kreatif yang akan diterjemahkan dalam bentuk produk.

7. Kesimpulan

Secara keseluruhan, inovasi ini bukan sahaja menarik minat murid terhadap bahan buangan,
malah mampu meningkatkan kefahaman tentang tanggungjawab yang perlu digalas untuk
memastikan alam sekitar sentiasa bersih. Di samping itu, kitar semula dengan menggunakan
bahan buangan dapat mengurangkan penggunaan sumber asli dan menjimatkan kos dan
tenaga. Pastinya, kitar semula adalah cara terbaik untuk menjimatkan tenaga dan
menyelamatkan bumi kita dari terus tercemar.

Rujukan

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/kitar_semula.htm
2. http://geogarang.blogspot.com/2009/07/aneka-jenis-tong-kitar-semula.html
3. Kate Walker,(2011), Kitar Semula, Kurangka, Guna Semula, Fikir semula: Palstik.,
Kuala Lumpur, Institut Terjemahan & Buku Malaysia

You might also like